Ahad, 29 Januari 2012

Nak Kaya Cepat???

Salam semua, ada tak antara kawan-kawan yang taknak kaya... mungkin dalam 10, 7 orang akan berkata ye..saya mahu kaya... dan kaya..kaya... hahaha.. ( sumbat )

Tapi bukan nak cerita pasal tips cepat kaya, kalau nak kaya biar kita kaya ilmu dan amal.. Cuma aku nak ambil kesempatan ini untuk memohon kepada anda semua tentang iklan atau tawaran untuk jadikan anda Orang Kaya baru dalam sekelip mata.. kekayaan takkan datang dalam sekelip mata.. Yer.. ' bulat takkan datang bergolek dan pipih takkan datang melayang "

Percayalah, janji manis dan kekayaan sekelip mata yang membolehkan anda mendapat keuntungan berlipat kali ganda adalah omongan kosong... apa yang pasti dalam kehidupan ialah DUIT...

D - DOA
U - USAHA
I - IKHTIAR
T - TAWAKKAL


Sabtu, 28 Januari 2012

JANUARI YANG BAKAL BERLALU


Salam semua, blog oh blog... dah dua hari bila x on blog nie, gatal sungguh jari jemari nie nak menyentuh papan keyboard.. bila note book buat hal dan penyelesaiannya aku kena tukar baru. Ini adalah salah satu punca untuk aku malas nak berblog dulu.. masalah tiada gadjet... apapun aku akan terus mencuba kerana ianya adalah minat aku.

Januari 2012 ialah permulaan tahun baru... walaupun semua berjalan dengan sedikit masalah, aku lalui juga. sebab apa yang aku tahu tuhan masih sayangkan aku dengan memberi ujian dan masih nak duga kesabaran dan keteguhan iman aku yang senipis kulit bawang nie. Kalau Tuhan dah tak bagi ujian untuk aku, maknanya Tuhan mungkin akan lupakan aku sampai bila-bila... Ya Allah,ampun kan dosa hambamu...  mintak jauh la. Aku tetap terima sagalanya dan bersyukur atas nikmat yang di anugerahkan NYA..

Jumaat, 27 Januari 2012

KOPIAH USANG

HIASAN GOOGLE

SETIAP PAGI KETIKA AKU MENGHIRUP UDARA SEGAR SELEPAS MENUNAIKAN TANGGUNG JAWAB SEBELUM TERBIT FAJAR, AKU MELIHAT SUSUK TUBUH LELAKI SEPARUH UMUR YANG SENTIASA DENGAN KOPIAH USANGNYA..  KEMANA PUN DIA PERGI AKU LIHAT DIA DENGAN KOPIAH USANGNYA. JIKA DILIHAT DARI PANDANGAN MATA KASAR, EKONOMINYA TIDAKLAH SEUSANG KOPIAHNYA. TIBA-TIBA TERLINTAS DI BENAK FIKARAN AKU, APALAH YANG ADA PADA KOPIAH USANG.. JIKA NAK DIBANDINGKAN APA YANG LELAKI  ITU LAKUKAN KETIKA IA TINGGALKAN SURAU SETIAP PAGI DAN SETIAP WAKTU...

Khamis, 26 Januari 2012

Jagung Manis tapi masam


Salam semua, malam raya cina lepas ada bawak anak-anak keluar nak tengok, kot2 ada orang main bunga api. Rancangan awal nak bawak jalan-jalan the mines, disebakan dah lewat Mines pun nak tutup, aku bawak jalan-jalan  Uptown di hadapan The Mines..

Aku tengok ramai peniaga melayu yang buka kedai kat sana. Bagus sangat la bagi peluang untuk meniaga kat orang tempatan terutamanya orang Melayu. Bila bab makan aku beli Sweet corn cup untuk anak-anak.. tapi sayang... rasa macam jagung semalam yang masam... adus... aku bebel jugak sorang-sorang...
Kalau nak berniaga pun biarlah ikhlas...

Kalau sakit perut orang nanti lagi susah. huhuhu, jangung manis dan jadi jagung masam.. terus nenbazir dan kena buang..

Rabu, 25 Januari 2012

Ben Ashaari dan Kekurangan Aku...


Kalau la korang baca segmen yang Ben Ashaari  buat petang tadi dan aku join macam kat sini
Sebenarnya tak da idea nak buat perbedaan pun, terlalu jauh nak bezakan dari mutu dan kualiti berbanding blog beliau.

Aku tak perlu kenalkan siapa Ben, semua blogger kenal, walau pun dah jumpa beberapa kali, masih banyak ilmu yang perlu di pelajari dar Ben. Korek la sikit2... kadang2 bila dia mula berbicara tentang blog dan teknik2 dalam berblog perlahan2 aku rekod apa yang dia cakap.. ( alamak dah pecah rahsia aku )
So, kalau nak bandingkan blog beliau dan blog aku.. jauh beb.. mungkin blog korang lagi baik dai blog aku...

Bagi aku kuantiti follower bukan pengukur pada bagus atau tidak blog seseorang itu. Blog kita wajah kita.. Apa yang kita tulis itulah gambaran tentang diri kita. Dari segi penulisan ada yang serius ada yang santai dan ada yang ntah apa2 mcm blog aku.. Begitu juga pembaca, ada yang suka tulisan yag berjela-jela tapi.. ada isinya.. ada pulak yang suka penulisan santai relaks dan sempoi...

Terpulang pada kita untuk tentukan blog kita nak di letakkan kearah mana.. 

Selasa, 24 Januari 2012

Dada Bidang Abah...


Salam, ini gambar my two pwincess dalam setahun lalu... hehe sajer mengulit kenagan silam...

anak-anak abah ( aku ) memang manje ngan abah.. sekarang kalau g kerja memang jenuh la umi nak pujuk, kalau boleh gayut kat kaki..dah lama gayut... 

Ainul n Aina nie memang kan lena kalau diletakkan atas dada bidan abah diaorang... kalau cuba2 nak tidurkan atas dada orang lain memang x jadi tido punya... patut la manjakan...kalau anak tido atas dada abah... abah nak tido atas dada saper :P

BLOG AKU LAGI BEST DARI BLOG BEN ASHAARI !!!!!!!!

BEN ASHAARI

SEGMEN NAK JOIN KLIK GAMBAR HEADER DIATAS

APA!!!! INGAT AKU TAK BERANI KER....

Ben suruh letakkan kelebihan blog dia berbanding blog aku... macam langit ngan bumi tu...

ok aku kan cuba cari kelebihan blog Aku berbanding blog Ben Ashaari.

1. Blog aku ada bunga-bunga... BEN, walaupun hatinya berbunga tapi kat blog xda bunga.

2. Blog aku, aku senaraikan pengomen yang top.. BEN takda.....

3. Blog aku lagi ringan dari blog BEN.... ( agak2 jer nie )

Lagi??? nanti aku pikir lagi kalau ada..... nak siap pergi kerja nie...


Hari Pertama Dating Dah Pegang Tangan


Salam semua, sempat hari ini keluar jalan-jalan kat taman depan PICC Putrajaya tadi.. Sambil mencari stamina dan senam-senam sikit sambil mata menjeling beberapa pasangan yang sedang bermanja-manja.

Hehehe... aku terfikir gak, bukan takat pegang tangan jer.. gesel-gesel macam badan ada kurap... gatal kot..
CINTA.. apa itu CINTA, macam-macam maksud dia kalau aku tanya orang.. Cinta yang paling abadi cinta pada hamba pada TUHANNYA...

Kalau dah hari pertama dating dah berani pegang tangan, hari kedua tangan naik kat pinggang hari seterusnya.... boleh pikir tak??? Kalau Boyfriend nak pegang tangan Jual mahal la sikit. Bukan boleh dijual beli dik oiii..x da jual kat pasar malam... Percayalah.. ibu bapa kita tak nak sesuatu yang buruk berlaku pada kita..

So aku harap, korang semua boleh pikir panjang yerk... terutama untuk adik-adik yang perempuan... 

Isnin, 23 Januari 2012

MUDAH.MY KENA CHARGE


Salam semua, aku baru tahu la, kalau nak iklankan di mudah.my sekarang dah kena charge rupanya... mungkin miss info agaknya aku nie... setiap iklan yang akan di keluarkan akan dikenakan bayaran 25 credit @ RM 25... credit boleh dibeli dengan harga RM 50 dan 50 credit dengan iklan da ianya mesti digunakan dalam tempoh 120 hari.... kalau kita nak buat satu iklan jer.. RM 25lagi burn la huhu..

KEMBAR SIAM RIAU MENINGGAL

n

Berita Harian

Bayi kembar siam Riau meninggal dunia


Salam semua, gambar yang diperolehi dari blog dari negara jiran. Bayi kembar siam Riau yang masih belum di beri nama ini akhirnya meninggal dunia. Pasukan perubatan di RSUD Arifin Achmad Pekanbaru telah mencuba sedaya upaya untuk  memberi rawatan. Kembar siam ini dikatakan berada dalamkeadaan tidak stabil sejak di masukkan ke Rumah Sakit berkenaan.

PENYAKIT LEPTOSPIROSIS (KENCING TIKUS)


Salam semua, hari ini aku nak kupas satu tajuk berkenaan penyakit merbahaya yang datamg dari binatang iaitu " TIKUS ".. Berikut akusenaraikan beberapa artikel berkaitan Penyakit LEPTOSPIROSIS @ KENCING TIKUS.




Jangkitan kuman kencing tikus atau leptospirosis yang jarang berlaku itu dipercayai menular daripada haiwan kepada manusia dan kebiasaannya terjadi secara kebetulan.

Menurut Pakar Perunding Veterinar, Dr. Intan Suriati Abdul Manaf, leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira sp. yang sangat tipis dan berbentuk pilin seperti mata gerudi.

Bakteria Leptospira juga boleh hidup dalam air tawar selama sebulan malah ia juga boleh membiak di air masin.

“Banyak haiwan yang boleh menjadi pembawa kepada bakteria Leptospira, tidak kira ia haiwan peliharaan seperti kucing, arnab, lembu, babi, kuda, anjing dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.

“Bagaimanapun, tikus dikesan sebagai penyebar utama bakteria ini kerana kitaran hidupnya yang suka makan dan tinggal di tempat kotor (menjadi tempat bakteria Leptospira membiak).

“Iklim negara yang lembap menjadi faktor terbaik kepada pembiakan bakteria ini. Malah, pada suhu sederhana ia boleh hidup lebih lama,” katanya.

LAGI TENTANG KENCING TIKUS : KOSMO


Apakah itu Leptospirosis?
Leptospirosis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh patogen genus Leptospira, yang boleh berjangkit secara langsung atau tidak langsung daripada haiwan kepada manusia.

Leptospirosis di Malaysia?
Leptospirosis di Malaysia telah dikesan buat pertama kalinya pada tahun 1925 oleh seorang saintis bernama Fletcher W. Setelah itu, para saintis telah membuat kajian yang lebih terperinci bagi menjejaki kes-kes Leptospirosis di Malaysia. Sebagai rumusan, para saintis mengumumkan bahawa penyakit Leptospirosis amerupakan endemik di negara kita pada waktu tersebut.

Kes pada tahun 1925 tersebut merupakan kes yang membawa maut (fatal case) yang disebabkan oleh bakteria Leptospirosis icterohemorrhagiae Fletcher W. juga telah mengenal pasti serotip-serotip lain daripada genus Leptospira di dalam sampel-sampel biologi daripada 21 orang pesakit. Pada tahun 1926 pula empat kes telah dikesan di Singapura (yang ketika itu masih sebahagian daripada Malaysia) oleh saintis Galloway. 

Pada peringkat awal penyakit ini dikesan di Malaysia, kebanyakan pesakit menunjukkan simptom demam kuning (jaundis), manakala dalam kalangan askar pula, simptom yang ditunjukkan adalah demam panas.

Bilangan kes dan kematian yang disebabkan oleh Leptospirosis pada waktu itu sangat membimbangkan. Para saintis telah menggelar penyakit ini sebagai penularan penyakit baru dalam kalangan masyarakat Malaya.

Mengikut statistik Kementerian Kesihatan, pada tahun 2006, sebanyak 527 kes leptospirosis telah dicatatkan, dan pada tahun 2007 pula, terdapat peningkatan kes sebanyak 929 kes dilaporkan.

Pada tahun 2010, negara digemparkan dengan berita kematian enam individu akibat Leptospirosis dan Melioidosis Hutan Lipur Lubuk Yu, Maran. Terbaru, sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tempatan, seorang anggota bomba merupakan korban terbaru penyakit ini, yang sekali gus menjadikan angka korban yang kelapan dalam sela masa kurang sebulan.


LAGI SAMBUNGAN DI : KONSUMER KINI
RUJUKAN : KOSMO dan KONSUMER KINI
FAKTA : Secara purata, dalam kitaran hidup seekor tikus betina, ia boleh bunting sehingga 28 kali dan melahirkan sehingga 170 ekor anak.

Ahad, 22 Januari 2012

Aku dan RASUAH Bolasepak.


Salam semua, hari ini entri pertama nak borak-borak pasal rasuah bola sepak. Aku sangat memandang serius tentang perkara yang melibatkan rasuah bolasepak.. Ini adalah antara punca jatuhnya mutu bolasepak tanahair.. Rasuah bolasepak juga  memberi kesan kepada penyokong yang menyokong sukan bola sepak.

Suatu masa dahulu aku akan di bawa ke stadium setiap kali ada perlawanan melibatkan pasukan Bolasepak PAHANG, aku lihat setiap kali perlawanan bolasepak stadium di penuhi dengan penokong.
Tetapi sejak satu perlawanan akhir tahun 1990an tak pasti dah tahun bila.. aku dah tak pergi lagi menonton di stadium bila ramai pemain bola sepak PAHANG, didapati bersalah dalam melibatkan diri dengan RASUAH bolasepak, ramai pemain telah ditukarkan dan penyokong mula hilang keyakinan pada pasukan PAHANG dan liga Bolasepak Malaysia. Sekarang PAHANG dah ok walaupun duduk LIGA PREMIER jer..

Tapi sekarang aku lihat sejak Malaysia menjuarai AFF Piala Suzuki dan berjaya mengekalkan emas sukan SEA, kebangkitan penyokog mula dirasai.. Dengan beberapa isu rasuah yang timbul akhir-akhir ini, aku harap semua ini apat di hentikan serta merta agar Liga Bolasepak Malaysia tidak lagi di pandang rendah oleh penyokong dan masyarakat. 

Sabtu, 21 Januari 2012

3 BULAN UNTUK KAJI SBPA


Perdana Menteri beri tempoh tiga bulan untuk jawatankuasa khas kaji semula SBPA, beberapa aspek perlu di kaji semula bagi memeuaskan hati semua yang terlibat dalam SBPA ini.  Antara yang dikaji ialah kenaikan gaji yang sedikit untuk mereka yang berada di bawah dan kenaikan gaji yang besar untuk mereka yang berada diatas dan bergaji besar.

Walaubagaimanpun, SBPA tetap berkuatkuasa pada 1 Januari 2012, kalau gaji SBPA bayar bulan 6??? BACKDATED lah.. huhu. Semoga jawatankuasa ini memberi keputusan yang adil buat semua pihak

SENYAP SUNYI, DAH BALIK KAMPUNG KER???

carian google

Salam semua, senyap sunyilah lembah klang malam nie. Ramai yang dah balik kampung. Tinggallah kami yang bertugas dan berkhidmat untuk negara mengekalkan keselamatan dan kententeraman awam. 

Nak tanya??? Semua pintu tingkap dah tutup n kunci ker??? Dah bagitahu jiran sebelah cakap nak balik???? Dah pergi balai polis isi borang kempen selamat balik kg?? ha, kalau belum boleh isi borang di balai yang berdekatan dengan rumah anda..Atau untuk mak lumat lanjut telefon balai yang berhampiran ok.

Apapun aku ucapkan selamat pergi dan selamat kembali. Semoga semuanya selamat. Insya Allah...


Jumaat, 20 Januari 2012

IZWAN PILUS MENINGGAL DUNIA


Ini berita yang baru aku terima IZwan Pilus Meninggal Dunia

punca kematian...
Sumber mengatakan, punca kematian Allahyarham ialah jangkitan kuman pada paru-paru atau jangkitan kuman pada darah (salah satu daripadanya). sumber - http://beautifulnara.com

di wall imam muda asyraf dan wall Izwan Azir Salleh TV3 Juga ada menyampaikan ucapan Takziah..


AL FATIHAH, SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DI TEMPATKAN BERSAMA ORANG YANG BERIMAN...

SEMAKIN RAMAI YANG BERANI LETUPKAN NAJIB



Salam semua, aku dapat dari blog seorang blogger kat sini, aku tak pasti akaun dia palsu atau sekadar spammer yang berlagak pandai... kalau betul akaun dia... hurm... cari nahas la budak nie... 506 KK la jawabnya.. gurauan yang tak berapa pandai... baca ni lagi....

Belajar... Jangan Main-main..



DAFTAR LEWAT KELAHIRAN, TIADA KOMPAUN LAGI DIKENAKAN


Bayaran kompaun  RM50 untuk daftar kelahiran melebihi 42 hari di kecualikan di selruh negara serta merta, pengumuman di buat oleh KSU Kementerian Dalam Negeri

Lagi berita : BERNAMA

ALAMAT DAN NO TELEFON JABATAN PENDAFTARAN NEGARA


Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara 
Putrajaya, Kementerian Dalam Negeri
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tel: 03-8880 7000
Faks: 03-8880 7059


REVIEW 2 : ANAMARZABLOG.COM

AnamarzaBlog.Com

 Salam semua, blog yang kedua mahu di review ialah blog ANAMARZABLOG.COM.. Kita akan teruskan projek review ikut cara aku nie.. Mula-mula kita kenal Blogger dengan FB dia..

BLOGGER


Hurm, kalau kawan-kawan nak ke FACEBOOK ANAMARZABLOG.COM
KLIK SINI

Siapa Anamarza?

Nama anamarza ialah gabungan nama saya (ana) dan my hubby (Marza), mula berblog dari Februari 2009. Berblog bagi saya hanya lah sekadar untuk memenuhi masa terluang sebagai seorang surirumah tangga sepenuh masa. Disamping menambah kenalan di alam maya, bagi saya blog juga adalah satu medium untuk bertukar2 pendapat dan berkongsi pengalaman dan ilmu.
sumber : 

Tentang anamarza...


BLOG ANAMARZA


HEADER
Header cantik, punya originality tersendiri.... buat sendiri yer..

FOLLOWER
Setakat ini ada 736, banyak tu....dah kira ada pengikut tersendiri..

ENTRI
Entri sangat simple dan ringan-ringan gitu..tak sakit kepala nak baca panjang-panjang untuk mereka yang tak suka sangat membaca entri yang panjang-panjang.

Blog, keseluruhan juga simple.. tersusun.. kemas.. good luck untuk blogger ini...

JOM KITA LAWAT BLOG ANAMARZA KAT




Debar- Debar Tunggu Kelahiran Bayi 3.0


Salam semua, ini mungkin pengalaman kali ketiga bersama isteri yang mengandung.. Walaupun ini bukan pengalaman yang pertama aku sentiasa rasa berdebar-debar bila isteri sakit.. Walaupun wife aku belum cukup bulan, tapi dari segi perubatan moden bila dah ada sejarah bersalin awal, yang seterusnya mungkin akan bersalin awal... sebab tu hari tu wife aku masuk hospital...

Persediaan untuk menyambut kelahiran bayi dah lengkap, cuma Nama jer masih tercari-cari. Apa yang sangat aku risaukan ialah, mungkin orang-orang atasan kat opis nie x paham masalah dan situasi isteri aku. Pada orang-orang tertentu nie, isteri dia dulu x ada masalah pun.. Kadang-kadang susah nak bagi orang paham.. hurm...



Khamis, 19 Januari 2012

REVIEW 1 : SEJUTA RASA MAK USU

Sejuta Rasa Mak Usu

Salam semua, memperkenalkan blogger pertama yang berani menyertai segmen yang telah aku buat.. ok.. kalau nak join boleh klik sini

BLOGGER

My Photo

(LINK FB)

Comel tak? lebih mesra dengan panggilan Mak Usu, Awek comel dari kabong, sarawak..(kat mana tu) hehehe... Kalau dari profile mak usu apa yang ada pada introduction

Dicoretkan jari jemari hasil inspirasi diri yang menduga bakal menggegarkan dunia! Sejuta Rasa Mak Usu harapanku selalu dan selamanya.. :):):)

TENTANG BLOGGER


BLOG MAK USU secomel orangnya, kemas cantik... Makusu selalu balas kunjungan, selalu lah melawat dan komen mesti Mak Usu mesti Mak Usu balas kunjungan. 

Untuk MAKUSU, teruskan berblog yer.. Semoga blog Makusu sentiasa sukses.. harap boleh tambah kawan dengan segmen review ini.. Insya Allah...

JOM KITA LAWAT BLOG MAK USU
KAT SINI


This entry was posted in

SATU HARI SATU REVIEW

CeritaBiasa

Salam semua... siapa mahu blog meraka di review ??? Ha.... kalau berminat, anda di kehendaki buat satu entri yang mudah dan patuhi beberapa syarat, antaranya :-


1. Follow la blog aku..

2. Buat entri dengan header diatas dan tajuk " SAYA MAHU DI REVIEW " dan paste link kedalam ruangan komen di Facebook "CERITA BIASA" kalau takda FB.Komen kat bawah Nanti aku cek korang ada ker tak FB,, gurau jer..

Aku akan review blog satu hari satu, kalau banyak permintaan dua atau tiga.  
aku akan review lebih kurang macam mereka ini


Tarikh tutup permohonan 
22 JANUARI 2012 @ 2359 HRS

This entry was posted in

SEDAPNYA ROJAK MAMAK


Salam semua, makan tengahhari n minum petang 2 in 1 nie...
nyum-nyum sedapnya rojak..
Mee rojak nie sedap, kalau saper nak boleh beli.
Lokasinya, di hadapan Esso Pinggiran Putra Seri Kembangan....
Gerai dengan lori.. cendol pun ada....

This entry was posted in

PERINGATAN!!!!!


PERINGATAN!!!!!!

Salam semua,saya merayu kepada semua dan untuk diri saya supaya TOLONG!!!! jangan tambah statistik kemalangan maut di musim perayaan ini. Berhati-hatilah di jalan raya..

Jika anda bukan pemandu, anda adalah penumpang.. beri nasihat yang baik dan berguna.... kalau boleh beri peringatan sebelum naik kenderaan.. Sekiranya anda adalah pemandu, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan baik.. Anda sihat, berada dalam keadaan tidak penat lesu dan cukup tidur.. Tolong jaga keselamatan anda dan keluarga.

Tolong... saya merayu..jika penat, berhenti. Biar lambat asal selamat...Berhati-hati dijalan raya.. Kegembiraan bermula dari mula naik kenderaan biarlah kekal sehingga sampai ke destinasi dituju dan pulang kembali..Insya Allah.. saya doakan anda semua selamat semasa bercuti..

p/s: rasa terpanggil untuk mengeluarkan entri ini.. Ayuh blogger lain... Buat entri dan beri pringatan kepada semua..


Hanya Untuk Wanita

TIDAK PEDULI...penumpang lelaki seringkali memberi alasan tidak nampak tanda koc untuk wanita.

Baca dalam metro plus tadi, ramai yang rimas bila ada orang asing ( lelaki la) memberi alasan x perasan notis yang koc komuter ini khas untuk wanita.. BUTA KE RABUN!!!

 Dengar citer ada pulak nak ambil kesempatan nak mearaba-raba, menggesel-gesel... aduh... sabor jela.Lain kali saper ada kat lam koc tu sound jer... koc ini hanya untuk wanita...

Rabu, 18 Januari 2012

Aku Pernah Main....

cari kat google
Salam semua, mingimbau kembali beberapa permainan yang penah aku main masa kecik-kecik dulu.. kat bawah nie aku senaraikan beberapa permainan, korang macam mana pulak????Mungkin ada yang tertinggal sebab tengah recall lagi...

GULI
memang ini antara game yang aku suka... duit belanja sekolah simpan nak beli guli.. bila bosan dah x nak main simpan dalam aquarium....

CONGKAK
Yang kayu tu tak best.... duduk bawah rumah korek tanah buat lubang... main pun pakai biji getah.. yang i aku campion tau... sebab dah pandai kira buah.. so menang jer la.. haha

KONDA KONDI
aku akan masuk dalam kawasan semak untuk cari kayu yang sesuai..lepas kawan aku berdarah dahu dia kena kayu aku takut nak main...

RONDES
Pukul bola tenis dengan kayu dan lari untuk dapat point..best...

GASING
Dari gasing Cina sampai gasing melayu aku dah cuba...ZIP!!!!!

MAIN NYOROK2....
Atas poko ialah tempat paling sesuai untuk sembunyi... duk diam-diam walaupun kena giit semut

LAYANG-LAYANG
Buat sendirila..man main beli2nie.. x best.. tapi benang jahit mak aku habis la aku kerjakan...

GALAH PANJANG
Aku memang suka sukan yang lasak dan egresif....

ZERO PEN
Permainnan getah ini pun aku perna cuba...

BLUE BLACK
Pun pakai getah, aku suka main ngan kawan-kawan perempuan... hehehe

BATU SEREMBAN
aku pun main, dah dapat b poin 200 -300 boring

DAUN TERUP
Macam main judi... habis duit beli daun terup kartun yang panjang tu..

Aduh... banyak lagi nak sebut... apa pun bunyinya... kita dapata merasa permainan ini semua..kini anak-anak kita kan lebih sibuk dengan telefon, Facebook, PS2 da segala GADJET yang ada... zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling seronok.. sebab kita tak pikir pasal apa-apa termasuk update blog


GULA KAPAS


Gula Kapas..... best.. walaupun aku tahu pengambilan gula yang banyak tidak boleh memudaratkan kesihatan aku beli jugak haha... Gambar ini aku ambil semasa aku bercuti di kampung. Gambar ini aku rakamkan di Pekan Sehari Muadzam Shah Rompin Pahang... Harganya cuma RM1 sahaja..

Semalam aku pergi ke MYdin Subang Jaya,aku tengok ada gula kapas jual di sebuah kedai di dalam Pasaraya Mydin... Harganya... RM4..mahalnya... terus tak jadi beli... 

Gula kapas memang manis.. bila gula yang dah jadi macam kapas tu masuk ke dalam mulut kita ia akan cair... erm.. nyum-nyum...

Ngetop Lagi...

PENGOMEN YANG NGETOP


Ngetop tu apa???aku pun tak tau... macam bunyinyer top jer... x gitu. Ada antara yang di bawah ada yang mungkin dah lama xa datang melawat blog aku.. sebab mereka adaah antara pemberi komen dai awal aku berblog. Nak tahu kenapa aku letakkan nama dan link kat sini...
kalau nak tahu

Kesian Safee dan Safiq


FAKTOR usia dan isu permit kerja jelas menjadi penghalang besar kepada hajat besar dua tonggak skuad negara – Safee Sali dan Safiq Rahim – untuk mewakili kelab Cardiff City dari Wales.

Sebaliknya pihak pengurus kelab berkenaan difahamkan lebih berminat untuk memberi peluang kepada pemain muda tanah air menguji bakat mereka dalam Liga Kejuaraan Inggeris itu.

“Memang pemergian dua pemain itu dapat membantu kualiti dan meningkatkan imej bola sepak negara tapi sekarang kita perlu memberikan peluang kepada pemain lebih muda.

“Bukan mereka (Safee dan Safiq) saja pemain berbakat yang kita ada tapi kita masih ada ramai pemain muda berbakat antaranya Khairul Fahmi Che Mat dan Muhammad Fadhli Shas yang turut terpilih dalam kesebelasan utama skuad bawah 23 tahun terbaik di Asia.

Berita penuh : SINI

Nampaknya masih samar lagi la peluang kita melihat bakat anak malaysia di persembahkan di Kelab tersohor.... yang ada pun Indonesia dan Singapura yang liga mereka lebih kurang jer... 

SAMA JER... X ADA APA YANG BERUBAH PUN

image

Hurm... semua orang kenal nie.. Azwan ali..
Kenyataannya di twitter mengakibatkan dia di panggil pihak polis untuk membantu siasatan diatas ugutannya kepada Ummi Hafilda secara terbuka di twitter... kalau tertutuppun kena juga yer..

azwan ali ditangkap

Persoalannya.... kita tahu ke orang tu masuk syurga atau neraka.... KITA nie perlu nilai diri sendiri dulu sebelum kita nilai orang lain... rasanya ada cakap nak berubah.... sama jer...

KONGSI KERETA BOLEH???


Salam n good morning semua, harap anda sihat untuk meneruskan tugsa seharian..

Aku jarang-jarang keluar pagi... tapi memang aku sedari kepadatan aliran trafik bermula dari aku keluar rumah, ramai yang dah ada kereta sendiri yer.. Alhamdulillah.. tapi semua kereta menghala ke PUTRAJAYA... tak mau kongsi kereta ker..????. boleh elakkan jem..  jimat kos... aku?? aku naik motor kapcai jer.... Aku rasa kawan-kawan semua kena sepakat la.
"bulat air kerana pembentung, bulat kita kerana makan "
eh bukan yer...
" BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT " 


Selasa, 17 Januari 2012

Anda Yang Dihargai


Salam semua, sebagai menghargai  jasa pengunjung yang sentiasa mengunjungi blog picisan ini.. 
Saya akan membuat sesuatu bagi menghargai pelawat yang paling kerap atau banyak meninggalkan komen pada entri yang telah saya terbitkan.. 

Sebagai tanda penghargaan, anda yang di pilih sebagai pemenang akan saya letakkan link blog dan post anda dibawah follower selama sebulan..

Pemenang akan di umumkan akhir bulan ini.. 

**** tertakluk kepada terma dan syarat ****
yang akan saya putuskan sendiri


SIAPA NAK TARIK DIRI SILA BERITAHU

Dato' Owh Datuk


     Salam semua, telefon konsol inilah antara salah satu bidang tugas aku di pejabat ini. mengawal panggilan dari dalam opis keluar senang jer.. sebab kita dah kenal dengan siapa kita bercakap... tapi bila terima panggilan dari luar pulak...macam-macam ragam... aku pernah terima panggilan dari artis terkenal suruh beri bantuan anak dia x nak bangun g periksa SPM... hahaha..

Tapi nak di kisahkan lagi... mereka yang bergelar datuk... " hello.. ini datuk dot..dot..dot.. " nak kenalkan diri??? aku x kenal.. sebab banyak sangat datuk sekarang nie... aku fikir dia nak kenalkan pangkat jer... well datuk la katakan....  Suatu masa dulu masa aku pernah jadi waiter... seorang Dato'  Melayu dah penat main golf datng untuk rehat and minum2...mintak "One jug [carlsberg] pls" erk...
This entry was posted in

Belajar... Jangan Main-main..


Mat : Mak tengok, Mat dapat U.... Alhamdulilah mak, syukur sangat. Mat janji, mat akan belajar rajin-rajin dan balas jasa baik mak...

Mak : Ahamdulillah Mat, Abah mesti gembira nanti. Nanti dia mesti nak tumbangkan ayam lima enam ekor nie...

Erm... janji..aku janji  harapan mak dan abah..semuanya hancur... dah dapt universiti tak nak  belajar rajin-rajin... sibuk dengan persatuan sampai lupa tanggungjawab untuk menuntut ilmu... sekitar tahun 1998 - 1999 ramai pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib dibuang dari belajar dan akhirnya kini buruh yang berjaya...

Aku dah jumpa bekas pelajar ini dan dia sangat menyesal dengan perbuatan dia.. Datang dari Sabah dan sampai sekarang tidak balik ke Sabah kerana malu dibuang Universiti... Dah fail, tiada siapa pun yang datang membantu... 

Janganlah sia-siakan peluang yang terhidang.. Belajar la rajin-rajin... Jangan hampakan harapan ayah dan ibu...  Belajar, Jangan main-main...

NAMA ANAK JIN..... AKU SETUJU DEGAN INI


"Tiada sbrg dalil yg sohih berkenaan nama2 tertentu adlh nama anak JIN, lalu dikatakan jika diguna & dipanggil kpd anak kita, lalu anak kita akan ditimpa penyakit misteri. Hal ini sama sekali TIDAK BOLEH DIPERCAYAI, malah bercanggah dgn firman Allah surah al-Naml ayat 65. Malah boleh termasuk dlm men'sial'kan nama tertentu, jika itu berlaku boleh jatuh syirik, Nabi bersabda :اَلطِّÙŠَرَØ©ُ Ø´ِرْÙƒٌ ، اَلطِّÙŠَرَØ©ُ Ø´ِرْÙƒٌ Ertinya : Sial menyial itu syirik, sial menyial itu syirik ( Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi). Berhati2lah..lanjut baca di link. "Kesilapan Umat Islam Dalam Kepercayaan & Aqidah".


"Saya baru sahaja menghubungi Dato' Dr Haron Din berkenaan nama-nama yang dikatakan anak JIN, beliau MENOLAKNYA dan juga menggunakan ayat 65 surah an-Naml menolak pengalaman tertentu sesiapa jua yg mengatakan nama2 tertntu boleh membawa penyakit misteri. Cuma hanya ada nama JIN yg disebut di dalam hadis shj yag elok tidak digunakan spt Azazil, Wiswas, Khannas, Murrah, Harb, Soba & brbp yg lain disebut dlm hadis, Itupun tidak sohih jika guna maka akan kena sakit misteri. Ia bercanggah dgn Al-quran." Dari  Fb Ustaz Zaharuddin.net


Salam semua, semua ini aku copy dari blog http://www.anamarzablog.com
banyak sangat orang terkeliru...harap dapat membantu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...