Ahad, 31 Oktober 2010

Disiplin!!! Susah sangat ker???

BERIKUT ADALAH KAEDAH PALING MUDAH UNTUK DISIPLINKAN DIRI SEKIRANYA SUKAR UNTUK MEMATUHI DISIPLIN.



TAPI YANG PALING PENTING JADUAL INI JIKA ANDA SUSAH NAK DISIPLIN KAN DIRI.


cubalah la eik... Insyallah dengan sedikit kesungguhan ianya pasti berjaya.....

~ ( untuk SM juga ) ~



















Kesan dan Korban MERAPI

Intro 

Gunung Merapi

Merapi adalah nama sebuah gunung berapi di provinsi Jawa Tengah dan Yogyakarta, Indonesia yang masih sangat aktif hingga saat ini. Sejak tahun 1548, gunung ini sudah meletus sebanyak 68 kali. Letaknya cukup dekat dengan Kota Yogyakarta dan masih terdapat desa-desa di lerengnya sampai ketinggian 1700 m. Bagi masyarakat di tempat tersebut, Merapi membawa berkah material pasir, sedangkan bagi pemerintah daerah, Gunung Merapi menjadi obyek wisata bagi para wisatawan. Kini Merapi termasuk ke dalam kawasan Taman Nasional Gunung Merapi

Lagi entang Gunung Merapi : Link >>

Antara kesan dan Mangsa Korban Gunung merapi...










 sumber : En. Google, Al Jazeera, Wikipedia

Kemalangan Genting Sempah 2

Pemandu bas tiada lesen memandu

2010/10/31: Berita Harian

KUALA LUMPUR: Tragedi yang meragut nyawa tujuh remaja manakala 17 lagi parah dalam kemalangan di Kilometer 38 Genting Sempah, Lebuh raya Karak, malam kelmarin membongkar rahsia pemandu bas berusia 40 tahun itu tidak mempunyai lesen memandu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Superintendan Che Husin Omar, berkata pemandu bas yang patah kaki serta cedera di muka itu dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan kini ditahan untuk siasatan lanjut
“Semalam ketika diambil keterangan, pemandu pertama bas itu mengaku mempunyai lesen memandu tetapi apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan pemeriksaan, didapati dia tidak mempunyai lesen,” katanya ketika dihubungi semalam. Che Husin berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara berbahaya yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


“Polis percaya wujud unsur kecuaian pemandu bas yang memandu laju dan menyiasat sama ada wujud rekod kesalahan lampau.

“Kita juga akan memeriksa kotak hitam bas untuk mengetahui punca kemalangan sebenar selain akan merakamkan percakapan kedua-dua pemandu dan penumpang bas berkenaan,” katanya.

Dalam kemalangan itu, bas rombongan yang dinaiki 44 ahli Belia 4B Kampung Baru Siong, Baling, dilaporkan hilang kawalan ketika menuruni Genting Highlands.

Sebelum itu, pemandu kedua, Abdul Ghani Ahmad, 56, memandu ketika menaiki pusat peranginan berkenaan dan bertukar giliran apabila bertolak ke Kuala Lumpur.

Sementara itu Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata pihaknya menunggu laporan penuh siasatan kes kemalangan itu sebelum mengambil tindakan terhadap pemilik bas, Syarikat Taipan Suria Sdn Bhd.

Dipulau Kerana Tudung

ANKARA 30 Okt. - Ketua-ketua tentera Turki memulaukan upacara rasmi di Istana Presiden kerana isteri Presiden Abdullah Gul memakai tudung.

GUL dan Hayrunnisa bergambar bersama semasa majlis resepsi
Hari Republik di istana beliau di Ankara, kelmarin. - REUTERS

 Akhbar hari ini melaporkan kepimpinan tertinggi tentera dilihat tidak menghiraukan majlis sambutan anjuran Abdullah lewat semalam bagi meraikan ulang tahun penubuhan Turki moden dan sekular pada 1923.

Menurut laporan akhbar, pihak tentera mengadakan satu majlis berasingan pada waktu yang sama sebagai alasan bagi jeneral-jeneral tidak memenuhi jemputan Abdullah.

Pembangkang utama berfahaman sekular, Parti Republikan Rakyat (CHP) turut menolak pelawaan Abdullah.

Wanita Pertama Turki, Hayrünnisa Özyurt, memakai tudung sejak zaman remaja lagi.

Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan mengecam pemulauan itu. Isteri Recep Tayyip turut memakai tudung.

Jeneral-jeneral tentera menganggap tudung sebagai ancaman kepada tradisi sekular Turki dan menentang sebarang kelonggaran kepada pengharaman pemakaiannya di sekolah dan bangunan kerajaan. - AFP

SM-Kat Malaysia ada "orang" berbangga sebab tak bertudung...

Lagi mengenai TURKI : http://id.wikipedia.org/wiki/Turki

Republik Turki (bahasa Turki: Türkiye Cumhuriyeti) disebut Türkiye (bahasa Turki: Türkiye) adalah sebuah negara besar di kawasan Eurasia. Wilayahnya terbentang dari Semenanjung Anatolia di Asia Barat Daya dan daerah Balkan di Eropa Tenggara. Turki berbatasan dengan Laut Hitam di sebelah utara; Bulgaria di sebelah barat laut; Yunani dan Laut Aegea di sebelah barat; Georgia di timur laut; Armenia, Azerbaijan, dan Iran di sebelah timur; dan Irak dan Suriah di tenggara; dan Laut Mediterania di sebelah selatan. Laut Marmara yang merupakan bagian dari Turki digunakan untuk menandai batas wilayah Eropa dan Asia, sehingga Turki dikenal sebagai negara transkontinental.

Sabtu, 30 Oktober 2010

Gambar Kemalangan Genting Sempah

Berikut antara gambar-gambar yang di Himpunkan dari beberapa Media Elektronik


MALANG...bas yang terbalik di susur masuk ke Genting Highlands.
MALANG...bas yang terbalik di susur masuk ke Genting Highlands. - hmetro 

MALANG...anggota bomba mengangkat seorang mangsa yang terbunuh.
MALANG...anggota bomba mengangkat seorang mangsa yang terbunuh. - metro

TRAGEDI MAUT bas pelancongan yang terbabit dalam kemalangan setelah terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah di Pahang, kira-kira 7.50 malam tadi. Seramai tujuh maut manakala 21 lagi penumpang cedera. – BERNAMA
KEADAAN bas yang terbalik di susur masuk ke Genting Highlands, malam tadi.
- utusan
Utusan


Takziah pada keluarga mangsa yang tekorban, Al-Fatihah....
 


Jumaat, 29 Oktober 2010

Lagi Bas Kemalangan 6 Maut


6 maut bas jatuh gaung dekat Genting Sempah


2010/10/29

KUALA LUMPUR: Enam maut apabila sebuah bas persiaran terhumban ke dalam gaung berhampiran terowong Genting Sempah, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, lewat petang tadi.

Beberapa lagi penumpang dilaporkan cedera.


Bas berkenaan membawa 44 penumpang ketika nahas itu.


tunggu berita selanjutnya.....

Kecoh betulla....

Mana tak kecohnya, kat rumah SM nie, memang penuh dengan keluarga wife SM yang baru sampai dari Negeri Sembilan..

Ha.... Sebut nama Negeri Sembilan mesti kawan-kawan tahu sebab apakan? Masing-masing bersemangat waja untuk menuggu hari esok. Semangat kesukanan memang sesuatu yang baik. Bagi SM kalah menang tak kisah  dan tapi semangat yang penting, bukan kita dapat apapun....

Harap sesuatu yang baik bakal berlaku esok, selamat pergi stadium selamat balik dari stadium... Rumah SM belakang Bukit Jalil Jer.....

Untuk peringatan semua... Tengok bola tengok jugak... surau ada kat stadium tu.. ok... selamat menonton...

Memperkenalkan... blogger tut....

Salam... petang nie SM (Segalanya Mungkin) nak certa pasal kawan blogger yang rajin bagi komen kat blog SM nie..  Nama dia Zulkifli Sa'don

Zulkifli Sa'don
gambar profile pic : kat facebook zul
Zul juga mempunyai Group Facebook untuk kita berkongsi2 link n new post kita kat sana.
Gerila Penulisan Kreatif
Gambar Profile

SM memang puji dia.
Dia memang banyak bagi support n komen..  bagus memang rajin.. 
 memperkenalkan blog Zul, ada dua tau..







 

terima kasih dari SM




Hukum Menutup Aurat


Allah S.W.T mewajibkan kepada orang Islam lelaki dan perempuan supaya memelihara aurat dan mengawal pandangan daripada melihat perkara-perkara yang tidak diharuskan bertujuan untuk menjaga kehormatan diri masing-masing, selaras dengan firman Allah dalam Surah An-Nur ayat ke 30 & 31.
Ayat tersebut juga menekankan bahawa, perempuan Islam tidak dibenarkan menunjukkan perhiasan diri mereka kepada lelaki Ajnabi.
Pengertian Aurat
Aurat dari segi bahasa adalah sesuatu yang mengaibkan. Dari segi istilah pula merupakan bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan bukan mahram atau Ajnabi.
Hukum Menutup Aurat
Hukum menutup aurat adalah wajib bagi lelaki dan perempuan Islam yang bertujuan untuk menjaga kehormatan diri.
Batas-batas Aurat
1) Aurat lelaki
a. Dengan perempuan mahram adalah diantara pusat dengan lutut.
b. Dengan perempuan bukan mahram adalah diantara pusat dengan lutut.
c. Dengan perempuan bukan Islam adalah diantara pusat dengan lutut.
2) Aurat perempuan
a. Dengan mahram lelaki adalah diantara pusat dengan lutut.
b. Dengan lelaki bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan.
c. Dengan lelaki bukan Islam adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
Sebab-sebab Diwajibkan Menutup Aurat
1) Menjaga dan memelihara kehormatan, kesopanan dan maruah diri.
2) Menghindarkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat.
3) Membezakan keperibadian orang Islam dengan orang bukan Islam.
4) Menggambarkan umat Islam yang patuh dan taat kepada perintah Allah.
Risiko Mendedahkan Aurat
1) Mendedahkan diri kepada fitnah.
2) Terdedah kepada pergaulan bebas.
3) Bagi perempuan yang mendedeahkan aurat, mereka terdedah kepada gangguan lelaki yang tidak bermoral dan berkemungkinan besar terjerumus ke lembah penzinaan.
4) Menggambarkan tahap kelemahan iman atau iman yang tidak mantap.
Hikmah diwajibkan Menutup Aurat
1) Memuliakan manusia sebagai makhluk yang paling istimewa.
2) Membentuk diri manusia supaya menjadi insan yang beradab.
3) Dapat mengelakkan diri daripada sebarang fitnah.
4) Melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan patuh kepada syariat Allah S.W.T.
Tutup+Aurat+Yg+Betul_Page_1
Tutup+Aurat+Yg+Betul_Page_2
Sumber :  Islamic Youth Association of Manipal
This entry was posted in

Kisah Anak di Malam Jumaat

Semalam jumpa kawan lama, lama betul tak jumpa.. 10 tahun ada agaknya... Soalan pertama yang di ajukan pada aku ialah.. " anak dah berapa" dengan senyuman aku menjawab "dua.. perempuan"...

Betul la dulu aku dengar orang tua-tua bercakap.. Nanti orang tak tanya berapa banyak harta kita, orang tak tanya berapa banyak kereta mewah kita. Orang tanya berapa anak kita... Harta yang paling bernilai dari segala harta yang ada. Anak....

Tak percaya cuba dengar bila mak ayah kita berjumpa dengan kawan-kawan dia.. mesti dia tanya... berapa dah cucu? Alhamdulillah.. ramai cucu eik... Dia bukan tanya berapa hektar dah tanah yang dikumpul... anak... cucu...

So, selagi boleh... tambah la anak.hehehe... jangan sampai dah tak boleh nanti baru nak cakap ruginya tak mengandung awal2... Tapi walaubagaimanapun aku nak tegaskan disini bahawa anak adalah harta yang tidak ternilai buat kita semua...  Sayangilah anak kita.. Jangan dera... Jangan buang atau campak2... Didiklah anak dengan baik.. ( untuk aku gak nie ) 

"JANGAN MACAM KETAM YANG BERJALAN BENGKOK, 
IA MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN LURUS"

lagi cerita di sini


Khamis, 28 Oktober 2010

Weh.... Bersalam dan Macam-macam


Gambar En. Google



Teringat masa duu-dulu, arwah Tok Ayah selalu pesan, "Sat g kalau ada tetamu datang salam, cium tangan.. kalau dia nak balik pun salam, jangan sombong"... Itulah pesan yang selalu  Arwah tokayah pesan....  
Sampai kami adik beradik dah jadi tabiat, kalau nak balik dari kampung untuk kerumah sendiri mesti nak salam dengan Tok Ayah, walaupun dimana Tok Ayah berada akan kami jejaki. Walaupun dimajlis keraian atau kenduri kendara. 
Kesibukan hiruk pikuk kenduri akan terhenti seketika. Semua mata tertumpu kearah kami yang bersalaman. Sampaiadayang berkata " abang hamid dan kak esah ( nama tok ayah ngan opah ) didik anak cucu macam mana? sampai macam tu diaorang hormat orang tua. Tok Ayah hanya tersenyum...

Salam nie yang mana yang betul? Salam Cium dengan Mulut/Hidung ker Dahi???? Yang aku tahu la... Istilah cium tu dengan Hidung..... kalau ngan dahi kita panggil cium gak ker? Salam pun dah bertukar corak dan bentuk..


Gambar hiasan dari en. google

Gambar hiasan dari en. google


Ada yang perlu kita betulkan.. betultak???

Ala.... Iklan Ribena

Apa yang ada dengan iklan nie.....




ada menda yang aku tak perasan masa mula-mula
skang baru tahu...

###################################

masa lemon berjumpa ribena ada bunga api.
bunga api tu kene burung dua ekor yang tak nak kawan ngan lemon yang lonely tu...
yang burung terpelanting kene bunga api tu aku tak perasan...
mungkin aku malas sangat nak layan iklan kot....

ps: lepas nie ada g iklan ribena yang aku tak perasan sesuatu..
ikuti kisah ribena 2 nanti.


Pagi-pagi Dah Nak Mengarut...

salam....

Adus mengantukknya... bila shift malam macamn nie la.. pagi orang bangun tido,  jap lagi kita bru nak tido.. apa apa pun selamat menjalani aktiviti dan kerja yang dirancang semalam yer... semoga semuanya berjalan lancar..

Yang nak pergi kerja berhati-hati dijalan raya dan juga semasa menggunakan p'kutan awam.
Kepada yang masih ada misi dan cita-cita teruskanlah perjuangan kalian hingga berjaya Insyallah.....
Ingat, besederhanalah dalam kehidupan... Cuba ingat lirik lagu "kian" mawi.

" apakah yang dikejar dalam hidupmu.. berkali ku kata padamu, kita singgah didunia yang sementara penuh tipu daya,yang kekal disana biarlah kita bersabar, usahlah hanyut terus terleka kerana dunia"

Kepada yang biasa berhadapan dengan masyarakat dan orang awam,
Senyum k.. senyum tu sedekah...
Sabar... Sabar itu sebahagian dari iman..
Yang penting Ikhlas.... jadilah ibadah....

"  JANGAN BERI RASUAH, 
KALAU TAKDA ORANG NAK BAGI, TAKDALAH ORANG NAK TERIMA 
DAN 
TAKDA LA RASUAH"


Apalah yang aku cuba merepek pagi nie kan?... Kepada blogger teruskan usaha anda untuk berblog dan menyampaikan maklumat.. Jumpa lagi..


Rabu, 27 Oktober 2010

Cerita Air Kencing

Masa baca entri BA Hapaaa ??? Lelaki tak guna ??? , BA ada memperkenalkan blog seorang AMOI entri dia Lelaki Tak Guna! Kalau baca nanti baru paham naper dia cakap macam tu…
aku dapat idea dari entri dia..  tapi aku nak cerita pasal Urin… Cuba baca .... aku percaya korang mesti ada dengar petua berkaitan air kencing nie kan???


Air Kencing ( Urin)

Sejak zaman dahulu kala, dalam kebudayaan cina kuno masyarakat tionghoa sering mendengar urin memberikan khasiat yang tersendiri walaupun dianggap kotor.

Berikut ini ada beberapa informasi tentang urin,semoga bermanfaat.

"Fungsi utama urin adalah untuk membuang zat sisa seperti racun atau obat-obatan dari dalam tubuh.

Anggapan umum menganggap urin sebagai zat yang "kotor". Hal ini berkaitan dengan kemungkinan urin tersebut berasal dari ginjal atau saluran kencing yang terinfeksi, sehingga urinnya pun akan mengandung bakteri. Namun jika urin berasal dari ginjal dan saluran kencing yang sehat, secara medis urin sebenarnya cukup steril dan hampir bau yang dihasilkan berasal dari urea. Sehingga bisa diakatakan bahwa urin itu merupakan zat yang steril

Urin dapat menjadi penunjuk dehidrasi. Orang yang tidak menderita dehidrasi akan mengeluarkan urin yang bening seperti air. Penderita dehidrasi akan mengeluarkan urin berwarna kuning pekat atau cokelat.

Terapi urin Amaroli adalah salah satu usaha pengobatan tradisional India, Ayurveda." [1]

"Dukun Aztec menggunakan urin untuk membasuh luka luar sebagai pencegah infeksi dan diminum untuk meredakan sakit lambung dan usus.
Bangsa Romawi kuno menggunakan urin sebagai pemutih pakaian.
Di Siberia, orang Kroyak meminum urin orang yang telah mengkonsumsi fly agaric (sejenis jamur beracun yang menyebabkan halusinasi bahkan kematian) atau sejenisnya untuk berkomunikasi dengan roh halus.
Dahulu di Jepun, urin dijual untuk dibuat menjadi pupuk.

Penggunaan urin sebagai obat telah dilakukan oleh banyak orang, diantara mereka adalah Mohandas Gandhi, Jim Morrison, dan Steve McQueen." [2]


SUMBER :

[1] http://id.wikipedia.org/wiki/Urin#Fungsi

[2] http://id.wikipedia.org/wiki/Urin#Kegunaan_lain

[3] http://en-gb.facebook.com/topic.php?uid=126324143509&topic=14585

Gambar Mayat Penjaga Kunci Gunung Merapi


Maridjan ditemui mati dalam keadaan sujud

27/10/2010 11:47am



MAYAT dipercayai penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan ditemui mati di dalam rumahnya di kaki gunug berapi tersebut di Jawa Tengah, Indonesia. - UTUSAN


YOGYAKARTA 27 Okt. - Penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan dipercayai ditemui mati di dalam rumahnya di kaki gunung berapi itu dekat sini dalam keadaan sujud.
Jenazah itu ditemui keadaan sujud dan mengadap kiblat dan kini ditempatkan di Hospital Sandjito.
Doktor hospital berkenaan, Kresno Heru Nugroho berkata, ciri-ciri fizikal mayat itu sama dengan Mbah Maridjan.
Pakaiannya juga, kata beliau adalah sama dengan yang diberi gambaran oleh keluarga warga emas itu.
Bagaimanapun jelas doktor berkenaan pengesahan hanya dapat dibuat apabila selesai ujian DNA.
Masyarakat Jawa mempercayai jurukunci merupakan orang perantaraan roh gunung berapi dengan masyarakat. - Utusan

Hurm... Apa eik..

Buat per la tu eik?? aku skang tengah melayan anak-anak yang kecik tengah tengok tv sambil mengomel apa ntah...bahasa budak 3 bulan.. dia je la yang paham agaknya.... Yang kakak pulak sibuk kedepan kebelakang, sekejap kacau adik, sekejap kacau umi masak.. hehehe... rajin betul nak menolong..Malam kang my bro in law nak tumpang tido.. orang bujang.. tak kisah nak pergi mana-mana pun... aku pun masa bujang-bujang dulu rajin gak berjalan-jalan nie...

Tiket Habis!!!!!!!!

gambar sumber : budakjengka19.blogspot.com
 melalui encik google




nak cakap pasal tiket ke final Piala Malaysia sabtu nie... Tiket di Seremban dan Kota Bharu sudah habis.... 
satu kampung telefon tanya pasal tiket nie... 

untuk makluman semua, 

setelah saya menghubungi Pengurusan Stadium sebentar tadi di talian 03- 8992 0888 tiket hanya akan dijual pada hari sabtu.....
(tertakluk pada perubahan, mungkin)

Hari sabtu bersesak-sesaklah anda untuk membeli tiket... 
Selamat berjaya..
This entry was posted in

mak pun kau nak tumbuk...

Kasihnya ibu membawa kesyurga.....tapi cuba baca metro online tajuk dia macam nie...


Tumbuk ibu sampai koma

KEMAMAN: Akibat berang dengan sikap ibunya yang dikatakan lambat membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya, seorang lelaki sanggup menumbuk muka ibunya itu sehingga terjatuh dan koma.


Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari di Kampung Mak Chili Paya, di sini, kelmarin, ibu malang itu yang juga seorang suri rumah mengalami pendarahan teruk di muka akibat kesan tumbukan kuat anaknya sebelum terjatuh dan mukanya tersembam pada meja kayu.

Lagi berita di sini

zalimnya... kesian, kalau marah sangat pun takkan la sampai macam tu...






Selasa, 26 Oktober 2010

LELAKI KENA TENGOK


sumber :Mingguan Wanita


Risiko kesihatan lelaki perlu beri perhatian

Kesihatan secara am melambangkan kesejahteraan fizikal, mental, spiritual dan sosial. Kesihatan mutlak lelaki berbeza dengan wanita walaupun dari segi keperluan asas ia lebih kurang sama. Lelaki mempunyai keperluan kesihatan yang tersendiri. Dari perspektif gender, lelaki memainkan peranan sosial yang mencabar seperti kedudukan utama dalam masyarakat dan juga keluarga.

Secara tidak langsung, ia membentuk sahsiah lelaki yang dikatakan sebagai ‘egosentrik’.Kajian menunjukkan lelaki sebenarnya terdedah dengan pelbagai risiko kesihatan dan penyakit. Jangka hayat lelaki kurang lima hingga enam tahun dari wanita.
Lelaki yang berumur 45 hingga 54 tahun tiga kali lebih kerap mati akibat serangan sakit jantung jika dibandingkan dengan wanita. Kadar kematian akibat penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis, penyakit buah pinggang, strok dan kanser lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita. Dari perspektif psikologi, lelaki lebih terdedah dengan tekanan dan terlibat dengan keganasan rumah tangga serta di tempat kerja.

Malah, sebilangan besar lelaki membunuh diri akibat tekanan menunjukkan jumlah lelaki yang mengalami masalah kesihatan mental semakin bertambah.

Dari aspek sosial, lelaki lebih terasing dari keluarga kerana komitmen pada pekerjaan. Ini mengakibatkan mereka tidak dapat bermesra dengan anak-anak dan isteri serta mudah terjerat dengan hubungan luar. Lelaki juga boleh mengalami kanser reproduktif seperti kanser pundi prostat dan kanser buah zakar.

Bagaimanapun, tidak banyak lelaki tahu mengenainya dan cara untuk mencegahnya. Oleh yang demikian memang wajar lelaki diberi perhatian dalam pengendalian kesihatannya melalui program-program tertentu. Cara ini dapat menggalakkan mereka menjalani pemeriksaan asas tentang kesihatan dan mendapat maklumat serta bimbingan tentang isu tertentu mengenai kesihatan mereka.

Selain itu, lelaki perlu peka dengan kesihatan diri. Mengetahui tentang tahap kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah dan pengambilan ECG sekiranya perlu untuk mengenal pasti keadaan jantung dan tahap kolesterol dalam darah.

Pemeriksaan buah zakar penting untuk mengetahui gejala kanser atau ketumbuhan buah zakar. Pemeriksaan pundi prostat dan ujian darah untuk mengesan penyakit pundi prostat dan tahap glukosa dalam darah untuk mengesan kencing manis. Kesemua pemeriksaan ini perlu dilakukan secara berkala. Sekiranya ada masalah, rawatan atau rujukan sewajarnya kepada pakar perubatan perlu dilakukan.

Di samping pemeriksaan kesihatan mereka perlu diberi pendedahan tentang penjagaan kesihatan melalui makanan dan cara hidup yang sihat. Ini termasuk pemakanan seimbang dan sihat, senaman yang sesuai mengikut umur dan kaunseling kesihatan secara kelompok atau pendedahan kepada ceramah kesihatan lelaki.

Kesuburan lelaki

Lelaki dengan ciri-ciri kesuburan mempunyai anggota reproduksi yang berfungsi dengan normal. Mereka mempunyai buah zakar yang menghasilkan sperma yang mencukupi dan salur sperma yang tidak terkandas. Selain itu, mereka juga dapat menyalurkan sperma tanpa sekatan semasa ejakulasi.

Pundi prostat, pundi seminal dan pundi cowpers yang berfungsi normal dapat menghasilkan air mazi yang mencukupi untuk menampung sperma dan zakar yang berfungsi normal. Pada masa yang sama, mereka dapat mencapai ereksi untuk disalurkan ke dalam faraj semasa persetubuhan dan keupayaan klimaks supaya air mani dapat dipancutkan ke dalam faraj.

Cabaran kesuburan lelaki ialah apabila lelaki itu tidak mempunyai sperma dalam air mani (azoospermia), tidak mempunyai bilangan sperma yang mencukupi atau tidak mempunyai bilangan sperma yang aktif atau yang berbentuk normal. Masalah kesuburan juga berlaku apabila lelaki itu tidak dapat menyalurkan zakar ke dalam faraj atau gagal mencapai ejakulasi. Kira-kira 40 peratus daripada lelaki mengalami masalah kesuburan. Jumlah ini dijangka meningkat kerana kurang kepekaan lelaki terhadap kesihatan kesuburannya.

sumber : Klinik Lelaki ( Mingguan Wanita )

Final Piala Malaysia


hurm... harga tiket final Piala Malaysia naik.... gerai makanan takda dalam stadium.... sok saper nak pergi tengok final jangan lupa bawak bakul berkelah eik... buat bekal..


 Macam-macam la "diorang" nie.  

This entry was posted in

Perempuan memang macam nie ker?

Salam satu Malaysia dan selamat tengahari, erm... kat opis nie suasana biasa jerk.. Nothing special... Kat TV sekarang dalam Wanita Hari Ini tajuk "Suami Buas".... Tapi aku bukan nak cerita pasal tajuk tu...

Aku nak cerita pasal kawan-kawan yang ada kat opis nie. adalah seoarang sahabat perempuan tu memang tak boleh kalau kita layan lebih perempuan dari department lain... terus nak cop kita nie ada hati la ngan pempuan tu... kita nie gatal la... ada ker macam tu. Cepat sangat buat kesimpulan...

Aku nie bukan la gila sangat pasal perempuan nie... Aku syukur dengan apa yang ada sekarang.. Alhamdulillah syukur... Insyallah minta Allah kuatkan Iman dan semangat aku...

Pagi nie macam mana?

hari nie keje shift pagi, so pagi-pagi mesti kene keluar rumah n tak boleh lewat.. bila dah bersiap, tiba-tiba... perut nak buat opoiment dengan tandas la pulak adus.. mcm mana nie, nanti lewat.. argh...... kene masuk jugak kamar kecil (tandas) nie.... 
lepas lepaskan hajat....
keluar rumah dah sangkut jem... adus....lewat lanie... sabo2.... akhirnya... Alhamdulillah berkat kesabaran sampai pun right on time...
dalam perjalanan, ada gak terfikir... bila lah aku nak pakai kete canggih dan terkinimacam diaorang semua eik???
tapi, pikir-pikir balik buat apa la aku nak tambah hutang, kereta antik yang aku pakai nie dah habis bayar, tak payah pening-pening nak berhutangkan?? senang... besederhana n tak payah cari masalah dengan berhutang kan.... Syukur.....

Isnin, 25 Oktober 2010

Sinopsis Drama Ulek Mayang -Lagenda TV3





Drama Ulek Mayang yang diadaptasikan daripada mitos Ulek Mayang bakal menemui para peminat Slot Lagenda mulai Isnin ini iaitu 25 Oktober 2010, Drama Ulek Mayang ini akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga khamis pada jam 4.30 petang di TV3.


Elly Mazlin yang terkenal dek suaranya yang lembut memang sesuai

memegang watak seorang tuan putri Mayang Sari.

Fezrul pula memegang watak Ali seorang nelayang (yang geli hati bila dia kata dia ashik teringat Elly ajer..oppp jatuh cinta di lokasi kot)..teringat watak dia dulu yang berlakon dalam drama patong cendana.

Pantai Teluk Bidara ini telah dipilih sebagai lokasi penggambaran drama Ulik Mayang.

Drama ini telah diarahkan oleh pengarah fofolur Rashid Sibir
(jangan ashik melalak dahlah kan beliau suka buat cerita air mata)

Penggambaran drama ini bermula pada 23 Julai lalu dan berakhir pada 9 Ogos 2010. Selain Pantai Teluk Bidara, Pantai Teluk Lipat dan Pantai Teluk Gadong turut dipilih sebagai lokasi penggambaran drama ini.


Antara pelakun Ulik Mayang Sabrina Ali. Seram gak bila Sabrina bercerita yang dia pernah mengalami gangguan semasa berlakon dalam drama ini.


Beliau memegang watak sebagai Putri Mayang Mengurai...
cantikkan bajuyang di pakai oleh beliau...

Sinopsis Drama Ulek Mayang – Slot Lagenda TV3

Ulek Mayang mengisahkan Ali (Fezrul Khan), seorang nelayan yang sering diganggu dengan bayangan Puteri di persisiran pantai. Namun, Ali hanya mendengar suara gurau senda tetapi tidak pernah melihat wajah si Puteri itu. Semakin hari bayangan Puteri itu semakin menghantui hidup Ali. Ali sentiasa pergi ke pantai untuk mencari Puteri. Malah, dia dapat merasa kehadiran Puteri dalam mimpinya kerana bilik tidurnya akan dipenuhi dengan bau wangian. Ibu Ali, Mariam (Mariani Ismail) semakin risau melihat keadaan Ali yang menjadi seperti sasau dan angau.


Sebenarnya, Ali telah bertembung dengan Puteri Mayang Sari (Elly Mazlein). Suatu hari, Ali telah menyeru nama Puteri Mayang Sari supaya dapat berjumpa. Pada kali pertama mereka bertentang mata, Ali dan Puteri Mayang Sari telah jatuh hati. Puteri Mayang Mengurai (Sabrina Ali) yang juga menyimpan perasaan terhadap Ali telah memukau mata orang sekelilingnya supaya melihat Sari sebagai hantu yang berwajah hitam dan menakutkan.



Percintaan Ali dengan Sari ditentang keras oleh Mariam kerana Sari dianggap sebagai hantu yang akan membawa mudarat kepada anaknya. Setelah Ali sesat dalam alam Puteri Mayang Sari, Mariam mendapat khidmat bomoh untuk mengadakan upacara pemujaan Ulek Mayang. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila Mayang Sari mengamuk semasa upacara tersebut diadakan. Apakah yang akan terjadi selepas ini?

Lagu Tema OST Drama Ulek Mayang dinyanyikan oleh Elly Mazlien iaitu “Kata Hati”, “Ulik Mayang” dan “Dari Kerana Mata”



Pengarah dan pelakon di temuramah dalam Wanita Hari Ini tadi.

 
Penggambaran drama ini juga di lakukan di Muzium Negeri Terengganu.

 
Bak kata Rashid Sibir kena tenguk dari mula hingga akhir..

kang tak faham kan sape yang susah..?
 
This entry was posted in

Sabtu, 23 Oktober 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...