Jumaat, 29 November 2013

Siapa Bodoh??


Hurm.. situasi ini sentiasa ada di mana- mana. Sebab orang takkan puas melihat kita yang baru  nak menapak untuk berjalan sedangkan dia dah berlari pun.. Melihat sesuatu dari perkara yang berbeza, satu TAJUK BESAR di rungkai dengan 1000 tajuk kecil... hurm..

Harapan Si Cilik


Program ini, memberi peluang kepada kanak-kanak yang mempunyai sakit kronik yang sukar diubati dan ada kanak-kanak tersebut mempunyai peluang hidup yang agak tipis seperti di maklumkan oleh doktor. Bagi memenuhi impian, mereka dipakaikan pakaian seragam PDRM dengan harapan dan cita-cita untuk menjadi salah seorang warga PDRM. Insya allah.. 

Faeire Dreams Christmas - S.O.S wings of hope


Majlis Faeire Dreams Christmas ini dijalankan di LG2 Blue concourse sunway piramid 
subang jaya selangor pada 21 Nov 2013 jam 1500Hrs.Majlis menunaikan impian kanak-kanak apabila dewasa nanti sempena perayaan krismas tahun 2013,antara impian kanak-kanak yang hadir ialah menjadi Polis dan pailot apabila dewasa nanti.Ketua polis daerah IPD Subang Jaya ACP Yahaya Bin Ramli,timbalan KPB Bandar sunway dan beberapa anggota terlibat turut hadir pada majlis tersebut.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Bin Ramli  memakaikan tali pinggang Keselamatan
anak yang istimewa ini didalam Kerta Polis




Terima kasih yer KPL Mohamad bagi saya naik kereta polis.


Khamis, 28 November 2013

Aina Pula Ke Hospital


Semalam aku bekejar lagi ke hospital, cemas seketika bila Aina bermain dengan sepupu jatuh dan sakit tangan, Aina dalam keadaan menangis beritahu umi tangan sakit.. dan menagis tanpa henti lebih kurang sejam sehingga tertidur. Apabila tersedar semula, Aina masih menangis, so bila terima panggilan daripada isteri yang Aina Humaira dalam keadaan macam tu aku segera balik ke rumah. 

Aina masih belum boleh bertutur dengan baik, ada pelat dia, jadi dalam tangisan percakapan dia makin sukar difahami, Bila tanya sakit kat mana, kena fahamkan betul-betul..Sampai dapat kesan di bahagian siku, dengan pengalaman menghadiri kurusus pertolongan cemas, aku gunakan pengalaman yang ada untuk beri respon awal pada Aina Humaira. 

Disebabkan faktor risau, bawa ke klinik 1 Malaysia untuk dapatkan surat dan bawa ke hospital untuk xray, alhamdulillah, PPUM memang menjadi pilihan aku bila pergi ke Hospital Bila Ada kecemasan. Wad Kecemasan PPUM ada khas untuk kanak-kanak dan tak campur orang dewasa. so senang x lama menunggu.

Samapai di hopsital, Jururawat yang bertugas tengok keadaan tangan Aina dan respon yang pertama jururawat tersebut ialah ikatan anduh aku, "siapa yang ikat anduh nie?" terus aku jawab " saya". " salah nie.." alamak malu jap... kursus pertolongan cemas yang lepas dah lama sangat. dah lupa ALASAN...


Alhamdulillah selepas semuanya selesai, tiada yang serius pada tangan Aina dan Aina Humaira yang tomel ini boleh balik ..

aina lebih banyak menggunakan T pada huruf K bila bercakap.. dan berulang kali kena betulkan...

"Tatak teipit tutu tepi tu"..Aina takit

kakak kepik kuku tepi tu....Aina sakit

Asal gaji jer ilang...


Iskh..iskh..iskh... asal gaji jer hilang, ada duit sikit hilang,  aku susah betul nak faham budak-budak zaman sekarang nie, Kalau terlampau beri kebebasan , ambil kesempatan. Masalah yang paling besar ialah pada aku, nak ambil tindakan kesian, nak buat aduan kesian, tapi kesian yang tidak dihargai mereka yang bergelar anak buah langsat...

Pelbagai jenis bahasa yang telah dilontarkan oleh kotak suara aku nie, sindir... cakap terus, cakap kasar, maki hamun jer belum. Uji lah kesabaran pada ku nie selagi boleh yer.. Bila tau salah, datang "mintak maaf "dan anggap selesai. Hurm.. macam mana nak buat nie, bikin ana pening kepala la... 


Selasa, 26 November 2013

Mak Kebas Sebelah Badan


Cemas sekitika petang tadi, dapat info bawa mak pergi hospital, emak demam dan mengadu kebas sebelah badan, alamak secara automatik apa yang terlintas di fikiran ialah ( strok ) " Ya Allah, aku bermohon kepada MU selamatkan lah emak aku, dan berilah dia kesihatan yang baik dan umur yang panjang " AMIN..

Jadi dengan terkejutnya aku mula mencari sumber-sumber yang paling hampir dengan emak, dari percakapan adik2 yang bersama menghantar mak ke Hospital, mak ok.. semua ok.... tekanan darah.. jantung, semua ok Alhamdulillah... Cuma demam mak buat mak rasa tak selesa, Along doakan mak semoga cepat sembuh dan baik seperti biasa. Insya Allah amin...

Mak cuma memnerima rawatan pesakin luar dan dibenarkan balik...

EMAIL KEDUA KEPADA MYEG



cerita lepas pasal MYEG : SINI


STATUS PENGHANTARAN ( EMAIL KE 2 )

Mohd Shahazrin
12:33 PM (4 minutes ago)

to help

SALAM SATU MALAYSIA,

SAYA DAN ISTERI TELAH TERIMA PANGGILAN UNTUK  PENGESAHAN UNTUK DIBERI SMARTPHONE PERCUMA PADA SELASA LALU, PEGAWAI YANG BERTUGAS TELAH MAKLUM UNTUK HANTAR POS SMARTPHONE TERSEBUT,  SALINAN MYKAD TELAH SAYA HANTAR PADA  19 NOVEMBER 2013. SEHINGGA HARI INI SAYA MASIH TIDAK MENERIMA TELEFON TERSEBUT 
MOHD SHAHAZRIN no mykad 880808088888 ( cth )
NORHASIKIN

SEKIAN, MOHON MAKLUM BALAS

pagi tadi, dah kol tanya status tapi, sambung kat sana sambung kat sini... last2 putus.. bukan sekali bukan dua kali..
hurm...


NOTE: AKU NAK TUNGGU LAGI...




This entry was posted in

Isnin, 25 November 2013

TELEFON PERCUMA MYEG

Telefon percuma dari Myeg


Salam semua MYEG ada telefon aku minggu lepas untuk maklumkan yang aku dan isteri telah layak untuk terima SMARTPHONE dari MYEG. Setelah berdaftar untuk belia yang berumur 21 hingga 30 tahun, Umur aku dah hujung-hujung syarat kelayakkan dah. 

Alhamdulillah, sehingga sekarang aku masih menanti kehadiran telefon ini kerumah. Nanti bila dah sampai aku update lagi.

Aku nak share info tentang telefon percuma yang bakal di berikan, katanya ciri-ciri dan jenis telefon tu macam kat bawah nie.

PEARL MINI
Specifications
Dimension
115.3 mm x 62mm x 11.8mm
Weight
108g (with battery)
CPU
Qualcomm 1.0 GHz
Operating System
Android 2.3
Memory
Internal
512MB ROM / 256MB RAM
External Storage
MicroSD, up to 32GB
 
Display
Size
3.5”
Resolution
320 x 480, HVGA
Technology
Capacitive, 262K colors
Connectivity
Network
GSM 900/1800 MHz,
UMTS 2100MHz
SIM 1
GSM / WCDMA
SIM 2
GSM
Data
HSDPA, ≤7.2 Mbps, EDGE & GPRS
Wifi
Yes (802.11b/b/g/n)
Bluetooth
BT 3.0
GPS/ AGPS
Yes / Yes
Camera
Rear Camera
2.0 MP
Front Camera
-
Features
4x Zoom, Scene Mode
 
Sensor
Accelerometer Sensor
Connectors
USB
USB 2.0
SD Slots
Yes
Audio Output
3.5mm Audio Jack
 
Power & Battery
Capacity
Li-lon 1300mAh
Talk Time
Up to 3.5hrs
Stand-by Time
Up to 220hrs
 
Multimedia
Player
MP3 / MP4 Player
Audio Format
MP3 / AAC+ / eAAC / AM
Voice Recording
3GPP
Video Format
3GPP/ MP4
Video Recording
3GPP
Features
Dual SIM
 
Apps
Social Network
Facebook
Productivity & Utilities
Gmail, Maps, AirAsia, Tunetalk
Gaming
-
Entertainment
Youtube, Radio FM
Appstore
Google Playstore
Browser
Android Native Browser
Accesories
Charger, USB Cable, Battery, Earpiece, Screen Protector, Quick Start Guide, Warranty Card
 
Packaging
Matt Paper Box

Kerana parang, lelaki pijak perut bapa hingga mati

KOTA MARUDU 25 Nov. - Hanya kerana tidak dapat meminjam parang daripada bapanya, seorang lelaki bertindak membelasah dan memijak perut warga emas berusia 84 tahun itu sehingga mati di pekan Pitas dekat sini Jumaat lalu.

Turut dibelasah suspek ialah ibunya berusia 61 tahun yang cedera di kepala dan leher.
Kejadian berlaku pukul 11.45 malam ketika suspek berusia 40 tahun yang mengalami masalah mental dan merupakan anak bongsu datang ke kedai runcit milik pasangan itu untuk meminjam parang daripada mangsa, Oding Lumping.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Isa Yusof berkata, mangsa bagaimanapun memaklumkan tidak mempunyai parang mengakibatkan suspek berang lalu menyerang kedua ibu bapanya itu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131125/je_07/Kerana-parang-lelaki-pijak-perut-bapa-hingga-mati#ixzz2le6mOPzj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Jumaat, 22 November 2013

Oh My Spata


Salam semua, aku dalam proses menyiapkan dan kemaskini Sistem Pengurusan Aset Tak Alih ni, pening, pening, dah macam arkitek menyiapkannya


tengok lah bos aku nie, sama-sama membantu menyiapkan MY SPATA nie..
sedikit mengenai MY SPATA


Sistem mySPATA dan SPA merupakan satu sistem pengurusan aset kerajaan secara talian yang baru diwujudkan bagi memantapkan pengurusan aset kerajaan. Perkataan mySPATA wujud dari perkataan SPATA iaitu Sistem Pengurusan Aset Tak Alih. Manakala perkataan SPA merupakan singkatan daripada Sistem Pengurusan Aset Alih. Apa yang membezakan antara kedua-dua sistem ini ialah Sistem mySPATA digunakan untuk mengawal selia Pengurusan Aset Tak Alih Kerajaan iaitu tanah, bangunan dan infrastruktur. Manakala SPA menguruskan hal ehwal aset alih contohnya komputer, kereta, perabot dan sebagainya. Prosedur pengurusan aset alih adalah mengikut Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan bilangan 5 tahun 2007.

Lepas nie Myspa pulop...


Rabu, 20 November 2013

MASA UNTUK BERAKSI


MASA UNTUK BERENTAP..
PASUKAN DIATAS PASUKAN BUKAN PILIHAN
LOGISTIK IPD SUBANG JAYA

VS

SUBANG JAYA

PASUKAN PILIHAN NIE..


TENGOK LA, KALAU GINI CARANYA 
ENTAH LAH...HUHUHU


SEMOGA BERJAYA UNTUK TEAM LOGISTIK WALAUPUN DAH LAYAK KE SEMI FINAL PIALA KPD SUBANG JAYA

FAIL MEJA

PANDUAN MENGENAI 
MANUAL PROSEDUR KERJA DAN FAIL MEJA


Baru kemaskini Fail meja selepas betukar bidang nie. Cawangan dan bahagian yang lain mempunyai Fail meja yang berlainan, Kalau nak tahu Format Fail Meja nie kena tanya pada mereka yang arif dan pakar, 

Aku dapat format fail meja ni dari kawan aku yang bidang tugasnya sam macam aku, Bekalan dan logistik.Nak lagi member aku dari Ampang Cik Dilla baru balik dari kursuskhas untuk Fail Meja.. Anyway Dilla Tq sekali lagi.. 

Kalau korang nak tengok rujukan yang dikeluarkan dari Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam 
Bilangan 8 Tahun 1991 pasal fail meja klik link yer.



Ancaman diabetes pada si kecil


TAHAP kesedaran di kalangan ibu bapa mengenai penyakit diabetes pada kanak-kanak berumur tujuh tahun ke atas dan kesannya kepada tumbesaran mereka belum begitu meluas.

Tanpa pengetahuan dan maklumat yang mencukupi, ibu bapa menghadapi kesukaran untuk bercerita dan memaklumkan mengenai penyakit tersebut kepada anak-anak mereka.

Sekarang, jika ditanya kepada kanak-kanak tentang penyakit diabetes, pasti rata-ratanya tidak begitu faham. Sesetengahnya tidak pernah dengar dan beranggapan ia hanya penyakit untuk orang dewasa.

Hakikatnya, diabetes atau penyakit kencing manis tidak hanya menyerang golongan dewasa. Kanak-kanak juga tidak terkecuali jika mereka tidak menjaga kesihatan dan pemakanan yang diambil setiap hari.

Seperti orang dewasa, apabila seseorang kanak-kanak dikesan menghidap diabetes, peluang untuk sembuh dan kembali normal agak susah .

Keadaan itu sekali gus akan turut menjejaskan kualiti rutin harian pesakit.

Sehubungan itu, bagi membantu kanak-kanak sekolah mengenali dan memahami penyakit diabetes serta mengajar mereka tentang kepentingan mengambil makanan sihat, Gleneagles Kuala Lumpur (GKL) telah membawa kartun adi wira Boboiboy bersempena sambutan Hari Diabetes Sedunia, baru-baru ini.
Membawa tema Lindungi Masa Depan Kita, aktiviti ini bertujuan menyampaikan maklumat dan meningkatkan kesedaran serta cara pencegahan diabetes melalui pemakanan sihat dan senaman.
Seramai 700 pelajar dari Sekolah Kebangsaan St. John 1, Kuala Lumpur terbabit dalam aktiviti interaktif tersebut.

Pengurus 1 Pusat Penjagaan Diabetes GKL, Violet Choo berkata, berdasarkan kajian pada tahun 2012, kanak-kanak yang berumur 13 hingga 18 tahun berpotensi mendapat diabetes tahap 2.

“Pendedahan tentang penyakit diabetes di kalangan kanak-kanak adalah langkah terbaik untuk mereka mengetahui bahaya diabetes sekaligus mencegah penyakit tersebut daripada awal lagi,” katanya.

Tambah beliau lagi, terdapat beberapa faktor yang mendorong kanak-kanak mendapat diabetes ketika usia muda.

Antaranya, kurang melakukan senaman, banyak berhadapan dengan tekanan, terbeban dengan kerja sekolah yang banyak dan mengambil makanan ringan tanpa kawalan.

Kesemua faktor itu banyak mendatangkan keburukan kepada kesihatan mereka.

€œBerdasarkan kajian juga, kanak-kanak lelaki lebih berpotensi untuk menghidap diabetes berbanding kanak-kanak perempuan,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pakar Pemakanan GKL, Lim Ai Ling berkata, peningkatan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai berat badan berlebihan pada tahap 2 semakin membimbangkan.

Membuat pilihan makanan sihat dan melakukan senaman melibatkan aktiviti fizikal akan membantu mereka mempunyai berat badan yang sihat dan mencegah masalah kesihatan termasuk diabetes tahap 2,” katanya.
Ujarnya lagi, diabetes adalah penyakit utama yang dihidapai oleh rakyat Malaysia masa kini dengan statistik yang menunjukkan ia semakin meningkat setiap tahun.

€œKajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2011 menunjukkan berlaku peningkatan yang drastik penyakit diabetes di kalangan masyarakat Malaysia yang berumur 18 tahun dengan 20.8 perautus berbanding hanya 14.9 peratus pada tahun 2006,” jelasnya.

Bagi Psioterapi GLK, Ng Choo Bing, kanak-kanak pada hari ini adalah empat kali kurang aktif berbanding kedua ibu bapa dalam aktiiviti harian mereka.

€œKurang melakukan aktiviti fizikal akan menyebabkan seseorang mudah mendapat obesiti, kecelaruan muskuloskeletal dan mengundang kepada maslah lain seperti diabetes, penyakit jantung dan strok pada masa akan datang.

Walaupun kanak-kanak pada masa ini tidak mempunyai sebarang penyakit, sentiasa aktif dan melakukan senaman akan adalah asas untuk mendapat kesihatan yang baik,” jelasnya.
Violet Choo


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Risiko diabetes ketika hamil


RAMAI dalam kalangan wanita hamil menghidap kencing manis, yang dikenali sebagai diabetes gestasi. Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas.
Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan.
Semasa kehamilan, badan seorang ibu akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya.
Jika badan tidak boleh menyediakan insulin tambahan, si ibu akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah dan menimbulkan diabetes gestasi.
Diabetes gestasi selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup.
Boleh dikatakan semua orang mengetahui mengenai komplikasi yang melibatkan pesakit diabetes.
Biasanya pesakit diabetes yang tidak terkawal terdedah kepada pelbagai komplikasi seperti buah pinggang, masalah mata, jantung dan luka yang sukar sembuh.
Kecacatan Bagaimanapun pesakit diabetes yang hamil terdedah kepada pelbagai risiko yang boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.
Pakar Runding Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Kelana Jaya, Petaling Jaya, Dr. Dharmini Veerakumaran berkata, terdapat dua golongan wanita iaitu pertama, yang mempunyai diabetes sebelum hamil dan kedua, yang tidak ada diabetes tetapi mempunyai masalah penghadaman gula semasa hamil dinamakan diabetes gestasi.
"Golongan pertama pula terbahagi kepada mereka yang mengetahui menghidapi diabetes dan tidak mengetahui mereka menghidapi diabetes," katanya.
Golongan pertama yang mengetahui diri mereka mempunyai diabetes sepatutnya mendapatkan nasihat dan kaunseling doktor sebelum hamil.
"Mereka perlu mengawal kandungan gula dalam darah dan menukar ubat kepada suntikan insulin bagi menstabilkan gula dalam darah," katanya.
Bagaimanapun golongan ini biasanya datang berjumpa doktor selepas mendapat tahu diri mereka hamil dan ini mendedahkan ibu dan bayi kepada pelbagai risiko.
"Paling bahaya apabila wanita yang hamil tidak mengetahui mereka menghidapi diabetes dan terdedah kepada pelbagai komplikasi.
"Biasanya doktor akan mula dengan suntikan insulin bagi mengawal kandungan gula dalam darah dan mereka ini biasanya perlu berada di wad bagi tujuan pemantauan," katanya.
Golongan ketiga adalah wanita yang berisiko menghidapi diabetes semasa hamil atau dikatakan menghadapi masalah penghadaman gula.
Ujian yang disarankan untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT) di mana ujian gula darah diambil semasa berpuasa dan dua jam selepas minum air gula.
Jika si ibu berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, mereka akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan.
Bacaan gula semasa puasa perlu kurang daripada 5.6 mmol/liter dan 7.8 mmol/liter selepas dua jam minum air gula.
Jika bacaan ujian OGTT lebih tinggi daripada yang disarankan, pesakit perlu dirujuk kepada dietitian bagi menggalakkan mereka makan sedikit dan selalu.
Wanita hamil yang menghidapi diabetes perlu melahirkan anak dua minggu lebih awal bagi mengelakkan komplikasi seperti bayi terlalu besar atau bayi meninggal di dalam kandungan akibat plasenta tidak berfungsi.

Isnin, 18 November 2013

Majlis perpisahan


Majlis nie diadakan pada 13 November 2013, setelah hampir setahun berpindah, akhirnya.. ada juga majlis meraikan perpisahan aku. Sebenarnya takadalah mengharap sangat pun. Sebab bukan jauh pun tukar, pertukaran dalaman tukar cawangan jer.  Apapun terima kasih di ucapkan, pada mereka yang meraikan dah hampir 9 tahun aku bertugas di cawangan Komunikasi, keakraban kami seperti adik beradik  sentiasa kami amlkan, berat sama di pikul, ringan sama dijinjing...

Kursus di Yayasan Felda

Penubuhan dan Matlamat

Penubuhan

Yayasan Felda telah ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 pada 26 September 1998. Penubuhannya adalah selaras dengan keprihatinan Kumpulan Felda terhadap tanggungjawab sosialnya dan sejajar dengan penglibatannya mempertingkatkan kedudukan sosioekonomi masyarakat luar bandar dan pembangunan negara. Yayasan Felda mula beroperasi pada tahun 1999.

Matlamat

Melaksana dan menggalakkan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan serta kebajikan dalam bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan, ekonomi, sosial dan kebudayaan warisan budaya negara serta bidang-bidang lain yang boleh dimanfaatkan oleh warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan. Ianya selaras dengan keprihatinan Kumpulan Felda di dalam memperkasakan tanggungjawab sosialnya.


untuk maklumat lanjut sila layari :

Sabtu, 16 November 2013

Kejohanan Bola Tampar Piala KPD Subang Jaya 2013

kejohanan bola tampar piala ketua polis daerah subang jaya ini berlangsung selama selama 16 hari bermula dari tarikh 11/11/2013 sehingga 02/12/2013.Kejohanan dijalankan di gelanggang bola tampar balai polis usj 8 bersebelahan surau Ar-rayyan IPD Subang Jaya.Tujuan kejohanan dijalankan adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim yang sedia terjalin dikalangan warga PDRM IPD Subang Jaya dan gambar-gambar kejohanan akan disiarkan dari masa ke semasa sehingga kejohanan selesai.


nampak... gambar aku xda lagi nie, tapi puas hati tadi kami menang perlawanan pertama.

Jumaat, 15 November 2013

Kepala tersangkut pada jeriji besi


NANNING 14 Nov. - Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun nyaris maut selepas terjatuh dan tersangkut pada jeriji besi di tingkat empat pangsapurinya di wilayah autonomi selatan China, baru-baru ini.
Kejadian di bandar Guilin, Guangxi Zhuang itu berlaku selepas mangsa, Chyou Wang ditinggalkan bersendirian di rumah oleh ibu bapanya yang pergi bekerja.

Menurut pasukan kecemasan, kanak-kanak itu tergantung pada jeriji besi yang dibina di tingkap rumah mereka selepas dipercayai bermain di atas jeriji itu sebelum terjatuh.

Dia bagaimanapun bernasib baik tidak jatuh ke bawah selepas kepalanya tersangkut pada batang jeriji besi dengan penduduk yang terdengar tangisan mangsa bergegas menghubungi pasukan kecemasan untuk menyelamatkan kanak-kanak malang itu.

Pasukan kecemasan terpaksa memecah masuk rumah tersebut dan melebarkan batang jeriji besi itu sebelum dapat menyelamatkannya.

Menurut ayah mangsa, Lian, 44, dia dan isteri selalu meninggalkan Wang bersendirian di rumah ketika bekerja, tetapi biasanya anak mereka itu hanya akan tidur dan menonton televisyen.

"Mungkin dia bosan atau mahu melihat kami dari tingkap, tetapi kami juga tidak tahu bagaimana dia boleh membuka tingkap itu sedangkan kami telah menguncinya.

"Apa pun kami bersyukur semuanya selamat dan selepas ini kami tidak lagi akan meninggalkannya bersendirian di rumah," katanya. - AGENSI

Khamis, 14 November 2013

Amalan 5S...


Salam semua, nak kongsi sikit, aku sedang bertungkus lumus untuk meyiapkan Amalan 5S nie, nak lagi bila ada khabar angin nak ada lawatan audit unntuk 5S, aduh peningnya, setakat hari nie, 5S yang aku dapat

Sakit
Semak
Sepah
Selerak
Sabor jerla.....

DUIT NAK MASUK NIE...


Alhamdulillah, setelah sekian lama tinggalkan blog dan pendapatan langsung takda kini dia kembali memberi sinar dan harapan... nie yang menanbahkan semangat untuk berblog nie... jom kita sama sama update selalu, biar pun blog biasa, Insya Allah rezeki ada tu.. 

Selasa, 12 November 2013

Tips Kawal Stressssss...

Oleh : 
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


As salamu'alaikum shbt tersyg. Semua org yg normal pasti mengalami stres. Cuma org yg GILA saja yg tak rasa stres. 

Antara punca stres: 

1. cuai ttg ibadah, 
2.hati yg kotor,
3.tak sabar, 
4.terlalu cerewet, 
5.perisau, 
6.nak jaga hati org, 
7. terlalu perfectionist,
 8. kabur & tak pasti apa nak buat, 
9. tiada coping skills, 
10. kesihatan terganggu, etc 

Antara cara nak kawal stres: 

1Solat, zikir dan selawat,
2. Baca al Quran /kitab agama,
3 Hidupkan sunnah,
4.Maafkan semua kesilapan orang lain, 
5.Bersedekah, 
6.Ingatkan mati, 
7.Tidur yang cukup, 
8.Bangun tidur secara konsisten, 
9.Bertenang sebelum tidur, 
10.Elak risau sebelum tidur, 
11.Kawal alat elektronik, 
12.Tilam yang sesuai, 
13.Qoilullah (tidur sebentar sebelum zohor), 
14.Mulakan hari dengan senyum & doa, 
15.Peluk bayi, 16. Kegiatan riadah atau bersukan, 
17. Mengawal diet, 
18.Membelai org tersyg selalu, 
19.Jadi orang baru, 
20.Senyum selalu, 
21.Urut mengurut, 
22.Mandi air suam, 
23.Ceritakan masalah kepada orang lain/ kaunselor, 
24.Tengok ikan dalam akuarium, 
25. Menangis, 
26.Tukar skrip, bisikan kendiri, 
27.Lebih tegas (asertif), 
28.Tukar imej diri dan tingkat harga diri, 
29.Penafasan yang sempurna, 
30.Bercerita dan mendengar cerita, 
31.Bercuti/ berehat/ bersantai, 
32.Menjerit di tempat yang 'private‘, 
33.Bernasyid/qasidah/ menyanyi, 
34. Muhasabah diri, 
35.Melihat pemandangan atau sesuatu yang menarik dan tenang, 
36.Mendengar muzik, deruan ombak, bunyi burung dan sebagainya, 
37.Beruzlah (berkhalwat), 
38.Bersikap positif terhadap orang lain dan sayangi semua orang, 
39.Nilai semula pegangan dan keutamaan, 
40.Sentiasa redha dan bersyukur, 
41. Minta bantuan pakar/ ulama, 
42. Menonton/ membaca kartun, 
43.Perbaiki komunikasi, 
44.Berterusan berdoa, 
45.Dengar ceramah motivasi & ceramah agama, 
46. Hiasan yang berbunyi bila ditiup angin (wind chimes), 
47.Minum air masak lebih kurang 2 liter sehari, 
48.Letak gambar belakang pintu, 
49. Gambar dalam dompet/beg tangan, 
50.Gambar atas meja, 
51.Momento kenangan manis, 
52.Buka tingkap (untuk udara/ cahaya/ bunyi burung), 
53.Lihat bunga atau pokok hijau, 
54.Berkebun/bertanam sayur, 
55. Bermain dengan haiwan kesayangan, 
56.Cari kumpulan sokongan yang positif, 
57.Terapi Aroma , 
58. terapi Warna, dan byk lagi. 

Moga Allah rahmati & rawat stres kita. Aameen, wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...