Ahad, 20 Mac 2011

Korban Cinta


Cinta tu perlukan pengorbanan.. Cinta yang bukan cinta abadi nie banyak menjerat adik-adik kita sekarang nie. Sedih betul la... dari tangkap gambar lucah dan MMS, ke video seks sampai buang anak macam buang sampah... ngaper la jadi macam nie.. Paling kecewa... MELAYU satu bangsa denagan aku. Dan sangat sedih ISLAM... satu agama dengan aku..

Pengorbanan yang dilakukan bukan sesuatu yang membanggakan buat aku. Jangan salahkan luahan hati aku ini. Anggap ini sebagai pesanan untuk adik-adik semua. Jangan kata kubur lain-lain yer...Persoalan ini tak patut timbul.....  KUBUR  anda yang sangat panas dan penuh dengan keseksaan atas perbuatan kamu di dunia boleh membuatkan kubur manusia di kiri kanan kamu akan terasa kesannya.

Aku nak ingatkan supaya kamu tak heret aku bersama ke neraka atas alasan aku tak pernah nasihat kamu. Tak pernah pesan kat kamu.  Syaitan, Jin, Iblis bertepuk tangan atas kejayaannya menyesatkan anak cucu adam. Masih tak meningggalkan kesan???

Sayang dan cintailah diri sendiri yer adik-adik..  Cinta yang hakiki adalah CINTA kepada tuhan yang satu ALLAH SWT

CINTA kepada ALLAH
CINTA kepada RASUL
CINTA kepada IBUBAPA
CINTA kepada DIRI SENDIRI
CINTA kepada UMAT
CINTA kepada KECEMERLANGAN

Firman Allah
“Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan”
(Surah al-Baqarah, ayat 195).

Kehidupan Rumah Tangga Aku


Kesusahan dan kesenangan menjadi asam garam kehidupan, kalau tak merasa menda macam nie bukanlah kehidupan namanya. Tapi semua ada hikmah.. ada sebab. Masalah yang paling ketara hadir dalam hidup kita datangnya dari diri kita sendiri.

Kehidupan rumah tangga tak terlepas dari terlibat dengan masalah susah dan senang nie. Kadang -kadang masalah tu datang dari perkara yang berbeza. Ada suami isteri takda masalah kecurangan dan orang ketiga, masalah kewangan la pulak melanda. Ada yang banyak duit hidup senang,hura hara dengan isu kecurangan pasangan. Ada yang hidup tiada masalah duit dan tiada kecurangan tak dapat anak pulak, belum ada rezeki tu. Nampak x ??? Dugaan berumahtangga datang dalam pelbagai bentuk..

Tapi kita kira beruntung sangat-sangat bila pasangan hidup kita sama ada suami atau isteri berada disisi kita bila kita susah senang.. Nak lagi bila susah... bukan takada kisah suami auat isteri yang lari. Lari dari tanggungjawab. Sudahlah jatuh ditimpa tangga lepas tu datang burung berak pulak atas kepala. Kesusahan seperti ini ada berlaku kan? Apa pun pastikan anda betul-betul bersedia untuk hadapai cabaran dan dugaan yang pelbagai macam nie dalam kehidupan yang mendatang.

kata aku:
"Siapkan diri anda dengan ilmu didada untuk menjadi nakhoda kapal yang membelah ombak bergelora"

ERTI HIDUP


Hidup penuh dengan perjalanan yang berliku
Perjalanan tak semestinya indah.
Perjalanan impian tak semestinya menjadi kenyataan.
Perjalanan di hadapan belum tentunya lancar.



Hidup ibarat roda,
Kadang kala kita diatas,
Kadang kala dibawah,
Tapi bila hidup sentiasa dibawah....
:-(  :-(  :-(  :-(  :-(  :-(  :-(
Kita perlu lihat balik diri kita secara keseluruhan balikkan??
Muhasabah diri


Persahabatan? Yang nyata...
Kawan ketawa senang dicari...
Kawan menangis????
Anda sungguh bertuah punya teman baik.
tapi....
Mustahil tak suatu hari nanti kebaikan yang di beri
akan terungkit????


KATA AKU

" BERJAYA DI DUNIA TIDAKLAH SEHEBAT MANA JIKA ANDA GAGAL DI AKHIRAT NANTI "



Sabtu, 19 Mac 2011

Adeno: seorang lagi pelatih Pulapol dimasukkan ke ICU HKL

sumber : utusan


19/03/2011 5:34pm
KUALA LUMPUR 19 Mac — Seorang lagi pelatih Inspektor lelaki Pusat Latihan Polis (Pulapol) dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan virus ”Adeno”.
Pelatih itu dimasukkan ke ICU kira-kira 8.30 pagi tadi.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman Facebook memaklumkan sebelum ini, seorang pelatih Konstabel lelaki dan dua pelatih Inspektor wanita masih dirawat di unit itu, menjadikan jumlah yang dimasukkan ke ICU empat orang berbanding tiga semalam.

Menurut laman itu, jumlah pelatih yang dirawat di HKL ialah 24 orang iaitu sembilan pelatih Inspektor lelaki, 11 pelatih Inspektor wanita dan empat pelatih Konstabel lelaki, manakala jumlah mereka yang dikuarantin ialah 347 orang.

Untuk maklumat lanjut, anggota keluarga pelatih boleh menghubungi talian 03-2688 2009 atau 03-2688 2062 di Bilik Gerakan Khas Pulapol. — Bernama

Selasa, 8 Mac 2011

YES !! BE DAH BERTAMBAH | SHAHAZRIN.COM

Hye semua.... Ha.. nak share satu menda yang memang aku suka share, bagi naik semangat sikit... sekemabalinya aku berblog nie, cek BE kat nuffnang dah tambah lagi satu.. so skang ada dua
Nokia ngan Digi


Aku pun pelik, tak berblog pun Nuffnang bagi BE, Apapun TQ Nuff..

Kembali Berblog | SHAHAZRIN.COM


Salam berblog semua, aku kembali menulis jurnal maya aku nie. Lama gila berehat.. Kesibukan yang teramat sangat melanda kehidupan ditambah pulak masih sibuk dalam proses pindah rumah. Aku cuba nak ubah  angin dan berhijrah ke tempat lain.

Sehari dua nie sibuk juga dengan masalah saman trafik yang akan tamat sehari dua lagi. Esok ada lagi yang minta tolong aku selesaikan masalah saman trafik  yang diterima oleh kawan-kawan aku.. Insya Allah yer kawan-kawan kalau boleh tolong aku tolong ( tolong bayar, kene baratur panjang ooo) . Memandangkan kaunter bayaran saman di berjiran dengan tempat tinggal aku, aku sedia membantu.. haha

Dari apa yang aku faham selepas ini. Jika kita disaman, Pihak berkuasa akan beri tempoh selama lebih kurang 15 hari selepas disaman untuk menjelaskan saman yang dikeluarkan. Selepas 15 hari kalau tak bayar, denda kan di tambah.. contoh, contoh yer.. RM 50 jadi RM 100. Kalau tak bayar jugak kene tindakan blaclist dan " SEE U IN COURT".. hahaha

Lagi satukan.... POLIS , JPJ dan DBKL dah linkan sekali saman diaorang dah past nie... Kalau kene saman DBKL pun kene bayar yer, kalau tak nanti blaclist jugak.. Selamat membayar saman..
" Kerajaan bukannya nak duit kita, tapi kerajaan tegas melaksanakan undang-undang jalanraya untuk kebaiakan kita bersama"
untung2 ujung tahun dapat bonus

Selasa, 1 Mac 2011

Pengumuman Persaraan Dari Berblog



Aku nak umumkan persaraan aku dari berblog buat  sementara waktu, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, dan ia mungkin akan mengambil masa. Aku rasa sediah la pulak. Tapi memang aku tak dapat elakkan perkara nie. Tapi takpalah.. bukan ada apa2 kesan untuk dunia luar pun kan blog aku nie.. ok la.. jumpa lagi dikesempatan yang akan datang Insya Allah
wassalam...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...