Isnin, 13 Jun 2011

Ugutan dan Kecurangan

Hiasan : Google

Salam semua, baru-baru ini aku ada terima panggilan dari saudara aku minta pandangan nasihat dari sudut undang-undang tentang suatu hal. Dengan panjang lebar saudara aku nie menceritakan yang dia sekarang cuba untuk menyelamatkan kawan perempuannya yang sedang hanyut dengan lelaki bergelar suami orang kesana kesini berhibur dan bersukaria di pusat-pusat hiburan. Si suami orang ini pula merupakan pegawai berkuasa tempatan yang mempunyai pengaruh dan kuasa untuk mendapatkan hiburan dengan diskaun dan ada juga yang free. ( maaf bahasa kiasan )

Setelah bermacam-macam nasihat diberikan kepada si perempuan dan nasihat itu tidak berguna, saudara aku cuba ambil inisiatif  lain dengan mencari keluarga dan memaklumkan kecurangan yang berlaku di belakang wanita yang bergelar "Isteri" .

Si Isteri paham dengan keperihatinan saudara aku dan mengucapkan jutaan terima kasih. Selang beberapa hari saudara aku mendapat ugutan untuk dicederakan dan ugutan bunuh dari si suami... setelah semua ini berlaku saudara aku minta pendapat aku untuk tindakan.. Tettapi malngnya Khidmat pesanan ringkas yang diterima telah dipadam...


Walau bagaimana pun jika situasi ini berlaku pada sesiapa pun Laporan Polis ( cover report ) amatlah penting.. Ugutan Jenayah adalah Kesalahan Jenayah. Sekiranya bukti SMS telah dipadamkan, pihak yang berkenaan boleh meminta syarikat Telekomunikasi mengeluarkan secara detail SMS yang telah dipadamkan dalam telefon Bimbit. Itu pun sekiranya "perlu" sahaja dan bertujuan untuk membantu siasatan. ada yang buat untuk cover report takut terjadi apa-apa pada masa akan datang.

Apa yang aku harapkan, semoga saudara aku selamat. Insya Allah...



2 ulasan:

  1. Baru tau pasal isu perundangan macam ni. thanks a lot! :-)

    BalasPadam
  2. menarik juga....http://mykampong-hasdin.blogspot.com/2011/06/keputusan-penuh-malaysia-vs-lubnan.html

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...