Rabu, 29 April 2015

KESAN LEPAS POST ENTRI BERAT AKU 115 KG!!!



Malam tadi aku terasa kepala aku berat, dan tanpa berlengah2 lagi aku terus bawa isteri ke klinik kesihatan Puchong Batu 14, Ha..klinik kat sini buka malam tau... terlampau sibuk..
ok, lepas sampai n register kat ujian saringan awal jumpa nurse tekanan darah aku ialah 180/126 lebih kurang macam tulah.. nurse pun terkejut so aku teurs kena jumpa doc..first time takpayah tunggu lama nak jumpa doc. doktor interbiu sikit terus suruh makan "ubat warna  kuning" n rest sekejap..nanti jumpa semula...


selapas lebih 1/2 jam rehat ambil balik tekanan darah..179/123 pergh.. doc cakap tunggu sini, encik kena pergi hospital.. aku minta kebenaran untuk nak pergi sendiri n  hantar anak n wife aku balik dulu. n dia cakap NO!!.. huh serius...


last mintak tolong jiran jemput wife n aku ke hospital.!st time dalam hidup aku kena naik ambulans dan aku siap minta xnak baring," saya nak duduk boleh " Sampai hospital serdang, punya la sesak.. Hospital Serdang pula tengah dalam proses ubah suai, memang nampak macam suasana hospital dalam perang. dengan khemah kat luar.. dengan anak panah tunjuk bilik kuning..bilik merah... pergh..



Disebabkan aku nie datang dari kes klinik terus ke wad separa kritikal, dan tekanan darah diambil dan turun sampai 124/84 mcm tu la..lupa dah aku.. tapi mmg turun la sebab kesan dari 'ubat kuning' tu.. bila masuk wad macam2 jenis orang dan sakit la yang aku dapat tengok.. Serius seram gila. Aku diperiksa oleh seorang doktor lelaki Dr. Akmal namanya.. staffnurse nama wani.. mmg ramah tamah baik budi bahasanya. Selepas lebih kurang 4-5 jam diberi rawatan dan aku nampak ok.. Doktor beri aku balik..yahooo.... nasihat... refer klinik untuk rawatan lanjut.. ok doc.. saya menurut perintah.. kali ini aku tewas dah tak boleh elak dah macam sebelum2 nie. aku di bekalkan dgn ubat darah tinggi  dos paling minima diusia 32 tahun... Macam2 macam yang aku rasa... hurmm... nanti aku sambung .......

Apa cerita berkenaan Halo ini? -FALAKONLINE



Cuaca kita sering mengusik-usik dengan pelbagai fenomena menarik yang kadangkala sukar untuk dijelaskan. Bagi sesetengah orang, ia mungkin fenomena harian, bagi yang baru kali pertama nampak, ia pasti pelik dan menakutkan. Bagi yang sukakan konspirasi, pelbagai teori dan pendapat diberikan.

Lebih-lebih lagi sekarang, yang mana maklumat begitu cepat dan pantas disebar menerusi media sosial dan apps sosial seperti Whatsapp, Telegram, FB dan Twitter.

Semalam sekitar tengahari, saya menerima begitu banyak posting dan persoalan mengenai satu lingkaran putih yang besar mengelilingi matahari.

Kejadian yang berlaku sekitar Zuhur semalam, kelihatan di kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia, dan antara hot spot ialah di sekitar Lembah Kelang.

Untuk meringkaskan cerita, fenomena itu dipanggil sebagai HALO.



Helo HALO

Halo ialah satu lingkaran besar yang kelihatan mengelilingi samada matahari ataupun bulan. Ia berlaku apabila wujudkan satu lapisan awan cirrus yang nipis di persekitaran langit di kawasan di mana Halo itu kelihatan.

Jika ia berlaku waktu siang, ia digelar SUN HALO.

Jika ia berlaku pada waktu malam, ia digelar MOON HALO. Untuk kejadian Moon Halo, ia sering berlaku apabila bulan semakin hampir dengan fasa purnama, dan juga ketika dalam fasa purnama.




Apa yang berlaku di sekitar awan cirrus nipis tu?

Kita semua dah belajar di bangku persekolahan, udara kita mengandungi pelbagai jenis gas, seperti nitrogen, oksigen dan lain-lain. Selain itu, ada banyak wap air yang terapung-apung sana sini.

Pada kedudukan yang amat tinggi ini, wap air ini akan MEMBEKU lagi membentuk kristal ais.

Apabila cahaya matahari memasuki kristal ini, ia akan dibiaskan sebanyak 22 darjah.

Kenapa 22 darjah? Ia disebabkan kristal itu sendiri yang berbentuk heksagon, lalu mengakibatkan cahaya matahari terbias pada sudut tersebut.














Adakah Halo boleh kelihatan di seluruh dunia secara serentak?

Tidak. Kejadian Halo ini wujud berdasarkan lokasi di mana wujudnya kristal ais tersebut. Maka, ia mungkin mudah kelihatan di Kuala Lumpur semalam, tetapi di Perlis tak kelihatan.

Adakah kejadian ini berlaku setiap 5000 tahun sekali?

Tidak. Ia merupakan kejadian atmosfera, yakni pergerakan udara, awan dan seumpamanya. Kita semua sedia maklum, pergerakan awan dan cuaca sering berubah-ubah dan sukar diramal dengan tepat. Oleh itu fenomena ini tidak berulang dalam jangka waktu yang konsisten.

Itulah sebabnya, semua terpegun dengan kemunculannya yang tiba-tiba semalam!

Saya nampak bentuk bulatan di sekeliling matahari itu semakin membesar lah! Betul ke?

Bulatan Halo tidak akan membesar, Ia akan kekal 22 darjah dari matahari.

Sebesar mana 22 darjah tu? Kedudukannya adalah lebih kurang sejengkal tapak tangan kita dari matahari.






Betul ke kejadian Halo ini semakin kerap berlaku? eeee takutlah!

Errr.. sebenarnya fenomena halo ini sering berlaku dan tidak ada kajian yang menunjukkan ia ‘semakin kerap’. Jika ada, mohon kongsikan bersama.

Saya berpendapat disebabkan begitu pantasnya maklumat dalam zaman sekarang, berita akan tersebar dengan lebih pantas. Hanya dengan menekan butang ‘Share’ atau ‘Forward’, berita seumpama ini akan tersebar ke seluruh ‘pelusuk alam’.

Maka, tidak hairanlah jika ia ‘kelihatan’ seperti ‘semakin kerap berlaku’, walhal faktor di atas perlu diambil kira.

Pada 2 Oktober 2012, saya sempat merakam kejadian Halo dari rumah sekitar tengahari. Ia telah dipaparkan di laman web Universe Today.







Kecoh sana sini

Fenomena Halo ini seringkali menjadi bualan hangat. Malah, ada yang menjadi begitu takut sehingga telah buat laporan polis.

Pada 16 April 2014, Halo kelihatan di langit Tampa, Florida. Seorang penduduk telah menelepon 911 dan melaporkan ia sebagai UFO!

Kenapa kejadian ini berlaku sekarang? Ada konspirasi barat ke?


Sebenarnya, jika kita buat pembacaan lebih sikit, kita akan dapati dunia ilmuwan saintis Islam telah melahirkan seorang tokoh yang memberi sumbangan amat besar dalam dunia optik, iaitu Ibn Al-Haytham.


Al-Hassan Ibn al-Haytham (965M-1040M

Di antara beberapa kitab penting tulisan beliau ialah On the light of the Moon yang membincangkan mengenai bulan, yang bercahaya hasil daripada cahaya yang dipinjamkanoleh matahari. Spherical Burning Mirrors; Paraboloidal Burning Mirrors; dan the Shape of eclipse, yang mengkaji fenomena-fenomena cahaya pada kamera.

Salah sebuah buku beliau bertajuk The Rainbow and the Halo telah mengkaji fenomena Pelangi dan Halo! Semua ini TELAH PUN DIKAJI secara sistematik lebih 1000 tahun dahulu!

Sila rujuk

Book review: Ibn al-Haytham and the New Optics

1001 Inventions And The World Of Ibn Al-Haytham



Foto-foto Halo 28 April 2015

Secara amnya, fenomena Halo ini merupakan kejadian alam untuk kita perhati dan hayati kehebatan, keluasan rahmat Allah SWT yang menyusun atur segala-galanya hinggakan sebesar kristal di langit!

Kita kena SELALU PERHATI kejadian ini dengan teliti, MEMAHAMI kejadian dia, barulah kita akan dapat mengukuhkan keimana dan ketaqwaan kita terhadap Allah SWT.



Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
(Al-Mulk 67:3)




Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
(Al-Mulk 67:4)

Jika kita tidak boleh belajar dari sudut ‘sains’, maka bolehkah kita katakan tokoh-tokoh seperti Ibn Al-Haytham , Al-Khawarizmi, Al-Biruni, Abu al-Wafa al-Buzjani, Ulugh Beg dan ramai lagi, yang mana mereka pun mengkaji langit secara saintifik dan sistematik, kita katakan kerja mereka sia-sia?

Tu sebabnya untuk memahami kehebatan Pencipta Alam ini, kita kena perhati kejadian langit, bumi, malam, siang… dan hanya orang yang berakal (orang yang memikirkan bagaimana kejadian alam ini terjadi, bukan sekadar tengok tanpa ilmu) sahaja dapat mendapat memahami.




Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;


(A-li’Imraan 3:190)





(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.


(A-li’Imraan 3:191)


Itu semua untuk kita sebagai hambaNYA terus tawadu dan taat perintahNYA.

Lihat, Fikir, Zikir! Ungkapan yang sering ditekankan kepentingannya oleh Al-Fadhil Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi

Saya mohon agar janganlah disebarkan teori-teori yang tiada asasnya, yang tak tahu mana hujung pangkalnya. Ia tidak membawa apa-apa kebaikan melainkan kekecohan dan kerisauan tak bertempat di kalangan masyarakat kita.

Saya akhiri artikel ringkas ini dengan beberapa buat foto menarik yang telah dikongsikan di Page FalakOnline semalam. Terima kasih atas perkongsian foto-foto tersebut.

Wallahua’lam





MasyaAllah Tabarakallah






rujukan / sumber : http://falakonline.net/

















Selasa, 28 April 2015

Serius!!!! Berat Saya 115 Kg

Pergh... memang  dasat mendengor berat aku nie, sejak last time aku jumpa doctor tentang masalah kesihatan demam batuk selsema, memang berat badan adalah perkara yang wajib disentuh.


Bukan tak pernah ikut Ben g gym,, hehehe.. tapi keluar peluh jer la aku, mmg lama betul mengumpul lemak nie. sejak keluar pusat latihan berat antara 75- 80 kg banyak betul beza sekarang. Now sukan yang boleh aku buat, main ping pong, adalah peluh sikit-sikit.

pergh...jangan x caya ..dulu la...

Apapun  masa ada secebis azam untuk aku kurus dan kurangkan berat badan macam blogger comel http://www.daliagallery.com/, nanti ajor saya kurus macam akak yer... hehe

Isnin, 27 April 2015

Peserta Kilauan Emas 10 - Shahrul Zaman Bin Kamaludin (Zaman)


Shahrul Zaman bin Kamaludin, atau Zaman, merupakan seorang pelakon dan pengarah di Malaysia. Beliau berumur 49 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur. Sebelum menceburi bidang lakonan dan pengarahan, beliau pernah bekerja di Bank Bumiputra sehingga tahun 1995. Selain berbakat dalam bidang lakonan, beliau juga meminati bidang muzik dan nyanyian, serta pernah merakamkan lagu bersama Eddie Hamid pada tahun 1999. Beliau juga aktif dalam seni silat cekak Hanafi dan sering mendapat tawaran menjadi tenaga pengajar bagi kelab silat di universiti-universiti sekitar Selangor & Kuala Lumpur.

Tagline : Yakinkan diri, luaskan seni

Cara-cara mengundi:
SMS: Taip KEZAMAN atau KE<3>ZAMAN untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 ZAMAN KE 32777

Untuk 20 undian: Taip KE20ZAMAN ke 32777.

Kadar premium untuk setiap undian: RM0.53 (t'msk GST). Kadar telco tertakluk
Syarat & Terma tertakluk di kilauanemas.com.my



Peserta Kilauan Emas 9 - Norasmah binti Ibrahim (Asmah)


Norasmah binti Ibrahim, atau Asmah, merupakan seorang pengusaha warung makan bersama suami di kawasan rumahnya di Setapak, Kuala Lumpur. Berumur 51 tahun, beliau telah lama berkecimpung dalam bidang nyanyian asli dan sering menyertai pertandingan-pertandingan irama asli sehingga ke peringkat akhir. Ilmu dan bakat yang dianugerahkan telah diturunkan kepada anak-anaknya yang kini bergiat aktif dalam bidang nyanyian lagu-lagu tradisional dan. irama asli. Selain itu, beliau juga bekerja sambilan mengajar anak-anak muda teknik nyanyian lagu-lagu irama asli.

Tagline : Tiru Macam Saya

Cara-cara mengundi:
SMS: Taip KEASMAH atau KE<3>ASMAH untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 ASMAH KE 32777

Untuk 20 undian: Taip KE20ASMAH ke 32777.

Kadar premium untuk setiap undian: RM0.53 (t'msk GST). Kadar telco tertakluk
Syarat & Terma tertakluk di kilauanemas.com.my

Peserta Kilauan Emas 8 - Nurashikin Binti Ibrahim (Ann) <---- dah keluar minggu kedua


Nurashikin binti Ibrahim, atau lebih dikenali sebagai Ann, merupakan seorang doktor yang kini bekerja di Kementerian Kesiahatan Malaysia. Beliau berumur 46 tahun, mempunyai 3 orang anak, dan kini menetap di Shah Alam , Selangor. Walaupun bekerja sebagai seorang doktor, Ann mempunyai minat dalam bidang nyanyian sejak kecil lagi. Beliau sering membuat persembahan di majlis-majlis kementerian dan majlis-majlis formal. 

Tagline : Positif selalu, sihat minda.

Cara-cara mengundi:
SMS: Taip KEANN atau KE<3>ANN untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 ANN KE 32777

Untuk 20 undian: Taip KE20ANN ke 32777.

Kadar premium untuk setiap undian: RM0.53 (t'msk GST). Kadar telco tertakluk
Syarat & Terma tertakluk di kilauanemas.com.my








Peserta Kilauan Emas 7 - Wan Muhammad Logan Bin Wan Abdul Rahman (Elji)







Wan Muhammad Logan bin Wan Abdul Rahman, atau Elji, merupakan seorang usahawan di Ampang, Selangor. Berumur 44 tahun, beliau berasal dari Johor Bahru, Johor, dan merupakan bapa kepada 3 orang anak. Pada tahun 1997, beliau pernah merakamkan album bertajuk ‘ELGI’ solo di bawah syarikat Polygram Records. Beliau mengundurkan diri dari dunia seni selepas mengalami kemalangan di Langkawi. Atas sokongan dan dorongan dari ahli keluarga dan rakan-rakan, beliau mula menyanyi semula bersama kumpulan Enava di sekitar Kuala Lumpur.

Tagline : Kasi Pecah!

Cara-cara mengundi:
SMS: Taip KEELJI atau KE<3>ELJI untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 ELJI KE 32777

Untuk 20 undian: Taip KE20ELJI ke 32777.

Kadar premium untuk setiap undian: RM0.53 (t'msk GST). Kadar telco tertakluk
Syarat & Terma tertakluk di kilauanemas.com.my






Peserta Kilauan Emas 6 - Hassan Bin Idris (Hasan)










Hassan bin Idris, atau Hasan, berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur. Beliau merupakan bekas gitarist kumpulan The Strollers dan telah merakamkan album bertajuk ‘Waiting Is…’ di bawah syarikat CBS. Beliau juga pernah merantau dan bermain muzik di Eropah. Selain The Strollers, beliau merupakan pengasas kumpulan Headwind suatu ketika dahulu. Sekarang, beliau masih lagi aktif dalam bidang muzik dan nyanyian, serta telah menubuhkan kumpulan The Bagooz bersama anak lelaki tunggalnya. The Bagooz kini mendapat tawaran membuat persembahan di restoran-restoran dan majlis-majlis sekita Kuala Lumpur, Selangor, dan Negeri Sembilan.



Tagline : Take 5, rock n’ roll!



Cara-cara mengundi:
SMS: Taip KEHASAN atau KE<3>HASAN untuk (3/5/10 undian) ke 32777. 
Contoh : KE10 HASAN KE 32777

Untuk 20 undian: Taip KE20HASAN ke 32777.

Kadar premium untuk setiap undian: RM0.53 (t'msk GST). Kadar telco tertakluk
Syarat & Terma tertakluk di kilauanemas.com.my



GAMBAR PESERTA










Peserta Kilauan Emas 5 - Dzulkiffli bin Jalil (Zul)






Dzulkiffli bin Jalil, atau Zul, merupakan seorang ahli muzik Orkestra Tradisional Malaysia di Istana Budaya. Berumur 54 tahun, beliau merupakan bapa kepada 5 orang anak mempunyai seorang isteri yang bekerja sebagai pengusaha taska. Beliau bergiat aktif dalam dunia seni sejak usia muda lagi. Pada tahun 1983, beliau pernah merakamkan sebuah album bertajuk ‘Halilintar’ di bawah Warnada Records bersama kumpulan Headlight. Beliau juga pernah merantau hingga ke Indonesia untuk mencari pengalaman dalam bidang muzik. 

Tagline : Ya Lah Tu!

Cara-cara mengundi:
SMS: Taip KEZUL atau KE<3>ZUL untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 ZUL KE 32777

Untuk 20 undian: Taip KE20ZUL ke 32777.

Kadar premium untuk setiap undian: RM0.53 (t'msk GST). Kadar telco tertakluk
Syarat & Terma tertakluk di kilauanemas.com.my


GAMBAR PESERTA






Peserta Kilauan Emas 4 - Wan Mohd Hasbi Wan Jaafar (Hasbi)





Wan Mohd Hasbi, atau Hasbi, merupakan anak jati Alor Setar, Kedah. Beliau mempunyai 2 orang anak, dan sekarang bekerja sebagai pemuzik jalanan sepenuh masa bersama band yang diberi nama Labu Labi & Naga Bara. Beliau juga merupakan bekas vokalist kumpulan Storm suatu ketika dahulu. Selain bermain muzik, beliau juga mendapat jemputan sebagai DJ di majlis-majlis perkahwinan.

Tagline : Syok ooo, sempoi bak ang!

Cara-cara mengundi:
SMS: Taip KEHASBI atau KE<3>HASBI untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 HASBI KE 32777

Untuk 20 undian: Taip KE20HASBI ke 32777.

Kadar premium untuk setiap undian: RM0.53 (t'msk GST). Kadar telco tertakluk
Syarat & Terma tertakluk di kilauanemas.com.my


GAMBAR PESERTA









Peserta Kilauan Emas 3 - Noor Hayati binti Slama (Norya)




Noor Hayati binti Slamat, atau Norya, merupakan seorang ibu tunggal yang berasal dari Batu Gajah, Perak. Beliau berumur 54 tahun, seorang surirumah, dan mempunyai 3 orang anak. Beliau gemar menyanyi sejak muda lagi, dan ingin membawa bakat nyanyiannya ke satu tahap yang lebih tinggi. Selain Norya, ahli keluarganya juga terlibat dalam aktiviti nyanyian dan muzik, bahkan mereka mempunyai family band sendiri dan sering dijemput untuk membuat persembahan di majlis-majlis.

Tagline : Aje Gemor!

Cara-cara mengundi:
SMS: Taip KENORYA atau KE<3>NORYA untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 NORYA KE 32777

Untuk 20 undian: Taip KE20NORYA ke 32777.

Kadar premium untuk setiap undian: RM0.53 (t'msk GST). Kadar telco tertakluk
Syarat & Terma tertakluk di kilauanemas.com.my

GAMBAR PESERTA





Peserta Kilauan Emas 2 - Hazlina Wati binti Zainuddin (Lina)



Hazlina Wati binti Zainuddin, atau dikenali sebagai Lina, merupakan seorang guru vokal bagi persatuan-persatuan dan kelab-kelab ghazal sekolah di Muar & Batu Pahat, Johor. Walaupun dilahirkan di Negeri Sembilan, beliau telah dibesarkan oleh datuk dan neneknya di Muar, Johor. Beliau juga mempunyai kumpulan ghazal yang diberi nama Saujana, dan pernah menjadi johan 3 tahun berturut-turut bagi pertandingan ghazal peringkat kebangsaan. Beliau mempunyai matlamat tersendiri untuk memartabatkan irama asli & ghazal supaya diterima ramai.

Tagline : Lina Pun Boleh!

Cara-cara mengundi:
SMS: Taip KELINA atau KE<3>LINA untuk (3/5/10 undian) ke 32777.
Contoh : KE10 LINA KE 32777

Untuk 20 undian: Taip KE20LINA ke 32777.

Kadar premium untuk setiap undian: RM0.53 (t'msk GST). Kadar telco tertakluk
Syarat & Terma tertakluk di kilauanemas.com.my

GAMBAR PESERTA





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...