Isnin, 20 Januari 2014

Cara-cara buat air selusuh | Tips Untuk Suami


Air selusuh merupakan satu ikhtiar untuk memudahkan proses kelahiran. Amalan menggunakan selusuh sebaik-baiknya menggunakan ayat-ayat tertentu dengan memohon kepada Allah s.w.t agar anda diberi kekuatan sepanjang proses kelahiran yang tidak secara langsung dapat melancarkan proses kelahiran. Ayat-ayat ini boleh dibacakan sama ada pada air, minyak, buah kurma dan sebagainya.
Cara membuat air selusuh
  1. Sediakan air kosong, sebaik-baiknya air zam-zam
  2. Bacakan doa-doa berikut, yang terdiri daripada;
  • Surah Alfatihah

  • Selawat Syifa’

  • Surah Al-Hasyr ayat 21-24

  • Doa selusuh iaitu,
Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (nama penuh isteri disebut), penderitaan bersalin, dengan rahmatMua, wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.” 
  • Dan Doa dipermudahkan
” Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah Yang Maha Memudahkan segala yang susah adalah Mudah bagiMu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan rahmatMu, Ya Arhamar Rahimin”
Note: Air selusuh yang disediakan oleh suami anda adalah yang terbaik.

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...