Rabu, 28 Mac 2012

BILA ANONYMOUS BAGI KOMEN KEJI


Salam semua, kepada sesiapa yang malu nak perkenalkan diri dia aku anggap dia segan nak tonjo;kan diri. tapi kalau ada sikap negetif yang sebegini aku harap perkara ini tidak akan berulang lagi. Sebab memang banyak mereka yang "anon" ini meninggalkan komen di blog aku. Sebelum nie aku mark sebagai spam atau delete terus jer.. tapi kali nie aku nak bersuara.....

Melihat dari apa yang di komen oleh mesti anon ini aku anggap dia memang x suka POLIS, mungkin ada sebab dia buat begini. Tapi bila ku pikir balik dia kaitankan "anjing" dan "kerajaan" , jadi aku faham..ianya berkaitan POLITIK..... 

Untuk pengetahuan semua dan " ANON"  walau siapa pun yang memerintah kerajaan di Malaysia ini.. POLIS tetap POLIS... x kena buang kerja... dan x menjejaskan apa-apa.. jawatan yang lain aku tak tahu la... mungkin terjamin.. mungkin tidak...  "ANON" ini x bijak la... cakap ikut suka dan tak pikir panjang... komen " anon" nie keji..  

Ahad, 25 Mac 2012

MATLAMAT MASKOT “HARIMAU BIRU” PDRM

 

MATLAMAT MASKOT “HARIMAU BIRU” PDRM : 

1.Lebih mesra bersama rakyat dan melihat PDRM sebagai figura badan berkuasa dan sahabat yang boleh dipercayai.

2.Mempunyai kesedaran dan pengetahuan yang mantap mengenai fungsi dan peranan PDRM.

3.Melihat PDRM sebagai inspirasi untuk berhemah, bertanggungjawab dan berintegriti tinggi untuk menjadi yang terbaik.

4.Menghormati PDRM sebagai agensi penguatkuasa undang-undang negara yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara.

“Harimau Biru” menjadi harapan kepada kesinambungan kehadiran PDRM dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dan sentiasa mengekalkan minat masyarakat terhadap PDRM.
 

sumber : PDRM FB
This entry was posted in

Selasa, 20 Mac 2012

Cerita Aku Dan Lelaki Tua Itu.. ( KISAH BENAR - SERAM ) bhg 2..

 
Selepas rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu aku teringat tentang lelaki tua yang baru berpindah di rumah besar diatas bukit kampung ini bersama keluaganya. Walaupun baru berpindah lelaki tua yang di kenali sebagai Pak Agus ini mudah mesra denganmasyarakat sekeliling, Jadi tak hairan la kenapa ramai orang yang datang melawat Pak Agus

Ayatul Kursi yang aku baca dalam satu nafas aku hembuskan perlahan-lahan, aku lakukan dan ulangi sebanyak tiga kali. Aku sebenarnya rasa keliru dengan apa yang berlaku... kenapa hanya aku yang melihat keadaan aneh yang dialami oleh Pak Agus yang sedang baring dihadapan aku. Aku kuatkan diri aku yang aku rasa masih cetek tentang ilmu agama... Ah..kenapaku yang dipilih... Seleps tiga kali aku membaca Ayatul Kursi dan meghembuskannya... lirikan mata Pak Agus tertumpu ke arah aku, semua hadirin yang hadir juga mengikut lirikan mata Pak Agus yang tertumpu kearah aku.. Aku jadi serba salah..

Kemudian, seorang yang aku fikir waris pada Pak Agus menghampiri aku dan membisikkan sesuatu. Lelaki itu memohon aku untuk membantu apa yang patut. Aku yang gelisah dan serba salah mengangguk tanda setuju. Aku terus bisikkan pada lelaki itu untuk membawa Pak Agus kedalam untuk mengelakkan dari megaibkan Pak Agus dan keluarganya..

Aku merasa sesuatu yang dahsyat akan berlaku.. aku bimbang... aku risau... aku cuba memikirkan sesuatu dan memandang orang di sekeliling aku yang ada antara mereka sedang berbisik dan memandang keara h aku.. Kemudian mata aku tertumpu kepada seorang wanita separuh umur yang aku kenali... Tok Cik... guru mengaji aku.. Aku teus mendapatkan  Tok Cik dan membisikan apa yang terjadi pada aku sebentar tadi... Tok Cik terkejut dan bersetuju untuk membantu aku. Sekali lagi aku keliru, kenapa aku seorang sahaja yang dapat melihat apa yang terjadi.

Setelah Pak Agus di bawa masuk ke dalam bilik, aku dan Tok Cik menyusul kemudian. 


CERITA DALAM BILIK PAK AGUS

Seketika aku lihat Pak Agus Masih kelihatan seperti keluh kesah dengan dada yang masih terombak-ombak, tetapi aku tidak lagi melihat kelibat dua mahkluk yang aku lihat sebentar tadi. Aku sempat berpesan pada keluarga Pak Agus agar tiada yang melawat buat seketika.


sambung lagi lepas nie... anak nak susu pulok....

LAGU MERAPU SINAR FM & ABG JEM

 

SINAR FM masih lagi radio No 1 Di Malaysia
Segmen yang paling Hot Ialah Sinar Pagi..
dengan telatah Khairil Rashid , Raja Azura dan Salih Yaccob
Ok aku rasa ramai gak yang minat Sinar FM nie.. kalau tak mankan mungkin Sinar FM masih radio No 1 Malaysia Yang memainkan muzik retro terbaik...

Aku terpanggil untuk menulis tentang SINAR FMnie sebabaku baca kenyataan SY aka abg JEm n etc kat  FB



Secara Peribadinya aku rasa lagu nie bagus.. sebabnya aku antara orang yang akan terseyum bila dengar lagu nie berkumandang.. Sangat terhibur dan bagus untuk menghiburkan hati...
Apappun..teruskan dengan lagu merapu tu yer ABG JEM.. We love it....

Kalau nak dengar klik
SINI

Cerita Aku Dan Lelaki Tua Itu.. ( KISAH BENAR - SERAM )

Suatu hari yang aku dah tak ingat bila, aku dikejutkan dengan berita seorang lelaki tua yang aku kenal rapat sedang sakit atau lebih tepat lagi nazak. Mendengar dari cerita orang, lelaki tua tersebut dilihat sangat hampir dengan ajalnya tetapi masih belum meghembuskan nafasnya dan hanya dadanya yang berombak turun naik.


Mendengar berita yang tersebar aku bergegas ke rumah orang tua tersebut, terkejut aku melihat ramai betul orang yang datang bertandang. Kemudian mata aku tertumpu pada sekumpulan orang ramai yang sedang berhimpun di sebuah pondok gazebo di halaman rumah. Mendengar dari apa yang dibisikkan oleh orang di sekeliling aku, anak kepada orang tua tersebut telah diamanahkan untuk membawa ayahnya baring di situ sekiranya dia nazak sehingga ia menghembuskan nafas terakhir.... Pelik kan????

 

Aku yang melawat cuba mencelah dikeliling orang ramai untuk melihat sendiri berita yang aku terima sebentar tadi.. Apabila aku sampai dihadapan orang tua tersebut aku tergamam dan pandangan mata aku tertumpu pada sekujur tubuh yang terbaring nazak dan dibaluti kain batik lepas... dadanya turun naik seperti sesak nafas seakan gelora ombai yang membadai... matanya sesekali terbeliak dan tidak tentu arah pandangannya.


Gambar ini Hanya Hiasan

Kemudian aku terpandang sesuatu benda asing yang berada di bahu kanan dan bahu kiri lelaki tersebut.. Beristighfar panjang aku, inilah kali pertama aku melihat objek yang hodoh dan buruk rupanya seakan-akan gambaran hantu dalam filem dan drama seram yan aku tonton. Makhluk tersebut sedang menekan-nekan bahu lelaki tersebut seolah-olah menahan lelaki itu dari bangun...

Kemudian aku rasa terpanggil untuk membaca beberapa potong ayat AL QURAN yang aku tahu... Apabila aku mula membaca "Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam"  dan secara tiba tiba kedua mahkluk itu memandang aku dengan muka yang bengis seolah-olah ia tahu niat hati aku.. " YA ALLAH BERILAH AKU KEKUATAN"... dan mula membaca beberapa potong ayat bermula dengan Ayatul kursi... " DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG "

Add caption




REHAT JAP NANTI AKU SAMBUNG BALIK..... saper rasa macam tak logik atau anggap citer ni tipu aku x kisah... tapi jangan tunggu sambungan citer nie lepas aku lunch n solat jap g yer..

Bila Anak Sama Macam Abah.

 
Pinjam kat Google..


Wah.. gila punya kerja..lihat gambar diatas.. ingatkan orang tua jer engadap.. anak aku dah mula mengambil alih dan aku tengok dah pandai search Mr.Bean n uin Ipin kat youtube.... huh... kena buat sesuatu nieh..
Aku akan cuba pikirkan cara untuk dia x leka sangat dengan internet...
apa kata kalau..bagi pets....

 

erm... wife aku lak seriau ngan meow..meow.....

yang ni mungkin ok...

 

tapi yang sebenarnya.. x boleh nak marah jugak..... sebab apa x boleh marah???

sebab belajar dari abah dia la... huhuhu

so, untuk ABAH... pikir-pikirkan yer....

 

Molotov koktel untuk bekas isteri

KUALA LUMPUR: Satu keluarga hidup dalam ketakutan selepas dua lelaki yang dikenali cuba membakar rumah mereka dengan membaling molotov koktel dalam kejadian di Taman Yew Lai, Jalan Puchong, di sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu dipercayai perbuatan dendam seorang daripada lelaki terbabit selepas bercerai dengan adik mangsa sejak dua bulan lalu.

Lelaki itu dikatakan mahu mengambil kembali bekas isterinya walaupun kini wanita berkenaan sudah berkahwin lain, tetapi dihalang hingga menyebabkan dia cuba membunuh mereka sekeluarga.
Sebelum membakar rumah, dua lelaki itu sebelum ini cuba membunuh mangsa dengan parang dan kayu, namun tidak sempat apabila mangsa sempat melarikan diri dengan masuk ke dalam rumah.

Mangsa, S Kavitha, 30, berkata, ketika kejadian dia dan suami sedang berehat di rumah apabila dengan tiba-tiba dikejutkan dengan jeritan anak jirannya berusia 13 tahun.

Katanya, sebaik keluar, dia melihat tempat letak kereta depan rumahnya terbakar selepas dibaling molotov koktel.

Ahad, 18 Mac 2012

Bosan...

"Terlajak perahu boleh diundur... terlajak kata.." so pikir... pikir sebelum kita berkata-kata.. pikir sebelum kita terjemahkan apa yang kita cuba keluarkan dari otak dan hasilkan dalam bentuk kata-kata..  apa pun jangan kita fikir yang kita cukup sempurna dalam semua perkara, berhenti memandang rendah pada orang lain.

Kadang-kadang kita rasa ada orang anggap kita masih budak-budak... huh bosan bila dengar tong kosong berbunyi... bukan aku tak boleh terima apa yang orang cuba nasihatkan pada aku.. Tapi bila aku pikir-pikir macam apa yang diluahkan tu.. kosong...takda apa2... so aku akan tolak..reject...

Nilai Kemanuisaan Kini

Melihat kepada situasi yang berlaku sejak akhir-akhir ini hati aku rasa terpanggil untuk meluahkan hasrat di hati.. aku rasa nilai kemanusiaan semakin berkuragan sekarang nie. Hari-hari kita dengar orang tetak orang, bunuh sana sini, dera sana sini... mungkin faktor dunia tanpa sempadan sekarang nie membuatkan berita cepat dan senang tersebar...

Aku teringat satu kisah Nabi Adam a.s... ketika anaknya membunuh adik beradik kembarnya sendiri, Nabi Adam a.s tahu akan perbuatan anknya... ini kerana, pada waktu itu muka anak Nabi Adam a.s itu serta merta berubah kehitaman selepas melakukan kesalahan. Kalau Allah nak tunjukkan pada kita cara ini untuk membuktikan seseorang itu bersalah... pasti ramai yang pakai topeng nak tutup muka daripada orang ramai... ramai yang hitam... tinggal solat..HITAM.... menipu HITAM.... Rasa-rasa korang la ada takorang nak buat salah...???

Tapi kita diberikan akal untuk berfikirdan menentukan yang mana buruk dan yang mana salah... gunakanlah akal yang dikurniakan ALLAH dengan sebainya...

Rabu, 14 Mac 2012

YA RASUL SALAM KEATAS MU

Carian Google

ASSALAMUALAIKA YA RASULLULAH

Ibn Umar  Meriwayatkan " Rasulullah s.a.w membuat cincin dari perak. Ketika Baginda mengenakannya, Baginda selalu menghadapkan mata cincin itu ke telapak tangannya cicin itu tertulis  محمد رسول الله 
Baginda tidak mengizinkan seorang pun menambah tulisan diatas cincin tesebut. Cincin itulah yang terjatuh di sumur Aris."

(Riwayat al bukhari, Muslim, al- Tirmizi, Abu Daud, al- Nasa'i, dan Ibn Majah )

Dipetik daripada Syama'il Muhammad s.a.w : Peribadi Muhammad, terbitan Telaga Biru Sdn.Bhd.
Solusi

 

MUAT TURUN : AKU MAAFKAN KAMU

 

AKU MAAFKAN KAMU

Lagu : Malique, Jamal Abdillah and Tripdisz
Lirik: Malique


Aku minta maaf di atas segala perbuatanku
Ternyata, kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan


* Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi

Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau kelar gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan


C/O
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Kudihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Baling kurambit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam diangan
Sampai terkacip mulut mahirnya

C/O

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta


*Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata, kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan




muat turun  sini

Selasa, 13 Mac 2012

GANGGUAN BEKALAN AIR 14 - 15 MARCH


sumber : syabas

PETALING



Tempoh
14 Mar 2012 08:00 am Hingga 15 Mar 2012 08:00 pm *SYABAS ingin memaklumkan tempoh masa gangguan bekalan air tersebut dianggarkan selama 36 jam iaitu bermula pada jam 8.00 pagi, 14 Mac 2012 (Rabu) sehingga 8.00 malam, 15 Mac 2012 (Khamis). Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti di Lampiran A. Sebagai persediaan, semua pengguna di kawasan tersenarai di lampiran A adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan tersebut. Walau bagaimanapun, sebahagian kawasan daripada 7 wilayah terlibat khususnya kawasan rendah berkemungkinan akan terus mendapat bekalan air dalam tempoh tersebut tanpa sebarang gangguan bekalan air kerana mendapat sumber daripada loji-loji rawatan yang lain termasuk LRA SSP2, SSP3, Sungai Langat dan Sungai Semenyih serta simpanan dalam kolam-kolam air yang tersedia.  

Sebab Gangguan
Lain-lain   
Keterangan
Kerja-kerja penggantian 'Sluice Valve' bersaiz 800mm pam No. 7 di Rumah Pam Air Mentah (RWPH), pengantian 'Delivery Sluice Valve' bersaiz 1350mm pam no.7 dan 'Suction Butterfly Valve' bersaiz 1450mm di Rumah Pam Air Bersih (TWPH) dan serta kerja-kerja penyenggaraan 'Feeder' elektrikal No.1 oleh pihak pengendali Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Selangor Fasa 1 (SSP1), iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH).  

Kawasan Terlibat
WILAYAH PETALING 
1. SS 1 6, PJ 2. SS 7, Kelana Jaya 3. SS 8, Trade Zone 4. SS 9A, Sg. Way 5. SS 20, Damansara Kim 6. SS 21 & 21A, Damansara Utama 7. SS 22, Damansara Jaya 8. SS 22 23, Kg. Sg. Kayu Ara 9. SS 24, Taman Megah 10. Ss 25, Taman Mayang Mas 11. SS 26, Taman Mayang 12. PJU 1, Bukit Mayang Mas, Kg. Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria.. 13. PJU 1A, Damansara Idaman 14. PJU 3, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana 15. PJU 6A, Kg. Kayu Ara 16. PJU 7, Mutiara Damansara 17. PJU 8, Damansara Perdana & Bukit Lanjan 18. Taman Megah Mas 19. Bandar Utama 20. Tropicana Golf 21. TTDI & Pinggiran TTDI 22. Sg. Pencala 23. Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara 24. PJU 5, Pusat Perdagangan Kota Damansara 25. U9, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera 26. Seksyen 12 hingga 14, PJ 27. Kg. Melayu Subang 28. U3, Subang Perdana 29. U5, Mah Sing 30. Subang Bestari
Maklumat Tambahan
Para pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut. Pihak SYABAS berharap pengguna yang terlibat dengan gangguan sementara akan bersabar dan sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut; sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan [PUSPEL] menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS; dengan menaip PUSPEL, dan hantar ke 39222. Informasi ini juga boleh diperolehi dari laman web SYABAS di www.syabas.com.my; www.twitter.com/puspel dan "facebook" dengan menaip "puspel" atau "puspel syabas".   



ANTARA DAERAH LAIN YANG TERLIBAT


HULU SELANGOR



This entry was posted in

KENYATAAN AKHBAR PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH ( NURUL NADHIRAH )



 





Merujuk kepada kes Nurul Nadirah Abdullah, (5 tahun) yang dilaporkan hilang pada 1 Mac 2012 dan mayatnya yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Johor.

Polis Diraja Malaysia ingin merakamkan rasa simpati yang tidak terhingga kepada keluarga Allahyarham di atas pemergiannya.

Setelah Nurul Nadirah dilaporkan hilang oleh neneknya, satu pasukan petugas telah dibentuk untuk mencari beliau. NUR Alert juga telah diaktifkan dan pihak NGO serta RHB turut membantu polis mencarinya di seluruh negara. 

Kumpulan RHB Bank turut bertindak mengedarkan poster dengan gambar adik Nur Nadirah dan diiklankan di akhbar-akhbar.

Bantuan segera daripada masyarakat telah membolehkan pihak polis menangkap tiga orang suspek beberapa jam selepas laporan kehilangan Nur Nadirah dibuat. Suspek keempat juga telah ditahan beberapa hari kemudian. Dengan empat penangkapan ini, kami percaya bahawa polis berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan kes ini.

Kami sedang menyiasat dari semua sudut untuk memastikan motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kanak-kanak ini dapat dikenal pasti. 

Kami tidak menolak kemungkinan bahawa dendam peribadi terhadap keluarga tersebut menjadi motif di sebalik penculikan dan pembunuhan ini.

Pihak polis ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada orang ramai yang telah membantu polis dalam kes ini, terutamanya dalam memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek dan penemuan mayat. 

Seperti yang sering kita ketengahkan, penguatkuasaan undang-undang yang berkesan memerlukan perhatian dan kerjasama orang ramai.

Sekali lagi pihak polis ingin mengingatkan ibu bapa untuk mengawasi anak-anak mereka terutamanya yang masih kecil pada setiap masa dan tidak meninggalkan mereka tanpa pengawasan.

Kami juga menyeru kepada orang ramai supaya sentiasa berjaga-jaga. Jika mendapati seseorang yang dilihat mencurigakan, segera melaporkan perkara ini kepada pihak polis agar tindakan pencegahan awal boleh dilakukan.

Kami ingin menegaskan bahawa pihak polis akan bertindak sepenuhnya mengikut undang-undang bagi memastikan bahawa pesalah-pesalah jenayah keji ini menerima hukuman dengan setimpal.

sumber : fb PDRM

Sabtu, 10 Mac 2012

Hari ke -4 wife di Hospital..


Dah masuk hari keempat isteri aku di hospital. Pagi ni wife aku cakap dia dah dicucuk dengan Suntikan Dexamethasone untuk mematangkan paru-paru bayi.. Insya Allah eokatau lusa dokor suruh bersalin... erm.. semoga semuanya selamat..

Hari ini baru boelh bawa anak-anak melawat umi diaorang... kesian.. rindu, dah lama sangat tak jumpa.

Masa lawatan untuk hospital serdang untuk hari sabu dan ahad dari 1230-0730 ptg..

Nama baby lum cari lagi.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...