Selasa, 27 Januari 2026

“Dialisis Bukan Ponteng Kerja.”

“Dialisis Bukan Ponteng Kerja.” Stigma Masyarakat Yang Membunuh Pesakit Perlahan-Lahan

Bayangkan ini.
Seorang staf bangun awal. Bukan untuk shopping, bukan untuk lepak. Dia bersiap dengan badan yang letih, tangan yang ada bekas cucuk jarum, dan kepala yang penuh kira-kira: hari ini dialisis.
Dia keluar pejabat awal sikit.
Dan seperti biasa… ada yang berseloroh: “Wah, bestnya… gaji sama tapi ko cuti 3 hari seminggu.”
Ada yang tambah: “Nak ponteng lagi ke tu?”
Dia senyum. Sebab kalau dia jelaskan, orang kata dia “over”.�Tapi dalam hati, dia sedang menahan sesuatu yang kita jarang nampak:
air mata yang tak keluar, maruah yang tercalar, dan rasa bersalah yang tidak pernah patut wujud.

Realiti yang kita kena hadam: dialisis bukan keselesaan tapi ia survival pesakit
Di Malaysia, pesakit dialisis bukan “minoriti kecil”.
* Bilangan pesakit dialisis dianggarkan sekitar 53,000 orang dan dijangka melebihi 106,000 menjelang 2040 jika trend berterusan. 
* Beban kos rawatan CKD/ESKD di Malaysia dianggarkan sekitar RM3.3 bilion setahun (dan angka ini cenderung meningkat). 
Ini bukan sekadar angka. Ini adalah ribuan keluarga yang hidup ikut jadual mesin, ubat, diet, air, tekanan emosidan ya, 3 kali seminggu untuk ramai pesakit hemodialisis.
Tetapi yang lebih menyakitkan daripada jarum?�Pandangan manusia.

Stigma paling bahaya: “Dialisis = tak produktif.”
Ini stigma yang paling “normal” tapi paling kejam.
Kononnya:
* “Selalu tak ada.”
* “Asyik MC.”
* “Beban team.”
* “Tak boleh harap.”
* “Kalau kerja susah, jangan bagi dia.”
Padahal ramai pesakit dialisis:
* masih ada akal yang tajam, pengalaman yang tinggi, dan disiplin yang luar biasa,
* lebih menghargai masa daripada orang yang sihat,
* dan sebenarnya bekerja dalam keadaan yang ramai orang tak sanggup tanggung walaupun sehari.
Masalahnya bukan mereka tak mahu kerja.�Masalahnya: badan mereka sedang “bayar harga” untuk terus hidup.

Bila orang “viral” tak hadir… terus dituduh ponteng
Kita pernah lihat situasi “orang terkenal” atau figura awam yang tidak hadir kerana rawatan dialisis.
Itu hak kesihatan dia. Itu rawatan menyelamatkan nyawa.�Tapi masyarakat cepat buat kesimpulan: “ponteng!”
Kalau orang terkenal pun kena, apatah lagi pekerja biasa.
Di pejabat, stigma jadi senyap tapi tajam:
* bos mula buat muka,
* rakan sekerja mula mengumpat,
* peluang naik pangkat mula “hilang”,
* akhirnya ada yang dipaksa berhenti atau “diusahakan” supaya resign.
Ada pesakit yang pada awalnya sabar, lama-lama jadi marah. Ada yang sampai terdetik, “biar semua orang rasa sakit macam aku baru faham.”�Itu bukan sebab dia jahat; itu sebab dia terluka terlalu lama tanpa sesiapa peduli.

Stigma ini bukan saja menyakitkan; ia merosakkan kesihatan
Bila pesakit takut dilabel “ponteng”, mereka buat perkara yang bahaya:
* tangguh dialisis,
* ponteng rawatan,
* kurangkan sesi,
* datang dialisis dalam keadaan tertekan dan bersalah.
Akhirnya, kesihatan merudum. Bila merudum, prestasi kerja jatuh.�Lepas tu masyarakat kata: “Kan… memang tak produktif.”
Padahal puncanya ialah sistem sosial yang menghukum orang sakit.

Pesanan terus kepada bos & HR: jangan jadi punca ‘lingkup’ syarikat
Real talk: buang pekerja atas alasan yang kabur, akhirnya syarikat juga boleh terkena balik.
Tapi ini bukan sekadar isu undang-undang. Ini isu nilai manusia dan kepimpinan.
Kalau anda majikan, ini langkah praktikal yang boleh buat beza besar:
1. Nilai output, bukan jam “muka ada di pejabat”�Dialisis makan masa. Tapi ramai boleh deliver jika KPI jelas.
2. Fleksi jadual (shift/anjakan waktu)�Biar dia start awal/akhir mengikut slot dialisis.
3. Kerja hybrid/remote (ikut kesesuaian kerja)�Kadang-kadang 1–2 hari fleksibel cukup untuk kekalkan produktiviti.
4. Bina budaya: “rawatan bukan alasan malu”�Satu ayat dari bos boleh ubah satu hidup:�“Pergi rawatan, kami cover. Kesihatan dulu.”

Pesanan kepada rakan sekerja: lawak tentang sakit orang bukan ‘gurauan’
Kalau anda pernah cakap:
* “Nak ponteng ke?”
* “Best la cuti 3 hari.”
* “Aku pun nak dialisis kalau macam ni.”
Cuba bayangkan ayat itu ditujukan pada mak ayah kita.
Kalau nak jadi manusia yang lebih baik, buat yang mudah:
* tanya: “Kau ok tak?” (bukan soal detail perubatan pun)
* offer bantuan bila perlu
* berhenti jadikan penyakit sebagai bahan hiburan
Kadang-kadang pesakit dialisis tak perlukan simpati besar pun.�Dia cuma perlukan normalisasi: dihormati seperti manusia lain.

Harapan itu ada: PD & transplant adalah jalan keluar daripada stigma, bukan sekadar rawatan
1) PD (Peritoneal Dialysis): dialisis di rumah, hidup lebih fleksibel
Kerajaan/MOH sendiri telah memandatkan pendekatan “PD sebagai rawatan pertama bagi pesakit ESKD yang sesuai” sejak 2022, ini langkah besar untuk akses yang lebih adil, lebih lestari, dan lebih mesra pesakit.
Kenapa PD memberi harapan dari sudut stigma kerja?�Sebab PD boleh dibuat di rumah (dan untuk sesetengah pesakit, lebih fleksibel dari HD pusat). Ia bantu pesakit:
* urus masa kerja dengan lebih baik,
* kurang “masa hilang” atas jalan & pusat dialisis,
* rasa lebih autonomi.
PD bukan untuk semua orang. Ya!!, tetapi untuk yang sesuai, ia boleh jadi penyelamat maruah selain menyelamatkan nyawa.
2) Transplant: “reset” peluang hidup paling besar
Transplant masih rawatan terbaik untuk ramai pesakit, tetapi kita selalu tersangkut pada mitos:
* “menyusahkan penderma”
* “menyeksa mayat”
* “tak cukup organ nanti tak sempurna di akhirat”
Sedangkan dalam konteks Malaysia, rujukan rasmi menerangkan bahawa pendermaan/pemindahan organ dibincang dan difatwakan (Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 1970) sebagai dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu kerana ia dilihat sebagai ikhtiar menyelamatkan nyawa. �Malah, institusi mufti juga menyatakan pendermaan organ adalah harus dan digalakkan dalam kerangka maslahah (menyelamatkan nyawa).
Dan ya, transplant di Malaysia masih rendah berbanding keperluan, walaupun ada peningkatan living donor. �Sebab itu kita perlukan masyarakat yang lebih matang dan bukan masyarakat yang cepat menghukum.

Penutup: Dialisis bukan ponteng. Dialisis ialah keberanian.
Hari ini, kalau anda nampak seseorang keluar awal untuk dialisis…
jangan tanya “ponteng ke?”.�Tanya dalam hati: kalau aku di tempat dia, mampukah aku bertahan?
Sebab pesakit dialisis bukan minta dipuja.�Mereka cuma minta jangan dihina kerana sedang berjuang untuk hidup.
Kalau anda setuju, kongsikan artikel ini.�Biar budaya tempat kerja kita berubah daripada menghukum kepada memahami.�

#DialisisBukanPonteng #KerjaDenganDialisis #HormatPesakit #PDFirst #TransplantHarapan

Sabtu, 9 November 2024

SHAHAZRIN.COM | AKU DIA DAN TAKDIR

Hari ini 07 OKT 2024... Sejak 02April2024, sudah 84 kali aku kena dialisis, 

Januari 2024 bermula saat pahit getir yang aku hadapi bila aku di diagnosis CKD. Bila Prof. Hafiz maklum kefungsian buah pinggang semakin drop, dari 75% terus ke 25%

 Innalillahiwainnalillahirajiun....

Permulaan rawatan kena duduk hospital kenal pasti apa yang buat buah pinggang ni merosot. 

Buat ujian darah biasa - tak dapat kesan
Buat ujian darah berbayar (Rm150) - tak dapat kesan (Dr PPUM BG tau PAY N CLAIM sampai sudah x dapat2).
Buat ujian air kencing - tak dapat kesan punca
Akhir sekali biopsi (prosedur tebuk buah pinggang ambil tisu sedikit)

Dan akhirnya, 'tuan Azrin, anda disahkan telah kena radang MPGN (boleh Google) yang buatkan buah pinggang tuan makin rosak dan kecut." Jgn risau kita akan bagi rawatan dan ubat untuk rawat radang tu. Mula kena makan streriod kuantiti paling banyak dan akan reduce Dr semasa ke semasa.

Aku dan wife : 😭😭😭😭😭😭😭.

Aku mula masuk hospital masih boleh berjalan dan berlari, selalu tolong abang2 katil sebelah yang terbaring kesakitan dan tak boleh bangun.

Kemuncak kesakitan aku pada Ramadan 2024 berat aku 160kg tak mampu bernafas x mampu bergerak muka mula membengkak.. 

Allahuakbar... Aku mula down... Akhirnya redha dengan qada' dan qadar.. doa aku pada waktu itu, biar aku sahaja diberi kesakitan buat masa ini, aku minta Allah tarik kesakitan orang-orang yang aku sayang. Biar aku tanggung semua, berilah mereka kesihatan yang baik.

Dan secara ringkasnya, dalam Ramadan ni aku bergelut dengan kesakitan Dr berjalan aku hanya mampu terbujur diatas katil..semua anggota badan bengkak....

Akhirnya, maaf tuan..nampaknya buah pinggang tuan semakin teruk dan kena buang air dalam badan dengan dialisis. Kami terpaksa tebuk leher tuan untuk buat dialisis.

Sepanjang aku menderita kesakitan orang yang paling setia menemani ialah isteri aku. Memang aku 100% down berbulan keluar masuk hospital. Dia sentiasa berada disisi. Kalau ada anugerah khas, memang patut wife aku terima dan di nobatkan sebagai wanita yang kuat. Bagaimanalah betapa struggle nyer menguruskan diri sendiri 6 anak bersekolah dan ulang alik hospital setiap hari paling ketara menguruskan kewangan dengan keadaan hospital yang selalu cakap "PAY N CLAIM,PAY N CLAIM" untuk makluman Dr sampai sudah xnampak claimnya. Keluarga dan yang lain2 pun bnyak support. Alhamdulillah...

#ckdfighter 
#CKDPatient 
#CkdStage5 

Terima kasih...

# saya doakan semoga sahabat saya sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan sihat sokmo

Selasa, 13 Jun 2023

CORETAN BUAT ANAK-ANAK ABAH

Salam kasih sayang buat anak-anak abah. Abah harap mungkin suatu hari post/blog ini akan di baca oleh salah seorang dr 6 anak- anak abah. Abah harap anak- anak abah sihat dan diberi kebahagiaan sentiasa. 
Hari ini abah rasa kesihatan abah semakin hari semakin lemah. Antibodi abah mungkin x sama mcm dulu. Dulu abah nak demam pun sebulan sekali pun susah. Tetapi sekarang seminggu sekali pasti akan demam dan x sihat.
Mungkin effect dr makan ubat setiap hari menjadikan abah sedikit lemah serta pergerakan terbatas untuk bergerak dan melakukan kerja lebih berat terbatas.. tak sama mcm dulu.
Jantung lemah, darah tinggi, kencing manis.. dan sekarang abah rasa buah pinggang telah ada kesannya. Dengan tiba2 kena serang gout. Hargailah kesihatan ye anak2.. jg diri, jaga keluarga. Nnti abah sambung lagi.. penat pula rasa sekarang ni.  Badan mencucuk2 demam..adoi. sakitnya..

Sabtu, 17 Julai 2021

COVID19| KAKLONG TEWAS

Alhamdulillah... segala urusan telah selamat dan selesai diuruskan. Allah permudahkan segala urusan kami.

Untuk kami, inilah pengalaman hidup yang takkan kami lupakan. Menguruskan perjalanan akhir Arwah Kak Long ke Negeri Abadi. 4 hari di HTAR, Klang.

Pada Selasa, 13/07/2021 jam lebih kurang 2045 hrs. Setelah selesai membaca yassin ( untuk malam ke 3 ) bersama keluarga yang lain melalui google meet. 

Sepanjang membaca yassin malam tu wife saya nampak gelisah dan xdpat fokus untuk ikut serta baca bersama. Usai membaca surah yasin, wife saya menlefon no tel arwah kak long, kedengaran salam disambut oleh suara yang tak dikenali, kami di kejutkan dengan berita kematian kak long yang telah meninggal dunia pada 1831 hrs. cuma berita lambat sampai kerana hospital cuba call suami kaklong xdapat. Covid is real.. kak long tewas.

Memandangkan pada masa tu semua family masih online google meet. saya maklum pada semua berita kematian kaklong. 

Keadaan pada waktu itu bertukar kepada mood sedih, ada yang mcm x percaya dan ulang kali bertanya, betul ke? betul ke nie? ada yang call.. 

Ok, saya ambil keputusan untuk tenang dan cuba kawal keadaan. bersiap dan terus ke HTAR...

Sampai di HTAR, perkara yang merisaukan aku ialah parking. Turunkan wife dan abang ipar yang aku ambil dr rumah di Shah Alam.

Mujur tak ramai dan parking awam banyak kosong. Selesai parking, cari kedudukan wife dan abang rizal. Dari ward kami bawa barang2 peribadi kaklong yang kami terima dari nurse, Kami beegerak ke jabatan forensik kerana jenazah disana ( tiada bayaran dikenakn untuk pesakit covid ).

Gambar waktu siang, malam x sempat ambik.

*Kami nak bawa kaklong balik*

Sampai di forensik, hanya dua waris dibenarkan untuk masuk kedalam, aku menunggu diluar. Setelah hampir 30 minit wife keluar bersama abg ipar, nampak kegusaran diwajah mereka. Aku? still cuba bertenang agar dapat bantu buat keputusan yang baik . Penjelasan dr mereka jelas, urusan membawa arwah k.long balik tidak dapt dilaksanakn malam nie. Urusan untuk bawa pesakit covid hanya dilaksankaan pada waktu siang. kemungkinan akan lewat sehari dua,  (terkejut )..... kecuali pengurusan jenazah dan proses bawa pulang guna orang luar/swasta... Buntu!!!

Siapa nak hubungi waktu mcm nie..Dah tgh malam, teringat SPJM dan aku ahli berdaftar SPJM, Terus call Ustaz Rafi SPJM, dah call sekali x angkat pulak. mungkin dah tidur agaknya,, Tapi ustaz call balik, Alhamdulillah.. Alhamdulillah ustaz dapat bantu dan minta team pengurusan siap siaga esok.

Esoknya, sampai di Hospital aku sendiri teman abang rizal masuk ke dalam. Maklum pada IK saya nak tuntut jenazah dan akan dikebumikan di Gemas N9 serta diuruskan oleh team SPJM. Jawapan IK, ok boleh ... paling awal esok je boleh, memandangkan perlu tunggu giliran untuk urusan bawa keluar jenazah. ( terkejut )...

Ok, kami cuba merayu dengan doktor. doktor setuju paling awal selepas jam 6 ptg 😱😱😱, itupun kalau PKD Tampin on untuk urus waktu malam. Doktor bg tau.. "encik berdua tunggu luar, 10 minit saya panggil, saya buat call sekajap.

Keputusan awal PKD tampin setuju. tapi rezeki doc bg ruang tghari untuk urus.. selepas itu, segala urusan dipermudahkan sehingga pengkebumian k long.

Al Fatihah ... moga tenang disana... 



Ahad, 5 Januari 2020

POSITIF DARI GARAM BUKIT | AURA REZEKI

7 PERKARA TENTANG GARAM BUKIT YANG RAMAI TIDAK TAHU....

Garam bukit wujud secara semulajadi sejak jutaan tahun dahulu dan berasal dari gunung- ganang.

Warnanya ialah kemerahan atau ‘pink’. Oleh itu, garam bukit ini adalah antara yang terbaik untuk kesihatan manusia.





.
BAGAIMANA GARAM BUKIT MAMPU MEMBANTU DARI ASPEK KESIHATAN?

[1] STRES

Sering stres di tempat kerja? Mahupun di rumah? Khasiat garam bukit Himalaya mempunyai 84 mineral yang membantu menstabilkan kadar air dalam tubuh, menyeimbangkan kadar gula dalam darah dan juga membantu membuang toksin dalam badan. 

Apabila sistem dalaman tubuh berfungsi dengan baik, maka oksigen dapat disalurkan dengan baik dan lancar ke otak dan ianya mampu melegakan ketegangan perasaan yang dialami oleh penghidap stress. 

[2] AURA 

Mesti ramai yang tak tahu apa itu aura. Meh hakak cerita sikit. Aura dan getaran dikaitkan dengan gelombang elektromagnetik pada frekuensi tertentu yang berlegar di sekeliling tubuh kita. 

Senang kata, tubuh kita ni umpama sebuah rod magnet. Seorang manusia yang sihat, akan mempunyai lingkaran tenaga yang penuh atau bulat. 

Lingkaran tenaga ni berpusing tanpa henti dan tidak putus. Lingkaran ni lah yang membentuk medan elektromagnetik dalam tubuh manusia. 

Apa fungsi lingkaran tenaga ni? 

Untuk memastikan tenaga kita tak berselerakkan dan menjadi pelindung dari tenaga yang tidak baik. 

Bila tenaga tak baik meresap dalam tubuh kita, itu dipanggil ‘aura’ bocor. 

Garam Mandian Aura Rezeki ni mampu untuk menampal dan merawat ‘aura’ bocor serta membesarkan aura diri. 

Berjuta- juta tahun dahulu, pergunungan Himalaya telah ditelenggami air laut. 

Kemudian, terjadinya proses pengeringan. Semasa proses pengeringan terjadilah penyerapan tenaga. 

Proses ini menyebabkan garam menyerap tenaga biofizikal atau pun ‘bioenergy’ pada getaran 8.7 hertz (bersamaan dengan getaran tubuh mamalia). 

Getaran tersebut yang membantu merawat, membesarkan dan menampal aura bocor manusia. 

Nak cerita lebih pasal aura, panjang ceritanya. Kalau nak tahu lebih tentang aura ni, boleh la tanya pakcik Gugel. 








.
[3] Chakra

Chakra ni apa pula? Chakra dalam bahasa Sanskrit bermaksud ‘roda yang berputar’. 

Berfungsi sebagai pusat keluar dan masuknya energi. Energi yang diserap dan disimpan kemudiannya disebarkan ke seluruh tubuh badan kita yang memerlukannya. 

Dikatakan ada sekitar 365 chakra dalam tubuh kita dan 7 daripadanya adalah chakra utama. 

Secara umumnya, aspek utama chakra berhubung rapat dengan fungsi emosional kita. 

7 pusat chakra ni akan serap tenaga- tenaga positif di sekeliling kita dan membantu membentuk keperibadian, kerohaniah dan juga kesihatan kita. 

Bila kita biar tenaga atau aura negatif masuk ke dalam tubuh kita, ini akan menyebabkan pintu- pintu chakra tersumbat dan bocor. 

Aura sekeliling kita pun jadi tak seimbang. Ini akan menjejaskan perkembangan personaliti dan kesihatan kita. 





[4] Penyakit kulit

Kandungan mineral dalam garam bukit ni ada banyaaaak. 84 kesemuanya. 

Antara mineral yang terdapat dalam garam bukit ni adalah potassium, magnesium, zink serta banyak lagi mineral yang lain. 

Mineral yang terkandung dalam garam bukit ni yang bertindak membantu dan memulihkan sistem pertahanan tubuh. 

Ia mampu untuk melawan segala bakteria berbahaya dan mecegah dari dijangkiti penyakit. 

Bukan tu je, mampu untuk membuang toksin dalam badan. Baru lah badan kita jadi sihat dan bebas daripada penyakit! 





.
[5] Energi positif dan negatif 

Energi adalah sesebuah kekuatan yang kita tak dapat lihat dengan mata kasar tapi ada di sekeliling kita, seperti dalam tubuh badan, haiwan, tumbuhan dan segala yang ada di muka bumi ini. 

Energi ni ada dua jenis, positif dan juga negatif. 

Kedua dua jenis energi ni sangat mempengaruhi makhluk hidup yang ada di bumi. 

Antara gambaran energy positif ni seperti kita merasa bahagia, sentiasa bersemangat, mencintai dan menghargai diri. 

Macam mana kita nak tarik energi positif dalam diri kita? 

Sentiasa ingat dan dekatkan diri dengan Allah. Banyakkan bersyukur.

Sentiasa berada bersama sama dengan orang yang positif ataupun optimis. 

Energi negatif yang jelas pula adalah seperti rasa marah, kecewa, sedih dan seumpamanya.

Amalkan mandian garam bukit juga mampu menarik energi positif serta membuang energi negatif. 

Fungsi garam bukit boleh merawat dan menampalkan ‘aura’ bocor dimana bila ‘aura’ bocor kita dah ditampal, hanya yang positif je ada dalam diri kita. 

Garam bukit juga berfungsi meneutralkan energi negatif. Saat kita rasa letih, tak bermaya, cubalah terapi mandian garam. In shaa Allah lepas mandi kita rasa segar dan tenang. Tak gitu? 





[6] Ion Negatif

Garam bukit dipercayai mampu melepaskan ion- ion yang baik dalam tubuh manusia dan juga untuk tumbuhan sekelilingnya. 

Secara amnya, ion negatif adalah molekul oksigen yang dicaskan secara elektronik. 

Seorang ahli mikrobiologi dan ahli pateologi dalam ujikaji di Universiti California, mendapati bahawa ion negatif yang kecil ni mampu membunuh dan menyingkirkan bakteria dalam udara dengan cepat! 

Haa dengan tu, ion negatif ni boleh mengurangkan kemungkinan jangkitan kepada seseorang. 

Perlepasan haba daripada lampu garam kristal mampu memulihkan kuliti udara mengikut kajian saintifik daripada Institut Penyelidikan Bio-Fizikal Jerman. 

Apabila dipanaskan, garam bukit akan melepaskan semula zarah- zarah ion negatif ke udara. 

Ion- ion negatif ni yang bertindak membunuh bakteria dan membersihkan udara walaupun dalam kuantiti yang kecil. 




.
[7] Potensi diri 

Khasiat garam bukit Himalaya ni kan banyak. Mandi dengan garam mandian ni mampu menaikkan seri wajah kita. 

Badan pun jadi segar, minda jadi tenang. Senang nak buat kerja. 

Bila semua yang positif ada pada diri kita, ni akan mempertingkat potensi diri kita. 

Kita akan jadi lebih berkeyakinan dan bersemangat! Sebabnya garam bukit tadi dah serap dah energi dan ‘aura’ negatif di sekeliling kita. 

Bila kita berkeyakinan, orang pun senang nak dekat dengan kita. Bukan setakat meningkat potensi diri, kita pun boleh buat orang jadi berkeyakinan. 

Suruh dia mandi dengan garam bukit juga, kita dapat benefit, dia pun dapat manfaat! Boleh sebar energi positif pada orang lain pulak...


-Credit to JM Reenarich and samsulmajidi -

KLIK
~AGENT GARAM BUKIT ~
-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...