Sabtu, 19 Mei 2012

Keburukan Anwar terdedah lagi

KUALA LUMPUR 13 Mei - Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor secara terbuka mengakui sanggup bersumpah bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah merayu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi agar membawanya masuk ke dalam UMNO semula.
Ahli Dewan Negara tersebut berkata, perkara itu berlaku seminggu sebelum Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Katanya, tindakan mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri tersebut adalah usaha terakhirnya untuk menggagalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada terus memegang tampuk kerajaan di negara ini.
"Saya ada bukti kukuh untuk kejadian ini. Tujuan Anwar hanya satu iaitu mahu Pak Lah tidak letak jawatan dan membawanya masuk ke dalam UMNO dan kemudian beliau akan menyusun strategi bagi menyingkirkan Datuk Seri Najib.
"Kenapa beliau lakukan ini? Kerana Anwar tahu Perdana Menteri kita cerdik, cekap dan antara pemimpin UMNO yang tahu perilaku buruk dan terkutuknya sewaktu dalam kerajaan," katanya.
Beliau berucap pada ceramah kedua Sumpah Keramat Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) 2012 Peringkat Parlimen Gombak di sini malam semalam.
Mohamad Ezam juga mendedahkan, Anwar dalam mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri, pernah membawa seorang rakan ulama Abdullah dari Surabaya, Indonesia bagi memujuk bekas Perdana Menteri itu meletakkannya di peringkat tertinggi dalam UMNO.
"Saya juga yang membawa Anwar pergi ke pesantren di Surabaya itu untuk memujuk kiai atau ulama berkenaan datang ke Malaysia iaitu di Seri Perdana yang ketika itu kediaman Pak Lah.
"Anwar memujuk kiai itu agar berbohong kepada Pak Lah kononnya telah mendapat satu mimpi mengatakan Anwar paling layak menjadi pengganti Pak Lah, tetapi dengan izin Tuhan, Pak Lah tidak berkesempatan berjumpa kiai terbabit," katanya.
Mohamad Ezam berkata, Ketua Pembangkang itu sanggup melakukan apa sahaja asalkan beliau dapat memerintah Malaysia dan memuaskan nafsu serakahnya dalam banyak perkara.
Menurutnya, Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri pernah menyifatkan Najib yang sewaktu itu Exco Pemuda UMNO sebagai individu paling berpotensi menerajui negara kerana kepandaian dan kecerdikan yang ada padanya.
"Justeru, tidak hairanlah kenapa Anwar begitu drastik melakukan pembohongan demi pembohongan untuk menjatuhkan Perdana Menteri kerana beliau terlalu takut dengan individu yang bernama Najib," katanya.

Wan Azizah boleh jawab rayuan Anwar



KUALA LUMPUR 14 Mei - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merupakan saksi utama dalam isu rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyertai UMNO semula melalui bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, isteri kepada Penasihat PKR itu telah pergi bertemu sendiri Abdullah di pejabat Perdana Menteri suatu ketika dahulu bagi menyatakan hasrat yang sama.

''Saya yang membawa Wan Azizah dan tiga anaknya 'panjat' pejabat Perdana Menteri itu. Kejadian itu ketika Anwar masih di dalam penjara dan pada waktu itu juga Abdullah baru menjadi Perdana Menteri.

''Wan Azizah ketika itu merayu sampai menitiskan air mata. Anda boleh tanya Wan Azizah perkara ini betul atau tidak, kalau dia kata bohong, saya sanggup sumpah di mana-mana sahaja masjid atau surau,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah kedua Sumpah Keramat Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) 2012 di Peringkat Parlimen Ampang di sini Sabtu lalu.

Dalam laporan akhbar semalam, Mohamad Ezam mendedahkan bahawa Ketua Pembangkang tersebut pernah merayu kepada Abdullah agar membawanya masuk ke dalam UMNO semula selepas keluar dari penjara.

Mohamad Ezam memberitahu, apa yang didedahkan olehnya itu adalah 'kisah mengenai siapa itu Anwar' kepada umum supaya rakyat mengenali bahawa Ketua Pembangkang tersebut tidak mempunyai prinsip dalam hidupnya.

Kata beliau, Anwar sanggup melakukan perkara seperti itu kerana tidak mahu Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri di negara ini ekoran bimbang niat jahatnya diketahui umum.

''Anwar itu pernah bekerja dengan Najib, dia tahu macam mana Perdana Menteri bekerja, dia tahu kemampuan pemimpin kita ini. Mana nak dapat seorang Perdana Menteri hanya dalam tempoh tiga tahun mampu melakukan pelbagai transformasi untuk rakyat dan negara,'' katanya.

rujukan : utusan online

Jumaat, 11 Mei 2012

6 NGO serah bunga kepada polis



SUBANG JAYA 11 Mei - Seramai 70 ahli mewakili enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan kalungan bunga sebagai penghargaan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini hari ini.
Mereka turut menyelar tindakan ganas peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang mencederakan pasukan keselamatan dan petugas media pada perhimpunan 28 April lalu.

Enam NGO yang menyerahkan kalungan bunga itu antaranya adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Pengguna Cina Subang Jaya dan Persatuan Kebudayaan dan Sosial Wanita India Selangor. _ UTUSAN

Selasa, 8 Mei 2012

JAWATAN KOSONG FELDA



 Tawaran Jawatan Kosong


Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-

Jawatan : Penyelia Tanah Rancangan
Kaedah Permohonan : Permohonan secara online melalui aplikasi e-jobs

Muat turun lampiran untuk keterangan lanjut


atau klik 


TARIKH TUTUP 

28 MEI 2012

Terima Kasih FELDA, Saya Anak FELDA


Terima Kasih Felda, itu jer yang mampu aku luahkan... RM 15,000 yang diterima berupa durian runtuh yang ditunggu-tunggu peneroka sejak diumumkan PM dalam BAJET yang dibentangkan tahun lalu. Saya sebagai anak yang dibesarkan dari hasil titik peluh dan duit hasil peneroka sangat berbangga..

Alhamdulillah, syukur pada Allah s.w.t atas rezeki yang dilimpahkan.. Sumbangan peneroka wati dalam Felda juga tidak kurang hebatnya.. aku akui selain dari penat mendidik anak dan membesarkan mereka aku percaya mereka ini turut ke ladang atau kebun untuk membantu suami. Sumbangan jenerasi kedua juga sangat dihargai... Walaupun nilai durian runtuh ini dibahagi kepada tiga bahagian, mungkin ada anak-anak peneroka generasi kedua dan ketiga, lebih senang untuk memberi kembali duit yang diagihkan kepada ibupaba mereka sebagai hadiah kecil diatas pengorbanan ibu bapa mereka.. 

Mengimbau kembali bagaimana betapa penatnya orang tua saya membanting tulang,sangat sedih dan kesian melihat betapa susahnya mengerah keringat mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak. 

Selepas berhenti daripada perkhidmatan ATM abah saya bertekad untuk masuk FELDA walaupun Emak berkeras untuk tidak mahu masuk ke FELDA kerana bimbang tentang kesusahan yang bakal dihadapi, tapi akhirnya Emak berjaya dipujuk Arwah Tok Ayah saya untuk masuk ke FELDA dan hasilnya sehingga hari ini sangat membanggakan.

Apa yang menariknya tentang keluarga saya dan FELDA ialah :

1. Tok Ayah Saya Peneroka Felda Keratong 4 Rompin Pahang.

2. Abah saya Peneroka Felda Kumai, Bera Pahang.

3. Adik saya Kakitangan Felda (SDA), Felda Jengka 8, Jerantut Pahang
dan
3. Bapa Mertua saya Peneroka Felda Pasir Besar, Gemas Negeri Sembilan.

Saya anak FELDA, dan saya bangga jadi Anak Felda. 

Selasa, 1 Mei 2012

Perusuh pukul polis macam mahu membunuh - Saksi

Perusuh pukul polis macam mahu membunuh - Saksi

Rujukan :  Utusan Malaysia Online

KUALA LUMPUR 30 April - Atas dasar kemanusiaan, jurukamera TV Al-Hijrah, Mohd Azri Mohd Salleh mengetepikan keselamatan diri dan membantu seorang anggota polis yang diserang sekumpulan peserta perhimpunan pada Sabtu lepas. Akibatnya beliau sendiri menjadi mangsa serangan kumpulan “pengganas" terbabit sehingga terlantar di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur dengan 15 jahitan di kepala, selain lebam di beberapa bahagian badan.

Menceritakan pengalamannya kepada Bernama, di sini hari ini, Mohd Azri berkata, beliau sedang membuat liputan di hadapan kompleks membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira 4 petang apabila melihat peserta perhimpunan membaling pelbagai objek ke arah sebuah kereta polis.

"Mereka baling macam-macam termasuk batu menyebabkan kereta terbabas dan langgar tembok Sogo. Mereka kemudian serbu kereta itu dan menyerang anggota polis di dalam kereta tersebut.

"Mereka serang bertubi-tubi. Saya tengok anggota polis itu sudah pengsan jadi saya datang untuk leraikan sebab saya takut mereka akan terus pukul sampai dia mati," katanya.

Akibat tindakannya itu, kumpulan perusuh terbabit menyerang dan memukulnya bertalu-talu sekalipun beliau sudah terjatuh termasuk ada yang menggunakan topi keledar.

Mohd Azri berkata beliau akan membuat laporan polis selepas ini dan tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.

Ini kerana katanya, rakaman wajah individu berkenaan berjaya diperolehinya.

Mohd Azri juga berkata kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus memberi liputan terbaik dalam sebarang situasi termasuk ketika keganasan pada hari berkenaan. - BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...