Ahad, 29 Julai 2012

DOA DAN TAUBAT II




Hadis Nabi Muhammad s.a.w...

Nabi kata : Siapa yang menyatakan lingkuplah orang ramai, jahanamlah puak-puak ini, semuanya jenis kaki-kaki dosa, jahanam dia...

Nabi Kata : Dialah orang yang paling binasa.. sebab dia tidak memberikan nilai rahmat Allah pada orang.



Hadis Nabi muhammad s.aw...

"siapa yang tutup aib orang muslim, Allah akan tutup aib dia didunia dan akhirat termasuk muslim itu dan diri dia sendiri..



orang datang kepada nabi Ma'iz Bin Malik..datang kepada nabi, dia berzina..

Dia kata " aku berzina Ya Rasulullah, bersihkan aku..." ( Nabi tak tengok dia, nabi pusing )

Nabi bagi isyarat, Ma'iz pergilah...

Tapi Ma'iz kata juga: " aku berzina Ya Rasulullah, bersihkan aku..." Ma'iz terus...

Rasullulah cuba bagi pengecualian pada Ma'iz

Rasullulah kata : " Boleh jadi kau cium-cium saja ..." " Boleh jadi kau raba-raba sahaja"

Ma'iz berkata : " aku berzina ya Rasullulah..takkan kau tidak tahu aku berzina.."

setengah riwayat kata,Rasulullah kata "kau mabuk agaknya..?"

Tapi Ma'iz terus..dan bila terus , dia nak hukuman... Maka hukuman dijalankan...

(kisah maiz boleh try link ini : http://fitrahzh.blogspot.com/2010/04/kisah-maiz-bin-malik-kisah-perempuan )



Islam suruh tutup keaiban diri, Islam suruh manusia baiki diri, bila-bila masa sahaja. Islam tak suruh dia buat pengakuan untuk ceritakan keaiban diri dia. Dia istighfar pada tuhan, dia balik kepada tuhan, dia minta ampun pada Allah.

Pintu keampunan Allah... Allah buka pintu kemapunan pada waktu siang untuk DIA mengampun orang yang buat dosa pada waktu malam... dan Allah buka pintu kemapunan pada waktu malam untuk DIA mengampun orang yang buat dosa pada waktu siang.




sumber youtube : http://www.youtube.com/watch?v=TCPpAbz5whk&feature=share



DOA DAN TAUBAT







ISLAM TIDAK MELETAKKAN PERANTARAAN ANTARA MANUSIA DENGAN TUHAN, BILA-BILA MASA SAHAJA, SIAPA SAHAJA INSAN ITU, DIMANA SAHAJA DIA BERADA, BANGSA APA DIA, KETURUNAN APA DIA, SIAPA MAK BAPAK DIA, SIAPA SAHAJA DATUK NENEKNYA, JIKA DIA INGIN BERHUBUNG DENGAN ALLAH AZZAWAJJALLA ATAU KEMBALI KEPADA ALLAH..MAKA TIDAK PERNAH ADA HALANGAN..



"BERITAHU KEPADA HAMBA-HAMBAKU, KATAKANLAH WAHAI HAMBA-HAMBA ALLAH, YANG MANA MEREKA ITU KECEWA TERHADAP DIRI MEREKA, JANGAN MEREKA PUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH, JANGAN MEREKA KECEWA DENGAN RAHMAT ALLAH, ALLAH AKAN AMPUNKAN DOSA MEREKA"

SURAH AZZUMAR AYAT 53 :

"Wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! janganlah kamu berputus asa dai rahmat Allah. karena sesungguhnya allah maha mengampuni dosa-dosa semuanya. sungguh dialah yang maha pengampun lagi maha penyayang". 

Jumaat, 27 Julai 2012

BONUS oh BONUS.. TIGA BULAN BONUS


Kerajaan telah umumkan untuk beri Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM 500 untuk penjawat awam.


Tertunggu-tunggu juga kalau ada bonus yang kerajaan negeri selangor nak bagi.... dengar cerita, nak bagi dua bulan... menarik tu...

Akan tetapi bonus yang paling menarik ialah ganjaran yang diberikan pada kita dalam bulan ramadhan...setiap satu kebajikan akan digandakan dan di gandakan... itu adalah bonus yang lebih bernilai...

ISU HADIS PALSU


Salam semua, kalau tengok entri aku yang no satu dan no dua
nie pun antara jawapan yang aku cari... HANIF .. dah dapat jawapan??



sumber :
 Komen Abu Aqif: hadith kelebihan terawih dari hari pertama sampai 30 yang tersebar tu semua hadith palsu ya.. Mohon jangan diamalkan kerana ia adalah batil. Juga mohon agar disampaikan pada sahabat yang lain juga. InsyaAllah..


UFB - Hadith Palsu & Batil Fadhilat Terawih
http://www.youtube.com/watch?v=CL17eVnFvpc

Yang ni pula amaran dari JAKIM berkenaan penyebaran hadith palsu. Boleh baca di sini:
http://www.sinarharian.com.my/nasional/jakim-hadis-palsu-ibarat-dusta-terhada...

Khamis, 26 Julai 2012

Feedback pasal hadis palsu.

Feedback yang aku dapat dari entri http://nirzashah.blogspot.com/2012/07/fadhilat-ramadhan-dan-hadis-palsu.html


Astaghfirullah al-Adhim.. terlalu mudah benar ustaz-ustaz sekarang melabelkan sesuatu hadis itu sebagai hadis palsu dengan hanya bersandarkan hujah daripada tesis Ph.D, ulama-ulama zaman moden ini yang hanya belajar di Jabatan Hadis, tetapi tidak pernah mempelajari daripada para ulama Muhaddisin yang muktabar. Dengan hanya berbekalkan ijazah dalam bidang hadis, ataupun bekerja sebagai pensyarah dalam Jabatan Hadis, seseorang itu masih belum layak lagi untuk mengatakan sesuatu hadis itu palsu atau tidak. Sebenarnya fadhilat Ramadhan ini telah disebut dalam banyak kitab-kitab yang muktabar baik dari kalangan ulama melayu dan ulama silam seperti Imam Al-Ghazali dan lain-lain. Saya agak terkejut bagaimana ustaz dari Jabatan Hadith KUIS ini begitu mudah sekali mengeluarkan “fatwa” mengatakan hadis ini palsu? Ketahuilah sidang pelayar sekalian, bahawa memang wujud hadis palsu tentang fadhilat Ramadhan ini.. namun kepalsuannya adalah dari sudut perawi dan rantaiannya. Dari segi matannya masih sahih kerana disokong oleh hadis-hadis lain. Sidang pelayar sekalian, janganlah kita mengatakan sesuatu hadis itu palsu hanya kerana mendengar orang lain atau ustaz dari Jabatan Hadis mengatakan ia palsu, jika kita berbuat demikian sesungguhnya kita sudah zalim dengan agama Allah s.w.t. Ketahuilah bahawa dalam bidang ilmu hadis ini ada dua mazhab yang berselisihan, ada ulama yang mengatakan bahawa sesuatu hadis itu palsu, dan ada pula yang mengatakan bahawa hadis yang sama itu sebenarnya sahih. Ini dapat dilihat dalam banyak pertikaian antara ulama Feqah , seperti Ibnu Taimiah r.h. dan penyokong-penyokongnya dengan barisan ulama hadis dan tafsir yang diwakili oeh Imam As-Sayuti r.h. Antara isu hadis yang dibahaskan ialah hadis seperti “Barang siapa yang mengenal dirinya, maka kenallah tuhannya”. Ibnu Taimiyah r.h. menganggap bahawa hadis itu ialah hadis palsu dan bathil. Dalam satu pihak yang lain, ulama hadis dan tafsir seperti Imam As-Sayuti r.h. pula mengatakan bahawa hadis itu sah! (Sila rujuk tulisan Tuan Guru Hj. Wan Saghir dalam kebanyakan kitabnya). Oleh itu, sidang pelayar sekalian.. janganlah disebabkan hanya Ustaz Mohd Hafidz Soroni, Dr. Ahmad Lutfi Abdullah dan mereka yang seangkatan dengan mereka mengatakan bahawa hadis itu palsu, kita semua menghukum hadis itu palsu. Perbuatan ini.. zalim namanya bahkan dari sudut keilmuan, lemah sekali hujahannya. Saya nasihatkan kepada siaing pelayar semua supaya timbalah ilmu agama di madrasah, di pondok-pondok dan sekolah agama. Janganlah kita menimba ilmu di internet kerana ilmu di internet itu tidak lengkap. Ini bagi mengelakkan kita daripada mengeluarkan sesuatu hukum yang salah. Berbalik kepada hadis yang dianggap palsu di atas, saya juga menyeru kepada semua pelayar supaya rajin-rajinlah ke masjid dan bertarawih, kerana janji-janji Allah s.w.t itu benar, sesungguhnya semua fadhilat Ramadhan (yang tersebut dalam hadis “palsu” di atas) mungkin dianggap terlalu besar pada mata dan kiraan kita, tetapi sebenarnya fadhilat itu terlalu kecil di sisi Allah s.w.t. Rebutlah pahala bertarawih dari malam pertama sehingga akhirnya.. Salam Ramadhan daripada, Tablighster




aku masih mencari kepastian tentang masalah ini...

Selasa, 24 Julai 2012

FADHILAT RAMADHAN DAN HADIS PALSU


Oleh : Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni (Jabatan Hadith KUIS)
Suatu masa dahulu hadith tentang kelebihan solat tarawih yang diriwayatkan dari Sayyidina ’Ali RA cukup popular. Barangkali kerana tersebarnya kitab Durrah al-Nasihin dan terjemahan Melayunya yang memuatkan hadith tersebut di dalamnya.
Antara teksnya; daripada Sayyidina Ali RA beliau telah menanyakan kepada Rasulullah SAW tentang fadhilat Solat Tarawih pada bulan Ramadhan. Jawab Rasulullah SAW tentang fadhilat tarawih sebagai berikut, mulai dari malam pertama sampai malam 30 Ramadhan:
1. Malam Pertama: Diberi balasan seperti bayi baru dilahirkan.
2. Malam Kedua: Diampuni Allah dosanya dan bagi ibu-bapanya jika keduanya mukmin.
3. Malam Ketiga: Diseru oleh malaikat di bawah Arasy dan dengan solat tersebut diampuni Allah dosanya yang telah lalu.
4. Malam Keempat: Dibalas Allah seperti membaca kitab Taurat, Injil, Zabur, dan Quran.
5. Malam Kelima: Kemudian dikurniai Allah seolah-olah sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah, dan Masjidil Aqsa.
6. Malam Keenam: Dikurnia Allah seolah-olah dia tawaf di Baitul Makmur dan dipintakan ampun oleh segala batu dan pasir.
7. Malam Ketujuh: Dikurniai Allah seolah-olah ia berjumpa dengan Nabi Musa AS dan membantu Musa melawan Fir’aun dan Haman…
8. … demikian seterusnya hingga akhir malam ke-30.
Pengarang Durrah al-Nasihin hanya menyebut sumber petikannya daripada kitab Majalis. Bagaimanapun, hadith ini adalah hadith palsu, malah tiada sumber asal yang muktamad bagi hadith ini sebagaimana yang disebutkan oleh pakar-pakar hadith. Antaranya seperti yang disebut oleh Dr. Ahmad Lutfi Fathullah dalam tesisnya (Ph.D.), Takhrij Hadith-hadith Durrah al-Nasihin. Dalam Fatwa Mufti Kerajaan Brunei (1999) juga menyatakan ianya tiada di dalam kitab-kitab Ahlus Sunnah, namun ada diriwayatkan seumpamanya di dalam kitab-kitab Syiah seperti kitab Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi dan Wasa’il al-Syi’ah oleh al-Hurr al-’Amili. Dan rujukan mereka tidak dapat dipegang oleh kita.
Maka bagi menggantikan hadith palsu tersebut saya telah menemukan empat buah hadith yang sabit mengenai kelebihan solat tarawih ini. Iaitu sepertimana berikut;
1. Diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمرهم بعزيمة ثم يقول : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي.
Terjemahan;
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.
(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)
2. Kembali sepertimana hari ibunya melahirkannya.
حديث عبد الرحمن بن عوف: من صامه وقامه إيمانا واحتسابا خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه. رواه النسائي في الكبرى (11،295) والصغرى (2199)، وأحمد (1618، 1645) وابن خزيمة (2015) وابن ماجه (1331) والبيهقي في الشعب (3462).
Terjemahan;
Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”.
(HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)
3. Ditulis dari kalangan para siddiqin dan syuhada’.

عن عمرو بن مرة الجهني رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، أرأيت إن شهدت أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله وصليت الصلوات الخمس وأديت الزكاة وصمت رمضان وقمته، فممن أنا ؟ قال : من الصديقين والشهداء. رواه البزار وابن خزيمة وابن حبان في صحيحيهما واللفظ لابن حبان.
Terjemahan;
Daripada ‘Amru bin Murrah al-Juhani RA katanya: Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu katanya: Wahai Rasulullah, apakah pendapat tuan sekiranya saya bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya tuan adalah utusan Allah, dan saya bersolat lima waktu, menunaikan zakat serta berpuasa bulan Ramadhan dan berqiam Ramadhan, maka dari golongan siapakah saya ini? Jawab baginda: ”Dari kalangan para siddiqin dan syuhada’”.
(HR al-Bazzar, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)
4. Ditulis baginya pahala seumpama berqiamullail.


حديث أبي ذر : من قام مع الإمام حتى ينصرف كتب له قيام ليلة. رواه الترمذي وقال : هذا حديث حسن صحيح -791.
Terjemahan;
Hadith Abu Zar RA, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa berqiam (Ramadhan) bersama-sama imam sehingga ia selesai, akan ditulis baginya (ganjaran) seumpama berqiamullail”.
(HR al-Tirmizi)
Demikianlah fadhilat-fadhilat yang besar bagi orang yang mengerjakan solat tarawih ini. Kelebihan-kelebihan tersebut tidak tertentu pada malam tertentu sahaja, bahkan ianya adalah umum bagi solat tarawih sepanjang bulan Ramadhan. Semuanya dapat diperolehi dengan kemurahan rahmat Allah Taala bagi mereka yang bersungguh-sungguh mengerjakannya. Mudah-mudahan fadhilat-fadhilat solat tarawih ini dapat tersebar secara lebih luas menggantikan hadith palsu mengenainya.
Sumber : 
http://jomfaham.blogspot.com/

Selasa, 17 Julai 2012

BILA ANAK SELSEMA


Bila anak selsema kesian tengok dia, nak lagi baby yang tak reti nak hembus atau buang hingus tu, walaupun kita dah bawak pergi klinik hingus tetap tak keluar.. tapi ada satu ubat yang saya gunakan untuk melancarkan hidung anak yang tersumbat cuba tanya doktor atau di farmasi. Tapi, biasanya ada farmasi yang tiada stok atau kebenaran untuk jual ubat macam nie... ubat dia lebih kurang macam nie


tujuan dia, dengan bahasa mudah, untuk melancarkan atau mencairkan hingus.. nak lagi bila anak kita meragam bila hidung tersumbat bila nak tidur...


Tapi ada kaedah yang lebih mesra tanpa bantuan ubat... kita sebagai ibu bapa boleh sedut hingus anak terutama baby guna mulut ( tapi jangan kuat sangat ). Tutup sebelah hidung dia n sedut hingus lepas tu buang.. kalau nak telan terpulang la yer hehe... atau beli pam sedut hingus di Farmasi...
ada beberapa bentuk dan bergantung pada harga...


Jika melarat, dapatkan nasihat dan rawatan doktor

note : tiga-tiga anak saya, semuanya saya sedut secara normal.. hehehe


BILA ANAK MULA DEMAM


Bila anak mula nak demam, "thermometer" alat yang menyukat suhu badan anak adalah benda yang paling penting untuk sentiasa digunakan... Pemantuan setiap lima minit [jika perlu] tengok suhu badan anak macam mana.. Thermometer boleh didapati di mana-mana farmasi ada yang murah ada yang mahal..



Suhu normal badan anak kita 37 darjah celcius, 37.5 Celcius dan keatas demam. Tapi perlu diingatkan bahawa demam adalah mekanisme pertahanan tubuh si kecil terhadap serangan bakteria dan virus. Tapi jangan risau, kalau anak kita masih aktif dan masih mahu makan dan minum, biar tubuhnya bekerja secara normal untuk lawan bekteria tu dan turunkan suhu yer..

Apabila demam, suhu permukaan kulit akan bertambah, manakala suhu di dalam badan akan turun justeru perkara pertama yang harus anda lakukan terhadap bayi kecil jika dia demam adalah dengan memakaikan baju yang tipis, nyaman dan menyerap peluh. Hindari baju tebal atau selimut tebal sama sekali. 

Berikan susu lebih kerap dan jika usianya sudah meningkat, boleh ditambah air putih, sup ayam, sup sayur atau jus buah bagi mencegah terjadinya dehidrasi akibat suhu badan yang meningkat. 

Tempatkan si kecil di ruang yang memiliki peredaran udara yang baik. Jika bayi mulai tidak selesa dan merengek kerana badannya panas, lucutkan pakaiannya dan kemudian lapkan tubuh dengan menggunakan kain yang dibasahi air hangat. 
Jika perlu, mandikan bayi dengan air dan elakkan menggunakan air dingin kerana ia akan membuatkan bayi tambah lesu. 

Maklumat menarik yang saya baca di Internet adalah kaedah dukungan kanggaru atau baby wearing dikatakan mampu menurunkan suhu tinggi anak hasil sentuhan kulit dengan ibu yang bersuhu normal. 

Penulis simpulkan sentuhan penuh kasih sayang daripada ibu sebenarnya mempunyai kesan dari sudut psikologi dan ibu sekalian, apa kata jika anda cari kain batik yang sudah lama terbiar dan cuba kaedah kendongan bagi melihat kesan kendongan terhadap bayi anda yang sedang demam. 

INFO: Petua mudah merawat bayi yang demam 

Selain ubat diberikan doktor, ibu bapa juga boleh mencuba kaedah diamalkan orang lama bagi meredakan demam si kecil. 


  • Mengurangkan panas badan dengan air asam jawa 

Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Setelah pekat, sapukan air ramasan asam jawa pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan sehingga lumuran tadi kering di kepala. Anda akan dapati, panas badan bayi akan berkurangan. Buat beberapa kali dalam sehari. 


  • Mengurangkan panas badan dengan beras pulut 

Ambil segenggam beras pulut dan digoreng tanpa minyak seperti anda membuat kerisik. Goreng sehingga beras pulut tadi berwarna kekuningan. 

Kemudian ambil sedikit beras pulut yang telah digoreng tadi dan campurkan dengan secawan air panas. Tunggu air tadi suam dan ditapis. Beri bayi anda minum air itu. Lebihan beras tadi boleh dicampur ke dalam air panas dan dibuat mandian.

Nasihat yang paling penting jika ia melarat, segera bawa jumpa doktor untuk rawatan lanjut.

tambahan info rujukan : BHONLINE

Isnin, 16 Julai 2012

Anak Saya Yang Comel


Salam semua, comel tak.. Dari kiri annak saya Ainul Mardhiah, Aina Humaira Paling Kanan n tengah-tengah tu anak saudara saya Irdina... Baru lepas test kain sembahyang saiz s yang dibeli opah tercinta.. Mak saya baru balik shoping kat Nilai 3.. sakan mak shoping, kerusi kat belakang tu pun baru hehehe.
Tak mahal kain telekung nie... RM 20 satu, campur sejadah kecik yang comel RM 7 selesai..
Kalau nak order bagi tau eik.. tambah duit minyak kete n kos nak post jer...


Yang ini gambar Aina Yang comel...

SYARAT - SYARAT NAIK KOMUTER.. PENTING !!!



  1. TAMBANG KANAK-KANAK
    Kanak-kanak berumur  antara empat (4) tahun hingga 12 tahun dikenakan separuh tambang dewasa, manakala untuk kanak-kanak berumur bawah empat (4) tahun boleh menaiki tren secara percuma.
  2. TIKET TIDAK BOLEH DIPINDAH MILIK ATAU DIJUAL SEMULA
    Penumpang tidak boleh memindah milik atau menjual semula tiket beliau kepada mana-mana pihak ketiga.
  3. KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN TIKET
    KTM Berhad tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan atau kehilangan tiket perjalanan yang berpunca daripada kecuaian penumpang sendiri. Tiada penggantian tiket atau pemulangan tambang akan diberikan.
  4. KECUAIAN SEMASA MEMBELI TIKET
    Tiada penggantian tiket atau pemulangan tambang akan diberikan jika berlaku kesilapan yang berpunca daripada kecuaian penumpang sendiri semasa pembelian tiket sama ada di mesin tiket atau di kaunter.
  5. PILIHAN PEMULANGAN TAMBANG ATAU PENGGANTIAN PERJALANAN
    Jika perkhidmatan KTM Komuter mengalami gangguan waktu perjalanan melebihi 30 minit, penumpang mempunyai pilihan untuk mendapat penggantian penuh satu perjalanan  perkhidmatan atau pemulangan tambang penuh  dalam masa 24 jam selepas kelewatan berlaku di mana-mana stesen KTM Komuter.
  6. MEMBAWA BARANGAN
    Berkuat kuasa 1 November 2010, penumpang akan dikenakan bayaran tambahan bagi membawa bersama barangan yang ditakrifkan sebagai bukan bagasi seperti berikut:
    Barangan berukuran tidak melebihi 45 sm setiap sudut dan berat tidak melebihi 25 kg.
    Barangan pertama dibenarkan tanpa bayaran.
    Barangan ke - 2 dan ke - 3 akan kenakan bayaran tambahan sebanyak RM20.00 seunit.
    Maksimum tiga (3) barangan sahaja dibenarkan.
    Barangan berukuran melebihi 45 sm setiap sudut dan berat melebihi 25 kg.
    Barangan tambahan sebanyak RM20.00 akan dikenakan bagi setiap unit barangan.
    Maksimum dua (2) barangan sahaja dibenarkan.
  7. LARANGAN MENAIKI TREN TANPA TIKET YANG SAH
    Penumpang mesti memiliki tiket yang sah SEBELUM menaiki tren. Surcaj RM30.00 serta bayaran tambang perjalanan dari stesen permulaan sektor akan dikenakan kepada penumpang yang menaiki tren tanpa tiket yang sah.
  8. LAKU MUSNAH
    Denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi (tiga) 3 tahun atau kedua-duanya sekali akan dikenakan terhadap individu yang melakukan kerosakan, gangguan terhadap operasi atau harta benda milik syarikat kereta api dengan sengaja.

Jumaat, 13 Julai 2012

ONAR DI KTM ( KL SENTRAL )


Salam semua, dah lama saya tak naik komuter, last naik aku dah lupa bila..
Saya nak kongsikan pengalaman saya naik komuter yang akhirnya berakhir dengan kekecewaan dan dukacita.. Saya naik Komuter dari Seremban bersama Adik ipar dan anak saya ( Ainul Mardhiah ) yang berumur 4 tahun...

Jam lebih kurang 1900 hrs : 
Beli tiket sehala ke Hentian Komuter Serdang.. 2 tiket dewasa RM 10...

11 JULAI 2012 @ 1929 HRS :
Mula naik train yang menghala ke Rawang. Apabila dalam perjalanan, saya bercadang untuk meneruskan perjalanan ke KL Sentral untuk berhenti di Hentian Subang Jaya dan balik rumah di USJ. Saya tahu tiket yang telah saya beli di Kaunter tiket di Seremban hanya untuk berhenti di hentian Serdang.. Jadi saya beranggapan saya boleh topup nilai baki perjalanan di KL Sentral bila sampai nanti.

11 JULAI 2012 @ 1830 HRS:
Sampai di KL Sentral, saya terus berjumpa dengan seorang pegawai KTM [Lelaki India] ( nama tak ingat dah ) yang menjaga pintu masuk dimesin tiket.. dengan hati yang jujur dan ikhlas tanpa niat untuk menipu tiket perjalanan, saya menerangkan situasi saya yang terpaksa membatalkan niat untuk berhenti di hentian serdang dan ingin meneruskan perjalanan ke Hentian Subang Jaya... Situasinya :

Saya : Maafkan saya encik, saya sepatutnya berhenti di hentian serdang... tapi atas sebab yang tak dapat saya elakkan saya mahu tukar perjalanan ke Hentian Subang Jaya..

PEGAWAI KTM : Tak boleh macam nie, nie mesti kena denda..

Saya : ( <--- yang tak paham pasal undang-undang tiket KTM ) erk... tak boleh ker saya bayar nilai baki tiket ini???

PEGAWAI KTM : Tak Boleh, Nie dah lebih dari dua hentian, mesti kena denda..

Saya : ( apa pulak lebih dua hentian nie, tak paham ) erk.. yer ker berapa kena denda ??

PEGAWAI KTM : RM30, sepatutnya RM 60 untuk satu tiket..

Saya : erk... Saya RM 10 ada lah dalam poket... atau boleh tak saya ambil tiket saya semula dan patah balik ke Serdang..

PEGAWAI KTM : Tak Boleh!!! saya tak kan bagi..

Saya : erk... Kat mana mesin ATM??? ( kena keluar duit la aku )

PEGAWAI KTM : Kat sana ... seorang sahaja pergi...

setelah saya keluarkan duit [ RM30 + RM10 = RM40 ]... 
saya bayar dan dapat surat saman lebih kurang macam nie...


yang peliknya kat saman tu tertulis " LANJUT PERJALANAN " untuk apa...????

erm... niat suci dan murni aku berjumpa PEGAWAI KTM tu supaya aku diberi peluang untu bayar baki perjalanan..

Tapi kejujuran aku tidak diterima PEGAWAI KTM ini. Saman yang saya terima dah dibuang pun... 
Panas Hati punya pasal...

Kesian anak saya Ainul yang terpinga-pinga ditahan PEGAWAI KTM tersebut...
Bagi saya, sepatutnya dia berilah budi bicara... Rasa macam sangat kecewa dengan apa yang berlaku, Saya harap ada wakil dari KTM yang boleh selesaikan kemuskilan dan kekecewaan saya ini... 
[ entri ini akan saya foward atau emailkan ke pihak KTM, kita Tunggu jawapan selanjutnya.. ]



Khamis, 12 Julai 2012

AINA HUMAIRA GENAP 2 TAHUN


Salam semua... Hari ini anak saya yang kedua Aina Humaira dah genap 2 tahun..  Abah doakan semoga Aina  sihat dan riang gembira macam selalu... Aina memang manja... Melihat zuriat kita membesar dihadapan mata membuatkan saya sangat bersyukur... Syukur pada Allah swt kerana mengurniankan anugerah yang sangat bernilai..

Aina baru masuk 2 tahun... kerenah dan telatah kadang kala boleh menguji kesabaran tahap maksimum.. Walaupun kadangkala abah TERkasar sesungguhnya ianya berakhir dengan penyesalan bila Abah gagal kawal kemarahan Maafkan Abah yer anak-anak abah.. Dengan Kakak Ainul ( puteri sulung abah ) memang macam-macam dua puteri saya nie buat.. Kadang kala... baik.. kadang-kadang bercakar... kena la jadi pengadil.. hehehe.. Apap pun ucapan selamat Hari Lahir Abah Ucapkan untuk Aina.... Semoga sentiasa ceria sihat dan menjadi anak yang solehah....


nie gambar aina tunjuk gigi.,.. dan bawah gambar aina ketika dalam pantang

Ahad, 8 Julai 2012

3 suspek samun selebriti dicekup

Mohd Mokhtar (tengah) bersama Rita melihat kad pengenalan  yang ditemui selepas polis   memberkas tiga suspek di Ulu Tebrau, Johor Bahru.
Mohd Mokhtar (tengah) bersama Rita melihat kad pengenalan yang ditemui selepas polis memberkas tiga suspek di Ulu Tebrau, Johor Bahru.


Johor Bahru: Polis percaya dapat menyelesaikan kes samun dan peras ugut seorang personaliti televisyen Singapura, Rita Zahara Mohd Nazdeer, Ahad lalu susulan penahanan tiga lelaki, Rabu lalu. 

Polis turut merampas dua pucuk pistol, sepucuk senapang pam berserta tiga peluru hidup dan dua kereta curi termasuk kereta Nissan Sunny milik Rita Zahara daripada suspek berkenaan.

Selain itu, polis menemui satu lencana Polis Diraja Malaysia, 14 telefon bimbit pelbagai jenama, kad bank dan barangan peribadi mangsa rompakan. 
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata polis menahan ketiga-tiga suspek berumur antara 33 hingga 45 tahun dalam serbuan di tiga rumah berasingan di FELDA Ulu Tebrau, kira-kira jam 5 pagi. 

Mokhtar berkata, dua daripada suspek itu adalah orang yang amat dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes mencuri kereta di sekitar Johor Bahru dan Kota Tinggi. 

Katanya, semua suspek berada di bawah pengaruh dadah ketika ditahan dan mereka masih memburu dua lagi yang disyaki turut terbabit dalam kes itu. 

Beliau berkata, polis akan mengeluarkan gambar lakaran suspek berkenaan dalam masa terdekat. 
Polis turut menemui sebuah komputer riba, telefon bimbit dan kad bank milik personaliti TV terbabit. 

Mokhtar berkata, semua suspek yang direman sehingga 10 Julai, mempunyai rekod jenayah berhubung kes samun, curi kereta, pecah rumah dan dadah. 

Mereka disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1960 kerana memiliki pistol dan Seksyen 8(a) akta sama bagi kes memiliki peluru, katanya. - BERNAMA

cerita sama di : METRO ONLINE

Bila Blogger Berbicara....



Salam semua, selamat pagi, pagi nie dah chat2 dengan KC kat Fb... Kenalkan blogger KC nie.. dari dulu memang kita sama-sama support blog kawan-kawan.. hahaha, dah tenggelam dah blog aku yang jarang update sekarang nie... aku tak kisah, walaupun trafiknyer sikit, ia memberi kepuasan pada ku untuk berblog.. Bagi aku, aku nie bukan orang terkenal atau femes untuk orang baca blog aku, cukuplah sekadar ianya ibarat diari maya atau jurnal maya untuk aku pahatkan apa-apa memori yang aku rasa patut aku luahkan..


Sabtu, 7 Julai 2012

Suspek dikehendaki


Pihak polis sedang mengesan seorang lelaki Chan Yun Ting, kpt: 910329-14-5313 dan alamat terakhir dikesan no. 52 jalan SJ 16 Taman Selayang Jaya 68100 Batu Caves Selangor. Suspek dikehendaki bersabit kejadian samun dan curi kenderaan mewah sekitar Subang Jaya. Sesiapa yang pernah melihat atau mengenali atau mengetahui suspek sila tampil memberi maklumat di balai-balai berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes ASP Nadzri bin Harun di talian 019-3555507. Kerjasama daripada anda amat kami hargai. Terima kasih.
This entry was posted in

MAYAT MANGSA BUAYA DITEMUI

carian google

Mayat mangsa serangan buaya di Batang Saribas ditemui


KUCHING: Mayat pemotong pokok rumbia dipercayai diserang buaya di Batang Saribas kelmarin, ditemui dekat tebing sungai di seberang Kampung Medang, Spaoh jam 7 pagi ini, kira-kira 20 kilometer dari tempat mangsa diserang.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superitendan Sarifuddin Mustaffa, ketika dihubungi berkata beberapa anggota badan Drahman Chali, 55, dari Kampung Hilir Beladin seperti tangan dan kaki sudah putus manakala kepalanya hampir terputus.

"Selepas membawa mayat itu ke Hospital Betong, anggota keluarganya mengesahkan mayat itu adalah mangsa yang dilaporkan diserang buaya sebelum ini," katanya. 
Sarifuddin berkata, berikutan penemuan mayat itu, operasi mencari dan menyelamat yang turut membabitkan beberapa agensi kerajaan yang berkaitan dihentikan.

Pada 19 Jun lalu, seorang wanita iaitu Siah anak Munsong, 42, menjadi korban serangan buaya ganas di Sungai Seblak, juga dalam bahagian Betong. - BERNAMA

Khamis, 5 Julai 2012

Bila Nak Masuk nie..

Apa yang nak masuk nie, ... hehehe.. aku nak masuk kuarters la.. Kalau korang baca entri aku yang dulu kat sini

Tapi  tak dapat masuk lagi.. orang lama yang duduk tu masih belum habis pindah.. Resah jugak aku bila diaorang nie nak pindah.. Duit sewa bulan tujuh nie confirm dah masuk lam bil.. hehehe. Apa yang sangat aku risaukan nanti tertangguh-tangguh bsampai Ramadhan nanti... jawabnya lepas Raya la aku pindah.. Harap-harap takda masalah la nak masuk berek cepat nie... Untuk org lama ( kalau dia baca blog aku la ), make sure bil semua selesai yer, jangan ada yang tertunggak... hehehe

Tak sabo nak masuk rumah baru, trumah baru lagi besar dari rumah yang aku duk sekarang nie... Aku cuma nak uruskan pindah nie jer... Tapi lepas nie bahagian penyusunan dalam rumah isteri aku yang uruskan..Aku ni kalau jadi nie kurang berbakat dalam hiasan dalaman nie.. hehehe.. apapun aku akan sabar menunngu untuk masuk kuarters .... moga jumpa lagi ...

Selasa, 3 Julai 2012

Email Dari Suhakam Lagi ...


Untuk makluman tuan, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia akan menjalankan satu siasatan awam berkenaan kejadian semasa Bersih 3.0 tersebut. Siasatan awam berkenaan akan bermula pada 5 Julai 2012. Terma rujukan siasatan awam berkenaan adalah seperti berikut:
a)      Untuk menentukan sama ada terdapat apa-apa pelanggaran hak asasi manusia terhadap mana-mana individu atau pihak semasa dan selepas perhimpunan pada 28 April 2012;

b)     Jika pelanggaran hak asasi manusia telah berlaku, untuk menentukan:

i.        Bagaimana pelanggaran itu terjadi;
ii.     Apakah arahan pentadbiran dan prosedur, atau aturan yang menyebabkan pelanggaran tersebut; dan
iii.   Individu atau agensi yang bertanggungjawab untuk pelanggaran tersebut.

c)      Untuk mengesyorkan langkah-langkah untuk diambil bagi memastikan pelanggaran tersebut tidak akan berulang.

Sehubungan itu, jika tuan mempunyai sebarang maklumat atau bersedia menjadi saksi bagi siasatan awam ini untuk sebarang kejadian yang berlaku semasa 28 April 2012 tersebut, tuan boleh hadir ke pejabat SUHAKAM atau menghubungi Ketua Sekretariat Siasatan Awam ini iaitu Encik Simon Karunagaram di talian 03-2612 5605 / 012-3290683. Kerjasama tuan mengenai hal ini amat dialu-alukan.

Sekian dimaklumkan.

“HAK ASASI UNTUK SEMUA”

b.p.
SIMON KARUNAGARAM
Ketua Sekretariat
Siasatan Awam Berkenaan Dakwaan Pelanggaran Hak Asasi Manusia Semasa Dan Selepas Perhimpunan Pada 28 April 2012


note : email yang aku terima dari suhakam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...