Selasa, 30 November 2010

Amalan Ayatul Kursi

Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.
1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
3)  Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
4)  Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.
5)  Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.
6)  Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
7)  Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.
8)  Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
9)  Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.
12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.
13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.
16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
*Jangan sekadar dibuat hiasan Ayatul Kursi tetapi diamalkan sebaik-baiknya.Insyaallah!

This entry was posted in

TEATER NATRAH

Sumber Istana Budaya

Tajuk:Natrah
   
Produksi:Istana Budaya
   
Kategori:Teater
   
Tempat:Panggung Sari, Istana Budaya
   
Tarikh:25 November - 5 Disember 2010
   
Masa:
8.30 malam
3.00 Petang (27, 28 November & 4, 5 Disember 2010)
   
Sinopsis:
  Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanyaSarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
   Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
   Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya..

   Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura. Ikutilah kesudahannya!
Pengarah:Eirma Fatima
Pelakon:
Maya Karin
Remy Ishak
Sofia Jane
Umie Aida
Susan Lancaster
Fizz Fairuz
Aaron Aziz
Mazin Amien Siraj
Iqbal Taufik
Liyana Jasmay
Nabila Huda
Ziela Jalil
Shukor Ibrahim
Tiket:RM30, RM50, RM70, RM100 & RM150
Tempahan Tiket:Box Office
Istana Budaya,
Jalan Tun Razak,
50694 Kuala Lumpur

Tel: 03-4026 5558
Tempahan/Pembelian Online:www.ticket2u.biz

Hotline: 03-41498600

Sumber : Istana Budaya
This entry was posted in

MAHA 2010

Salam semua.

Aku nak kongsi perjalanan aku pergi MAHA 2010, Ahad minggu lepas adalah satu tarikh yang memang tak sesuai Untuk ke MAHA. Sebab apa tak sesuai? Korang tengok nie ( tapi dah lepas pun.. )

Trafik Jem
Mungkin atas  faktor Hari minggu dan Sua Rasa, semua orang berkunjung termasuk bas-bas yang datang seluruh tanah air dari semenanjung, Pelancong Asing pun ada. Pintu 1 ditutup dan terpaksa la redah jem sejam untuk masuk ikut pintu 2.

Ok, bila dah masuk MAHA kene jalan kaki atau pilih untuk naik tram. Macam gambar kat atas. Parking RM3.

Sebenarnya aku datang nak tengok nie..Apa eik?


bunga????

orkid la...

Jauh juga la menapak.... sampai jer dewan pameran, aku nampak nie

orang yang kepenatan lepas berjalan... kesian..
nasihat aku naik tram..

Antara yang sempat di Candid sebelum beteri habis..




Yang paling best nie ha...
Food Court



 Harga makanan??? Ok la... Tak murah... Tak Mahal... 
Air Tebu RM 1.50

Nak datang kalau hari bekerja tu mungkin ok kot... 
Sehari dua lagi aku nak g lagi la...
Nak beli Orkid..









Entri ringan-ringan

Salam semua...
Selamat petang,  aku cuma nak ringkaskan entri petang nie.

1st nak ucapkan selamat Hari lahir Untuk Ben Ashaari. 
semoga panjang Umur dan dimurahkan rezeki.


Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ni, Aku harapkan kepada kawan-kawan semua untuk berhati-hati walau di mana jua kawan-kwan berada. Kalau hujan jangan berteduh bawah pokok, bawah jambatan yang takda tempat berlindung. Jangan teruskan perjalanan kalau cuacu terlampau buruk, pastikan keadaan kenderaan kita dalam keadaan baik untuk keadaan cuaca macam nie. 

Hujan lebat dan ribut petir dijangka akan berteruskan sehingga awal tahun hadapan. Yang duk dikawasan banjir, hati-hati k, jaga keselamatn diri dan keluarga. Berpindah jika perlu.

note : jap lagi aku post gambar aku g MAHA 2010

Isnin, 29 November 2010

Menulis Gaya Kreatif



google


SIFAT-SIFAT  PENULIS
Bagaimana nak menulis karya kreatif? 
Penulisan kreatif seperti cerpen ini sebenarnya tidak dapat diajar.  Pembimbing tidak dapat memberitahu seseorang bagaimana hendak menulis namun pembimbing dapat menerangkan bagaimana hendak menulis dengan lebih baik.  

Yang penting penulis :
  1. mestilah peka terhadap keadaan manusia dan berusaha memaparkan perasaannya. 
  2. mestilah cintakan kata-kata supaya frasa yang dicipta akan mengharukan pembaca.
  3. mestilah meminati dunia penulisan dan mengasingkan diri dengan tulisan supaya dapat melihat apa yang baik dan yang buruk tentang tulisannya.
  4. mestilah ada sikap yang teliti.
  5. mestilah menjadikan tulisannya sebagai amalan harian, bukan hasil sekali skala.
  6. mestilah menulis kerana mahu menulis bukan kerana sebab yang lain seperti kewangan misalnya.
  7. mestilah berani menghadapi cabaran.  Menggunakan karya yang ditolak sebagai dorongan untuk menulis dan bukan sebagai tanda dunianya telah kiamat.
Bagaimana nak menjadi penulis? 
Bakat
Bakat anugerah Allah yang sukar dilihat. Ada percanggahan pendapat oleh para pengarang mengenai hal ini. Contohnya : SN Keris Mas menyebutkan bakat sangat penting sementara SN A. Samad Said menyatakan bakat kurang penting tetapi usaha dan minat lebih penting.
Minat
Ada keinginan untuk menulis.
Rajin membaca
Hal ini diakui oleh ramai penulis seperti Anwar Ridhwan dan Khadijah Hashim.  Pembacaan akan memberi idea untuk menulis persoalan yang lain.  Pembacaan akan melibatkan penamatan dan akan menimbul idea pertama.
Ada cita-cita untuk menjadi penulis.
Hasrat atau harapan akan menjadi pendorong.
Rajin menulis

sumber : DBP
This entry was posted in
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...