Memaparkan catatan dengan label KEMALANGAN JALAN RAYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEMALANGAN JALAN RAYA. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Disember 2010

Bas terbabas di Gua Tempurung

erm.. kemalangan bas lagi.. baca dulu berita nie... gambar nanti bila dapat aku buat entrti lain..masih mencari gambar kemalangan tersebut..

IPOH 11 Dis. — Tiga pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Jasin, Melaka parah apabila bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Km 304.5 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Gopeng hari ini.
Ketiga-tiga pelajar berusia antara 19 dan 23 tahun itu kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini.
Kejadian pada pukul 6 petang itu membabitkan bas yang dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas menghadiri majlis makan tengah hari Jawatankuasa Perwakilan Pejalar (JPP) di Cameron Highlands.
Bas terbabit membawa 41 penumpang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan anggota keluarga mereka serta lima pemandu.
Kesemua mereka hanya mengalami luka ringan, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Mohd Aminuddin Abdul Rahim ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata, bas itu dipercayai terbabas ketika mengelak sebuah bas lain ketika menuruni kawasan Gua Tempurung dalam keadaan hujan lebat.
"Kemungkinan brek yang tidak berfungsi dengan baik menyebabkan pemandu bas gagal mengawal kenderaan itu menyebabkannya terbabas ke dalam longkang dan terbalik,” katanya. - Bernama

Sabtu, 4 Disember 2010

BAS REMPUH RUMAH

BAHAGIAN depan rumah Zakaria Dollah, 66, di Kampung Wakaf Merah, Tendong, Kelantan, ranap manakala keretanya rosak teruk dirempuh bas ekspres pagi tadi. Bagaimanapun, Zakaria, isteri dan sembilan anak mereka yang sedang tidur terselamat dalam kejadian 5.15 pagi itu. Pemandu dan 26 penumpang bas berkenaan juga dilaporkan tidak cedera. - Foto NSTP
Dec 4, 2010 7:47 pm

Sekeluarga nyaris maut bas ekspres rempuh rumah
Oleh Khairul Anuar Abdul Samad

2010/12/04

KOTA BHARU: Seramai 11 orang dalam satu keluarga, nyaris maut apabila sebuah bas ekspres merempuh bahagian hadapan kediaman mereka, di Kampung Wakaf Merah, Tendong, dekat sini, pagi tadi. 

Dalam kejadian jam 5.15 pagi itu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan termasuk 26 penumpang bas berkenaan yang sedang dalam perjalanan daripada Pulau Pinang ke Kota Bharu.

Pemilik rumah terbabit, Zakaria Dollah, 66, berkata ketika kejadian beliau berada dalam bilik air rumah berkenaan dan dikejutkan oleh isterinya, Wan Meriam Wan Idris, 43, mengenai kemalangan itu.
Katanya, beliau terus keluar rumah apabila mendengar bunyi dentuman kuat dan terkejut apabila mendapati bahagian hadapan rumahnya ranap serta keretanya rosak teruk. 

"Walaupun rumah dan kereta rosak teruk, namun saya bersyukur isteri dan sembilan anak yang masih tidur dalam rumah terselamat dalam kejadian yang menakutkan itu. Ini adalah kejadian pertama menimpa kediaman yang diduduki sejak 10 tahun lalu walaupun terletak berhampiran dengan jalan utama," katanya. 

Jumaat, 3 Disember 2010

Khamis, 2 Disember 2010

KEMALANGAN BAS LAGI NIE>>>

REMUK...keadaan bas  yang remuk selepas melanggar bahagian belakang bas ekspres lain di  kilometer 420.8 di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur Bukit Tagar,  petang semalam.
REMUK...keadaan bas yang remuk selepas melanggar bahagian belakang bas ekspres lain di kilometer 420.8 di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur Bukit Tagar, petang semalam.

ROSAK...bahagian belakang bas ekspres selepas dilanggar bas ekspres lain.
ROSAK...bahagian belakang bas ekspres selepas dilanggar bas ekspres lain.

Lapan tercampak

HULU SELANGOR: Seorang pemandu bas ekspres dan sembilan penumpangnya cedera parah selepas kenderaan dinaiki merempuh belakang sebuah bas ekspres lain yang turut terbabit dalam kemalangan di Kilometer 420.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur berhampiran susur Bukit Tagar, di sini, semalam.
Jurucakap polis berkata, kejadian membabitkan dua bas ekspres dan sebuah lori kira-kira jam 6.15 petang semalam berlaku selepas bas ekspres yang membawa sembilan penumpang dari Setiawan, Perak, cuba mengelak melanggar lori di hadapannya yang secara tiba-tiba memasuki laluannya.

LAGI BERITA DI METRO

MARAK...bas yang terbakar di tempat kejadian, semalam.
MARAK...bas yang terbakar di tempat kejadian, semalam.

KUALA LUMPUR: Sebuah bas RapidKL yang membawa kakitangan awam hangus berhampiran susur keluar Desa Petaling, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, lewat petang semalam.

DAN SATU LAGI KEMALANGAN

UTUSAN

Sabtu, 13 November 2010

Gambar Kemalangan Di Bukit Putus, Kuala Pilah. DLL

ihsan : Harian Metro

ENJIN sebuah kereta terputus dua selepas terbabit kemalangan dengan dua lagi kenderaan lain di Jalan Kuala Pilah-Seremban, dekat Bukit Putus, 9.20 pagi ini. Empat termasuk seorang wanita hamil cedera. Foto: Dzulkeffli  Mustapha (12/11/10)

KEADAAN kereta yang dinaiki empat sahabat pelajar UiTM yang terbabit dalam kemalangan maut di KM 47.7 berhampiram susur keluar Tol Alor Setar Utara, 7 pagi ini. Dalam kejadian itu dua maut, dua lagi parah.Foto: Syaharim Abidin (12/11/10)

POLIS memeriksa kereta Proton Iswara dipandu bekas pelumba basikal negara Daud Ibrahim, 63, yang remuk teruk selepas  dirempuh treler dari arah belakang di KM232 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Rembau. Daud maut di tempat kejadian. Foto Owee Ah Chun (11/11/10)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...