Sabtu, 8 September 2012

Bila Suami Mandi Dengan Isteri | Bukan 18 sx

 

Salam semua, entri kali ini untuk mereka yang dah mendirikan rumah tangga yer, yang belum simpan ilmu ini untuk masa hadapan yer. Tahukah anda, Rasullullah s.a.w mandi bersama isterinya

Imam Al-Bukhari meriwayatkan yang bermaksud :
"Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)" (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)

Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;
"Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub." (Sahih Muslim : 482)

Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti romantik yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan. Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah yang mandi bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498). Demikianlah romantiknya Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam.

Untuk kita, kemersraan yang mungkin semakin pudar dengan pasangan hidup mungkin boleh di perbaiki dengan aktiviti sebegini.. Mungkin ada yang anggap isu ini remeh dan agak keterlaluan, tapi bagi aku ianya isu yang patut kita kongsi bersama sebagai panduan dan tips bagi merapatakan silaturahim dengan lebih erat bersama pasangan....

rujukan : http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1378-rasulullah-saw-mandi-bersama-isteri.html

5 ulasan:

  1. betul. mengeratkan hubungan suami isteri. selalu jugak buat :)

    BalasPadam
  2. bukan taknak masing mandi berdua2.. masalahnya sejak ada anak ni kdg2 nak mandi pun kena tggu asben balik dulu... kekekekekeke. anak tgh dok lasak ni, apapun susah nak buat.

    BalasPadam
  3. Salam..

    Sebuah blog yang menarik. Terlanjur kami dah singgah sini, kami jadi follower di blog ini.

    Diharap, tuan blog dapat melakukan perkara yang sama di blog kami juga..
    Terima kasih..

    Admin@JERING Daily
    http://jeringdaily.blogspot.com

    BalasPadam
  4. betullah, tapi ada anak ni.. mandi ngan anak je la jawabnya..

    BalasPadam
  5. betulla, tapi anak2 ngah lasak ni mandi ngan anak2 je la jwbnya..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...