Jumaat, 24 Februari 2012

Yang Tak Pasti...Apa tu??

Salam semua, malam nie marathon update blog... haha.. yer la tu..
baru dapat msg dari kawan tanya pasal bisnes yang ada dalam FB, yang off line dapat 100 tu, hurm.. aku pun tak tahu sangat pasal bisnes tu..

Pada aku, buat apa kita ceburi bidang perniagaan yang tak pasti, susah la.. cari perniagaan yang pasti dan tidak meragukan.. Lagi satu,mungkin bagi sesetengah orang seratus tu sikit.. ayat biasa yang kita dengar.. ala tutup mata jerlah letak jerlah 100 tu.. huhu... banyak tu.. susu anak pempers buku, duit minyak... macam-macam ada... ada tengok iklan Johan ngan Ucop Wilca tak... kalau belum nanti tengok kat tv3, kalau dah..itu Nasihat yang paling baik untuk kita guna pakai...
RUJUK SSM
Surahanjaya Syarikat Malaysia.

AKU DAN ADNAN SEMPIT 2



Jangan lupa saksikan...
Salam semua, mana ada kene mengena la...
kawan2 opis jer berlakon...
polis2 semua tu haha



nak tengok kawan-kawan seopis berlakon...
tapi dengor citer sikit jer..
ok la sikit dari aku xda org nak offer??

layan...

note: lepas nie nak tunggu "taikun" pulak, dengar citer ada jugak diaorang nie berlakon.. haha
This entry was posted in

Ahad, 19 Februari 2012

Tuduhan Palsu Meninggal Dunia, Latif Ibrahim Stabil Di IJN

Tuduhan Palsu Meninggal Dunia, Latif Ibrahim Stabil Di IJN
Latif Ibrahim
PETALING JAYA: Spekulasi yang mengatakan penyanyi dan pelakon veteran tahun 80-an iaitu Latif Ibrahim meninggal dunia pada Sabtu adalah tidak benar.
Sebaliknya penyanyi itu berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini pada Sabtu.
Pelakon Liza Abdullah yang juga rakan beliau berkata, Latif kelihatan bersemangat dan boleh berborak dengannya ketika melawat beliau pada Sabtu malam.
"Keadaannya stabil. Dia boleh berborak dengan saya sambil bertanya saya tak 'shooting' ke?" katanya kepada mStar Online melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) di sini Ahad.
Menurut Liza, dia bergeges ke IJN pada Sabtu selepas mendapat berita kononnya Latif meninggal dunia.
Jelasnya, selepas melihat dan berjumpa Latif secara berdepan barulah dia berpuas hati dan menganggap tuduhan itu adalah palsu.
"Saya geram betul. Kenapalah ada org yang suka sangat buat cerita tak betul. Saya memang tak sedap hati bila dapat tahu cerita tu. Sebab tu saya terus ke IJN untuk melihat kesahihannya," kata Liza.
Tambahnya, Latif merupakan individu yang kuat semangat dalam menempuh penyakit jantung yang di hadapinya itu.
Sehubungan itu Liza meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan Latif dan tidak menyebarkan berita palsu pada masa akan datang.
Sementara itu adik penyanyi tersebut iaitu Datuk Khatijah Ibrahim memberitahu kesihatan Latif berada dalam keadaan terkawal.
Pada Sabtu pihak media di khabarkan Latif meninggal dunia selepas ada pihak menyebarkan berita tersebut sehingga menimbulkan suasana panik.
SUMBER : mStar Online

KEPUTUSAN SPM


Keputusan Spm akan di umumkan x lama lagi... gambar atas hiasan ehsan carian aku di Google... tahniah la untuk pemilik keputusan tu yer.... hahaha... KEPUTUSAN SPM

Ramai tak sabar nak tunggu result keluar, masa tu la nak jumpa kawan-kawan balik kan... n lepas tu berpisah dan tak jumpa lagi dah.. mungkin ada antara adik2 semua akan bertemu semula selepas 10 - 20 tahun akan datang.... ada jugak yang berdebar-debar... takut... ada yang x kisah langsung pun... tapi mereka yang tak kisah ini akan peduli pasal SPM bila tiba suatu masa nanti... ( NYESAL kemudian )

tapi dengan kecanggihan IT zaman sekarang apa pun boleh jadi...  SABAR YER MENANTI...
keputusan SPM anda

Sabtu, 18 Februari 2012

Bila Nombor Tak Kena..Adoi!!!!


Salam semua, hey.. bukan no tu la, yang tu haram... hehehe.
jangan sesekali melibatkan diri ok..

nie nak cerita pasal no cabutan bertuah.. bila ada kenduri kahwin mesti ada  cabutan bertuahkan.. walaupun x semua buat. Apapun aku nak cerita pengalaman aku dalam cabutan bertuah nie. Walaupun tiap kali ada function kat opis aku nie aku adalah orang yang jarang bertuah untuk ambil hadiah di pentas hahaha.. tak tau naper.. 


apapun aku tak kisah kalau tak dapat, tapi tunggu la jugak sebab kat tangan dah ada nombor... yang boringnya bila ada no yang di panggil xda tuannya.. so lambat... buang masa..padahal marah sebab tak kena hehehe . Mesyuarat PIBG kat sekolah pun dah ada cabutan bertuah sekarang nie.. tu semua bertujuan supaya tak ramai yang angkat kaki awal..heheh..

note: Hamper dan hadiah juga boleh dianggapsebagai rasuah jika ianya diberi untuk kepentingan tertentu..


This entry was posted in

Melayu BEST!!!!

orang MELAYU bila kulit cerah,
warna rambutnya lain dari kaler hitam dah nak jadi 
orang putih


orang MELAYU bila gelap sikit,
rambut kaler lain sikit dari hitam dah nak jadi
orang HITAM...


hihihihi...

MELAYU sangat BEST




sumber : GOOGLE SEARCH

Khamis, 16 Februari 2012

dari x pandai sampai memandai..

salam semua, untuk sedia maklum notebook satu malaysia aku rosak.. kena lah update pakai telefon. nak join segmen n blokwalking pun payah.. almaklumlah telefon murah.. kalau telefon canggih manggih tu ok la jugak..
Tanpa kita sedari dunia makin maju, dari ringtone poloponic monoponic sampai ada real tone.. mmg canggih..  manusia pun banyak yg berubah.. positif dan negetif..
Dari xpandai, dah jadi pandai tapi ada gak yang memandai.. so gunalah segala kecanggihan ini untuk tujuan yang baik..

Selasa, 14 Februari 2012

BILA HARD DISC BUAT HAL...


BILA HARD DISC ROSAK...

TAK BOLEH NAK UPDATE BLOG...
TAK BOLEH NAK BLOGWALKING...
KENA CARI DUIT NAK REPAIR..
DAH OK BARU BOLEH AKTIF BALIK... SEDIH TAK BOLEH NAK UPDATE BLOG SELALU MACAM DULU.. NIE PUN UPDATE MASA TAKE 5 KAT OPIS...

Selasa, 7 Februari 2012

CINTA YM AKU


Salam semua, lama dah tak on YM, lama betul tak on kan..? sejak FB dah mengambil tempat dan ada chat, ym dah tak perlu kot. Walau bagaimana pun, YM memberi kenangan yang sangat manis dalam hidup aku.

Hari ini aku nak cerita kat semua, mungkin ada saudara mara baru tahu lepas nie cerita sebenar.. hahaha.. Dulu, sebelum ada FB n macam-macam laman sosial yang ada sekarang, aku selalu join  chat group dalam YM nie. Sebab aku nie tak suka bepoye-poye kat luar, aku habiskan masa aku di CC jer.. dulu mana ada Broadband.. Ok, bila dah join mula la mengayat cari awek... hehehe..

Satu yang pasti tentang aku, aku tak pernah palsukan apa2 identiti. Aku cuma nak berkawan... Dalam duk sibuk chat2 tu lekat la sorang awek.... Alhamdulillah aku kenal awek tu dengan kisah FIRST TIME jumpa, bila aku update lain kali...

Sampai sekarang aku kenal rapat dengan awek nie, sampai kami bertunang, nikah dan nak masuk  3 orang anak, dan insya Allah aku akan penukan kereta Exora dengan anak nanti hehehe...

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik, walaupun kita dengar banyak keburukan, tapi ada baiknya... tapi, kena berlandaskan jalan yang betul...


10 JAMBATAN TERPANJANG


10. Seven-mile bridge,  
 Jarak 10.887 M 
menghubungkan antara Teluk Mexico dengan Florida Amerika Syarikat

9. San Mateo - Bridge Hayoard, 
Jarak 11.265 M, 
melintasi teluk California, San Franscisco Amerika.


8. Union Bridge, 
Jarak 12.900 M
menghubungkan antara pulau Prince Edward dengan New Brunswick di Kanada.

7. Rio Bridge - Niteroi, 
Jarak 13.290 M, 
Menghubungkan kota Rio de Janeiro di Brazil dan Niteroi.



6. Penang Bridge, 
Panjang 13.500 M, 
menghubungkan antara Pulau Pinang dan daratan Malaysia.



5. Vasco da Gama bridge, 
Panjang 17.200 M, 
jambatan terpanjang di daratan Eropah yang melintasi sungai-sungai di kota Lisbon Purtugal

4. Chesapeake Bay Bridge, 
Panjang 24.140 M, 
melintasi teluk Chesepake di Maryland Amerika.


3. King Fahd Causeway, 
Panjang 30.000 M, 
melintasi bendungan yang menghubungkan antara Saudi Arabia dan Bahrain.


2. Bridge donghai, 
Panjang 32.500 M, 
Jambatan terpanjang di Asia dan juga jambatan terpanjang yang melintasi lautan, 
terletak di Shanghai China.


1. Lake pontchartrain, 
Panjang 38.420 M 
terdapat di Lousiana New Orleans, Amerika.



klik sini




This entry was posted in

Isnin, 6 Februari 2012

Aku Tak Jiwang


Salam sayang semua, cewah jiwang pulak Love-love nie... Aku bukan lah seorang romantik.. aku tak pernah bagi bunga pun kat wife hehehe...aku ada cara sendiri untuk aku tunjukkan sayang aku pada MS WIFE, contoh macam video klip ini... Aku buat khas untuk isteri tersayang masa sambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke dua....



Kalau tak boleh tengok klik link bawah


4 PERKARA UNTUK SIHAT



4 PERKARA MENGUATKAN BADAN
* Makan Daging
* Memakai Haruman
* Kerap Mandi
* Berpakian Kemas

4 PERKARA MENAJAMKAN MATA
* Memandang benda Hijau
* Duduk Menghadap Kiblat
* Bercelak Sebelum Tidur
* Berpakaian Bersih

4 PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN
* Tidak Banyak Berbual Kosong
* Rajin Memebersihkan Gigi
* Bercakap Dengan Orang Soleh
* Bergaual Dengan Para Ulama

4 PERKARA MELEMAHKAN BADAN
* Banyak Minum Air Ketika Makan
* Sentiasa Cemas
* Banyak Makan Makanan Masam
* Banyak Bersetubuh
4 PERKARA MEROSAKKAN MATA
* Memandang najis
* Melihat Orang Dibunuh
* Melihat Kemaluan
* Membelakangi Kiblat


sumber : SOLUSI 33

CERITA PEGANG-PEGANG


Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang.... huh... traffic sources search kat blog aku, so kalau korang nak try macam nie boleh klik on line counter kat atas yer..

Penulisan di blog akan mempengauhi jumlah trafik ke blog anda, walau pun kadang kadang satu hari satu entri, tapi adalah sikit trafik ke blog aku... Kebijaksanaan anda untuk menarik perhatian kepada mereka yang bukan blogger untuk membaca blog terletak kepada beberapa perkara seperti tajuk, isinya mesti ada perkataan sama dengan tajuk atau labels.... dan ianya mestilah isu terkini dan sensasi.. kalau blog personal macam aku, aku tak kisah pun....

Entri PENYAKIT LEPTOSPIROSIS pun ada dalam blog nie.. apa penyakit tu ??? klik sini
This entry was posted in ,

Ahad, 5 Februari 2012

Sejuk Mata Memandang

Carian Google

Salam semua, rileks malam malam nie dengan family bestkan. Cuma cuti kali nie tak sempat nak balik kampung sebab keleder cuti umum tidak terlibat dalam penugasan aku.. Cuti umum ker cuti dunia ker.. aku tettap akan bertugas demi negara huhu..

Gambar mata??? bukan apa, cuma sejuk mata memandang dengan beberapa program TV sehari dua nie.. Pengisian sempena Maulud Nabi macam nie harus dikekalkan.. Drama TV macam cerita AL-IKHLAS di TV3 semalam sangat memberi makna.. Cuma Terpulang pada mereka yang mentafsir pengajaran cerita macam tu. Mana lah tahu, ada antara kawan2 kita yang kat luar sana yang dah lama sesat boleh dapat jalan lurus.... Insya Allah...

Apapun, semoga apa yang baik ini dapat dieruskan dan kurangkan cerita2 mengarut yang tak membawa apa2 maksud yang baik untuk penonton.. Sekian..


Orang Holiday,Aku Kat Hospital


Salam semua, selamat bercuti. Walau dimana ada pergi, berhati-hati serta waspada, malang tidak berbau... aku duduk rumah jer, jimat kos memandangkan gaji lambat lagi dan gaji ulan lepas awal.. hehehe.

Sebenarnya aku baru balik dari hospital, wife aku tak tidur sampai 4 pagi, katanya sakit perut da ccirit birit. Kesian aku tengok dia.. so aku buat keputusan, jom g hospital... masa anak tidur aku tinggalkan dengan adik aku ipar aku. Sampai hospital terus pergi dewan bersalin Hospital Serdang.. Sebab selepas 27 minggu usia kandungan kita tak perlu pergi kat wad kecemasan untuk menerima rawatan.

Doktor beritahu, kuman dah tak boleh lawan dalam perut wife sebab tu sakit n perut mengeras.. Dooktor masukkan air dan antibiotik... aku sempat juga lelap dalam kereta.... selepas subuh aku minum kat kafe dan beli makanan untuk wife sekali... doktor suruh makan memandangan perut mungkin kosng sebab cirit birit..

Alhamdulillah selepas terima rawatan,aku nampak wife dah segar sikit, now dia tengah baring sebelah anak-anak... mengantuk penat n sakit.. lepas nie nak makan, kena jaga2 sikit eik...
This entry was posted in

Sabtu, 4 Februari 2012

Lari Dari Rumah


Hilang!!!! Manusia hilang atau bahasa mudahnya lari dari rumah.. setiap hari berpuluh report tentang manusia hilang, itu ada yang report polis kalau ada keluarga yang tak buat report mungkin lebih. Alasan untuk tidak buat report polis ialah  takut keluarga malu... itu hak masing-masing untuk buat report polis atau tidak...

Percayalah, walaupun ianya bukan diwartakan secara rasmi, tetapi remaja majoritinya Perempuan dan tidak mengira bangsa adalah golongan Manusai hilang paling ramai... aku melihat report Manusia Hilang setiap hari... sangat mengecewakan dengan beberapa alasan yang kadang-kadang tak boleh diterima akal. Antara alasan yang biasa di berikan..

1. SELISIH FAHAM DENGAN KELUARGA.
2. IKUT KAWAN / KEKASIH.
 3. TIDAK PASTI.

Ada yang dijumpa kembali berada dalam keadaan sihat, insaf sebab tak tahan hidup susah diluar... ada yang jumpa dalam keadaan trauma... dirogol.. di kendurikan... dan sedih kalau jumpa mayat jer.. dan paling malang.. tak jumpa terus sampai bila-bila.... Pilih la nak yang mana....


Ini Serius.. Tutup Mata Jer ker??

gadis melayu boleh

Ini seirus, maafkan aku sekiranya entri ini membuatkan korang x puas hati, kalau rasa ia sangat teruk dan tak suka just klik 'x' ... Aku akan luahkan apa yang terbuku dihati... aku lihat fenomena sebegini adalah sesuatu yang serius,  apa yang seriusnya???

1. Gadis Ini, macam seronok jer di perlakukan macam tu .... yang lelaki tu suka jer ambil kesempatan

2. Website macam nie... Dimana pemantauan, Tutup mata jer ker?? badan yang berkenaan tak buat kerja ke ??? ( aku x nak sebut ) sibuk dengan isu tapis Filem... Laman sesawang dari dalam negara tak tertapis pun .. buktinya sila google melayu ... dan klik images  dan anda akan lihat wajah MELAYU... ( safesearch : off )

Banyak lagi nak cakap, tapi tak dapat diterjemahkan dengan bahasa halus... nanti terlampau kasar pulak.. Dulu-dulu mak ayah boleh pantau dan tahu apa yang anak mereka buat,  sekarang boleh tau ker?? masuk bilik, duduk diam, tenggelam  bersama kecangihan dunia tanpa sempadan yang ada sekarang ..  

Aku bukan segaja nak cari isu, tapi ini serius... orang zaman sekarang akan TAK KAN PELIK bila ramai orang di Pusat Membeli Belah dengan belah sana sini... tetapi AKAN PELIK bila ramai orang kumpul kat surau... " Eh... ramainya orang kat surau tu...... "
erm.....





Jumaat, 3 Februari 2012

Kuantan dan sakit opah


Sibuk betul hari ni. Dah malam baru sempat update blog, selepas sarapan pagi tadi di Jengka, aku teruskan perjalanan ke Hospital Kuantan, Kesain opah dah lama puasa... Puasa untuk scan dalam mesin pusing2 tu.. scan itu dan ini lah, sampai dapat keputusan macam ada batu karang di hempedu yang menghimpit usus .. mcm getah paip air kene himpit... so saluran jadi sempit..... so kena puasa lagi untuk Operation dengan laser.... Puasa lagi.. dah masuk hari ke tiga tak silap saya..

Tapi aku sempat jenguk sekejap dan kena bergegas balik KL semula... " semboyan telah berbunyi" lalalala
kena kerja la huhuhu.. sepanjang perjalanan dari Kuantan Sampai Tol Gombak, hujan jer.. Alhamdulillah selamat sampai..

Aku harap opah akan segera sembuh... kesian sebab bulan lepas jer dua kali masuk hospital dan hospital belum jumpa sakitnya sampailah yang terbaru nie... semoga opah cepat sembuh... Insya Allah..

Khamis, 2 Februari 2012

Sampai Jengka

Carian Google

Salam, dah sampai FELDA JENGKA 8, Alhamdulillah semuanya selamat. Esok pagi ke Kuantan pulak..

Cuma sampai R & R genting sempah tadi sempat singgah, ingat nak tuang minyak kat sana.. tapi malangnya minyak 97 tak ada kat petronas tu.. Meter minyyak dah berkelip-kelip... terpaksa teruskan perjalanan dengan hati berdebar-debar..

Tapi nasib baik ada minyak RON 97 dekat Petronas SSP Bentong, Rehat dan rawat jiwa dan hati.
Perjalanan diteruskan

Akhirnya sampai Jengka.. Alhamdulillah....

ps : tq blogger  ada entri untuk saya yer...jom terjah blog beliau di
http://wwwbersamaselamanya.blogspot.com/

Kuantan.. Tunggu Aku!!

 

Perjalanan bakal bermula sebentar lagi, hurm nak pergi Kuantan untk tengok opah kat Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Semoga semuanya bejalan seperti biasa dan perjalanan kami di permudahkan.
Plan perjalanan hari ini, mungkin aku akan berhenti di Jengka rumah adik aku. Esok baru ke Kuantan..

 Kalau dalam pukul 3 bertolak dari Seri Kembangan, tak sempat nak kejar waktu melawat. so esok la baru ke Kuantan malam nie stay Jengka..

So tunggu update yang seterusnya dari Jengka n Kuantan...
Jengka N Kuantan tunggu Blogger Cerita Biasa Turun...

Rabu, 1 Februari 2012

Tahniah Untuk Blogger Ini

My Photo

Blogger yang di hargai.... aku dah ada pemenang untuk aku letakkan link n post dia kat blogger aku... untuk rujukan boleh klik sini

pemenang seperti dalam gambar.. comel tak huhu

Blog dia kat sini

tahniah!!!

antara yang ngetop

Pengomen Yang Ngetop


1.Mak Usu (25)

2.dyabunga (19)

3.SM Banjamin (13)

4.►AdamXis◄ (13)

5.kakchik@ella (12)

Orang Sakit


Salam semua, Atuk wife n Opah aku masukhospital.. dua situasi yang sama, tapi berbeza sakit.. tempat...

Atuk wife ada kat hospital Kuala Pilah.. Opah aku kat hospital Kuantan, Insya Allah esok g sana..

Kesin la tengok, tapi nak buat macam mana.. aku doakan semoga opah n atuk cepat sihat... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...