sumber : utusan
19/03/2011 5:34pm
KUALA LUMPUR 19 Mac — Seorang lagi pelatih Inspektor lelaki Pusat Latihan Polis (Pulapol) dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan virus ”Adeno”.
Pelatih itu dimasukkan ke ICU kira-kira 8.30 pagi tadi.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman Facebook memaklumkan sebelum ini, seorang pelatih Konstabel lelaki dan dua pelatih Inspektor wanita masih dirawat di unit itu, menjadikan jumlah yang dimasukkan ke ICU empat orang berbanding tiga semalam.
Menurut laman itu, jumlah pelatih yang dirawat di HKL ialah 24 orang iaitu sembilan pelatih Inspektor lelaki, 11 pelatih Inspektor wanita dan empat pelatih Konstabel lelaki, manakala jumlah mereka yang dikuarantin ialah 347 orang.
Untuk maklumat lanjut, anggota keluarga pelatih boleh menghubungi talian 03-2688 2009 atau 03-2688 2062 di Bilik Gerakan Khas Pulapol. — Bernama
Pilihan Terbaik!!!
- SOALAN LINUS ENGLISH TAHUN 1
- Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958; ( Rujukan Peperiksaan ) " Jadual Kedua"
- Bila juruterbang keluar bertugas, tidak semestinya akan pulang, kata balu
- Peserta Kilauan Emas 7 - Wan Muhammad Logan Bin Wan Abdul Rahman (Elji)
- TUTORIAL DAFTAR MYAHLI KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BHD
Sabtu, 19 Mac 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sudah 2 orang Pulapol telah meninggal akibat penyakit ini di HKL
BalasPadameee..takut nye, lps ni kena lah hati2 kan..
BalasPadam