Selasa, 22 September 2015

Viral Kapel Toyol

GAMBAR pasangan kekasih pencuri yang dirakam CCTV di Masjid Assyakirin, Pasir Puteh, Bachang, Melaka. 
Melaka: Sepasang kekasih tergamak mencuri tabung Masjid Asyakirin, Bachang, di sini, dalam kejadian Khamis lalu, tetapi hasrat mereka terbantut apabila gagal membuka peti besi berkenaan.


Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, gelagat pasangan itu yang berpura-pura untuk bersolat sebelum cuba memecah tabung di ruang solat lelaki dirakam kamera litar tertutup yang dipasang di masjid berkenaan sebelum kes itu menjadi viral di laman sosial Facebook, sejak kelmarin.

Pengerusi Masjid Asyakirin Mohamad Ismail, 76, berkata, pihaknya menyedari tabung kutipan derma masjid itu cuba dipecahkan pasangan berusia lingkungan 20-an selepas mendapati besi pemegang tabung berada di atas lantai.

“Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki cuba mengumpil dan membuka peti besi sumbangan jemaah, namun tidak berjaya.

“Selepas gagal mengumpil, lelaki terbabit cuba mengangkat peti besi itu namun tetap gagal,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79019#sthash.C6RHkeCO.dpuf

Isnin, 21 September 2015

Keluarga tuntut mayat Kevin Morais Rabu ini


LAGI CERITA MORAIS


KUALA LUMPUR: Mayat Anthony Kevin Morais akan dituntut oleh keluarganya daripada Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur, Rabu ini.

Adik bongsu Timbalan Pendakwa Raya itu, Datuk Richard Morais berkata, mayat abangnya akan dibawa ke Nirvana Memorial Park di Sungai Besi, di sini, pada 10.30 pagi hari yang sama bagi menjalankan upacara keagamaan.


"Proses ujian deoksiribonukleik (DNA) sudah selesai dan kami hanya menunggu kepulangan abang saya Charles Morais dari Amerika Syarikat, yang dijangka tiba pagi esok sebelum menuntut mayat mendiang Rabu ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, mendiang akan ditempatkan di Nirvana selama empat hari bagi upacara penghormatan terakhir.

Morais adalah Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara.

Mayat beliau ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya, Selangor setelah seorang daripada tujuh suspek membawa polis ke lokasi berkenaan di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah.

Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 September lalu dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapuri beliau di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana.

Tujuh lelaki ditahan setakat ini sementara dua lagi suspek lelaki M.Vishwanath, 24 dan R. Dinishwaran, 22 diburu polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan berkenaan. - Bernama

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79091#sthash.ECByxdUw.dpuf

Polis trafik maut ketika konvoi




Cameron Highlands: Seorang anggota polis maut akibat terbabit dalam kemalangan ketika mengikuti konvoi motosikal sempena Program Tangan Bersalaman Polis Diraja Malaysia PDRM Kontinjen Pahang di Kilometer 22.2 Jalan Besar Ringlet-Sungai Koyan, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, Koperal Syed Ismail Syed Abdul Rahman, 55, dari Taman Kempadang Makmur, Kuantan, cedera parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL) sebelum disahkankan meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Mohamad Noor Yusuf Ali berkata, mangsa ialah antara anggota polis yang menyertai konvoi berkenaan dan dalam perjalanan dari bandar ini ke Raub.

"Setiba di tempat kejadian, mangsa yang menunggang motosikal Honda VFR gagal mengawal kenderaannya ketika selekoh berhampiran tapak projek Empangan Ulu lalu terbabas.

"Mangsa yang bertugas di bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang cedera parah di beberapa bahagian badan dan dihantar ke HKL untuk rawatan. Dia disahkan meninggal dunia kira-kira tiga jam kemudian," katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/78915#sthash.3UjBvPtH.dpuf

Sabtu, 19 September 2015

SAYA PEMBEKAL& PEMBORONG SABUN JASMIN 7


Sabun CuCi Pakaian (Jasmin7) (3 in 1)

Terus Dari Kilang MURAH, JIMAT, LEMBUT, WANGI & BERSIH 

Memang Berbaloi-Baloi !!!!!! 10Liter sebotol

Kualiti Dijamin Pekat Gred A

CONCENTRATED LIQUID DETERGENT

#100% Tiada Lemak Haiwan & Organic Based Essential Oil.
#100% Non Allergic (PH Nuetral) Mesra Alam & Tidak Memudaratkan Kulit & Kesihatan
#100% Di Jamin Halal, Suci, Bersih, Selamat, Wangi, Lembut & Antibakteria.

Kami Pembekal terus dari kilang.

Harga pun berbaloi-baloi.

Lebih JIMAT Lebih CUCIAN.

Murah dari yang sedia ada.

KENAPA perlu beralih menggunakan Sabun cucian kami :- Jenama Jasmin7

✔ Lebih JIMAT Lebih CUCIAN
✔ Murah dari yang sedia ada
✔ Sebagai pengguna pun boleh menjana pandapatan




Sila hubungi 0129960097 / 0126053297 untuk sebarang pertanyaan.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...