Sabtu, 30 Jun 2012

NAK TUNGGU APA KATA SUHAKAM TENTANG BERSIH 3.0


SUHAKAM mula siasatan awam terhadap perhimpunan Bersih 3.0 Khamis ini



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan memulakan siasatan awam Khamis ini terhadap insiden semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu. 

Setiausaha Suhakam, Rodziah Abdul, berkata terma rujukan untuk siasatan awam itu ialah bagi menentukan sama ada terdapat apa-apa pelanggaran hak asasi manusia terhadap mana-mana individu atau pihak semasa dan selepas perhimpunan berkenaan.
"Jika pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku, siasatan awam akan menentukan bagaimana pelanggaran itu terjadi, apakah arahan pentadbiran dan prosedur atau aturan yang menyebabkan pelanggaran tersebut serta individu atau agensi yang bertanggungjawab.
"Selain itu siasatan awam akan mengesyorkan langkah-langkah untuk diambil bagi memastikan pelanggaran itu tidak berulang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Sehingga 21 Jun lalu, Suhakam telah selesai menjalankan semakan ke atas penghujahan awam yang diterima daripada orang awam dalam bentuk dokumen, kenyataan dan rakaman video serta telah mengenal pasti saksi-saksi, katanya. 

Rodziah berkata Suhakam juga sedang menunggu maklum balas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menemu bual anggotanya yang bertugas semasa perhimpunan berkenaan. 

"Keputusan suruhanjaya untuk menjalankan siasatan awam terhadap dakwaan penggunaan kekerasan oleh pihak berkuasa semasa dan selepas perhimpunan dibuat selepas mengambil kira pemantauan suruhanjaya dan beberapa faktor lain yang berkaitan. 
"Ini termasuk penyerahan aduan, laporan dan memorandum daripada orang awam, kumpulan hak asasi manusia dan profesional serta kumpulan masyarakat sivil yang lain kepada suruhanjaya yang menggesa agar satu siasatan bebas dijalankan," katanya. 

Panel siasatan itu akan dipengerusikan oleh Naib Pengerusi Suhakam Datuk Dr Khaw Lake Tee, katanya. - BERNAMA

rujukan : BHONLINE

Doa selepas solat aku ....


Salam semua, hari ini aku nak share doa yang aku sentiasa baca selapas solat... minta tunjuk ajar kalau ada salah silap yer....


ALLAHUMMA SALLI WA SALIM ALA SAIDINA MUHAMMAD WA ALA ALISAIDINA MUHAMMAD SAIDIL AWALIN WAL AKHIRIN SALLIM WASSALLIMWARODIYAALLAHU TABAROKA WATA ALA ANKULLI SOHABATINARASULILLAHI AJAMAIN.

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. حَمْدًا يُوَافِيْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ. يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ
Alhamdulillahirabbil ‘alamin, Hamdan yuwafi ni’amahu wa yukafi u mazidah ya rabbana lakal hamdu kama yanbaghi lijalali wajhikal karimi wa’adzimi sulthanika

اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ
Allahumma Inna nas’aluka salamatan fiddin, wa’ afiyatan fil jasadi wa ziyadatan fil ‘ilmi, wabarakatan firrizqi, wa taubatan qablal maut, wa rahatan ‘indal maut, wa maghfiratan ba’dal maut.

اَللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِي سَكَرَةِ الْمَوْتِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ
Allahumma hawwin ‘alaina fi sakaratil maut wannajata minannari wal ‘afwa ‘indalhisab

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَ ذُنُوْبَ وَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا
Allahummaghfirlana dzunubana wa dzunuba walidaina warhamhuma kama rabbayana shigara.
YA ALLAH AMPUNILAH DOSA DOSA KAMI, & DOSA KEDUA ORANG TUA KAMI, SERTA SAYANGILAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA MENYAYANGI KAMI


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا
Rabbana Hab Lana Min Azwajina Wadzurriyatina Qurrata A'yunin Waj'alna Lil muttaqina Imaman
رَبَّنَا ظَلَّمْنَا أَنْفُسَنَا فَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
Rabbana Dzallamna Anfusana Fainlam Taghfirlana Watarhamna Lanakunanna Minal Khasirina

رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Rabbana Atina Fiddunya hasanatan wa fil akhirati hasanatan waqina adzabannari

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارَكَ وَسَلَّمَ
Washallallahu 'ala sayyidina muhammadin wa'ala alihi washahbihi wabaraka wasallam
 
سُبْحاَنَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ  وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ  وَالْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
نَسْأَلُكَ الإِجَابَةَ الْفَاتِحَةُ
Subhana Rabbika rabbil 'izzati 'amma yasifuna, Wasalamun 'alal mursalin walhamdulillahirabbil 'alamin, 
Nas'alukal Ijabah Al Fatihah...


Dah Dapat Berek...


Salam semua, akhirnya dapat juga aku duduk berek, dah lam mohon duduk berek sejak opis dah berpindah ke USJ nie,  Ulang alik dari Equine Park ke USJ nie masak juga la.

Sekarang belum berpindah lagi.. Insya Allah sebelum puasa kot.. Ermm.. kawan-kawan ada tak tips untuk masuk rumah baru?? biasanya yang aku dengar kena habiskan baca surah Al Baqarah sebelum masuk rumah untuk elak dari gangguan syaitan.. Berek tu sebelum nie berek bujang, hurm... tak tahu la macam mana keadaan nya nanti...  Harap-harap semuanya ok haha... Ok Wife sayang dah boleh kita pack sikit-sikit nie.... selamat berpindah untuk aku....

Selasa, 26 Jun 2012

Duit Kertas Baru...


Wang kertas Malaysia siri baharu dalam edaran mulai 16 Julai


KUALA LUMPUR: Wang kertas Malaysia siri baharu akan berada dalam edaran mulai 16 Julai, kata Bank Negara Malaysia hari ini.
Bank pusat itu berkata, selepas pengumuman awal pada Mei, ia sudah berbincang dengan beberapa pemegang kepentingan sepanjang beberapa bulan lalu untuk melicinkan pengenalan wang kertas siri baharu itu. 
Pemegang kepentingan termasuk institusi kewangan, kompleks membeli-belah, syarikat pengangkutan awam, syarikat telekomunikasi, penggendali parkir, pemilik kiosk pembayaran dan penggendali mesin tiket dan jualan, katanya.

"Pihak berkenaan harus mempercepatkan penentukuran dan pengubahsuaian untuk menerima wang kertas siri baharu untuk kemudahan orang ramai.

"Jika penetukuran mesin tidak disiapkan menjelang 16 Julai walaupun sudah diberi peringatan awal sekurang-kurangnya enam bulan, penyelesaian alternatif harus disediakan untuk orang ramai.

"Ini termasuk menyediakan kaunter tukaran wang atau kutipan tiket secara manual untuk kemudahan orang ramai," katanya dalam satu kenyataan.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri wang kertas baharu itu, orang ramai boleh menghubungi BNMLINK di 1-300-88-5465 atau 03-26988044 sambungan 7307/8658 atau emel kepada ncs@bnm.gov.my. - Bernama


Sabtu, 23 Jun 2012

Terharunya Abah....


Salam semua, anak adalah antara anugerah yang paling berharga dari  ALLAH. Aku anggap anugerah ini lebih berharga dari wang ringgit dan harta benda. OK pendekkan cerita, suatu hari aku demam teruk n terbaring jer. Badan sangat panas.. 

Masa tu isteri aku dalam pantang selepas lahirkan ank ketiga aku Ammar Rizky.. dalam sibuk-sibuk wife aku uruskan si Kecil comel Ammar, Ainul ( 3 1/2  tahun ) anak aku yang sulung mintak tisu basah satu dari wife uminya... 

Apa yang sangat membuatkan aku terharu ialah, Ainul lipatkan tisu Basah tu n letakkan atas kepala aku, owh aku terkejut, sangat terkejut... Terharu pun ada.. dia cakap, " abah demam yer..cian abah "

Benar,
Anak itu ibarat kain putih dan kitalah yang mencorak mereka.... 
Apa yang Ainul lakukan kepada aku biasa di lakukan oleh aku dan isteri bila dia demam...

Selasa, 19 Jun 2012

Cerita Aku Dan Lelaki Tua Itu..bhg 3


Kena baca CERITA 1 dan CERITA 2 dulu Sambungan.....

CERITA DALAM BILIK PAK AGUS


Seketika aku lihat Pak Agus Masih kelihatan seperti keluh kesah dengan dada yang masih terombak-ombak, tetapi aku tidak lagi melihat kelibat dua mahkluk yang aku lihat sebentar tadi. Aku sempat berpesan pada keluarga Pak Agus agar tiada yang melawat buat seketika.

Aku dan Tok Cik mula membacakan beberapa potong ayat -ayat suci al-quran dan hembuskan kearah badan  Pak Agus... Sesekali dalam keadaan Pak Agus yang sedang nazak itu matanya melirik tajam kearah aku....

Pantas aku bacakan sekali lagi Ayatul Kursi... kali ini aku tiup kedalam telinga Pak Agus.. Kali ini Pak Agus mengeluarkan suara " panas..panas" walaupun sebutan itu kurang jelas..ianya di sebut berulang kali... setelah diamati ianya bukannya suara sebenar Pak Agus... Aku pasti Pak Agus ada pendampingnya... Aku segera berbincang bersama Tok Cik dan keluarga Pak Agus yang berada disitu... Aku memberitahu yang aku tak berupaya menyelesaikan masalah dan penderitaan Pak Agus yang sedang nazak.. Aku nasihatkan supaya keluarganya mencari orang yang lebih tinggi ilmunya dalam ilmu perubatan Alternatif dengan segera. Setelah diterangkan kepada mereka, mereka faham dan berterima kasih kepada aku..

Akan tetapi hati aku masih belum tenang, aku merasakan seperti ada sesuatu yang sentiasa mengekori aku. Aku pasti ianya adalah salah satu makhluk yang aku lihat tadi... Ya Allah ampunkan lah dosa orang tua ini.. Aku segera beredar, badan aku terasa lemah, lemah seolah-olah seperti orang yang kehilangan tenaga...  dalam perjalanan aku balik kerumah, wajah orang tua tersebut sentiasa berada didalam bayangan fikiran aku... sesekali aku merasa pening dan mual... dalam hati aku sentiasa berzikir... 

Apabila aku sampai dirumah aku sempat terlelap kerana keletihan... baru lima minit aku tidur aku di kejutkan dengan mimpi yang sangat dahsyat.. Pak Agus datang kedalam mimpi aku dalam keadaan yang mengerikan... menakutkan... dangan bau badan yang berbau busuk... Ya Allah.... aku berasa sangat takut... Pak agus dengan nada yang sangat kasar menengking aku... sesekali seakan merayu...merayu agar aku menerima bungkusan yang ingin ia berikan kepada aku... Kerana takut dan terkejut aku tersedar...

Selepas aku bangun, aku segera keluar dari rumah aku dan niat aku untuk berjumpa kawan aku yang berada di Sepang.. Kawan aku seorang ustaz lulusan Mesir...Pada hemat aku, aku pasti dia akan ikhtiarkan sesuatu untuk aku..... 

sambung yer.... 


Selasa, 12 Jun 2012

SUHAKAM terima email aku


Salam semua, satu lagi email yang aku terima dari Surahanjaya Hak Asasi Manusia SUHAKAM, aku telah hantar beberapa aduan tentang keganasan yang berlaku semasa perhimpunan haram baru-baru ini, aku nak SUHAKAM meneliti secara terperinci akan keganasan yang berlaku semasa perhimpunan di adakan dan beri maklum balas... setakat ini aku dah terima email yang menyatakan aduan aku telah diterima...

Tuan,

ADUAN KEPADA SUHAKAM

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ingin mengesahkan penerimaan aduan yang tersebut di atas.  Perkara yang dibangkitkan akan diambil perhatian yang sewajarnya.


Sekian, terima kasih.


HAK ASASI UNTUK SEMUA




t.t
(SIMON A/L KARUNAGARAM)
Ketua Penolong Setiausaha
Kumpulan Aduan, Inkuiri Dan Pemantauan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia




Dia Cuba Nak Ceroboh Email Aku.. Hurm..

Google Products

dari jauh nak masuk email aku nie,,,, cepat2 tukor password..

Mohd,
Someone recently tried to sign in to your Google Account, nirzashah@gmail.com. We prevented the sign-in attempt in case this was a hijacker trying to access your account. Please review the details of the sign-in attempt:
Saturday, June 9, 2012 1:44:31 AM GMT
IP Address: 180.243.78.87
Location: Jakarta Capital Region, Indonesia 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...