Isnin, 31 Januari 2011

Ahad, 30 Januari 2011

Saya Mohon Maaf | SHAHAZRIN. COM






Salam semua, di kesempatan ini saya ingin memohon maaf sekiranya saya ada melakukan kesalahan kepada saudara saudari tanpa saya sedari. Andai tiada esok untuk saya, maafkanlah saya yer..

Sebenarnya entri ini ditulis untuk saya memohon maaf  kepada kawan-kawan yang telah dan akan melangsungkan perkahwinan atau pun perjumpaan mahupun re- union.. Tugas sebagai anggota keselamatan yang perlu bertugas mengikut jadual syif amatlah membataskan pergerakan saya seharian. Tugas dan khidmat pada Negara , Agama dan Bangsa perlu diutamakan. Cuti yang diambil perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk saya meluangkan masa yang terbatas bersama keluarga saya juga keluarga mertua.

sekali lagi saya memohon maaf sekiranya kegagalan saya untuk memeriahkan majlis jemputan saudara-saudari. Sekiranya, saya ada kelapangan Insya Allah saya akan menghadiri majlis tersebut.. Sekian, terima kasih.

Wanita Malaysia diugut duda pemburu siber India

Wanita Malaysia diugut duda pemburu siber India

2011/01/30

Mangsa mohon bantuan polis, INTERPOL sekat gangguan

NEW DELHI: Seorang wanita Malaysia tidak menduga hubungannya dengan seorang duda di laman sembang internet November lalu, mengundang masalah besar hingga memaksanya mendapatkan bantuan Polis India dan INTERPOL bagi menyekat gangguan pemburu siber berpejabat di Bangalore itu.
Masalah itu dikatakan timbul apabila wanita berusia 40-an dan pekerja syarikat korporat di Kuala Lumpur itu membuat keputusan memutuskan hubungan mereka selepas menyedari lelaki itu cuba mengawal kehidupannya.
Akibat marah, suspek yang dipercayai bertugas sebagai perunding bebas teknologi maklumat dengan sebuah bank komersial terkemuka India, mula mengugutnya menerusi e-mel dan telefon.

“Saya dapat mengesan wujud kecenderungan luar biasa dalam pemikiran dan tindakannya yang bersifat mengongkong dan terus mem-buat keputusan untuk memutuskan hubungan dengannya. Ini menimbulkan kemarahannya.

“Dia kemudian mula menghantar e-mel penuh dengan maki-hamun selain mengugut melalui telefon. Lebih dahsyat lagi, dia turut menggodam ruang sembang internet, Facebook, e-mel pejabat dan e-mel peribadi saya untuk memburu saya selain mencuri alamat e-mel rakan sekerja, kawan dan saudara mara,” kata mangsa dalam suratnya kepada pejabat Konsul Besar Malaysia di Chennai, semalam.

Bimbangkan keselamatan dirinya, wanita itu memohon bantuan Pejabat Konsul Besar Malaysia bagi menyekat perbuatan lelaki itu dan salinan surat itu turut dikirim kepada BERNAMA.
“Saya tertekan apabila dia mengancam mengirim e-mel untuk merosakkan nama baik saya kepada lebih 100 alamat e-mel yang didakwa diperolehnya.

“Nampaknya, setiap pihak yang saya mohon pertolongan, tidak memberi sebarang bantuan walaupun mengemukakan bukti saya diugut,” kata wanita itu dalam suratnya.

Dia turut membuat laporan polis dan merujuk kesnya itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tetapi tidak mendapat sebarang jawapan positif.

Malah, wanita itu berkata dia sudah meminta bantuan Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur supaya menghalang lelaki itu daripada terus mengugutnya.

Seorang pegawai kanan polis bahagian jenayah siber India yang dihubungi, berkata oleh kerana kes itu membabitkan warga asing, mangsa perlu memfailkan kesnya melalui pihak berkuasa Malaysia

sumber : bharian

Pendatang asing berbasikal | SHAHAZRIN.COM


Salam berblog untuk semua, jangan tido lagi, blogwalking dulu.. tak tahu nak tulis apa dah nie. Oklah ada- satu jer nak share..  kalau kita lihat di kawasan perindustrian yang dibanjiri pendatang asing yang bekerja di sekitar kilang di sesuatu tapak perindustrian, pasti kita akan lihat kelibat warga asing yang dah semakin maju sekarang nie.. dah pakai basikal.  Dari berjalan kaki sehingga memilki kenderaan sendiri. Kerajaan tida halangan untuk mereka yang berbasikal sebab tak perlu guna lesen.

Tapi, gelagat majoriti penunggang basikal ini ibarat atlet lumba basikal bergerak bebas melanggar undang-undang dan peraturan jalanraya.Paling ketara semasa berada di persimpangan lampu isyarat dan menongkah arus.  Tak percaya cuba anda perhatikan kalau teserempak.. Ambil gambar dan buat satu entri macam saya nie..

Gambar saya tak dapat di muat naik kerana masalah kebal penyambungan , harap maaf. Apapun saya harapan saya dan doa saya agar mereka ini selamat ketika pergi dan balik dari tempat kerja demi mencari sebutir nasi. Akan tetapi keselamatan perlu diutamakan, bukan sahaja ditempat kerja ..begitu juga jalanraya..

next post: PERNAH ADA PENGALAMAN GURU YANG MEMBOSANKAN??

Sabtu, 29 Januari 2011

Apa Itu Glitterati Nuffnang | SHAHAZRIN.COM

Apakah dimaksudkan dengan “Nuffnanger Eksklusif”?

“Nuffnanger Eksklusif” merujuk kepada ahli blogger Nuffnang yang TIDAK mempunyai sebarang bentuk pengiklanan di dalam blog berdaftar mereka, sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pun pautan kepada mana-mana rangkaian pengiklanan yang berasal dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pengiklanan lain yang dianggap sebagai pesaing oleh pihak Nuffnang.

Bagaimana untuk menjadi ahli Glitterati Nuffnang?

Anda akan didaftarkan sebagai ahli Glitterati Nuffnang secara automatik sekiranya kesemua blog berdaftar anda tidak mempunyai sebarang bentuk pengiklanan sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pautan daripada mana-mana rangkaian pengiklanan dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pesaing Nuffnang. Sistem kami akan mendaftar anda sebagai ahli Glitterati secara automatik dalam tempoh 4 hari.
Sekiranya sistem kami dapat mengesan mana-mana blog berdaftar anda mempunyai sebarang iklan atau pautan yang menghubungkan kepada rangkaian pesaing Nuffnang, status keahlian Glitterati anda akan disingkirkan dalam tempoh 4 hari.

Terma dan Syarat:

* Program Loyalti ini dibuka kepada semua ahli Nuffnanger eksklusif, di mana "eksklusif" bermaksud ahli blogger Nuffnang yang tidak mempunyai unit iklan di dalam setiap blog berdaftar yang berasal dari rangkaian pengiklanan lain di Asia Timur Selatan, atau dari mana-mana rangkaian pengiklanan yang dianggap sebagai pesaing langsung oleh pihak Nuffnang.
* Tarikh keahlian Program Loyalti ini tidak dapat dianjak lebih awal bagi mendapatkan keuntungan semasa menyertai program tersebut.
* Status Glitterati anda mungkin hilang sekiranya sistem perangkak kami gagal untuk mengesan unit iklan Nuffnang di dalam mana-mana blog yang telah berdaftar di dalam sistem (contoh: akses blog dihalang, unit iklan Nuffnang anda digantung, atau komputer pelayan yang mengendali blog anda tergendala), atau sekiranya blog anda tidak menjana trafik untuk tempoh masa yang lama.
* Mana-mana ahli blogger Nuffnang yang didapati cuba untuk memanipulasi syarat dan terma program ini akan digantung keahlian untuk tempoh masa yang tidak ditetapkan.
* Nuffnang berhak untuk menghalang atau menggantung keahlian mana-mana ahli daripada menyertai Program Loyalti tanpa sebab atau alasan.
* Nuffnang berhak untuk menggubah terma dan syarat yang sedia ada. 
sumber : NUFFNANG

Apa Itu Nuffnang | SHAHAZRIN.COM

 
Nuffnang.com merupakan peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia-Pasifik.
Pelantar dalam talian kami membolehkan pihak pengiklan untuk menyiarkan iklan berasaskan grafik mahu pun video ke dalam lebih 100,000 blog pelbagai jenis pelantar.

Nuffnang.com kini mempunyai cawangan pejabat dalam 4 buah negara; Singapura, Malaysia, Filipina dan Australia.

Pasukan-pasukan di setiap pejabat kami giat berusaha menghubungkan jenama-jenama produk kepada para blogger kami. Di antara para pengiklan kami ialah Citibank, Nokia, Sony, Procter & Gamble, Nokia, Nike, Nestle, dan banyak lagi!

Selain pengiklanan berasaskan blog, kami juga membina reputasi kami dengan menjadi sebuah komuniti untuk blogger oleh blogger, menganjur dan menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar/bengkel kerja, parti dan lain-lain lagi.

Nuffnang telah menjadi tumpuan media akhbar utama seperti The Star, Malaysia dan The Sunday Times, Singapura selain media-media lain. Untuk senarai lanjut, sila rujuk di sini.

sumber : NUFFNANG

Nak tidur Macam mana nie | SHAHAZRIN.COM


Assalamualaikum.. Selamat pagi semua, mengantuknya..sebentar lagi tamatlah tugas aku pada pukul 0730 hrs.. balik nak tidur.. so selagi aku belum terjaga tak ada la entri baru yer. tapi rasa macam nak buat auto post jer.. tapi mungkin x lama kot.. Insya Allah kalau panjang umur tengahhari nanti aku update. mana lah tau dalam mimpi kang dapat idea pulak.. 

tengah pikirkan nak tidur denga gaya yang mana nie eik... boleh pilihkan tak?? 

1

2

3

4



Duduk saja pun NUFFNANG bagi duit | SHAHAZRIN.COM

Nak tebus ker tak nak..nak tebus ker tanak.. hehehe entri pagi-pagi nie sementara tak mengantuk lagi.. dan banyak iklan yang tamat tak tau nak tebus ker tidak duit yang tak sebera pa nie. Ini hanyalah rujukan untuk  catatan jurnal maya eik.. saper nak duit macam nie???

duduk saja..saper nak bagi

yang hari tu kat sini  <======

Follow yang terlampau | SHAHAZRIN.COM

salam semua, dah banyak sangat follow hari nie, dalam sesuatu masa bila kita dah terlebih follow akan keluar confirmation code macam nie ( lihat gambar di bawah ), dah jadi leceh la sikit.


Masa mula-mula dulu ingat memang nak follow kene masukkan kod dulu, tapi bila kita terlalu banyak follow blog orang kita akan bertemu situasi macam nie.. bleh jer lagi nak follow tapi bila tekan follow.. kena masukkan kod. so dah malas huhuhu.. 

aku rasa dah 1043 blog yang di follow, tapi terpulang la kalau nak follow balik ker tak... hehehe




Jumaat, 28 Januari 2011

Tolong..tolong..tolong...

salam semua, aku ingin memohong maaf jika aku tidak dapat berkunjung ke blog sahabat-sahabat semua. Aku ingin membuat kunjungan balas malam ini. Memandangkan aku akan berada di hadap komputer sehingga esok pagi. Aku bebesar hati kalau ada kawan-kawan yang baca entri ini dapat tinggalkan komen di entri ini untuk aku berjalan-jalan balik ke blog kalian.

google

Sehari dua ini aku dikerahkan untuk mencari balik stamina setelah aku tinggalkan dunia senaman selama hampir 6 bulan.. Fuhh lamanya x bersenam.. kesakitan melanda seluruh urat saraf dan otot.. tulun-tulun saper boleh tolong...

Huh..nak demam pun ada... apa pun aku tetap akan berblog...

Khamis, 27 Januari 2011

BEN ASHAARI BLOG | SHAHAZRIN.COM

BEN ASHAARI

Salam semua, Ben Ashaari nak buat refresh blog list.. saper nak join boleh terus klik blog

Sebagai memenuhi syarat yang telah ditetapkan ada beberapa persoalan yang perlu dijawab... apa eik?

Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari dan jumlah entri anda sehingga kini 
===> Hanya 487 entri setakat ini bermula MAY 2010. 
===> sehari dua atau tiga bila ada idea.. kalau blur xda langsung

Kenapa anda berminat nak berada dalam blog list BEN ASHAARI 
===> sebab  BEN kawan saya , hehehe
===> BEN antara penyumbang trafik tebesar. Sungguh aku menghargainya..

Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ?
===> nak bantu blogger yang perlukan bantuan atau mempunyai masalah dalam berblog. 
===> Kalau boleh nak jadi macam Program " ADUAN RAKYAT " membawa masalah orang lain untuk cuba diselesaikan. Kalau boleh la..

Kaya Toreh Getah | SHAHAZRIN.COM

RELA JAGA KEBUN GETAH: Ketua Platun RELA, FELDA Lubuk Merbau, Othman Shaari (kanan) bersama anggotanya memerhatikan Yusof Mat, 63, dan isteri, Zabidah Md Daud, 59, menoreh getah ketika mengawal persekitaran kebun getah di FELDA Lubuk Merbau, Kuala Nerang, yang menjadi tumpuan pencuri berikutan harga getah yang melambung tinggi.
Jan 27, 2011 5:59 am
sumber : Bharian

Fuh... mahalnya getah... kayo rayo pakcik.. nak cuti seminggu la.. balik kampung toreh getah hahah..sehari RM 200-300,  sebulan.. [ + / - ] wah....wah... wah... lebih gaji sebulan nie.. 

Untung la orang kampung, serba serbi untung nak tuan punya diri rajin dan malas jer.. Nak serai ambil kat tepi rumah.. nak daun pandan cabut jer kat pokok.. nak cili.. petik jer..  Kalau kat bandar nie.. semuanya di pasar borong. Daun limau purut nak pakai dua helai pun kene beli, apatah lagi limau purut.... Untungkan..

So bagi kawan-kawan yang duduk kampung kalau rajin. Insya Allah..rezeki ada di mana-mana. " Dimana ada kemahuan disitu ada jalan "

BAYI ATAS BONET | SHAHAZRIN.COM

Nasib bayi tak dibaham anjing

Nasib bayi tak dibaham anjing

SEREMBAN: “Nasib baik saya cepat sampai, jika tidak entah apa nasib bayi itu kerana ada anjing berkeliaran di situ,” kata anggota tentera, Nuramsya Adam Hadri, 22, yang menemui seorang bayi perempuan ditinggalkan atas bonet kereta di tempat letak kenderaan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), kira-kira jam 8.15 malam kelmarin.
Nuramsya Adam berkata, selepas menunggu seketika dia membawa bayi itu ke pondok keselamatan hospital berkenaan. 


Menceritakan kejadian itu, Nuramsya berkata, dia ke keretanya yang diletakkan berhampiran Pusat Rawatan Dialisis untuk pulang ke rumah selepas melawat isteri dan anak dimasukkan ke hospital kerana demam panas. 


“Sebaik tiba berhampiran kereta, saya terdengar tangisan bayi lalu melakukan pemeriksaan sebelum melihat bayi perempuan di atas bonet Perodua Kancil.

LAWAT...Zuliana (kiri) melihat bayi  yang ditinggalkan di  parkir HTJS, semalam.
LAWAT...Zuliana (kiri) melihat bayi yang ditinggalkan di parkir HTJS, semalam.

“Pada mulanya saya sangka ia ditinggalkan ibunya untuk sementara waktu di situ,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam kelmarin.


Menurutnya, dia membawa bayi itu ke pondok pengawal dan dinasihatkan menghantar ke hospital sebelum membuat laporan di pondok polis berhampiran. 


Ketua Puteri Umno Bahagian Rembau, Zuliana Mohd Ridzuan turut melawat bayi malang itu di HTJS. 



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai penemuan bayi berkenaan. 



“Ketika ditemui bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu berada dalam keadaan sihat dan kini ditempatkan di HJTS untuk tindakan lanjut,” katanya. 



Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.


sumber : METRO

Rabu, 26 Januari 2011

Ibu Bunuh Bayi | SHAHAZRIN.COM

Sumber : BERITA HARIAN

ANGGOTA polis wanita membawa mayat bayi yang dibunuh ibunya, warga Myanmar yang mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR). Bayi itu dipercayai dilahirkan kira-kira jam 9 pagi tadi di Batu 4, Kampong Jawa, di Klang, hari ini. - Foto Roslin Mat Tahir


sumber : METRO

TAHAN...suspek (kanan) dibawa anggota polis ke HTAR. Gambar kecil, Jamilah.

SHAH ALAM: Kejam apabila seorang ibu muda tergamak menikam bertubi-tubi bayi perempuan yang baru dilahirkannya sebelum mayat bayi malang itu ditemui dalam tandas di rumah panjang, Batu 4 1/2, Kampung Jawa di sini, semalam.
Mayat bayi cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari oleh sepasukan polis sejurus menerima panggilan kecemasan daripada jiran yang curiga dengan tindakan wanita itu berkurung seorang diri dalam rumah. 

Hasil siasatan polis mendapati, suspek berusia 23 tahun yang juga pemegang kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNHCR) dari Myanmar melahirkan bayi itu kira-kira jam 9 pagi sebelum membunuhnya dipercayai dengan menikam berulang kali menggunakan sebilah pisau. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, ketika polis tiba di rumah itu, bayi berkenaan sudah meninggal dunia, ditemui terbaring atas plastik dengan kesan tikaman di badan, manakala kawasan itu dipenuhi kesan darah.

Menurutnya, siasatan mendapati, ketika kejadian wanita itu berseorangan di rumah dan rumah sewa berkenaan dihuni tiga orang.

“Turut ditemui di tempat kejadian satu senjata tajam dan ia dirampas untuk siasatan lanjut.

“Wanita itu juga sihat dan dia bersama mayat bayi itu dibawa ke HTAR (Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengumpul bukti berhubung pembunuhan itu.

Difahamkan, suami wanita itu meringkuk dalam penjara sejak tiga tahun lalu dan ketika kejadian, ibu wanita terbabit berada di Thailand atas urusan peribadi. Wanita itu turut mempunyai seorang anak berusia tiga setengah tahun.

Sementara itu, adik wanita terbabit, Jumilah Salim, 17, yang tinggal berdekatan mendakwa, ketika kejadian dia sedang menonton televisyen dan tidak sedar apa yang berlaku di rumah kakaknya.

“Rumah saya dan kakak selang satu pintu saja dan saya hanya tahu kejadian itu selepas polis tiba dan orang mula datang serta ketuk pintu rumah kakak.

“Ketika kejadian anaknya bermain di rumah saya,” katanya yang menyewa di situ sejak 10 tahun lalu.

Sementara itu, jiran wanita terbabit, Mohamad Salim Nur Syuri, 35, mendakwa, sempat melihat wanita terbabit dan ketika itu kain dipakainya dipenuhi darah.

“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, kawan saya menghubungi polis,” katanya yang bekerja sebagai pencari besi buruk.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Selasa, 25 Januari 2011

Ben Ashaari Jadi Model | SHAHAZRIN.COM

Salam semua, TAHNIAH Ben... Akhirnya, yang ditunggu sudah tiba, Makin glamour la En Ben... Tapi nak ingatkan yang lain jangan cemburu yer.. Nanti keluarlah kenyataan yang berbaur macam dengki gitu. Mesti adalah kan?
Aku akan sentiasa menyokong BEN ASHAARI, yang dengki jangan marah yer. Nak tengok entri BEN keluar majalah kat blog BEN, MAT GEBU, LLGS

sumber : BEN

Touch n Go

Salam semua,orang kata dunia penuh sandiwara, dalam dunia blog pun ada ker... Erm.. macam-macam la...
Hangatnya Cinta... bercinta bagai nak rak.. heboh satu Malaya walaupun dihadiahkan satu batang aiskrim pop, last-last tak kemana pun. Antara jodoh seratan takdir atau balasan TUHAN?? tau lagu Suratan atau Kebetulan?? tak tau nanti cari yer.

Naka selitkan sedikit perkara yang bermain difikiran aku pagi tadi semasa perjalanan balik dari kerja. Perjalanan yang terpaksa menempuhi dua TOL, hehehe... Bila terpandang deretan kereta yang beratur untuk membayar tol, aku terfikir kenapa dia orang nak tunggu lama-lama nak bayar tol... Naper tak guna kaedah yang lebih mudah.. Hari-hari lalu dekat tol.. Buat apa syarikat konsesi tol buat lorong "SMART TAG"  mahal eik?? pakai la " TOUCH n GO" semua nie lebih menjimatkan masa. "Touch n Go" misalnya boleh guna kat KOMUTER, LRT, BAS dan macam-macam lagi. tapi kenapa kita nak beratur raba duit dalam poket... Hurm...

Blog Aku DiReview | SHAHAZRIN.COM

Salam semua, inilah kali pertama blog aku di review secara terbuka. Siap habis semua diselak.. Fuhh... Ok la. Tak payah buang masa nie la peminat blog aku no1... sebab apa akau kata no1 sebab dia lah pengomen terbanyak aku. Boleh dapat anugerah kasut emas kalau main bola. Blog aku direview di [sini ]. Blogger yang tukang review, MAMAT nie.

Terharu la beb, you r my best frenz la.. SM Benjamin, ada beberapa persoalan dari review tuan untuk saya jawab, Pertama tentang Sapaan tuan berkenaan review di shoutmix saya. Dah jawab la...mungkin Tuan tak perasan kot..


Satu jawapan yang tuan perlu tahu ialah saya baru keluar dari kawasan yang hanya di liputi GPRS atau lebih mudah kawasan tanpa coverage 3G ( susahnya nak cari signal berukband). Apa pun saya hargai keperihatinan Tuan... I like...

Untuk "QUOTE" yang ada di blog saya " setitis derita melanda, segunung kurniaan NYA ", sebenarnya ia lebih bekisar tentang kehidupan aku. Cuma aku tak cerita tentang kisah hidup aku terlalu detail sebab nanti takut disalah ertikan oleh pembaca dan mengolah entri kehidupan aku dengan point yang tak boleh diterima akal aku.Sebab ... ayat yang biasa kita dengar " korang xada ditempat aku ". Apa pun sekiranya ia memberi kesan yang baik untuk pembaca, jangan putus asa dengan secubit usaha...

Pasal header.... dan susur atur blog termasuk template..aku lebih sukakan yang simple.. mudah.. senang nak dilihat.. Jawapan yang paling mudah, apa yang ada di blog aku nie tak menyakitkan mata aku dan aku anggap ianya juga x menyakitkan mata orang lain. Baca kat entri INI

Kesimpulannya,  aku sangat terharu dengan review yang telah dibuat oleh SAHABAT aku nie. Rasa macam sangat dihargai. Aku berharap jika ada yang membaca entri aku sehingga kesimpulan ini, sila lah Follow blog dia yer.. Kalau nak minta di review bagi tahu tuan punya blog tu yer. Aku tak minta pun. Terima Kasih banyak-banyak..




Restoran tertinggi dunia di Dubai [ gambar] | SHAHAZRIN.COM

Dizzying: At.mosphere, on the 122nd floor of the world's tallest building, the Burj Khalifa in Dubai, is the world's highest restaurant


Salam semua, dah dengar pasal restoran tertinggi didunia? berikut adalah keratan akhbar dan beberapa gambar yang aku perolehi dari sumber google.


BERITA HARIAN


2011/01/24

DUBAI: Dubai menempa sejarah lagi apabila mencatat rekod memiliki restoran tertinggi dunia yang beroperasi di Burj Khalifa, bangunan pencakar langit tertinggi di dunia. 

Dinamakan "At.mosphere", restoran itu terletak di aras 122 di binaan tertinggi yang pernah didirikan di atas muka bumi, yang menakluki ruang angkasa Dubai.


Pada ketinggian 442 meter, restoran itu terletak hanya dua aras di bawah dek tinjauan luar Burj Khalifa iaitu "At the Top".


At.mosphere boleh memuatkan 210 tetamu dan mempunyai ruang legar yang luas dan mewah, dewan makan utama, bilik makan persendirian dan ruang pameran memasak. 

"Burj Khalifa berjaya menjadi satu keajaiban kehidupan. Pengwujudan At.mosphere memberikan satu pengalaman menikmati hidangan tiada tolok bandingnya," Mohamed Alabbar, Pengerusi Emaar Properties dalam satu kenyataan. 

Emaar adalah pemaju bangunan 828m Burj Khalifa yang menempatkan pelbagai kemudahan perniagaan, dan ruang bersantai serta kemudahan kediaman dan penginapan Armani Hotel Dubai dan Armani Residences. - BERNAMA 



Gambar.
sumber google


  

sumber : http://www.dailymail.co.uk :-

Dizzying: At.mosphere, on the 122nd floor of the world's tallest building, the Burj Khalifa in Dubai, is the world's highest restaurant

Room with a view: At.mosphere is an amazing 1,350ft from the ground and offers a staggering view of the emirate state

View from the fridge: At 442 metres At.mosphere is aptly named and this is what you will see while munching on your food or sipping on your tea

Grand opening: Marc Dardenne, CEO of the Emmar Hospitality Group claps as the staff of At.mosphere release balloons in front of the Burj Khalifa

Fine dining: The restaurant is decked out with mahogany-panelled rooms and cosy leather booths

Elegant: Another photograph shows the dining area, which can seat about 200 people at any one time



This entry was posted in

Isnin, 24 Januari 2011

Aku Dan Blog | SHAHAZRIN.COM


Salam semua, mengenali rakan blogger yang fikiran mereka di penuhi idea dan pelbagai cetusan idea yang dihasilkan untuk di nukilkan memberi inspirasi buat aku. Betukar-tukar pendapat dan pandangan juga memberi kritikan dengan gaya sopan dan berbudi bahasa membuatkan aku cuba sentiasa ingin memperbaiki gaya penuliasan untuk di sampaikan buat rakan blogger juga pembaca yang berkunjung di dalam jurnal maya catitan SHAHAZRIN.COM.

Shahazrin ialah nama sebenar aku, malas nak berselindung kerana tiada apa yang perlu aku takutkan. Permulaan berblog aku tak tahu nama apa yang sesuai untuk aku namakan blog ini. KBSM, Segalnya Mungkin... pening owh pening..... untuk menepati ciri-ciri nama yang mudah untuk blog ini dikenali ramai memang susah. Bila kita pilih sesuatu nama untuk blog mungkin dah ada nama blog yang kita pilih diguna pakai oleh blogger lain. Jadi, aku ambil keputusan muktamad, biar aku jadi diri aku jer senang. Nama blog nama aku. Gaya dan cara penulisan  serta  penyampaian ikut citarasa aku. Dan hasilnya inilah diri aku yang sebenar. Senangkan..

Apapun, menulis blog pada asalnya hanya suka-suka dah jadi hobi dan bertukar kepada minat sampai jadi rutin harian untuk menaip dan menulis apa sahaja yang terlintas dihati. Mengenali blogger-blogger yang sama-sama menjadi pencatit dalam JURNAL MAYA nie sungguh menyeronokkan. Blogger ini  mempunyai pelbagai idea dan juga mejadi pencetus idea untuk kita mengolah idea untuk dihasilkan dan diterbitkan dalam blog masing-masing.

Memilih perkataan JURNAL MAYA sebagai pengganti nama "BLOG" lebih memuaskan hati dan gaya penulisan aku. Aku ingin membuat catatan @ entri  bertujuan untuk mengabadikan idea dan penulisan aku dalam Jurnal Maya ini. Untuk blogger yang baru, selamat berblog pesan aku kalau boleh ikut jer cara kita sendiri dalam berblog kerana ianya lebih mudah. Selamat berblog.

Sabtu, 22 Januari 2011

Ragam Pilihan Raya

Selamat petang, rehat nampak.. Alhamdulillah.. sihat semua. Orang cakap kalau kita nie berniaga kedai makan, nak lagi yang baru bukak dan baru mula nak cari pelanggan setia,  jangan tutup atau cuti lama-lama nanti pelanggan lari. Ha.. macam tu juga blog kot. kalau blog kita sepi tanpa berita. dengan entri minggu lepas. Dengan berita yang dah tak hangat. Pengunjung setia pun lari la..


Ha.. apapun dengar cerita hari penamaan calon di Dun Tenang nampak Tenang xada kekecohan yang melampau macam piket Bantah Buku Teks Sekolah. Provokasi tu biasa la bila ada pilihan raya. Apa yang seronoknya tentang pilihanraya ialah pelbagai isu di bangkitkan oleh parti-parti yang bertanding dan ada kalanya isu tu tak logik dan tak boleh diterima akal. dengan pelbagai janji yang ditabur bagai nak bina Taj Mahal Malaysia.. Suara-suara merdu yang melaungkan janji seperti menanam tebu dipinggir bibir.


Apapun jangan kita jadi buta dengan politik, sehingga kita lupakan tali persaudaraan semangat kejiranan semangat perjuangan bangsa dan agama jangan sampai ada puak yang terbina dek jurang ciptaan kita sendiri senhinggakan ini kenduri part "tut" tak payah pergi.. Soalan kubur bukan PARTI MANA YANG KAMU SERTAI.. Tetapi AGAMA yang kita anuti... Wasaalam

Gambar Ihsan : Google

Cuti Lagi.... | Masak Lomak Cili Api

Salam semua, bersiaran secara langsung dari kampung.  Huhuhu.. berehat dikampung utuk menenangkan fikiran menceduk idea dalam kesegaran udara  kampung yang belum dijamah pencemaran yang dicabuli manusia.

Segar udara kampungkan? apa pun, ada pesanan untuk bakal pemenang ADUN TENANG.. Wah.. tiba-tiba berpolitik pulak..  Untuk sesiapa yang menang, berkhidmatlah dengan jujur ikhlas demi Bangsa Agama dan Negara. Untuk pengundi, tunaikanlah tanggungjawab anda untuk mengundi.

Dah join ker gegar bolg BEN ASHAARI. Siapa belum join, Sila layari WWW.BENASHAARI.COM.

Sekian buat masa ini, tongah nak menjamu selero masak lomak cili api mak mertuo den... jemput..jemput makan..

This entry was posted in

Rabu, 19 Januari 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...