Khamis, 30 September 2010

Kurma, Kismis, Madu & Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita!

 DARI EMAIL YANG AKU TERIMA SUATU KETIKA...

Sabda Rasulullah  s.a.w "Berilah makan buah kurma  kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,  bersopan santun serta cerdas pemikirannya."
Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit  bayi. 
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan  nabi Isa a.s. 
Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat

 1) KURMA 
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih  hatinya)".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".
Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s.  bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS 
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismi s d apat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning),  menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".
Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan  melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".
Imam Ali a.s. bersabda:  "Kismi s d apat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan  pana s d an memulihkan kesehatan jiwa".
Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismi s d apat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

3) MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".
Nabi Muhammad SAW bersabda:  "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa ngeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".
Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah ubat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati". 
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Rasul saw sangat menyenangi madu". 
Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

*********************************************************************
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita.
*********************************************************************
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi 
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! beba s d i pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat  kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)
 4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu  perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu 
juga insan biasa... x lepa s d r melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.) 
............................................... 
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."
 SETELAH MEMBACA NYA SAMPAIKAN PULA KEPADA SAHABA-SAHABAT ANDA YANG LAIN, UNTUK MEREKA PULA RENUNGI MESEJ INI.  
This entry was posted in

MESTI TONTON PANAS

SALAM ALL...
JANGAN MARAH EIK.. AKU NAK SHARE CIKIT CITER YANG AKU SELALU TONTON


Siti Kelembai – Slot Lagenda TV3 @ 1630 HRS




SINOPSIS SIKIT2:  DIPETIK DARI SINI

Slot Lagenda Siti Kelembai membariskan pelakon hebat seperti Liyana Shamsudin, Fizo Omar, Amran Omar, Farah Lyana, Jasmin Hamid, Eizlan Yusof dan ramai lagi. Bermula 20 September, drama 20 episod arahan Bob Hashim Ismail akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 4.30ptg TV3, ulangan 8.30malam di TV9.

Diadaptasi daripada cerita rakyat, Sang Kelembai, Siti Kelembai versi moden pula berkisar Siti Ratna, anak perempuan tunggal kepada Alang Saidi dan Siti Mayang Sari yang sangat kuat berkhayal dan berimaginasi dalam kelas. Pada zahirnya Siti Ratna memiliki rupa paras cantik warisan ibundanya, namun kecantikan itu tidak terserlah kerana dia seorang gadis yang selekeh dan tidak pandai menjaga penampilan diri.

Ketika dalam kelas, Siti Ratna sering hilang tumpuan kerana tatkala gurunya sedang mengajar, fikiran Siti Ratna sering melayang entah kemana dan seolah dirinya berada di alam lain. Di kolej, satu-satunya kawan rapat Siti Ratna adalah Moin yang lurus bendul dengan tabiat pelik dan sering dibuli rakan sekuliah.

Menjelang ulang tahun yang ke-18, Siti Ratna tiba-tiba ada satu kuasa yang agak luar biasa. Kuasa itu adalah satu kelebihan yang tidak disedari oleh Siti Ratna sendiri dan jika disalahguna atau tidak dikawal boleh menyebabkan suasana haru-biru.

Siti Ratna tidak boleh marah atau terdetik dalam hati memahari sesiapa kerana boleh menyebabkan seluruh tubuh orang yang dimarahi menjadi gatal. Dapatkah Siti Ratna mengawal kuasa saktinya. Apakah kaitan kelebihan dirinya yang dengan ibunya yang dipercayai mati selama ini tetapi sebenarnya masih hidup berkelana di hutan rimba? Sama-samalah kita saksikan...


Selasa, 28 September 2010

PERBADANAN PUTRAJAYA



VIDEO KAT ATAS NIEKAN, ADALAH SALAH SATU SEDUTAN VIDEO YANG AKU TONTON MASA MENUNGGU GILIRAN UNTUK BAWA ANAK AKU BERJUMPA DOKTOR DI WAD KECEMASAN HOSPITAL PUTRAJAYA....
KALAU TENGOK KAT HOSPITAL TU PANJANG LAGI, N ADA LAGI SEDUTAN KEMALANGAN YANG LAIN.
 TAJUK DIA APA EIK??? LEBIH KURANG 


APAKAH ANDA MAMPU MENGUBAHNYA DI PUTRAJAYA???


ADA LINK  LAGI UNTUK TENGOK VIDEO TU.. SEBABKAN YOUTUBE KAT TEMPAT AKU NIE TAK LEH BUKAK... SILA KLIK SINI KALAU NAK TENGOK...

demam panas lagi...

lama tak update,
anak-anak anul dan aina demam r..
suhu mececah sehingga 40' darjah celcius..
kesian tgok...
kene la berjaga-jaga atas nasihat doktor hospital putrajaya 2....
k...
salam...

Selasa, 21 September 2010

Mata dah tak boleh buka lagi...

adeh.....
huhuhu.. bukan aper la... baru habis shift malam, kejap lagi pengganti datang leh la balik beradu. 
Harap-harap jalan dari USJ ke Equine Park, Seri Kembangan berjalan lancar. 
erm.. 
tak dapat la nak sambung "blogwalking" lagi.. :-(
anyway yang baru bangun dan masih segar teruskan mencurah idea berblog k.. 
Untuk sahabat2, nanti dah segar aku akan melawat blog anda untuk komen huhuhu....

Isnin, 20 September 2010

33 Larangan Rasulullah SAW Terhadap Wanita siri 2.

33 Larangan Rasulullah SAW Terhadap Wanita Siri 1.   sinopsis dia...

Kandungan Larangan :
  1. WANITA MENDEDAHKAN AURAT
  2. WANITA BERPAKAIAN MENYERUPAI LELAKI
  3. WANITA BERGAUL BEBAS DENGAN LELAKI BUKAN MUHRIM
  4. WANITA BERSALAMAN DENGAN LELAKI BUKAN MUHRIM
  5. WANITA BERPAKAIAN MENYERUPAI ORANG KAFIR
  6. WANITA MENYAMBUNG RAMBUT
  7. WANITA MENCABUT, MENCUKUR ATAU MENIPISKAN ALIS
  8. WANITA MENGIKIR GIGI
  9. WANITA MELAKUKAN TATO
  10. WANITA MELIHAT AURAT SESAMA WANITA ATAU BERGABUNG DALAM SATU PAKAIAN
  11. WANITA MELAKUKAN MUSAHAQAH (LESBIAN)
  12. WANITA MEMAKAI WANGIAN AGAR DKAGUM ORANG LAIN
  13. WANITA MEMASUKI PUSAT RAWATAN KECANTIKAN AWAM
  14. WANITA BERKHALWAT DENGAN LELAKI BUKAN MUHRIM
  15. WANITA TIDAK MELAYANI KEHENDAK SUAMI
  16. WANITA MENCERITAKAN RAHSIA HUBUNGAN SUAMI-ISTERI KEPADA ORANG LAIN
  17. WANITA MENERIMA TETAMU BUKAN MUHRIN TANPA IZIN SUAMI
  18. WANITA KELUAR RUMAH TANPA IZIN SUAMI
  19. WANITA MEMBENCI DAN MENYAKITI HATI SUAMI
  20. WANITA MENGINGKARI PERINTAH SUAMI YANG BAIK
  21. WANITA BERMUSAFIR TANPA MUHRIM ATAU SUAMI
  22. WANITA MENCERIKAN SIFAT WANITA LAIN KEPADA SUAMINYA
  23. WANITA PUASA SUNAT TANPA IZIN SUAMINYA
  24. WANITA MENGINFAK HARTA SUAMI TANPA IZINNYA
  25. WANITA KUFUR TERHADAP KEBAIKAN SUAMI
  26. WANITA MENYUMPAHI ANAK
  27. WANITA MEMAKSA SUAMI MENCERAIKANNYA
  28. WANITA MEMAKAI PAKAIAN MAS DENGAN SOMBONG DAN MEGAH
  29. WANITA MENYAKITI JIRAN TETANGGA
  30. WANITA MENCAKAR DAN MEROBEK PAKAIAN KETIKA MENDAPAT MUSIBAH
  31. WANITA MERATAPI KEMATIAN
  32. WANITA BERKABUNG ATAS KEMATIAN SESEORANG MELEBIHI TIGA HARI
  33. WANITA MENZIARAHI KUBUR DIIRINGI TANGISAN
untuk maklumat lebih lanjut dapatkan dipasaran.... macam mana buku tu klik kat sini

p/s: Untuk para suami, jangan kita minta isteri kita untuk jadi seperti Aishah R.A jika
       kita macam setan
This entry was posted in

33 Larangan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Buku ini aku kongsi untuk kita semua..



"Jika seorang isteri solat lima waktu dengan istiqamah dan taat serta tidak menderhaka kepada suaminya, maka Allah SWT mempersilakan masuk Syurga dari pintu mana yang ia suka."

Mafhum sabda Rasulullah SAW diatas dapat disimpulkan bahawa sebahagian besar kaum hawa akan terdedah kepada kebinasaan disebabkan mencuaikan dirinya sebarang tanggungjawab agama, keluarga dan dalam masyarakat.

Bagi membentuk peribadi wanita soleh sangat perlu mengetahui segala larangan agama yang berkaitan dengan kaum hawa. jesteru itu, betapa bertuahnya wanita bahkan lelaki pun yang mampu menjauhi larangan Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian sehingga dapat mengelakkan diri dari seksa neraka. Buku ini membantu anda mengelakkan seksa bagi mendapatkan pahala. Insyallah....

ILMU penyuluh hidup, AMAL bekalan perjalanan & AKHLAK hiasan jiwa & peribadi menuju destinasi AKHIRAT yang sudah pasti.
This entry was posted in

Gangguan Seksual

Salam all...

Bila aku search Gangguan Seksual aku jumpa nie....
Kalau nak tahu lebih lanjut klik kat sini (microsoft word)






GARIS PANDUAN MENGENDALIKAN GANGGUAN SEKSUAL
DI TEMPAT KERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM


1.         PENDAHULUAN

1.1       Gangguan seksual boleh terjadi kepada lelaki atau perempuan dan tidak terhad kepada pegawai atasan ke atas kakitangan bawahannya sahaja. Ia juga tidak terhad kepada berlainan jantina, malah boleh dilakukan oleh lelaki terhadap lelaki atau perempuan terhadap perempuan. Ia merentasi jurang gender dan status.

1.2              Garis Panduan ini mengandungi penerangan ringkas berhubung perlakuan gangguan seksual di tempat kerja dalam perkhidmatan awam dari aspek:

(a)                Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A)395/93] (“Peraturan Pegawai Awam”);

(b)               Kategori, Perlakuan Dan Kesan Gangguan Seksual;

(c)                Tindakan Orang Yang Mengalami Gangguan Seksual;

(d)               Tindakan Kaunselor atau Pegawai Kaunseling Yang Mengendalikan Aduan Gangguan Seksual;

(e)                Menangani Kesan Gangguan Seksual; dan

(f)                Program Pencegahan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja.
This entry was posted in

Terbaru sudah berada di pasaran....

Blog baru saya...

Klik bawah nie

Resepi Bonda  


Be the first to be VVIP.. tq

Resepi Bonda adalah resepi yang saya ambil daripada himpunan resepi Bonda saya Puan Harlina yang dikumpul dari dahulu hingga sekarang. Saya ingin abadikan di dalam blog dan berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Tujuan yang paling utama blog ini di buat khas untuk Bonda saya.

- blog masih dalam proses untuk ditambah resepi.. 


Insyallah saya akan siapkan segera....

~enjoy~

Ahad, 19 September 2010

iman.....

Soalan :

1. Apakah maksud Iman mengikut Al-quran dan Hadith?

2. Ada berapa jenis Iman dan apakah jenis-jenis tersebut?
3. Dalil-dalilnya
4. Kenapa Iman penting ?
5. Bagaimana Iman dapat membentuk insan terbilang?
6.Apakah yang akan berlaku jika tiada atau kurangnya kekuatan Iman seseorang hamba Allah ?
7. Bagaimana hendak menguatkan Iman dalam diri seseorang?
8.Bolehkah pihak tuan/puan memberi saya beberapa cth masalah yg timbul dr masalah iman ini di kalangan umat Islam terutamanya di Malaysia

Jawapan :

1. Maksud iman ialah mempercayai di dalam hati, mengaku dengan lisan dan mengamalkan dengan perbuatan atau anggota. Iman ialah mempercayai Rukun Iman dengan tidak mengesyak dan ragu-ragu, kepercayaan yang tetap yakin tidak bergoncang dan berdolak dalik,tidak ada kesamaran dan keraguan dalam hati dan perasaan. Iman juga dikaitkan dengan akidah iaitu satu ikatan tali yang kuat dan kukuh. Ketika Jibril A.S. bertanya kepada Baginda Rasulullah S.A.W tentang iman maka Rasulullah S.A.W menerangkannya yang bermaksud:
" Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-malaikatnya,Kitab-kitabnya,Rasul-rasulnya,serta Hari Akhirat;dan engkau beriman kepada takdir ( yang ditentukan oleh Allah )- Baiknya dan buruknya..."
( Riwayat Muslim )

2. Iman hanyalah tertakluk kepada enam perkara sahaja yang terkandung dalam rukun iman.

3. Dalil-dalil al-Quran dan al-Hadith mengenai iman seperti berikut:
i. Surah al-Baqarah : 285
ii. Hadith seperti di atas.

4. Iman itu penting untuk membentuk modal insan cemerlang di dunia dan akhirat

5. Iman dapat membentuk insan cemerlang dengan menghayati segala suruhan Allah dan menjauhi laranganNya yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W.

6. Jika Iman berkurangan dalam diri atau tiada iman langsung maka akan wujud kecenderungan untuk melakukan kemungkaran dan kemaksiatan tanpa rasa takut dan menyesal.

7. Langkah-langkah untuk menguat dan mengukuhkan iman terhadap Allah S.W.T:
i. Taat segala perintah Allah.
ii. Menunaikan segala tanggungjawab Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.
iii. Meninggalkan segala larangannya.

8. Antara contoh-contoh masalah iman di kalangan masyarakat Islam di Malaysia adalah seperti berikut:
i. Timbul pelbagai bentuk ajaran sesat.
ii. Keruntuhan moral di kalangan muda mudi.
iii. Derhaka kepada ibu bapa.
iv. Keruntuhan institusi kekeluargaan.
v. Pendedahan aurat yang berleluasa. 
vi. Perzinaan, meminum arak dan perjudian di kalangan umat Islam.

This entry was posted in

5 Tips Lambakan Buffered Earnings Nuffnang Untuk Trafik Rendah

Sumber: Lakaran kehidupan

Assalamualaikum wbt,

Alhamdu Lillah, bulan Syawal kali ini penuh bermakna. Satu sebab dah tamat pengajian, yang ke-2 pasal blog LK ni. Terkezut juga sebab dapat 5 buffered earnings nuffnang yang tengah aktif sekarang!

Blog LK ni pun takde la berlaku letupan trafik. Kalau tak, lama dah followers tu jejak 1000++. Sejak terlibat dengan aktiviti Geng Blogger (nape site GB dah tak leh masuk?), beriya-iya la nak selami ilmu sbgi nuffnangers ni. Felik tengok blogger buat entri je, tapi leh dapat earnings ratus2an, siap leh bayar bil air, api, astro, dll.

Setuju kalau saya katakan, nak dapat pulangan sebegitu, perlukan trafik yang tinggi (nak tau sebab ape? klik sini). Tapi bagaimana pula dengan blog yang mempunyai jumlah trafik yang rendah seperti blog LK ni?

Dalam nuffnang, ada beberapa campaign termasuklah buffered earnings, metered earnings dan cost per click (cpc). Nak explain, tak pandai sangat, tapi senang cakap, buffered earnings lagi masyuk dari lain2 campaign. Iklan akan dipamerkan setiap masa di dalam blog korang. Kalau sebulan, 24/7 30 hari la dia keluar. Tapi ade juga orang cakap, kadang2 segan nak kluar.

Ok, straight to the point! Kat bawah ni 5 tips simple dan wajib korang buat (terutamanya yang trafik rendah) kalau nak tingkatkan possibility advertiser pilih blog korang utk run buffered earnings:

 Refer gambar di atas sebagai rujukan.

1. Dapatkan Glitterati Status


Glitterati status (exclusive members) banyak kelebihannya terutamanya dari segi CPC. CPC lagi tinggi daripada non-glitterati. Camne nak dapat? Senang je. Jangan letak sebarang iklan kecuali nuffnang punye iklan. Secara automatik, nuffnang akan set kan status akaun korang sebagai Glitterati. 

Kalau dah letak iklan nuffnang je, tunggu la 2-3 hari. Kadang2 sehari je dah memadai untuk dapatkan status Glitterati. Agak2 lambat sangat, tanya je pada helpdesk nuffnang, sangat bagus respon dan servis yang diberikan.

2. Kemaskini Profile Survey (Dashboard - Edit Survey)
Survey ni ibarat tiket untuk korang jaja kelebihan dan keunikan yang takda pada orang lain, tapi ada kat korang. Bagi student IPT, senang cakap, ini ibarat exam transcript korang. Lagi bagus "results" korang, lagi senang la advertiser nak pick korang.

3. Kemaskini Blog survey (Dashboard - Blog Manager - Update survey)


Dalam survey ni, pastikan advertiser faham, jelas, terang lagi bersuluh mengenai blog korang. Yela, xkan nak beli ikan sungai gi Plaza Lowyat kot. Be precise on what your blog is all about!

4. Ubah Kedudukan Iklan

Tips ni sememangnya banyak bt perubahan dalam blog LK ni. Ada skali tu, ubah cket kedudukan leaderboard ads, terus dapat buffered earnings beberapa hari lepas tu. Pastikan kedudukannya mudah untuk dilihat, tidak berterabur dan tersusun.

5. Elakkan Blog Bersawang!


Yang ni ramai yang cepat kantoi. Kata orang, kalau ada minat, kesenangan tu akan datang dengan sendirinya. Buat blog kerana minat, dun worry, blog korang tidak akan bersawang. Mesti ada saja idea2 baru untuk di share dalam blog. Blog yang sentiasa dikemaskini akan lebih menarik perhatian pihak advertiser.

+++

Eum, sebenarnya banyak lagi tips2 yang boleh korang cuba. Cuma ini yang senang, cepat dan mudah untuk dicuba terutamanya yang mempunyai nilai trafik yang rendah. Dan peringatan sekali lagi, ini bukannya tips untuk jadi kaya dengan nuffnang. Tips ini sekadar mencerahkan peluang anda untuk mendapatkan buffered earnings. Trafik semestinya on top of the list, trafik tinggi, pulangannya pun mesti tinggi! Hehe.
This entry was posted in

Sabtu, 18 September 2010

Terharu, terkejut dan terima kasih...

Ben Ashaari 

hari nie dia follow blog saya, terima kasih Bro Ben, hehehe...

dah lama saya Follow blog dia, kagum dengan kesungguhan beliau untuk berblog..

nak tiru macam dia, tapi susah gak r, komitmen tugas dan aktiviti harian membuatkan masa yang terhad untuk bekarya.

so untuk blogger yang " newbie " mcm saya boleh contohi  benashaari

klik kat sini kalau nak g blog Ben Ashaari...

tq... 


-enjoy-

Khamis, 16 September 2010

SAMAN TRAFIK

Terdapat 2 jenis saman yang dikeluarkan oleh Cawangan Trafik PDRM

    
A) Notis Saman Pol. 170A
    
B) Saman Pol. 257



Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh orang ramai bagi menyemak 
sama ada mereka mempunyai saman ataupun tidak.

      
i.   Melalui SMS 15888

            
Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip POLIS SAMAN
            
<NO KAD PENGENALAN

          > atau <NO KENDERAAN
          > dan hantaR ke15888

            
Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke15888
            
* Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20

    
ii.    Melalui Internet
            Semakan boleh dibuat melalui portal-portal seperti berikut :-

            > MyEG Services - 
www.myeg.com.my
            > RILEK e-Services - 
www.rilek.com.my


            * Semua semakan saman tidak dikenakan sebarang caj oleh pihak pembekal 

          perkhidmatan.

    
iii.    Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-line Payment System) yang ada                      

         di :-

            > 
Semua Ibu Pejabat Polis Daerah
            > 
Kaunter JPJ yang terpilih
            > 
Kaunter Trafik COPS di Kompleks Membeli Belah yang terpilih.






Bayaran Saman Trafik PDRM boleh dibuat melalui kaedah seperti berikut :-
    i.     Melalui Internet
   
          
Bayaran boleh dibuat melalui Portal seperti berikut :
          www.myeg.com.my dengan menggunakan mod bayaran 
          Kad Debit/Kad Kredit
            * Semua bayaran saman akan dikenakan Caj sebanyak RM 2.00 bagi setiap
              
satu transaksi oleh pihak pembekal perkhidmatan.
    ii.     Melalui Kaunter ( Mod bayaran digunakan adalah Tunai, Kad Debit dan Kredit.)
               · Kaunter Trafik COPS
              Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-line Payment System) yang ada di   
              semua 
              Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah.
                · Kaunter JPJ yang terpilih             
             - JPJ Johor Bharu
              
JPJ Kuantan
              
JPJ Seberang Prai Tengah (SPT)
              
JPJ Ipoh
              
JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur
              
JPJ Padang Jawa, Selangor
              
JPJ Kuala Terengganu
               · Kaunter Trafik COPS di Kompleks Membeli Belah .
              
TERMINAL ONE Seremban *
              
PERANGIN MALL Pulau Pinang *
              
QUEENSBAY MALL Pulau Pinang *
              
JAYA JUSCO Ipoh *
              
THE CURVE Petaling Jaya 8
              
IOI MALL Puchong *



* TERTAKLUK PADA PERUBAHAN
Sekiranya anda adalah pesalah trafik dan gagal menjelaskan kompaun yang ditawarkan 
tindakan-tindakan berikut akan diambil :-
1. Menuduh OKS (Orang Kena Saman) di Mahkamah pada tarikh yang dinyatakan dalam saman.2. Sekiranya gagal hadir di Mahkamah, Waran tangkap akan dikeluarkan terhadap OKS.3. Menyenarai hitam (Blacklist) OKS bagi semua urusan JPJ.


SEBARANG PERTANYAAN BERKAITAN SAMAN EMAIL : NIRZASHAH@GMAIL.COM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...