Selasa, 28 Februari 2017

Ary sudah tiada


Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara, Ary Malik, 46, meninggal dunia akibat kanser ovari di Hospital Ampang, di sini, jam 7.17 malam ini.
Suaminya, Shahrul Nizam Shahruddin, 46, mengesahkan Ary yang juga ibu kepada tiga anak menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga selepas tiga hari dirawat di hospital berkenaan.
Shahrul Nizam berkata, Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik Abdul Malik mula mengadu sakit di bahagian perut sejak setahun lalu.
“Dia menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Mizan, Wangsa Maju pada Mei tahun lalu sebelum dikesan menghidap kanser ovari tahap empat.
“Selepas pembedahan baru kami mendapat tahu dia menghidap kanser. Pada mulanya kami ingatkan ketumbuhan biasa,” katanya.
Menurut Shahrul Nizam, Ary mula menjalani rawatan kimoterapi sejak Jun tahun lalu.
Terdahulu, Ary dibawa ke Hospital Ampang, Sabtu lalu berikutan keadaannya yang semakin lemah. Bagaimanapun, selepas dua hari dimasukkan ke hospital berkenaan, dia tidak sedarkan diri.
Jenazah Ary dibawa ke Masjid Kem Wardieburn, di sini, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota malam ini.
Selain berlakon drama, Ary turut aktif sebagai pengacara seperti program MTV Syok dan pernah terbabit sebagai peserta dalam Masterchef Malaysia pada 2011.
Ary juga kakak kepada penyanyi yang popular dengan lagu Flora Cinta iaitu Min Malik.
Ary meninggalkan tiga anak iaitu Nur Zoe Iman Malik, 19; Dinda Pelangi Timor Malik, 13; dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.
Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam kenyataannya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Setiausaha Agungnya, Hafiz Nafiah berkata, pemergian Ary adalah satu kehilangan buat industri hiburan tanah air.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Februari 2017 @ 8:39 PM

Bosan Tengok Blog Sendiri


Bosan tengok blog sendiri, inikan orang lain..hehe
Bila mood aku rajin, ini la kerja mengarut aku, dah berkurun biarkan blog nie berhantu. Bukat takat bersawang je. Memang aku sedar berblog nie bukan senang nak tarik balik trafik yang makin berkurang, nak lagi blogger macam aku ni hanya mengharapkan kawan-kawan blogger yang masih letakkan link aku pada blog diaorang. TERIMA KASIH...

Lama tak berblog tu ibarat blogger baru yang baru post dua tiga entri. Semoga aku lebih bersemangat tahun ni, Nak tengok 100 post dapat x.....

EAIC siasat kes kematian dalam lokap

Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my

Putrajaya: Siasatan terhadap kes kematian M Thanaseelan di lokap Balai Polis Bukit Sentosa, Hulu Selangor, Selangor, Sabtu lalu sudah dijalankan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).
Pengerusi EAIC Datuk Yaacob Md Sam berkata, pihaknya memandang serius kejadian itu susulan daripada dua kes kematian dalam tahanan lokap Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Soh Kai Chiok di IPD Bera, Pahang pada 18 Januari dan S Balamurugan IPD Klang Utara pada 8 Februari lalu.
Sehubungan itu, katanya, EAIC sudah membentuk satu pasukan pegawai penyiasat bagi menjalankan siasatan ke atas kes kematian itu selaras dengan kuasa yang diperuntukkan mengikut Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700).
"Skop dan terma rujukan siasatan EAIC adalah untuk mengenal pasti sama ada terdapat sebarang salah laku seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 24 Akta 700, termasuk perlakuan yang bersifat jenayah oleh pegawai PDRM ketika mengendalikan tahanan dan berkaitan kematian tahanan itu.
"Sekiranya terdapat salah laku dizahirkan, siasatan dilakukan untuk menentukan dan mengenal pasti bagaimana dan mengapa salah laku itu terjadi.
"Selain itu, apakah peruntukan undang-undang, peraturan, kaedah, prosedur operasi standard (SOP) dan arahan tetap yang berkaitan dengan pengurusan dan pengendalian orang tahanan yang dipecahi dan individu yang bertanggungjawab ke atas salah laku atau perlakuan jenayah itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Thanaseelan, 43, ditangkap bersama dua lelaki lain jam 2 pagi pada 22 Februari lalu kerana disyaki terbabit dengan kes kesalahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (pencerobohan/pecah rumah).
Pada 24 Februari, si mati mengadu sakit perut dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan, sebelum dibawa semula ke lokap.
Namun, Sabtu lalu, Thanaseelan didapati tidak sedarkan diri dalam lokap dan disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Februari 2017 @ 2:03 PM

JOM MAKAN KERABU MAGGI



BAHAN
1. 3 Plastik maggi siam perisa tomyam
2. 10 batang crabstik
3. Carrot dihiris nipis dlm 1 biji
4. Sedikit kubis dihiris nipis ala2 kerabu
5. 1 biji bawang besar
6. Sedikit daun sup dan daun bawang
7. 10 biji cili padi hijau ataupun merah

CARA
1. Panaskan air dlm periuk untuk merebus maggi.
2. Masukkan 1 serbuk perasa ke dlm air rebusan.
3. Rebuskan maggi dan crabstik dengan air rebusan tersebut dan toskan.
4. Setelah siap masukkan ke dlm bekas dan campurkan ke semua bahan tersebut bersama dengan hirisan sayuran td. Crabstik pun dihiris2 juga selepas di rebus.
5. Ambil pula serbuk perasa dari 2 plastik yang tadi.
dan letakkan ke dlm bekas yg berasingan.
6. Air rebusan td jgn terus dibuang. Sebaliknya campurkan ke dlm mangkuk yg berisi serbum tadi dlm 7 sudu besar. Kalau rasa nk berkuah sikit boleh lebihkan.
7. Campurkan terus ke dlm mangkuk td dan gaul sebati.
8. Tak perlu tambah2 apa2 perasa sebab isnya dan cukup serasi dan sesuai. Asam limau pun kalau nk letak pun boleh diletak sedikit sahaja sebab dah masam. Kalau tak nk letak pun tak pe.
9. Siap utk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Isnin, 27 Februari 2017

HEBAHAN | ⁠⁠⁠Lelongan Aset Alih Kerajaan

Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya akan mengadakan lelongan aset alih kerajaan pada ketetapan berikut:-
Tarikh : 2 Mac 2017 (Khamis)
Masa : 11 pagi hingga selesai
Tempat : Bengkel Polis IPD Subang Jaya ( Sebelah Balai Polis Seri Kembangan )
Kepada pembida yang berminat bolehlah datang melihat keadaan kenderaan tersebut di sini pada 28/2/17 dan 1/3/17 mulai jam 9 pagi sehingga 4 petang.







Ini kata Pakar Ortopedik | "Slipped Disc" Mana Boleh Ketuk-Ketuk



Mazizul Dani
mazizul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Kalau tersilap ketuk, terkena pada saraf tunjang, boleh lumpuh jadinya," kata Pakar Ortopedik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh Pahang, Dr Mahyuddin Mohamed.
Beliau memberi peringatan kepada orang ramai mengenai rawatan alternatif masalah tergelincir tulang belakang (slipped disc) dengan cara ketukan yang kini tular di Facebook (FB).
Beliau turut membuat penafian mengenai cara rawatan itu di akaun FB-nya dan memberikan justifikasi penafiannya sehingga dikongsi lebih 6,000 kali.
"Saya faham, memang sudah menjadi lumrah manusia apabila sakit, mereka akan cuba dan ikhtiar apa saja cara untuk pastikan sakit itu sembuh.
"Bagaimanapun, mereka perlu berjaga-jaga supaya tidak ditipu wang ringgit ataupun sakit itu akan menjadi lebih teruk," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menerusi video yang dikongsi di FB berkenaan, kelihatan seorang individu membuat lakaran tulang belakang pada badan pesakit dan membuat label, sebelum mengetuk pada bahagian tulang yang kononnya bermasalah.
Dalam pada itu, Dr Mahyuddin yang juga Naib Presiden 2, Persatuan Integrasi Profesional Perubatan Malaysia (MIMPA) berkata, berdasarkan video berkenaan, lukisan yang dibuat pada badan pesakit itu tidak tepat.
"Nak merawat ‘slipped disc’ ni, bukan boleh main suka-suka ketuk. Garisan yang dilukis secara kasar sebegini adalah amat tidak tepat. Ketuk pun main intai-intai bawah kain.
"Kesan ketukan tidak akan sampai pun ke disc yang terkeluar tu. Kenapa? Kerana disc yang slipped itu di depan, bukannya dari arah belakang.
"Dari segi anatomi, cara sebegini nak betulkan slipped disc pun dah tak betul. Adalah mustahil disc yang terkeluar tu boleh kembali ke kedudukan asal dengan ketukan hikmat ini," katanya.
Justeru beliau menasihati orang ramai supaya mendapatkan pandangan pakar sebelum mencuba rawatan alternatif untuk mengubati penyakit.
"Nasihat saya, kalau ada sebarang masalah sakit belakang, lemah kaki, kebas kaki atau tangan, pergi klinik berhampiran dan rujuk pakar ortopedik.
"Dapatkan nasihat pakar ortopedik untuk buat pemeriksaan imbasan X atau imbasan Imej Resonan Magnetik (MRI) untuk pastikan masalah serta rujuk pada sumber yang berkelayakan," katanya.
Jelasnya lagi, menurut ilmu ortopedik, cara sebegini adalah mustahil dapat memberi apa-apa kesan kepada disc yang terkeluar itu.
Beliau berharap agar pengamal perubatan alternatif ini juga lebih bertanggungjawab dan jujur dengan apa yang mereka lakukan.
"Pesanan saya kepada mereka (pengamal perubatan alternatif) seeloknya kalau kita adakan dialog dan bersemuka untuk mencari persefahaman.
"Saya tidak nafikan perubatan alternatif, tetapi kita perlu lebih jelas apa yang logik dan tidak logik supaya masalah yang berlaku tidak menjadi lebih buruk," katanya.
Dr Mahyuddin berkata, dia ada berhubung dengan pemilik akaun FB berkenaan untuk menghubungi sendiri pesakit yang berjaya dengan rawatan itu, tetapi belum menerima maklumat berkenaan.
Sementara itu, cubaan Harian Metro untuk menemubual individu yang mempromosikan rawatan itu tidak berjaya kerana panggilan ke nombor yang diiklankan tidak dijawab.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Februari 2017 @ 11:36 PM

JADILAH ORANG YANG TERHORMAT, JANGAN YANG GILA HORMAT

Image result for gila hormat

Payah juga jumpa orang gila hormat nie. Biasa kalau berkaitan dengan hidup aku  ialah SEGELINTIR mereka yang tergolong kepada mereka yang berpangkat lebih tinggi yang rasa pangkat dan harta akan ditanam bersama mereka didalam kubur,

Tapi yang pasti, pangkat inilah yang akan jadi satu tanggungan untuk dipersoal kelak samada ianya digunakan untuk kebaikan atau sebaliknya, Besar dan tinggi mana pun jawatan yang kita ada, matinya kita, guna kelengkapan yang sama seperti orang lain sehingga dikebumikan, semuanya sama tiada bezanya pun.

Mereka yang segelintir berpangkat nie biasanya tergolong pada orang yang dah lama berkhidmat. Nak lagi di naikkan pangkat dari bawah. Sepatutnya pegawai yang macam nie sangat faham kedudukan orang dibawah apa yang orang bawah rasa.

Tapi sayang mentali orang nie bila berpangkat, sudah mula bercakap tentang JURANG ibarat darjat dalam filem P.Ramlee. Entry nie sebenarnya untuk aku, Insya Allah kalau adarezeki, suatu hari nanti siapa tahu.

"JADILAH ORANG YANG TERHORMAT, JANGAN YANG GILA HORMAT"



Khamis, 23 Februari 2017

Kemuka e-Filing mulai 1 Mac

Image result for e filing lhdn

Kuala Lumpur: Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP), bagi tahun taksiran 2016 boleh dikemukakan melalui e-Filing bermula 1 Mac ini.
Ia merangkumi Borang E, BE, B, BT, P, M, MT dan TF, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), dalam kenyataan semalam.
Bagi Borang BE, pembayar cukai juga boleh mengemukakan borang itu menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet melalui aplikasi ‘Mobile Filing’ (m-Filing).
“e-Filing dan m-Filing adalah aplikasi percuma disediakan LHDN untuk memudahkan pembayar cukai melengkapkan dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui Internet,” kata kenyataan itu.
Aplikasi itu boleh dicapai melalui portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my.
Tarikh akhir menghantar borang dan membayar cukai pendapatan tahun taksiran 2016 bagi Borang E ialah 31 Mac 2017, BE (30 April) serta B dan P (30 Jun).
Bagi Borang BT, M, MT dan TF, tarikh akhir berbuat demikian ialah 30 April 2017 bagi yang tidak menjalankan perniagaan dan 30 Jun bagi yang menjalankan perniagaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Februari 2017 @ 8:13 AM
BERNAMA

Selasa, 21 Februari 2017

Khasiat buah tunjuk langit

sebagai penawar kencing manis

Buah tunjuk langit mempunyai banyak khasiat yang mampu menangani pelbagai penyakit antara­nya kencing manis kerana ia dapat menurunkan kadar gula dalam darah.
Selain itu, buah yang mempunyai 1,001 khasiat ini juga membantu individu yang mempunyai masalah berat badan berlebihan selain boleh menjadi penawar penyakit migrain.
Mengandungi pelbagai jenis vitamin antaranya vitamin A, B6 dan B selain protein, kalsium dan magnesium, buah ini juga membantu menangani masalah gout, sakit sendi, darah tinggi, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kecergasan badan.
Buah ini mendapat perhatian dunia sejak akhir-akhir ini selepas banyak kajian bioteknologi dijalankan berjaya menemukan pelbagai kebaikannya.
Pakar saintis bioteknologi berpendapat, biji buah ini mengandungi banyak khasiat semula jadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem peredaran darah dalam tubuh manusia.
Tumbuhan liar ini berasal daripada jenis pokok Meliaceae (keluarga pokok mahogani atau mahoni) yang tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang mempunyai suhu kering dan lembap terutama di Amerika Selatan, barat India, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan juga Malaysia.
Selain mengamalkan pengambilan buah ini, anda juga dinasihatkan mengawal diet harian dan tidak mengambil makanan atau minuman sesuka hati tanpa kawalan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Februari 2017 @ 11:46 AM
Siti Nadirah Hafidzin
siti_nadirah@hmetro.com.my

Khamis, 16 Februari 2017

Cerita Aku dan Lelaki Tua Itu | P13

Image result for klasifikasi tv

Suatu hari yang aku dah tak ingat bila, aku dikejutkan dengan berita seorang lelaki tua yang aku kenal rapat sedang sakit atau lebih tepat lagi nazak. Mendengar dari cerita orang, lelaki tua tersebut dilihat sangat hampir dengan ajalnya tetapi masih belum meghembuskan nafasnya dan hanya dadanya yang berombak turun naik.

Mendengar berita yang tersebar aku bergegas ke rumah orang tua tersebut, terkejut aku melihat ramai betul orang yang datang bertandang. Kemudian mata aku tertumpu pada sekumpulan orang ramai yang sedang berhimpun di sebuah pondok gazebo di halaman rumah. Mendengar dari apa yang dibisikkan oleh orang di sekeliling aku, anak kepada orang tua tersebut telah diamanahkan untuk membawa ayahnya baring di situ sekiranya dia nazak sehingga ia menghembuskan nafas terakhir.... Pelik kan????

hiasan 
Aku yang melawat cuba mencelah dikeliling orang ramai untuk melihat sendiri berita yang aku terima sebentar tadi.. Apabila aku sampai dihadapan orang tua tersebut aku tergamam dan pandangan mata aku tertumpu pada sekujur tubuh yang terbaring nazak dan dibaluti kain batik lepas... dadanya turun naik seperti sesak nafas seakan gelora ombak yang membadai... matanya sesekali terbeliak dan tidak tentu arah pandangannya.


Gambar ini Hanya Hiasan

Kemudian aku terpandang sesuatu benda asing yang berada di bahu kanan dan bahu kiri lelaki tersebut.. Beristighfar panjang aku, inilah kali pertama aku melihat objek yang hodoh dan buruk rupanya seakan-akan gambaran hantu dalam filem dan drama seram yan aku tonton. Makhluk tersebut sedang menekan-nekan bahu lelaki tersebut seolah-olah menahan lelaki itu dari bangun...

Kemudian aku rasa terpanggil untuk membaca beberapa potong ayat AL QURAN yang aku tahu... Apabila aku mula membaca "Aku berlindung dengan nama Allah dari syaitan yang direjam"  dan secara tiba tiba kedua mahkluk itu memandang aku dengan muka yang bengis seolah-olah ia tahu niat hati aku.. " YA ALLAH BERILAH AKU KEKUATAN"... dan mula membaca beberapa potong ayat bermula dengan Ayatul kursi... " DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG "

Add caption
Selepas rasa terpanggil untuk melakukan sesuatu aku teringat tentang lelaki tua ini. Lelaki tua ini  baru berpindah di rumah besar diatas bukit  bersama keluaganya. Walaupun baru berpindah lelaki tua yang di kenali sebagai Pak Agus ini mudah mesra dengan masyarakat sekeliling, Jadi tak hairan la kenapa ramai orang yang datang melawat Pak Agus

Ayatul Kursi yang aku baca dalam satu nafas aku hembuskan perlahan-lahan, aku lakukan dan ulangi sebanyak tiga kali. Aku sebenarnya rasa keliru dengan apa yang berlaku... kenapa hanya aku yang melihat keadaan aneh yang dialami oleh Pak Agus yang sedang baring dihadapan aku????. Aku cuba kuatkan diri aku. . hati aku berbisik Arghhh..kenapaku yang dipilih untuk melihat semua hari ini... Seleps tiga kali aku membaca Ayatul Kursi dan meghembuskannya... lirikan mata Pak Agus tertumpu ke arah aku, semua hadirin yang hadir juga mengikut lirikan mata Pak Agus yang tertumpu kearah aku.. Aku jadi serba salah..

Kemudian, seorang yang aku fikir waris pada Pak Agus menghampiri aku dan membisikkan sesuatu. Lelaki itu memohon aku untuk membantu apa yang patut. Aku yang gelisah dan serba salah mengangguk tanda setuju. Aku terus bisikkan pada lelaki itu untuk membawa Pak Agus kedalam untuk mengelakkan dari megaibkan Pak Agus dan keluarganya..

Aku merasa sesuatu yang dahsyat akan berlaku.. aku bimbang... aku risau... aku cuba memikirkan sesuatu dan memandang orang di sekeliling aku yang ada antara mereka sedang berbisik dan memandang kearah aku.. Kemudian mata aku tertumpu kepada seorang wanita separuh umur yang aku kenali... Tok Cik... guru mengaji aku.. Aku teus mendapatkan  Tok Cik dan membisikan apa yang terjadi pada aku sebentar tadi... Tok Cik terkejut dan bersetuju untuk membantu aku. Sekali lagi aku keliru, kenapa aku seorang sahaja yang dapat melihat apa yang terjadi.

Setelah Pak Agus di bawa masuk ke dalam bilik, aku dan Tok Cik menyusul.... langkah demi langkah aku rasakan berat untuk diteruskan.


CERITA DALAM BILIK PAK AGUS

Seketika aku lihat Pak Agus Masih kelihatan seperti keluh kesah dengan dada yang masih terombak-ombak, tetapi aku tidak lagi melihat kelibat dua mahkluk yang aku lihat sebentar tadi. Aku sempat berpesan pada keluarga Pak Agus agar tiada yang melawat buat seketika.


bersambung.....





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...