Isnin, 29 Jun 2015

Dera: Yaya selamat dibedah bagi rawat usus berpintal

Nur Zuliana Zaara Zulkifli menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan

KOTA BHARU 29 Jun - Mangsa dera, Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5, atau Yaya selamat menjalani pembedahan bagi merawat usus kecilnya yang didapati berpintal dipercayai akibat dipukul.

Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr. Ghazali Hasni Md. Hassan berkata, pembedahan bermula pukul 10.30 pagi dan berakhir sejam kemudian.

“Pesakit dilaporkan stabil namun dalam tempoh 24 jam berikut, dia tidak boleh makan. Setakat ini, kita tidak benarkan sesiapa jumpa pesakit kecuali ibu kandungnya sahaja," katanya dalam sidang akhbar di HRPZ II di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/dera-yaya-selamat-dibedah-bagi-rawat-usus-berpintal-1.108611#sthash.EloTyBnm.dpuf

Ada kesan puntung rokok di kemaluan


Putrajaya: Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM) akan mengambil tindakan untuk perintah jagaan sementara kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang didera di Rantau Panjang, Kelantan kepada ibu kandung sekiranya bersesuaian.

Menteri Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan dan perintah jagaan sementara akan diambil selepas kanak-kanak berkenaan selesai menjalani rawatan.

Ini kerana, katanya kanak-kanak terbabit didapati tidak boleh banyak bergerak.

"Selain itu, khidmat kaunseling dan bimbingan untuk mengendalikan kes ini kepada ibu kandung akan disediakan oleh JKM supaya kanak-kanak ini dapat dijaga dengan sempurna, malah JKM juga turut memberikan perhatian serius terhadap kebajikan kanak-kanak itu.

"Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak itu kini sedang mengalami trauma akibat daripada beberapa kesan kecederaan di seluruh badan seperti retak di rusuk kiri, tulang belakang membengkok akibat tolakan yang kuat ataupun terjatuh dari tempat tinggi, kesan patah yang hampir sembuh, beberapa kesan luka di kepala dan badan serta kesan puntung rokok di kemaluan," katannya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Rohani berkata, hasil siasatan juga mendapati ibu bapa kanak-kanak itu sudah bercerai pada 2013 dan kanak-kanak itu di bawah jagaan bapa kandung.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60938#sthash.iicv8lnY.dpuf

Berbuka dengan coconut shake




Asalnya hanya gerai tepi jalan yang menjual minuman berasaskan kelapa seperti ‘coconut shake’, air kelapa dan aiskrim. Namun sambutan luar biasa yang diterima daripada pelanggan membuatkan Illaina Ibrahim, 43, dan suami, Hamzah Kamaruddin, 55, melebarkan sayap perniagaan mereka kepada makanan.

Atas sokongan pelanggan dan minat mendalam terhadap sektor makanan dan minuman (F&B), Illaina bersama suami memberanikan diri membuka restoran Bukit Dinding Coconut (BDC) di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Seperti kebanyakan restoran yang menyediakan bufet sempena Ramadan, BDC juga tidak terkecuali. Di BDC, pelanggan boleh menikmati lebih 40 hidangan Melayu seperti nasi beriani kambing, nasi beriani ayam, car kuetiau, mi rebus, bihun Singapura, aneka buah-buahan, ayam goreng berlada, dalca rusuk kambing, kuih-muih dan aneka manisan.

Menurut Illaina, semua hida­ngan dimasak chef tempatan yang berpengalaman. Harga bufet yang ditawarkan untuk dewasa RM28 manakala kanak-kanak RM18.

“Kami menyediakan bufet pada harga mampu.Pelanggan boleh menikmati pelbagai hidangan Melayu asli di samping 12 jenis ‘coconut shake’, 12 jenis aiskrim berasaskan kelapa dan 12 jenis air kelapa.

“Uniknya, semua ‘coconut shake’, minuman dan aiskrim adalah resipi asli sendiri yang direka khas untuk pelanggan. Kami juga menyediakan manisan seperti kek kelapa yang mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelanggan.

“Sempena promosi juga, pelanggan yang membuat tempahan minimum 10 orang akan mendapat percuma satu. Kami juga menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma dengan tempahan sekurang-kurangnya 20 pek,” katanya ketika ditemui di BDC, baru-baru ini.

Ungku Ismail syok pada beriani kambing

Pelakon yang popular menerusi drama Teman Lelaki Upahan, Ungku Ismail Aziz berkata, disebabkan dia berasal dari Johor, nasi beriani sentiasa menjadi kegemarannya.

“Saya jenis ringkas memilih makanan. Sebelum ini pernah makan di beberapa tempat tetapi nasi beriani di sini amat memenuhi selera saya. Nasi tidak terlalu kering, tidak berderai dan tidak berminyak.

“Daging kambing juga lembut dan enak dimakan bersama dalca tulang rusuk kambing. Saya juga menggemari car kuetiau dan minuman ‘coconut shake’. Restoran BDC (Bukit Dinding Coconut) pasti memuaskan mereka yang tercari-cari lokasi dengan menu harga berpatutan, serta sesuai bagi yang sudah berkeluarga,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60639#foto


Puasa didik makan secara sihat

Image result for PUASA

Ramadan adalah bulan yang penuh barakah dan bulan ujian untuk umat Islam. Kesabaran kita diuji dengan menahan lapar, dahaga, menjaga mata, hati dan lidah daripada perkara yang merosakkan pahala berpuasa.

Dalam berpuasa kita akan mendapat faedah kesihatan yang amat baik jika mengikut kaedah berpuasa dengan makan secara betul dan sihat. Pemakanan yang salah dan tidak sihat akan menyebabkan kita tidak mendapat faedah yang maksimum dalam proses kita berpuasa.

Bagaimanakah pemakanan sihat yang patut diamalkan dalam bulan Ramadan? Beberapa panduan umum boleh kita ikuti dan jadikan panduan ketika berbuka, bersahur dan juga makan antara waktu keduanya.

Ketika berbuka, perkara yang utama adalah mengawal jumlah pemakanan yang diambil. Kita perlu mengikut sunah Rasulullah SAW iaitu dengan beberapa biji buah kurma dan minum air kosong.

Kajian saintifik terkini menunjukkan buah kurma sememangnya mempunyai banyak kelebihan daripada aspek kesihatan. Buah kurma amat kaya dengan serat, vitamin, mineral, antioksidan, antikeradangan dan antibakteria.

Kandungan khasiat pemakanan yang tinggi dalam buah kurma amat baik untuk mencegah pelbagai jenis penyakit dan mengekalkan kesihatan yang optimum.

Kurma kaya dengan bahan sebatian fenolik antioksidan seperti pro-cyanidin, tannins, coumaric, ferulic, sinapic dan flavonoids seperti beta karotin, lutein dan zeaxantine.

Semua sebatian antioksidan ini mampu melawan kesan radikal bebas dan boleh mencegah kanser. Bahan flavonoids ini juga boleh meningkatkan imuniti, melawan kesan keradangan dan mencegah mutasi sel.

Kurma juga mempunyai zat besi yang tinggi dan boleh mencegah masalah anemia. Kurma mempunyai kandungan mineral kalium yang tinggi dan amat baik mengawal tekanan darah tinggi.

Di samping itu ia juga mengandungi mineral lain seperti magnesium, kalsium, manganese dan kuprum yang amat penting untuk fungsi metabolisma tubuh manusia.

Buah kurma juga mempunyai indeks glisemik yang sangat tinggi serta cepat meningkatkan paras glukosa dalam darah. Ini amat baik kerana setelah seharian berpuasa paras glukosa dalam darah kita menurun ke tahap yang sangat rendah menjelang waktu berbuka.

Dengan makan makanan berglisemik indeks tinggi, kita dapat memulihkan tenaga dengan sangat cepat dan mengurangkan rasa lapar dengan segera. Kelebihan ini boleh kita manfaatkan untuk mengurangkan jumlah makanan yang kita makan semasa berbuka.

Selepas berbuka dengan kurma dan air, kita perlu menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu dan hanya selepas itu kita menjamah makanan yang lebih berat secara sederhana.

Selera kita akan mula berkurangan selepas solat Maghrib kerana paras glukosa darah mula naik disebabkan pengambilan kurma sebelumnya.

Di sinilah hikmahnya kita mengikut sunah Rasulullah SAW kerana kaedah ini akan mencegah daripada makan berlebihan sewaktu berbuka. Jika kita tidak dapat makan kurma kita boleh memilih buah-buahan yang lain atau makanan manis seperti kuih-muih untuk menggantikan kurma dan ini bersesuaian dengan saranan Rasulullah SAW.

Kita tidak digalakkan makan terus makanan yang berat semasa berbuka kerana ini akan menyebab­kan kita makan secara berlebihan disebabkan isyarat ‘kenyang’ mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke otak.

Oleh itu kita cenderung untuk makan secara berlebihan semasa berbuka. Apabila kekenyangan kita akan ‘tersandar’ dan berasa malas untuk bergerak seterusnya mengganggu ibadah solat.

Sedangkan kita perlu memperbanyakkan ibadah dalam bulan Ramadan. Inilah cabaran ketika berbuka yang perlu kita hadapi untuk mendapat pahala penuh dan keberkatan daripada Allah SWT.

Kita juga perlu minum secukupnya sepanjang Ramadan untuk mengelakkan dehidrasi. Minumlah air mineral atau air kosong secukupnya dan kurangkan minuman tinggi gula.

Minumlah lapan gelas air sepanjang malam dari waktu berbuka hingga ke waktu sahur setiap hari. Elakkan minuman manis seperti teh tarik atau minuman berkarbonat kerana ia mengandungi gula yang sangat tinggi dan boleh menyebabkan kita mengalami masalah dehidrasi ketika berpuasa keesokannya. Ketika bersahur minumlah sekurang-kurangnya dua gelas air mineral.

Apabila bersahur keutamaan kita adalah untuk makan makanan yang boleh membekalkan tenaga dengan lebih lama untuk berpuasa pada waktu siang. Oleh itu pilihan kita adalah makan lebih makanan berserat tinggi seperti beras perang, oat, roti serat penuh.

Jika kita memilih untuk makan nasi putih, kita boleh mendapatkan serat tambahan dengan makan lebih sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan.

Makan lauk yang dimasak de–ngan santan juga adalah baik kerana kajian menunjukkan lemak atau minyak kelapa atau santan keapa adalah lemak yang sangat sihat. Makan makanan yang bergoreng dan bergaram tinggi tidak digalakkan.

Elakkan meninggalkan bersahur kerana ia adalah makan yang amat penting ketika berpuasa dan mempunyai keberkatan yang dijanjikan. Sahurlah pada waktu yang dekat dengan waktu Subuh dan bukan di tengah malam.

Jika kita ingin makan moreh atau makan pada waktu malam sebelum tidur, jangan berlebih-lebihan atau makan makanan yang berat. Pilih buah-buahan dan kekacang yang lebih sihat.

Jika kita memilih untuk makan kuih-muih kita perlu makan sedikit sahaja. Utamakan beribadah secara maksimum dalam Ramadan dengan bersolat, berzikir, membaca al-Quran dan bersedekah sebanyak mungkin mengikut kemampuan kita, insya-Allah akan menjadi Muslim yang cemerlang selepas Ramadan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60624#sthash.RXH7KJHY.dpuf

KES DERA | Ibu tiri, bapa ditahan


Kota Bharu: Dua suspek kes dera kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditahan polis di sini, malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek iaitu ibu tiri mangsa berusia 25 tahun dan bapa kandungnya berusia 39 tahun ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di hadapan restoran di Jalan Bayam Kota Bharu, 9 malam tadi.

Katanya, kedua-dua suspek diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatn lanjut.

"Suspek akan direman pagi ini di Mahkamah Majistret Pasir Mas

"Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak Kanak 2001," katanya.

Harian Metro semalam melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dalam keadaan lemah dan tidak bermaya dipercayai didera ibu tiri di Rantau Panjang, dekat sini.

Kejadian itu disedari ibu kandungnya, Sana Abdul Malek, 28, Rabu lalu selepas mengambil anaknya daripada jagaan bekas suami dan ibu tiri mangsa.

Mangsa bukan sahaja terpaksa menanggung derita kira-kira enam bulan, malah turut mengalami kecederaan serius apabila patah 13 tulang.

http://www.hmetro.com.my/node/60855


Jumaat, 26 Jun 2015

Bunuh 8 bayi bimbang hasil sumbang dengan bapa


Paris: Seorang wanita mula dibicarakan hari ini di mahkamah di Douai, selatan Perancis, dengan dakwaan mencekik lapan anaknya yang baru dilahirkan hingga mati kerana bimbang bayi terbabit adalah hasil hubungan sumbang dengan bapanya.

Dominique Cottrez, 51, menghadapi berapa tuduhan membunuh yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

Kes itu menggemparkan Perancis apabila mayat bayi terbabit ditemui di kampung asal Cottrez pada 2010.

Wanita itu yang mempunyai dua anak perempuan, memberitahu polis selama lebih satu dekad dia hamil beberapa kali dan kemudian membunuh anak yang dilahirkan itu kerana bimbang ia hasil hubungan dengan bapanya.

Tubuh Cottrez yang gemuk membolehkannya menyorok kehamilannya yang tidak disedari suami, anak, jiran, rakan serta doktor hospital berhampiran. Pakar forensik, psikiatrik, polis dan saksi, termasuk suami, anak dan saudara-mara wanita itu akan memberi keterangan.

Cottrez yang bekerja sebagai pembantu jururawat, memberitahu polis dia dirogol bapanya ketika berusia lapan tahun dan kejadian itu berulang banyak kali sehingga dia remaja.

Selepas itu mereka menjalin hubungan sumbang mahram termasuk selepas dia berkahwin dan memberitahu lebih menyintai bapanya berbanding suami. Bapanya meninggal dunia pada 2007.

Antara saksi yang memberi keterangan hari ini ialah Leonard Meriaux yang memberi rumah keluarga Cottrez serta menemui mayat pertama di halaman rumah berkenaan pada 2010. Polis kemudian menemui tujuh lagi mayat, termasuk enam dalam garaj. - AP


Ayam grill madu

Ayam_bakar

Assalamualaikum.... selamat berpuasa buat semua, hari nie terasa macam nak makan ayam yang special sikit, tu yang dok buka blog masakan.. try serach kat MAT GEBU try nak cari resepi. tapi nampaknya hari nie nak try masak macam nie..simple jer, kalau xdan masak.. beli jer hahaha..




Bahan-bahan ( 4 orang )
500g ayam
1 kiub ayam
2 sudu besar kicap pekat manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
( TUMBUK )
2 ulas bawang putih
1cm halia
1 sudu kecil lada hitam

Cara-cara
Bersih ayam. Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan di atas.

Perap 30 minit atau lebih. Kemudian grill kan dalam microwave atau bakar

Khamis, 25 Jun 2015

Udang Masak Lemak Tempoyak Petai


10 ekor udang
1 1/2 cawan santan
2 papan petai- ambil bijinya
8 biji cili api- leh tambah atau kurangkan ikut selera
sedikit kunyit hidup / serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar tempoyak
1 btg serai- dititik
1 helai daun kunyit- hiris kasar
1 keping asam keping- optional

cara:

tumbuk cili api dan kunyit (kalau guna kunyit hidup) sampai lumat
masukkan semua bahan (kecuali asam keping) ke dalam periuk
didihkan dgn api kecil
sentiasa kacau utk elakkan santan naik kepala
masukkan garam
bila dan mendidih, rasa dulu, kalo dh cukup masamnya, x yah letak asam keping dah.

sumber :  Dari Dapur Nuanza

Ketagih bau seluar dalam wanita


Linyi (China): Seorang lelaki berusia 44 tahun disiasat polis selepas lebih 150 coli dan seluar dalam wanita ditemui di rumahnya.

Lelaki yang masih belum berkahwin dan dikenali sebagai Liang itu ditangkap selepas dia dirakam mencuri di sebuah buah kedai pakaian.

Rakaman itu menunjukkan Liang melalui kedai berkenaan yang menjemur pakaian dalam wanita.

Dia memberhentikan vannya sebelum mengambil beberapa pasang pakaian itu dan melarikan diri.

Pemilik kedai menyerahkan pita rakaman itu kepada polis yang kemudian menjejaki Liang.

Mereka menemui longgokan coli dan seluar dalam ketika menyerbu kediamannya.

Jurucakap polis berkata, Liang mengaku mencuri pakaian itu.

“Saya tidak boleh tidur tanpa meramas dan mencium bau seluar dalam yang saya curi daripada orang ramai,” katanya.

Dia mengaku mencuri pakaian dalam itu sejak tiga tahun lalu.

“Walaupun kerugian dari segi kewangan tidak besar, tetapi perbuatannya menyebabkan wanita di bandar ini trauma,” kata polis. - Agensi

Tahan penuntut rempuh kereta peronda




Kuala Lumpur: Penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga merempuh belakang kereta peronda polis ditahan beberapa jam selepas kejadian Isnin lalu.

Remaja terbabit yang memandu kereta itu pada mulanya melarikan diri sejurus kejadian di Jalan Pudu menghala ke pusat bandar namun berjaya dikesan dan ditahan.

Rakaman video berkaitan kejadian rempuhan yang berdurasi 1.22 minit itu mula tersebar di laman sosial sejak Isnin lalu.


Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, kemalangan yang berlaku pada 8.55 pagi itu mengakibatkan kereta peronda polis terbabit berpusing beberapa kali sehingga terbabas ke kanan jalan.

"Kami berjaya mengesan remaja terbabit sebelum menahannya pada hari sama dan ujian dijalankan mendapati dia dibawah pengaruh alkohol. Remaja berkenaan kemudian dibebaskan dengan jaminan polis," katanya.



Rabu, 24 Jun 2015

Lebih selamat dengan Safe Mode


Kuala Lumpur: Kajian aplikasi navigasi, Waze mendapati 97 peratus ibu bapa di Malaysia mendakwa memandu lebih selamat sekiranya terdapat kanak-kanak dalam kenderaan.

Hasil kajian terbabit membuka mata syarikat telekomunikasi terkemuka, Maxis Berhad (Maxis) untuk bekerjasama dengan Waze untuk memperkenalkan projek 'Safe Mode Kids' yang menampilkan suara kanak-kanak bagi audio aplikasi terbabit.

Ketua Perkhidmatan Pemasaran Maxis, Sulin Lau berkata, suara kanak-kanak bagi aplikasi Waze diharap mampu mengurangkan kemalanhan terutama ketika musim perayaan.

"Apabila terdapat suara kanak-kanak, pemandu akan berasa lebih berhati-hati," katanya.

Ciri Safe Mode Kids boleh didapati dalam pek aplikasi Waze dengan menukar tetapan pada arahan suara.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/59852#sthash.otp2ya4u.dpuf

Selasa, 23 Jun 2015

Wanita bogel punca bekalan elektrik terputus

Image result for censored picture

Seattle: Lebih 4,000 penduduk di Seattle terputus bekalan elektrik Jumaat lalu, selepas seorang wanita yang memandu dalam keadaan bogel melanggar tiang bekalan elektrik.

Anggota polis yang sampai di tempat kejadian di Shoreline, utara Seattle, kira-kira jam 1.30 pagi waktu tempatan, mendapati ada kabel berarus elektrik di atas kereta wanita itu lalu menghubungi bomba dan syarikat penyedia elektrik

Selepas kabel berkenaan dialihkan, mereka terkejut menemui seorang wanita berusia 24 tahun yang tidak sedarkan diri dalam kereta berkenaan kerana wanita itu langsung tidak berpakaian.

Wanita berkenaan yang tidak cedera teruk, dibawa ke hospital untuk diambil darah bagi menentukan kemungkinan dia memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Kemalangan itu menyebabkan kira-kira 4,400 penduduk terputus bekalan elektrik selama beberapa jam. - Reuters

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/59370#sthash.DW531g8h.dpuf

Isnin, 22 Jun 2015

Kerabu sotong thai style





Kerabu sotong thai style yang menggiurkan.. ada lebih 15 orang dah cuba... confirm sedap...

Sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/958

Bahan-bahan ( 2-4 people )


satu mangkok Sotong
2 biji limau nipis
Daun ketumbar
1-2 bawang besar
3 sudu besar fish sauce
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
5-10 Cili padi (ikut rasa)
NB: bole juga taruk tauge & tomato, n seafood cocktail..

Cara-cara

Bersihkan sotong.
potong bulat2, masukkan kedalam bowl. then tarukkan boiling water dlm bowl. rendam selama 5min..so sotong tu masih lembut. separuh masak
Potong cili, daun ketumbar(segenggam), bawang besar.
campur semua bahan..dan rasa.. and ENJOY!!
NB: after step 2: jangan lupa sejat sotong..buang air.
..

Pesanan Ramadhan Tyrese Gibson ‘Fast and Furious’ Untuk Muslim Diseluruh Dunia

pesan-ramadhan-tyrese-gibson


Kisah Pelakon Tyrese Gibson yang terkenal di filem "Fast & Furious" bersama Paul Walker dan Vin Diesel ini sedang menjadi viral  dan perbincangan hangat di media sosial kerana memeluk islam.
Dikenali sebagai Roman Pearce, beliau walaupun baru-baru ini memuat naik sebuah foto yang bertuliskan mesej ucapan selamat Ramadhan di akaun Instagram rasminya,tyrese. 

Nampaknya Tyrese juga menjalankan ibadah puasa Ramadhan tahun ini. Dalam foto tersebut, Tyrese mengucapkan selamat menjalankan puasa Ramadhan bagi umat Islam di seluruh dunia. "Ramadan Mubarak untuk semua Muslim berhati tulus di seluruh dunia ... Aku mencintaimu ... Aku mencintaimu Sungguh !! Insya Allah, berkat untuk anda dan keluarga, "tulis Tyrese. Posting tersebut mendapat respon positif dari penggemarnya didunia maya. Bahkan beberapa peminat Tyrese dari Indonesia juga kelihatan ikut mengulas mengenai foto tersebut. "Alhamdulillah, terimakasih Allah telah memberikan wahyu Mu kpd tyrese," tulis penggunaoeniq. 

Seperti diketahui, aktor sekaligus penyanyi hip-hop itu memutuskan untuk memeluk Islam pada tahun 2014 lalu. Dia mula mempelajari Islam selepas melawat Dubai. Disana (Dubai) ia bersama kawan spritual-nya merasakan kedamaian tentang ajaran Islam yang hakiki. Tidak hanya itu saja ia juga memuat naik sebuah fotonya bersama Will Smith  dan Maxwell (musician) yang sama-sama memeluk islam.

Penunggang bogel diusir




Phnom Penh: Seorang lelaki Britain yang menunggang motosikal dalam keadaan bogel akan diusir dari Kemboja hari ini kerana “mencemari keindahan budaya” setempat.

Crawford Brown, 24, menghabiskan hujung minggunya baru-baru ini di dalam penjara selepas ditangkap polis kerana bermotosikal tanpa berpakaian.

Polis juga menangkap dua warga asing lain, Catarina Aarnio, 22, dari Finland, dan Giancarlo Allocca, 30, dari Itali yang turut berbogel bersama Brown.

Brown adalah siswa Universiti Scotland Barat.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan menanggalkan pakaian masing-masing sebelum bermotosikal di daerah Leuk Daek, kira-kira 80 kilometer di tenggara Phnom Penh.

Jurucakap polis, Chuon Chomkol berkata, warga asing itu dikesan ketika mereka lalu di depan balai polis.

“Kelakuan mereka sangat keterlaluan walaupun mereka warga asing dan mungkin tidak faham budaya setempat,” katanya. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23433#sthash.4R06v26U.dpuf

Permohonam sukarelawan Sukan Sea 2017 akan dibuka



KUALA LUMPUR: Permohonan untuk menjadi sukarelawan Sukan SEA 2017 akan dibuka dalam masa terdekat, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ribuan sukarelawan diperlukan apabila Malaysia menjadi tuan rumah pada temasya dwitahunan itu.

"Dalam masa terdekat kita akan buka permohonan untuk sukarelawan Sukan SEA 2017. Kalau minat, saya harap anda akan tampil untuk menjadi sebahagian daripada Team Malaysia.

"Mari kita jadikan Sukan SEA 2017 yang terbaik," katanya dalam catatan terbaru di laman Facebook beliau hari ini.

Khairy yang juga pengerusi Jawatankuasa Induk Penganjuran Sukan SEA 2017 berkata, segala persiapan untuk menjuarai keseluruhan Sukan SEA dan berjaya dari segi penganjuran telah pun bermula.

Pada November 2011, Khairy mengesahkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA 2017 selepas jemaah menteri meluluskan pembentangan di Mesyuarat Jemaah Menteri walaupun jika mengikut sistem penggiliran sepatutnya Malaysia menjadi tuan rumah pada 2019.

Temasya 2017 sepatutnya giliran Brunei, tetapi negara jiran itu meminta penangguhan daripada Persekutuan Sukan SEA.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah sebanyak enam kali sejak tahun 1965 dan 1971 yang mana pada ketika itu ia dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP).

Selepas Persekutuan SEAP menukar nama kepada Pertubuhan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) dan temasya dwi tahunan itu dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah pada 1977, diikuti 1989 dan 2001.

Malaysia muncul juara keseluruhan pada temasya 2001 apabila meraih 111 pingat emas, 98 perak dan 86 gangsa. - Bernama

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/59135#sthash.6gtN3xCl.dpuf

Sabtu, 20 Jun 2015

Tiga maut, lima cedera dalam nahas di jambatan Bukit Putus


Tiga maut dalam kemalangan babit lima kereta
sumber : google


SEREMBAN 20 Jun - Tiga disahkan maut, manakala lima lagi dilaporkan cedera selepas kesemuanya terbabit dalam kemalangan jalan raya melibatkan lima kenderaan di jambatan Bukit Putus dekat Kilometer 15, Jalan Seremban-Kuala Pilah, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, yang maut ialah pasangan warga emas, L. Muthu, 63, S. Duggamah, 58 dan seorang anggota tentera, Mohd. Hafiz Shamsudin, 27.

Katanya, siasatan awal mendapati kereta Mercedez-Benz yang dinaiki pasangan itu dalam perjalanan dari arah Kuala Pilah menuju ke Serdang, Selangor sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan di atas jambatan Bukit Putus berkenaan.

“Berikutan itu, kereta Mercedez berkenaan telah melanggar sisi sebelah kanan sebuah kereta jenis Proton Pesona yang dinaiki seorang pemuda, Fazrul Anuar Sulaiman berumur 23 tahun.

“Kemudian, kenderaan Mercedez itu telah bertembung dengan kenderaan Proton Wira Aeroback yang dipandu Mohd. Hafiz. Akibat pertembungan itu, kenderaan yang dinaiki pasangan warga emas dan Mohd. Hafiz telah berpusing beberapa kali.

“Pada masa yang sama, kenderaan Mercedez itu telah melanggar sebuah Toyota Hilux yang dinaiki tiga orang termasuk seorang kanak-kanak. Pada masa yang sama juga, Toyota Hilux berkenaan dilanggar oleh sebuah kenderaan lain jenis Viva yang dipandu seorang pelajar Politeknik Shah Alam,’’ katanya di sini hari ini.

Kata Muhamad Zaki, akibat kemalangan itu juga, Muthu dan Mohd. Hafiz disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana tercampak dan tersepit di tempat duduk manakala Duggamah meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

Sementara itu, mangsa lain, Fazrul; pemandu Viva, Khirul Izwan Md. Yasin, 24; pemandu dan penumpang Toyota Hilux, A. Wiiliam Dass, 34, M. Shareenah, 35 dan seorang kanak-kanak, Daveena Isabel, 1 tahun 6 bulan diberikan rawatan di HTJ kerana mengalami kecederaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/tiga-maut-lima-cedera-dalam-nahas-di-jambatan-bukit-putus-1.105135#sthash.SlmTrJrl.dpuf

Jumaat, 19 Jun 2015

Al-Fatihah buat diri sendiri


Machang: “Al-Fatihah buat Nik Rimi,” demikian status aplikasi WeChat Nik Rimi Ikhman Nik Mohd Faizul, 14, yang dikemas kini, Selasa lalu, sebelum meninggal dunia akibat terbabit dalam kemalangan di Kilometer 6.8, Jalan Machang-Pasir Puteh, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, Nik Rimi yang menunggang motosikal berseorangan bertembung dengan sebuah motosikal lain ketika cuba memotong sebuah lori.

Akibat kemalangan itu, Nik Rimi meninggal dunia di Hospital Machang, di sini, selepas mengalami pendarahan organ dalaman.

Ibu arwah, Nor Suzila Mohd Nor, 43, berkata, dia tidak menyedari anak keempat daripada enam beradik itu ada mengemas kini status pada aplikasi WeChat dan hanya menyedari perkara berkenaan selepas dimaklumkan oleh salah seorang anaknya yang lain.

“Saya hanya mampu menitiskan air mata membaca status itu kerana masih berat untuk menerima pemergiannya seolah-olah dia mengetahui akan meninggalkan kami buat selamanya.

“Jika dilihat pada komen rakannya, ada yang mengucapkan al-Fatihah kerana menyangka statusnya itu sekadar gurauan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Selising, kelmarin.

Menurut Suzila, arwah seorang yang suka berdikari, ceria dan aktif, namun sejak kebelakangan ini menunjukkan perubahan termasuk mengambil berat terhadap adik-adiknya termasuk berpesan meminta mereka jangan tinggal mengaji al-Quran.

“Selain itu, arwah juga berpesan dia hendak pakai jubah pada hari raya nanti dan tidak mahu baju Melayu,” katanya.

Menurutnya, dia hanya mengetahui kemalangan terbabit daripada suaminya yang sempat memangku arwah ketika kejadian sebelum menghantar arwah ke hospital.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Machang Deputi Superintendan Loo Lian Lay berkata, siasatan awal mendapati setibanya di tempat kejadian, mangsa yang datang dari arah Pasir Puteh menghala ke Machang dipercayai cuba memotong sebuah lori dari arah sama.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa bertembung dengan motosikal lain yang ditunggang seorang lelaki berusia 33 tahun dan pemboncengnya seorang wanita berusia 53 tahun dari arah bertentangan.

“Kemalangan menyebabkan mangsa meninggal dunia di Hospital Machang manakala penunggang dan pembonceng sebuah lagi motosikal mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di hospital sama,” katanya.

Loo berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58699#sthash.FveUQq0P.dpuf

Aktres Korea Maut..


Seoul: Pelakon dan model Korea Selatan, Jung In Ah, 38, (gambar) mati akibat kemalangan akibat cuaca buruk ketika aktiviti payung terjun pada 13 Jun lalu, dan mayatnya hanya ditemui tiga hari kemudian.

Menurut laporan media Korea hari ini, Jun melakukan terjunan di daerah Goheung di selatan negara itu dan mayatnya ditemui Selasa lalu, tiga hari selepas dilaporkan hilang, terapung dalam laut masih bersama payung terjunnya,

Media negara itu melaporkan, dia berlatih payung terjun sejak setahun lalu, sebagai persiapan untuk satu filem.

Jung atau nama sebenarnya Jung Hye Young ialah lulusan Universiti Kebangsaan Seoul, muncul dalam drama MBC pada 2008, The Secret Of Keu Keu Island mengisahkan sekumpulan rakan terkandas di pulau terpencil selama 180 hari. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58642#sthash.KwkqilvZ.dpuf

Khamis, 18 Jun 2015

KAPAL HILANG MT ORKIM HARMONY DITEMUI


Putrajaya: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan muatan minyak Petrol RON95 bernilai RM21 juta yang di bawa Kapal MT Orkim Harmony masih tidak terusik.

Timbalan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) (Operasi) Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, pemilik kapal turut mengesahkan perkara sama selepas melihat kedudukan kapal dengan paras muatan ketika belayar.

Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam proses berunding dengan perompak kapal berkenaan dan meminta mereka untuk menyerahkan diri.

"Setakat tengah hari tadi, kapal berkenaan dikesan berada kira-kira 200 batu nautika dari Kota Bharu, Kelantan dan 160 batu nautika dari Vietnam," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Katanya, KD Terengganu kini sudah dapat berhubung dengan lanun yang merampas kapal berkenaan dan memintanya menyerahkan diri.

Ahmad Puzi berkata, pasukan menyelamat kini dalam peringkat perundingan dimana komunikasi pertama dengan lanun direkodkan berlaku kira-kira 12 tengah hari tadi dan komunikasi berkenaan berlangsung dengan baik dan lancar.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58608#sthash.VVhdbTl6.dpuf

Kes saman bekas pengurus terhadap Zizan bermula 10 Ogos


Image result for zizan dan pengurus marina juki





KUALA LUMPUR 18 Jun - Kes saman terhadap pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak oleh bekas pe­ngurusnya, Marina Juki berhubung dakwaan pelanggaran kontrak perjanjian akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini selama tiga hari bermula 10 Ogos ini.

Peguam, Wan Nurliyana Abdul Rahman yang mewakili Marina hari ini memberitahu pemberita, tarikh perbicaraan itu ditetapkan oleh Hakim Hassan Abdul Ghani ketika pengurusan kes tersebut pada 26 Mei lalu.

Sebelum perbicaraan, menurut Wan Nurliyana, mahkamah menetapkan 3 Ogos ini bagi pengurusan kes untuk pihak-pihak yang terlibat dalam saman itu memfailkan pernyataan saksi.

Marina selaku pihak plaintif memfailkan saman itu terhadap Zizan yang nama sebenarnya Mohd. Razizan Ab. Razak, 30, pada 5 November tahun lalu atas dakwaan pelawak terbabit telah menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat televisyen berbayar sebelum kontrak bersama Wire Fame Entertainment Sdn. Bhd. (Wire Fame) tamat.

Tindakan tersebut, dakwa pihak plaintif telah menyebabkan beliau kehilangan komisen 15 peratus di atas pendapatan Zizan bermula Mei 2014 iaitu selepas pelawak terbabit menandatangani kontrak baharu.

Marina turut mendakwa, Zizan selaku pengarah syarikat Wire Fame juga enggan menandatangani cek pembayaran komisen bagi kerja-kerja yang telah dilakukan pada 2013 dan 2014.

Sehubungan itu, Marina menuntut ganti rugi khas sebanyak RM535,500 dan ganti rugi am yang akan ditaksirkan kemudian bagi kes pelanggaran kontrak. -UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/kes-saman-bekas-pengurus-terhadap-zizan-bermula-10-ogos-1.104269#sthash.MeRrWB4X.dpuf

eRezeki bantu jana pendapatan

NAJIB TUN RAZAK

KUALA LUMPUR 17 Jun – Kerajaan terus membela nasib golongan isi rumah berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan (B40) melalui pelancaran eRezeki, sebuah program menjana pendapatan tambahan menggunakan teknologi digital dikhaskan kepada kumpulan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program berkenaan yang berkonsepkan penyumberan awam akan memberi latihan kemahiran percuma dalam bidang digital kepada golongan B40 sebelum mereka diberi tugasan yang menawarkan bayaran lumayan daripada syarikat-syarikat digital di pasaran.

Katanya, kebanyakan tugasan boleh dilakukan dari rumah seperti memasukkan data ke dalam sistem komputer, menyemak kesesuaian gambar dan transkripsi video atau audio sebelum diterbitkan.

Katanya, program transformasi nasional yang dikendalikan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) itu bakal menjana pendapatan golongan B40 daripada RM2,500 sebulan ketika ini kepada RM5,000 sebulan menjelang 2020.

“Saya yakin program ini akan menjadi senjata ampuh kepada kerajaan membela nasib golongan B40,” katanya berucap pada Pelancaran Program Jana Pendapatan Tambahan eRezeki di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Yasmin Mahmood.

Katanya, sebagai permulaan, MDeC membuka empat pusat latihan atau Pusat eRezeki di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Terengganu manakala 11 lagi dibuka di seluruh negara akhir tahun ini.

“Program ini boleh disertai pelajar, siswazah menganggur, suri rumah, pesara dan warga emas.”

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/erezeki-bantu-jana-pendapatan-1.104257#sthash.QxJnQOza.dpuf

Lapan resipi emping jagung


Emping jagung antara bahan wajib setiap kali menjelang Ramadan. Bukan sekadar sebagai bahan utama untuk membuat biskut kegemaran, malah ia menjadi sajian sahur pada hari terlewat bangun.

Masih ingat lagi, antara biskut pertama yang dicuba (berdasarkan buku resipi) adalah biskut emping jagung dan ia menjadi menu tahunan menghiasi meja di ruang tamu.

Sampai ke hari ini, godaan hampir semua jenis biskut yang mengandungi emping jagung sukar ditolak apatah lagi jika ia rangup dan kurang manis.

Bersempena Ramadan kali ini, Kellog’s memperkenalkan lapan resipi biskut Kellog’s Corn Flakes edisi terhad yang bukan saja sesuai dijadikan hidangan ­menyambut tetamu pada Aidilfitri akan datang, bahkan sebagai hadiah kepada anak yatim supaya mereka juga dapat bersama-sama merasakan kemeriahan bulan mulia ini.

Pengacara program jamu selera terkenal, Jalan-jalan Cari Makan, Maria Tunku Sabri yang menjadi sebahagian daripada inisiatif ini menggalakkan pengguna mencuba lapan resipi Kellog’s ini, mengunjungi trak sampel di lokasi terpilih dan menyertai aktiviti ikrar menyumbang biskut kepada anak yatim.

Trak sampel Kellogg’s berada di bazar Ramadan, pasar raya ria dan pasar raya mulai 17 Jun hingga 10 Julai depan. Pengunjung boleh menyaksikan demonstrasi membuat kuih secara langsung oleh pakar yang menunjukkan pelbagai cara menggunakan emping jagung sama ada untuk membuat kuih atau biskut istimewa.

Menurut Pengarah Pemasaran Kellog Asia, Ted Liang, bagi rakyat negara ini baik tua atau muda, biskut menjadi makanan lazim dan juadah istimewa yang mampu memeriahkan suasana terutama pada Aidilfitri.

“Emping jagung Kellog’s adalah bahan membuat biskut yang digemari disebabkan kerangupan dan kelebihannya dari segi rasa kerana dibuat daripada jagung sebenar. Melalui lapan resipi istimewa ini, kami harap pengguna menemui cara baru untuk menikmati Kellog’s Corn Flakes, sama ada untuk sarapan, sahur atau berbuka puasa,” katanya.

Menyemarakkan kemuliaan Ramadan, pengguna boleh berkongsi rezeki dan keseronokan menikmati biskut yang lazat dengan menyertai aktiviti tandatangan untuk menyumbang kepada kanak-kanak kurang bernasib baik. Dengan setiap tandatangan yang diterima, kanak-kanak dari rumah anak yatim yang terpilih menerima biskut Kellogg’s Corn FlakesÆ untuk berbuka puasa.

Maria mengakui berasa teruja dan seronok menjadi sebahagian daripada kempen Ramadan Kellogg’s.

“Setiap kali Ramadan tiba, saya buat biskut untuk keluarga dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk mereka. Jadi saya menggunakan bahan dan ramuan terbaik. Makanan yang baik juga patut dikongsi bersama dan supaya kita benar-benar menikmati makanan yang kita makan.

“Saya mengajak semua pengguna menyertai aktiviti tandatangan untuk menyumbangkan biskut kepada seramai mungkin kanak-kanak dengan harapan mereka turut bergembira dalam bulan mulia ini,” katanya.

Sepanjang Ramadan ini, setiap kotak Kellogg’s Corn Flakes akan memaparkan dua daripada lapan resipi biskut edisi terhad: Crunchy Kellogg’s Corn Flakes Drops, Corn Flakes Bread Fingers, Cranberry Corn Flakes Cookies, Coconut and Corn Flakes Crunch, Layered Corn Flakes Parfait, Chewy Nutty Corn Flakes Squares, Cheesy Corn Flakes Melts dan Cheesy Pandan Cake.

Orang ramai dijemput mencuba biskut Kellogg’s Corn Flakes dan membuat ikrar menghantar biskut kepada anak yatim di bazar Ramadan dari jam 4 petang hingga 8 malam antaranya di Taman Melati Gombak (17 Jun), Stadium Shah Alam (18 Jun), Danau Kota Setapak (19 Jun), Puchong Perdana (20 Jun), pasar pagi Stadium Shah Alam (21 Jun), Kelana Jaya (22 Jun), Seksyen 4 Kota Damansara (23 Jun), Taman Medan (24 Jun), Pandan Indah (25 Jun), Stesen LRT Wangsa Maju (26 Jun), Taman Cahaya Ampang (27 Jun), Seksyen U 19 Sungai Buloh (29 Jun), Taman Melawati (30 Jun).

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58366#sthash.wYdZveYK.dpuf

Sandwic berdaging penuh perisa, bertekstur


Kebanyakan pelanggan sudah biasa dengan menu istimewa Madam Kwan’s seperti nasi bojari, rendang daging lembut yang dimasak dengan rempah enak dan kari ayam beraroma sesuai dimakan bersama nasi, tetapi terdapat beberapa tambahan baru yang lazat kepada senarai menu hanya untuk Ramadan.

Madam Kwan’s mencipta tiga jenis sandwic berdaging yang mudah diku­nyah dan lazat yang cukup sesuai berbuka puasa ­dengan kombinasi sempurna protein, sayur-sayuran dan karbohidrat menerusi edisi terhad sandwic baru rendang daging, kari ayam dan daging BBQ.

Setiap sandwic mengetengahkan roti ciabatta bermentega yang dipanggang sedikit, disertai kubis, hirisan tomato, hirisan bawang, kubis merah dan timun segar, namun isi kandungannya yang membuatkannya benar-benar istimewa.

Sandwic rendang daging disediakan dengan resipi tradisional istimewa Madam Kwan’s disertai perasa termasuk serai dan kerisik manakala versi daging BBQ terdiri daripada 200 gram (gm) daging cincang berperisa yang dipanggang dan disalut sos berperisa salai istimewa milik restoran berkenaan.

Sandwic kari ayam pula disediakan dengan 200gm daging cincang berperisa yang dipanggang, disalut dengan sos kari berkrim Madam Kwan’s yang menyerlah dengan beberapa rasa seperti kelapa, kunyit dan bunga kantan.

Promosi istimewa Ramadan berlangsung mulai 17 Jun sehingga 16 Julai dan berharga RM24.90++. Setiap sandwic didatangkan dengan jejari kentang

goreng dan satu jag sirap bandung.

Pengasas Madam Kwan’s Kwan Swee Lian berkata, setiap sandwic mengete­ngahkan resipi ciptaannya sendiri secara peribadi yang digemarinya dan dia rasa benar-benar teruja untuk melihat menu itu dihidangkan dengan cara baru yang unik, tetapi masih mengekalkan rasa tradisional.

“Saya sangat gembira menghidangkan menu baru ini kepada pelanggan saya. Saya pasti mereka menikmati hidangan ini seperti saya seronok menghasilkan hidangan ini,” tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Datin Maureen Ooi berkata, setiap sandwic adalah gabungan kepakaran Madam Kwan’s membabitkan rempah Asia dan

perasa Malaysia dengan roti klasik Itali yang sesuai untuk berbuka puasa kerana ia mudah dimakan, penuh perisa dan bertekstur, yang dihidang dengan saiz yang tepat.

“Meskipun ia satu gabungan perasa dan terdiri daripada roti berbanding nasi, menu ini tetap sebahagian daripada falsafah Madam Kwan’s untuk menyediakan hidangan yang benar-benar Malaysia kerana rakyat negara ini sentiasa mempunyai cara yang enak untuk mengubah sesuatu kepada cara yang kita gemari,” katanya.

Menu terhad itu boleh didapati di semua restoran Madam Kwan’s di Suria KLCC, Pavilion KL, Mid Valley Megamall, Bangsar Shopping Centre, pusat beli-belah One Utama, Empire Shopping Gallery, Sunway Pyramid dan pusat beli-belah Alamanda.

Jangan gunakan lagi pemain JDT- Tunku Ismail


Kuala Lumpur: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini meminta pengurusan pasukan kebangsaan tidak lagi menggunakan khidmat pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mewakili negara pada masa akan datang.

Baginda yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata demikian berikutan ada pihak yang menyalahkan pemain JDT setiap kali pasukan kebangsaan kalah teruk pada kejohanan bola sepak antarabangsa.

"Ada beberapa pihak menyalahkan pemain Johor Darul Ta'zim setiap kali pasukan kebangsaan kalah teruk.

"Nasihat saya kepada pengurusan pasukan kebangsaan, jangan gunakan lagi pemain pasukan JDT untuk mewakili pasukan kebangsaan pada masa akan datang sebaliknya gunalah pemain yang lebih handal daripada pasukan lain," kata baginda.

Tunku Ismail bertitah demikian dalam laman Facebook JOHOR Southern Tigers, hari ini.

Enam daripada lapan pemain JDT yang tersenarai dalam skuad kebangsaan, beraksi pada perlawanan menentang Palestin yang menyaksikan skuad Harimau Malaya dibelasah 0-6 dalam aksi Kumpulan A kempen kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Mereka ialah Safiq Rahim selaku kapten pasukan, penjaga gol Farizal Marlias, Mohd Fahdli Mohd Shas dan Mahalli Jasuli di bahagian pertahanan serta Mohd Amri Yahyah dan Mohd Safee Sali selaku jentera serangan.

Dua lagi pemain JDT yang tidak beraksi ialah Mohd Nazrin Mohd Nawi dan Putera Nadher Amarhan yang mengalami kecederaan.

Pada perlawanan pertama Kumpulan A, Malaysia sekadar seri 1-1 berdepan Timor Leste sebelum diaibkan Palestin 0-6, malam tadi.

Malaysia akan menentang Emiriah Arab Bersatu pada 3 September dan Arab Saudi (8 September). BERNAMA

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58427#sthash.ta0kpJrw.dpuf

Ramadan bulan terbaik


SHUHADA MANSOR mahu anak muda ‘menghayati’ Ramadan yang penuh keberkatan serta tidak lupa dengan pengisian sepatutnya. Jalani dengan tenang, gembira dan penuh penghayatan!

Bagi yang ternanti-nantikan Ramadan, mungkin ia bulan terbaik untuk anda laksanakan apa yang dihajati. Sama ada mahu turunkan berat badan, tambah lemak atau apa saja, lakukan hingga berjaya.

Tempuhi Ramadan kali ini dengan apa saja pelan tertang­guh tahun lalu. Jangan lupa kongsi gambar dan pengalaman berbuka anda di mana saja di laman Faceboook dan Instagram Gen Y! Beberapa tip berguna untuk rujukan bersama. Selamat Berpuasa!

JAGA MAKAN

MENU - Selera akan meningkat waktu Ramadan, apatah lagi pelbagai hidangan dijual di bazar. Apa saja makanan yang dimakan mempengaruhi tubuh. Sebaiknya, pilih makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti ubi, jagung, out, roti, gandum atau nasi perang kerana ia membantu menahan rasa kenyang lebih lama selain meningkatkan stamina.

BERMINYAK - Hindari makanan berminyak kerana ia membuatkan sel darah merah bergumpal sehingga menyebabkan aliran oksigen berkurangan hingga 20 peratus. Akibatnya, ia membuatkan anda lebih cepat mengantuk pada siang hari. Kerja akan tergendala dan kita hilang fokus.

MANISAN- Jangan keliru dengan gambaran ‘berbuka dengan manisan’. Memakan makanan manis memang baik dilakukan ketika berpuasa kerana ia dapat mengembalikan kesihatan tubuh apatah lagi bagi remaja aktif. Elak daripada keliru dengan memakan minuman dan makanan manis berlebihan. Apatah lagi jika bahan utamanya gula.

BERSENAM

TIGA MINGGU SEKALI - Bagi anda yang sudah terbiasa dengan olahraga dan sukan setiap hari mungkin tidak terasa berat untuk teruskan meskipun Ramadan. Tapi bagi yang malas selalunya akan dijadikan alasan. Jangan terlalu selesa dengan istilah ‘puasa’ kerana ramai juga yang bertambah berat badan ketika Ramadan. Lakukannya tiga minggu sekali untuk kekalkan kesihatan anda.

TELITI WAKTU - Ketika bersenam, tempoh masa perlu diberi perhatian apatah lagi pada waktu ini. Pilih senaman ringan di pagi hari dengan tempoh tidak terlalu lama. Luangkan 20 hingga 30 minit sudah memadai.

PILIH YANG RINGAN - Lakukan senaman sederhana yang tidak terlalu menggunakan banyak tenaga.­ Pilih yang ringan untuk meng­elakkan rasa haus.

EMOSI

RANCANG BERBUKA - Sama ada di sekolah, kuliah atau pejabat pastinya masa akan terasa sangat panjang untuk tiba waktu berbuka. Untuk memotivasikan diri, apa kata anda berkongsi idea dengan rakan dengan merancang menu berbuka atau tempat berbuka bersama.

Selain dari lambakan kerja dan tugasan kuliah, anda boleh ‘lari’ fokus sebentar untuk isu yang ringan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58387#sthash.fRPMdfFY.dpuf

Jual budak albino untuk korban sihir


Dar Es Salaam (Tanzania): Polis Tanzania menahan seorang lelaki berusia 44 tahun kerana cuba menjual anak saudara perempuannya - kanak-kanak albino - kepada polis yang menyamar sebagai dukun dalam operasi membanteras penjualan albino untuk anggota badan yang digunakan dalam ilmu hitam, hari ini.

Menurut polis di Tabora, barat Tanzania, kanak-kanak itu, Margareth Khamis, 6, diculik dua hari lalu, dari rumah keluarganya di perkampungan Kona Nne di daerah Nzega. Ibu kanak-kanak itu, Joyce Mwandu, juga albino.

Mwandu, seorang balu berkata, sekumpulan lelaki menutup muka memasuki rumahnya pada waktu malam dan melarikan anak perempuannya ke dalam hutan.

Pemangku Ketua Polis Wilayah Tabiora, Juma Bwire, berkata polis melancarkan operasi khas selepas mendapat maklumat seorang lelaki sedang mencari pembeli kanak-kanak albino.

Menurut laporan Palang Merah, dukun biasanya membayar sehingga AS$75,000 untuk set penuh anggota badan albino.

“Kami memasang perangkap dan berjaya menahan lelaki itu ketika dia membawa kanak-kanak berkenaan kepada polis yang menyamar,” kata Bwire.

Awal tahun ini, Tanzania mengharamkan ilmu hitam dan sihir dalam usaha menghalang penjualan anggota badan manusia, terutama albino yang digunakan untuk mendapat kekayaan dan sebagai azimat pengasih.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekurang-kurangnya 75 albino, termasuk kanak-kanak dibunuh di Tanzania sejak 2000 dengan ramai dipukul hingga mati.

GAMBAR hiasan menunjukkan seorang kanak-kanak albino di Sekolah Rendah Mitindo, Mwanza, di Tanzania. - Foto Reuters

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58425#sthash.5GY9Hd6W.dpuf

Rabu, 17 Jun 2015

Lelaki berpakaian wanita dijel sebulan



Kota Bharu: Dua lelaki berusia 29 dan 23 tahun masing-masing dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 atas kesalahan berpakaian seperti wanita.

Hakim Mohd Anwan Abdul Muttalib menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Mohd Hafiz Jefery, 29, atau lebih dikenali sebagai 'Kajol' dan rakannya Mohamad Hasbullah Md Sabi, 23, mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan yang dibacakan di Mahkamah Syariah, di sini.

Mohd Anwan juga memutuskan denda RM1,000 seorang kepada tujuh tertuduh lain yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan sama atau penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Mohd Hafiz dan Mohamad Hasbullah bersama tujuh yang lain iaitu Mohd Nasrul Akmal Mohd Anuar Musardar, 31; Zulkifli Yusof, 39; Wan Mohammad Ariffin Wan Osman, 22; Muhamad Syahrul Nizam Rosli, 21; Syahrul Azree Yusoff, 22; Mohamad Azim Samsuddin, 25; dan Muhamad Faizal Mohd Nasir, 23, didakwa berlagak seperti perempuan dan berpakaian wanita ketika ditahan di tingkat dua sebuah hotel di Jalan Kuala Krai, di sini, 10.45 malam semalam.

Tertuduh ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu yang menjalankan operasi.

Untuk kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 7 Kanun Jenayah Syariah No 2/85 Negeri Kelantan yang membawa hukuman denda sehingga RM1,000 dan penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58393#sthash.CoF9hGH7.dpuf

PKR ‘ceraikan’ PAS: Chegubard



Kuala Lumpur: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyusuli tindakan DAP dengan 'menceraikan' PAS, dakwa Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard.

Keputusan itu dikatakan dicapai pada mesyuarat Biro Politik PKR malam tadi tanpa kehadiran Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali.

Badrul Hisham berkata, sehubungan pakatan pembangkang yang baru akan diwujudkan selepas PAS ditolak oleh kedua-dua parti terbabit.

€œDAP putus hubungan dengan PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) begitu juga PKR melalui mesyuarat Biro Politik tadi (malam tadi). Pakatan rakyat berakhir dan insya-Allah akan bermula "pack" politik baru,€ katanya dalam catatan Twitter hari ini.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58377#sthash.penRZr0z.dpuf

Tertidur 40 kali sehari


Bedford (Britain): Seorang remaja menderita masalah otak yang menyebabkan dia tiba-tiba tertidur hampir 40 kali sehari dan sering kelihatan mengantuk.

Lucy Tonge, 18, mengidap penyakit otak yang dikenali sebagai narkolepsi itu selepas dia mengambil suntikan vaksin selesema babi kira-kira lima tahun lalu.

Penyakit itu boleh menyerang bila-bila masa walaupun ketika dia berjalan, berbual, memandu atau membaca buku.

Lucy berkata, dia juga jarang keluar rumah atau melakukan aktiviti seperti remaja lain kerana bimbang keadaan itu boleh membahayakan dirinya.

“Ketika berbual dengan rakan-rakan saya boleh menjadi terlalu mengantuk dan kelihatan seperti seorang yang mabuk.

“Saya juga boleh tertidur ketika melakukan sebarang aktiviti seperti bermain piano dan bersiar-siar di taman,” katanya.

Ujarnya, keadaan itu menyebabkan dia tidak boleh memandu kenderaan kerana bimbang dia mungkin tertidur ketika memandu.

Menurutnya, doktor mengesahkan vaksin selesema babi yang dikenali sebagai Pandemrix diambilnya ketika berusia 13 tahun adalah punca penyakit berkenaan.

“Keluarga saya menyaman kerajaan kerana menyebabkan penyakit ini tetapi mahkamah baru-baru ini menolak saman berkenaan dengan alasan keadaan tidak membahayakan saya.

“Bagaimanapun, kami akan merayu keputusan itu kerana penyakit ini menyebabkan peluang saya menyambung pelajaran ke universiti terjejas,” jelasnya

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58328#sthash.zyCNQlk1.dpuf

Tunggang basikal sambil susu anak

Foto



Beijing: Seorang wanita dari Yuzhou, China ditahan polis kerana menyusukan anaknya yang berusia 18 bulan sambil menunggang basikal berenjin.

Ibu muda itu didakwa menunggang basikal berkenaan di jalan raya sambil memangku anak lelakinya di atas riba apabila bayi itu mula menangis, lapor media.

Saksi berkata, wanita itumenyusukan anaknya sambil sebelah tangan memeluk kanak-kanak berkenaan dan sebelah lagi memegang hendal basikal.

Anggota polis trafik bertindak menahan wanita berkenaan kerana bimbang dia akan menyebabkan kemalangan.

“Dia membahayakan nyawanya, nyawa anaknya dan pengguna jalan raya lain.

“Kami memberi amaran akan merampas basikalnya jika dia mengulangi perbuatannya itu,” kata jurucakap polis trafik.

Wanita berkenaan bukan ibu pertama ditahan memandu sambil menyusukan anak.

Pada Jun 2008, Catherine Donkers, 29, dituduh membahayakan nyawa anaknya kerana menyusukan bayi perempuannya sambil memandu dari Detroit ke Pittsburgh di lebuh raya Ohio, Amerika Syarikat.

Dia juga disaman kerana tidak mempunyai lesen memandu.

Pada Februari 2009, polis menahan Genine Compton kerana didapati menyusukan anaknya sambil bercakap di telefon bimbit ketika memandu.

Dia dilapor mendukung anaknya dengan kepala bayi itu disandarkan pada stereng.

Walaupun disaman kerana membahayakan keselamatan anaknya dan melanggar undang-undang, Genine berkata, jika anaknya lapar, ‘dia perlu menyusukannya.’ - Agensi

- See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Tunggangbasikalsambilsusuanak/Article#sthash.0S8068a3.dpuf

Detik cemas Vanidah | Mini Cooper Terbakar




Serdang: Pelakon, Vanidah Imran terselamat selepas berjaya keluar dari kereta Mini Cooper miliknya yang terbakar di Kilometer 307 Lebuhraya PLUS arah Kuala Lumpur berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Sungai Besi, pagi tadi.

Dalam kejadian 3 pagi, pelakon berusia 41 tahun itu dikatakan dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur.

Jurucakap polis trafik berkata, mangsa sempat berhenti di bahu jalan bagi menyelamatkan diri selepas terlihat percikan api pada bahagian hadapan kereta itu.

"Semua barang dan pakaian milik mangsa gagal diselamatkan kerana api marak dengan pantas, malah kereta itu juga terbakar keseluruhannya," katanya.

Sementara itu, Pusat Gerakan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima panggilan kecemasan jam 3.02 pagi dan sebuah jentera dari BBP Serdang ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58290#sthash.DvCf9iKU.dpuf
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...