Ahad, 16 Mei 2010

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Oleh: Ismail bin Abu Bakar

RUJUKAN: DARUSSYIFA' ONLINE 



Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;




Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;






Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;


1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
3. Berbahaya
4. Melarat, Bertambah Payah


Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;


1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya


Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;


• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.


• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.


Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan


Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.


Terhindar Daripada Sihir


Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.  


Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.


Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.


Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus


Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.


Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.


Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.


Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.
This entry was posted in

10 pesanan Luqman Al-Hakim pada anaknya.

10 Pesanan Lukmanul Hakim Kepada Anaknya


Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:
“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” QS. 31:13

Tiada kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan, semuga jadi pegangan.

1. Wahai Anakku yang ku sayangi…

Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.

2. Wahai anakku yang ku sayangi…

Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.

3. Wahai anakku yang ku sayangi…

Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.

4. Wahai anakku yang ku sayangi…

Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.

5. Wahai anakku yang ku sayangi…

Jauhkanlah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Wahai anakku yang ku sayangi…

Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT

7. Wahai anakku yang ku sayangi…

Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan senantiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.

8. Wahai anakku yang ku sayangi…

Engkau telah merasakan betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

9. Wahai anakku yang ku sayangi…

Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seseorang yang bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yang menjadi utusan.

10. Wahai anakku yang ku sayangi…

Makanlah makanan bersama orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya.

This entry was posted in

Sabtu, 15 Mei 2010

LESEN JUDI

KENYATAAN AKHBAR
logo_kecil2
PERKASA MEMBANTAH CADANGAN PENGELUARAN LESEN JUDI PIALA DUNIA

PERKASA membantah sekeras-kerasnya cadangan kerajaan untuk mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen bagi membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan. Sebagai mana yang dijelaskan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, alasan utama kerajaan adalah untuk membendung aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

PERKASA berpandangan bahawa alasan sperti ini langsung tidak boleh diterima bagi menjustifikasikan sesuatu yang bukan sahaja haram dari segi agama bahkan membelakangi prinsip nilai dan akhlak. Sesuatu yang haram dari segi agama tidak boleh dihalalkan melaluiapa jua tindakan dan justifikasi. Apakah selepas ini kerajaan akan mengeluarkan lesen pelacuran pula kerana mengambil alasan yang sama bagi membendung aktiviti pelancuran haram?

Yang nyata negara sudah cukup terbeban dengan pelbagai permasalahan akhlak dan krisis nilai yang semakin kuat menggejala hingga menghakis jati diri generasi muda hari ini. Negara pastinya tidak mahu terjerumus pula dengan malapetaka moral yang lebih parah dengan mengizinkan pengeluaran lesen-lesen perjudian sebegini.

Hakikat yang tidak dapat disangkal lagi, menginstitusikan pusat perjudian hanya akan menuntun kepada permasalahan sosial dan gejala moral yang lebih kronik. Menghalalkan perjudian adalah seperti membiarkan nilai agama dan kekuatan budaya yang menerasi jati diri masyarakat selama ini diperkotak-katikkan.

Seharusnya apa yang lebih penting untuk diperhitungkan ialah dampak sosial dan keruntuhan moral yang bakal terbiak daripada gejala perjudian seperti budaya berhutang, masalah along, pelacuran, gengsterisme, memeras-ugut, merompak, membunuh dan pelbagai lagi unsur-unsur jenayah yang pastinya membimbangkan kita bukan sahaja mampu mencairkan jati diri bahkan membunuh masa depan generasi muda negara.

Menyedari realiti pelbagai dampak negatif inilah maka tidak ada satu agama pun di atas dunia ini yang merestui perjudian. Dalam konteks ini Islam jelas mengharamkan perjudian sebagaimana tercatat dalam surah Al-Maidah ayat 90-91 yang mengisyaratkan bahawa perjudian adalah amalan syaitan yang menyesatkan dan mampu meruntuhkan keimanan dan mendatangkan kemudaratan.

Begitu juga dalam agama Kristian, perjudian dikutuk keras sebagai amalan diskriminatif yang menguntungkan satu pihak dan menganiaya satu pihak yang lain hingga meleburkan nilai-nilai kehormatan dan kemanusiaan seseorang sebagaimana yang tercatat dalam kitabnya The New Testament (Mark 12:31).

Bagi agama Buddha pula, perjudian dikutuk sebagai amalan yang jahat kerana ia menuntun kepada pelbagai natijah negatif yang mampu memporak-perandakan kehidupan. Dalam sebuah teks Buddha, Digha Nikaya, disebutkan bagaimana amalan perjudian mampu menjelmakan krisis moral yang parah termasuklah mencetuskan kebencian sesama manusia, menghancurkan harta benda dan menghakis kepercayaan masyarakat dan kerabat terhadap seseorang.

Pengharaman judi turut disebut dalam teks agama Hindu yang dikaitkan dengan pelbagai krisis nilai dan pendangkalan moral seperti hancurnya nilai amanah, hilangnya perasaan kasih sayang pada masa yang sama membiak amalan penyelewengan, menggejala nilai pembaziran dan membudaya pengabaian tanggungjawab dalam masyarakat (Tirukkural, 94: 931-940).

Inilah sebahagian daripada coretan perspektif amalan berjudi yang dipetik daripada pelbagai agama besar yang mewakili majoriti penduduk Malaysia. Secara keseluruhannya semua agama jelas menolak amalan berjudi yang lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan.

Sebab itulah sebagai sebuah negara yang menjunjung tinggi amalan hidup beragama sebagaimana terungkap dalam prinsip pertama Rukun Negara, seharusnya mengambil kira sensitiviti majoriti masyarakat yang masih berpegang teguh kepada prinsip dan norma-norma agama dalam apa jua perancangan pembangunan negara.
Justeru PERKASA sekali lagi bertegas agar kerajaan tidak sekali-kali mengeluarkan lesen judi Piala Dunia yang dilihat akan lebih mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan.

Prof. Madya Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Naib Presiden PERKASA

link : PERKASA

Khamis, 13 Mei 2010

Nak Download Cerita Adamaya ????

try nie kalau nak download citer adamaya... 




tq ( blog mohd isa ) .....



klu x full nanti cari versi full k..

p/s : penting.......

Nota Catch Up: Digalakan untuk download menggunakan software Internet Download Manger (IDM) dengan hanya perlu copy dan paste link atau url di atas. Bagi yang tidak ada IDM, right klik dan save target as sudah.
Download OST Adamaya: Dakmie – Yang Terindah

Nota Penafian: Link dan URL di atas hanyalah perkongsian daripada sumber lain, jika terdapat sebarang masalah harap maaf. Tolong jangan saman aku, aku tidak bersalah. :)

DOSA-DOSA FACEBOOK (ULANGAN)



salam..
walapuan saya rasa entri nie dah ramai orang baca pasal dosa-dosa facebook, Saya rasa artikel nie kene ulang banyak kali untuk kita saling ingat memperingati. Saya ambil artikel nie dari artikel ustaz zahruddin dalam websitenya...
(BUKAN FB JER.. YANG SAMA WAKTU DENGANNYA PUN SAMA)

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah sang suami atau isteri.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina’.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini.
3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke’kiut’an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend’ menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a – Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b – Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c – Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem’, ‘zaman solehah’, ‘waktu innocent’, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.
KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.
Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama ‘ukhuwah’ untuk berbuat dosa.
Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
This entry was posted in

Isnin, 10 Mei 2010

Coretan hati...


salam to all….

mula-mula nak ucapkan syukur pada Tuhan yang maha kuasa……. Alhamdulillah… aku bersyukur atas nikmat yang ALLAH berikan pada aku. biar pun hidup nie ada pasang dan surut, aku tempuhi dengan tabah bersama isteri tercinta. i love my wife.... kat bawah nie gambar aku ngan wife masa g jalan-jalan kat mines...





aku masih ingat antara kenangan yang tak dapat aku lupakan.  Tanggal 22/12/2009 jam 2100…lahir lah zuriat aku yang pertama…seorang sri kandi yang bernama AINUL MARDHIAH. Alhamdulillah sihat walafiat dia… selapas melihat kesengsaraan isteri melahirkan Ainul terasa peritnya ibu sendiri yang melahirkan kita. Sewaktu pertama kali aku menyentuh Ainul aku tengok dia menangis, mungkin kesejukan mungkin juga sudah menjadi suratan setiap anak yang baru lahir tidak terlepas daripada kutukan syaitan terkutuk…. Semasa ku laungkan Azan dan Iqamah pada Ainul dia seperti kenal dan diam seketika dan setelah selesai ia kembali menangis….kesian….. Sujud Syukur pada ILahi sebagai tanda terima kasih aku pada Nya.

kini 2010, aku masih menanti dengan sabar kelahiran anak kedua aku.. Hasil scan yang telah di jalan kan di klinik, doktor bagitahu mcm perempuan... alhamdulillah, aku sebenarnya tak kisah sangat pasal jantina anak aku tu. Cuma aku kesian melihat isteri aku, sekarang nie masa mengandung anak kedua selalu tak larat.. aku cuba meringan bebannya dengan memberi bantuan selagi termampu untuk melakukan tugas seharian, selain tu, aku selalu gak bawak wife dan anak aku kuar makan.. kesian nanti penat nak masak n kemas balik semuanya.. anak aku pulak dah setahun lima bulan... makin aktif... kalau mengemas barang memang pandai... bijak... kadang-kadang bila nak marah leh jadi tak marah bila dia senyum... hehehehe manisnya... kalau penat-penat balik keje, tengok anak n bila dia panggil "abah" hilang penat.. kat bawah nanti aku post gambar dia... 

    
  

  
aku bersyukur atas nikmat yang ALLAH berikan pada aku... thanks all.. kerana sudi baca entry aku nie..huhuhu


Sabtu, 8 Mei 2010

Sedih.. sedih... sedihnya..

Salam geng, sedih dan pilunya rasa dihati nie. Bila saya baca paper dan tengok berita tadi... dalam
metro ]

utusan ]


Kesian keluarga yang terlibat dengan kemalangan tu, kematian bukan melibatkan seorang.... baby dalam perut pun sama. Ucapan takziah saya ucapkan untuk mereka. ~ Al-Fatihah ~..
Minggu lepas masa cuti hari buruh pun ada jugak keluarga maut dalam xcden mcm nie kat karak [ bernama ], sama gak lebih dari seorang yang meninggal ( al-fatihah )..   sebab tu pepatah ada mengatakan malang x berbau. tak kira saper pun leh kene macam nie..

Kita nie sebagai pemandu kenelah berhati-hati semasa memandu. Sabar pun penting..  Kalau penat berehat.. betul cakap orang sesal dulu pendapatan....

Tapi kadang2 susah nak cakap gak, kalau kita x langgar orang , orang yang langgar kita. Bas yang ada kat luar sana, mana ada yang perlahan melainkan rosak... Kalau kat lebuhraya tu.. bus sama laju jerk... bahayakan???

Tapi ajal maut ditangan tuhan, Kita hanya mampu merancang tuhan yang tentukan segala..  
" DARI ALLAH KITA DATANG KEPADA ALLAH KITA PULANG ". sayangilah nyawa kita dan keluarga.. wassalam /////----


p/s : baca doa naik kenderaan... dan kalau perlu doa2 tambahan lain contoh : 



untuk maklumat tentang doa nie klik disini 




Khamis, 6 Mei 2010

SELAMAT HARI IBU....

Mama.. mami.. mak... ibu.. umi.. ami... n etc... apa pun yang kita panggil Wanita ini amat istimewa buat kita. Jasa dan pengorbanan Wanita ini tidak dapat dibalas dengan wang ringgit dan harta benda.

Saya pun ada mak. Saya sayang mak saya.... semua orang sayang mak masing2 kan... so marilah sama2 kita raikan hari ibu yang bakal menjelang tiba  beberapa hari lagi.. dari sumber yang di perolehi tarikh dia mcm nie la...

9 Mei 2010 (atau lebih tepat lagi.. adalah pada Ahad minggu kedua dalam bulan Mei)
bagi negara MALAYSIA, Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Ecuador, Estonia, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Malta, Myanmar, The Netherlands, New Zealand, Pakistan, Peru, Philippines, Puerto Rico, Singapore, Slovakia, South Africa, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Suriname, Switzerland, Taiwan, Trinidad and Tobago, Turkey, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zimbabwe
1 Mei 2010 (Ahad pertama dalam bulan Mei) bagi negara Hungary, Lithuania, Portugal, Spain
29 Mei 2010 (Ahad terakhir dalam bulan Mei) bagi negara Algeria, Dominican Republic, France,Haiti, Mauritius, Morocco, Sweden, Tunisia.
22 Mac 2010 bg negara Ireland, Nigeria, United Kingdom
12 Ogos 2010 bg negara Thailand yang juga merupakan tarikh lahir Queen Sirikit
22 Disember 2010 di Indonesia…
 n etc...




MINUM PETANG HARI NIE............

masa ngah search minum petang jumpa nie... erm, bestnya... terus suh wife buat.. saper yang rasa tak tau nak makan per..try la nie.. tq umi-amir blog.

SOTO

















Bahan2nya:

nasi himpit
sup
sambal kicap
bahan hiasan
bergedel

Untuk Sup:
I ekor ayam
5 ulas bawang merah dihiris halus
10 ulas bawang putih dihiris halus
2cm halia diketuk
4 batang serai diketuk
1 peket sup bunjut
sedikit bunga lawang dan kulit kayu manis
2 helai daun pandan
Daun sup secukupnya
garam secukup rasa

caranya:
Potong ayam dan rebus bersama sup bunjut, halia dan serai yang diketuk.
Apabila ayam masak keluarkan dan goreng.Siat2kan bahagian isi ayam untuk ditabur sebagai hiasan.manakala yang selebihnya masukkan semula ke dalam sup bersama daun pandan.
Goreng bawang yang telah dihiris halus,bunga lawang dan kulit kayu manis di dalam kuali yang berasingan.Bila dah naik bau angkat dan tuangkan kedalam sup yang telah mendidih.Masukkan garam dan hirisan daun sup dan tutup api.

Bahan2 bergedel:

1/2 kg isi ayam dihiris kasar dan digoreng kemudian ditumbuk
1 kilo kentang dihiris dan digoreng kemudian ditumbuk
bawang goreng secukupnya
daun sup seckupnya
1 biji telur ayam
garam secukup rasa
sedikit lada sulah

Caranya mudah je...Campur semua bahan2 dan bentukkan bulat.Sebelum goreng celupkan ke dalam telur yang telah dikocak.untuk mendapatkan bergedel yang cantik pastikan ianya kering barulah dibalik.

sambal kicap:

segenggam cili/ ikut citarasa
2 ulas bawang putih
sedikit air asam jawa/ perahan limau kasturi
kicap kipas udang secukupnya.

caranya:
masukkan semua bahan dalm belender dan blend halus, sedia diguna.

bahan hiasan:
taugeh dicelur
daun sup dimayang halus
soohun goreng
bawang goreng

Cara menghidang:

hidangkan nasi himpit bersama bahan2 hiasan, bergedel, sambal kicap dan tuangkan sup diatasnya.
pastinya bila makan soto ni mak mertua lalu belakang pun tak sedar...
This entry was posted in

myMetro | Lelaki miang idam pengkid

myMetro | Lelaki miang idam pengkid

KUALA LUMPUR: Golongan pengkid kini dijadikan sasaran utama sindiket pelacuran murahan bagi memenuhi nafsu serakah lelaki miang berusia 50-an yang dikatakan ingin mengubah selera kerana sudah bosan dengan tubuh wanita.

TAK MALU...pasangan pengkid yang menawarkan khidmat 
‘mahu emas’.
TAK MALU...pasangan pengkid yang menawarkan khidmat ‘mahu emas’. 
Selera luar biasa lelaki hidung belang itu menyebabkan pengkid terbabit sering didekati bapa ayam bagi menawarkan pekerjaan sambilan itu.

Mereka ini yang ramai bergerak dalam kumpulan di Chow Kit berhampiran stesen monorel, sering didekati bapa ayam yang berkeliaran di kawasan itu untuk menawarkan pekerjaan dengan bayaran tertentu.

Biasanya, mereka ini menggunakan istilah baru iaitu ‘mau jual emas’ apabila mendekati pengkid terbabit. Jika bersetuju, pelanggan sudah sedia menanti di hotel murah berhampiran.

Pengkid yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 24, mengakui pernah ditawarkan seorang bapa ayam untuk melakukan perbuatan terkutuk berkenaan.

“Saya terkejut apabila disapa sebegitu, mulanya saya tidak mengerti apa maksud sebenar, apabila saya bertanyakan, lelaki itu berkata mahu tubuhnya dijual atau tidak. Selepas itu, saya mengerti ‘emas’ membawa maksud kemaluan.

“Jika bersetuju, saya akan dibawa ke hotel murah dan diberi bayaran seperti dijanjikan,” katanya.

Menurutnya, bapa ayam terbabit sering berkeliaran menggunakan motosikal di lorong kecil di belakang hotel murah di Chow Kit untuk mencari penjual ‘emas’.

“Saya pernah melihat, seorang pelacur berusia 40-an menunggu pelanggan di dalam kereta dan berlaku sesi jual beli ‘emas’ di situ dan selepas itu mereka terus ke hotel murah berhampiran,” katanya.

Sambil menceritakan pengalamannya itu, Man yang dulunya pernah bekerja di sebuah kedai di kawasan itu, kerap melihat pelanggan keluar dan masuk hotel murah berkenaan yang dijadikan sarang pelacuran.

“Lebih mengejutkan, kebanyakan pelanggan berusia 50-an yang begitu menginginkan tubuh mereka dibelai pengkid, saya rasa mereka sukakan golongan ‘ganas’ seperti kami,” katanya.

Tinjauan Harian Metro selama dua jam di hotel yang dimaksudkan Man mendapati ia dijaga rapi beberapa bapa ayam.

Difahamkan, Man yang berasal dari Pahang ini menyifatkan lelaki veteran ini lebih cenderung memilih pengkid kerana beranggapan golongan sepertinya lebih selamat daripada penyakit berjangkit seperti HIV berbanding golongan pelacur yang kerap bertukar pelangga.

“Saya pernah bertanyakan salah seorang warga emas itu kenapa mereka lebih memilih golongan sepertinya, dia berkata pada usia emas ini, mereka sudah bosan dilayan wanita yang bersifat kewanitaan dan mahukan layanan ‘ganas’ dan lain daripada biasa,” katanya.

Man yang ditemani seorang lagi rakan pengkidnya, Zack, 21, turut mengakui pernah ditawarkan layanan seperti itu, tetapi menolak kerana tiada hati pada golongan lelaki.
Zack yang berasal dari Terengganu, berharap pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu untuk membanteras aktiviti tidak sihat ini daripada berleluasa selain menyelamatkan pengkid lain daripada tersasar jauh.

Masalah kita ke nie????

Pelajar Lahirkan Bayi Dalam Tandas - UTUSAN MALAYSIA

Hurm...
Mengeluh panjang rasanya bila kita membaca keratan akhbar yang macam nieMacam-macam perkara yang melibatkan sikap dan tingkah laku remaja masa kini yang seronok dengan kehidupan dunia yang tidak kekal lama.

Jika di fikirkan balikmasalah sosial yang tidak terkawal sekarang nie makin menjadi-jaditerutamnya masalah buang bayi dan mengandung anak luar nikah . Sebagai contoh, kita sering mendengar berita tentang penemuan mayat bayi di dalam tong sampah dan di merata tempat..


Kalau kita kira video lucah yang diterbitkan dalam versi 'warganegara' memang banyak sangat. Search kat Google jer macam- macam yang keluar. Bukan setakat gambar, website yang kendalikan wayang  free nie ada jer... Bila dah kecoh baru lah hilang dan timbul semula bagaikan cendawan selapas hujan. Lepas tu salahkan remaja bila dah jadi macam-macam. Teknologi moden nie, yang buruk lebih di manfaatkan berbanding yang baik.

Banyak lagi perkara yang kita boleh dikaitkan dengan faktor terjadinya masalah sosial nie. Saudagar- saudagar VCD dan DVD lucah bukan nya takda, boleh jumpa kat mana-mana. Nak kata tiada penguatkuasaan dah tangkap ada jer balik. bahan-bahan lucah mudah didapati dimana-mana jer sakarang nie. Pusat pelacuran??? setiap minggu mesti ada masuk berita kene serbu...

Penguatkuasaan yang  macam mana lagi nak buat???? Remaja bawah umur yang lari dari rumah??? setiap hari ada jer cerita remaja lari dari rumah. Kene rogol... kene tangkap basah / khalwat... mengandung...  Video lucah... macam-macam ader. 

Saya rasa semua orang perlu ada tanggungjawab untuk selesaikan masalah nie. baik dirumah disekolah dan ditempat kerja di kampung dibandar dan dimana sahaja. Yang diberikan tanggung jawab, laksanakan tanggungjawab...  Kalau la setiap majikan yang mengajikan pekerja kena amik tahu kehidupan pekerja dia... setiap Ketua kampung atau penghulu kene tahu tentang anak buah dia... setiap cikgu amik tau tentang anak murid dia....  samada bujang ker dah kahwin ker.. tinggal ngan saper....biar orang kata kita "menyibuk / jaga tepi kain orang"... tapi segelintir masyarakat masih berada dibawah belenggu budaya " biarlah dia bukan kacau kita pun "..... tapi bila ada kes yang melibatkan masalah sosial, buang anak pandai pulak melenting.... marah... 

Didikan Agama dari rumah dan sekolah sangat lah penting, media massa juga mempunyai peranan yang sama. Kita yangada kesedaran nie kene ambil tanggungjawab nie, pikul... bagi kesedaran.. bagi nasihat... bagi pandangan... ( ada ker orang nak ambil tau eik)

Walaubagaimanapun, kita yang diberikan akal untuk berfikir kenalah ambil berat tentang hal yang macam nie.. supaya kehidupan generasi akan datang lebih baik dan hidup didalam keadaan aman dari masalah masalah sosial yang bakal menghancurkan masa depan anak-anak kita.

renung-renungkan... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...