Sabtu, 19 Januari 2013

Jumaat, 18 Januari 2013

2013 | Aku dah tukar

As Salam, akhirnya keluar juga aku dari cawangan ini.. Dah hampir 7 tahun aku terperap dalam nie dan berpuluh kali aku mohon pertukaran ke cawangan lain.. Alhamdulillah... syukur pada tuhan.. akhirnya permintaan aku diluluskan...

Semoga perpindahan ke Cawanagn baru memberi cahaya Hijrah dan meningkatkan motivasi untuk aku untuk terus berkhidmat demi AGAMA BANGSA DAN NEGARA.......

Khamis, 17 Januari 2013

2013

As-Salam, lama dah update blog... bukan bersawang lagi.. dah karat-karat dah.. Permulaan tahun 2013 dengan pelbagai perkara baru. Yang paling seronok ialah melihat anak Sulung aku Ainul Mardhiah mula bersekolah.. Erm.. keterujaan aku tak nampak sangat berbanding wife aku... Sangat teruja dengan anak nak sekolah.. Walaupun bersekolah Tadika kelas pra sekolah, Kakak pun sangat teruja.. Semuanya dah di senaraikan untuk masuk sekolah. "Abah, kakak nak beg princess.. bekal pensil princess.. pemadam princess.. pensil princess.. stokin princes.. bla..bla..bla.." Senyum dan aku cakap ok.... nanti kita beli yer..

Permulaan sekolah ada juga rasa risau, tapi bila balik sekolah dia ok n tak nampak pun mamacam takut n serik nak pergi sekolah esok.. Cuma kena bangun awal n hari pertama selepas balik sekolah TIGA jam kakak tidur lepas dia cakap..penat la g sekolah abah.. :-).. ( abah senyum jer.. )

Yang paling menyentuh perasaan aku bila dia mula balik dengan menyanyi dah mula memberi laporan harian segala xtvt sekolah... ini adalah saat yang paling membahgaian bagi aku bila AKU TERSENYUM SEORANG DIRI... dan terharu... Kakak..kakak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...