Khamis, 15 November 2012

Harga Makanan Dalam Zoo Negara Mahal...


Cuti Deepavali lepas akuberpeluang bawak anak-anak jalan-jalan kat ZOO NEGARA, tak ingat dah berapa kali aku pergi sana sejak aku kecik. 

Tanpa perancagan apa-apa kami terus ke Zoo Negara, sampai sahaja pintu masuk Zoo jem.. Parking utama penuh, aku tengok ada pengawal keselamatan sedang mengalihkan aliran trafik untuk dilencongkan menghala ke FINAS... (FINAS SEBELAH ZOO jer ) " Parking dalam FINAS bang, RM 10 jer.. Parking dalam sama jer harga dia" erm.. ok lah, dari takda parking.. Walaupun aku tahu Parking Kat dalam tak sampai RM 10 pun, Tapi untuk makluman, Zoo Negara dah ada autopay parking...



Aku dan wife sepakat untuk berjalan keliling zoo... basah baju weh,, tapi ok lah,, senam sikit.
Bila lapar aku cuba intai2 makanan kat sana...

Nasi Goreng RM 8.40
Bihun Goreng RM 8.40
Burger RM 4.00

huhu, aku ambil keputusan untuk makan kat luar jer... So bila dah lapar sangat kitaorang pun keluar, plan asal nak tgok show pukul 3, pukul 2 kami dah keluar sebab lapar... mahalnya makanan kat sana...
aku tengok makanan dia xda istimewa pun, ramai yang makan dan minum denga air mineral sahaja...

Note : Aku nak buat aduan makanan mahal kat dalam tu..Boleh tak?

Ahad, 11 November 2012

AnakFelda Pula Dapat Duit .....


Anak FELDA terima RM563 juta
2012/11/11 - 05:15:14 AM Oleh Meor Hisham Zulkifli dan Norrasyidah Arshad

Durian runtuh fasa ketiga untuk manfaat generasi kedua

Shah Alam: Kerajaan terus menunaikan janji apabila menyerahkan durian runtuh kepada generasi kedua FELDA sebanyak RM5,000 kepada setiap 112,636 keluarga berjumlah RM563.2 juta semalam.
Datuk Seri Najib Razak, berkata penyerahan durian runtuh fasa ketiga itu bertujuan memastikan generasi kedua FELDA mendapat manfaat daripada penyenaraian FELDA di Bursa Malaysia pertengahan tahun ini.

Durian runtuh

“Kita janji bagi durian runtuh. Fasa pertama peneroka dapat habuan. Fasa kedua penerokawati dapat limpahan dan kini giliran generasi kedua iaitu anak peneroka dapat rahmat daripada durian runtuh ini.

“Ia membuktikan kita tidak pernah mungkir janji. Janji Ditepati bukan sekadar slogan tetapi suatu yang dapat kita buktikan,” kata Perdana Menteri disambut sorakan 12,000 orang yang memenuhi padang kawad Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.

Najib menyampaikan replika cek kepada wakil 11 Wilayah FELDA, iaitu Raja Alias, Segamat, Gua Musang, Kuantan, Trolak, Johor Baharu, Mempaga, Terengganu, Alor Setar, Jengka dan Sahabat di Lahad Datu.
Durian runtuh akan dibayar dalam bentuk cek menerusi rancangan FELDA dan keluarga menentukan cek berkenaan atas nama individu.

Najib juga berkata, beliau sudah mengarahkan FELDA berbincang dengan Menteri Besar supaya meluluskan proses pertukaran status tanah untuk pembinaan 4,000 lagi banglo pasang siap bernilai RM70,000 untuk generasi kedua FELDA di seluruh negara.

“Selain itu, dalam program Sentuhan Kasih, RM120 juta diperuntukkan bagi membolehkan warga FELDA meningkatkan pendapatan menerusi projek pertanian yang membawa pulangan besar.

“Tiga projek perintis Sentuhan Kasih di Besut, Chini dan Tenggaroh sudah dilaksanakan bagi membolehkan generasi kedua mendapat pulangan lebih besar serta memiliki rumah lebih selesa.

“Projek 300 unit rumah pasang siap yang boleh disempurnakan dalam tempoh tujuh hari akan dilaksanakan,” katanya merujuk kepada pelan Transformasi Felda yang diumumkan sebelum ini.


Fantasy Premier League 2012/13 - POWER FC - Gameweek 11


Gameweek 11

10 Nov 15:00 Arsenal 3 - 3 Fulham

10 Nov 15:00 Everton 2 - 1 Sunderland

10 Nov 15:00 Reading 0 - 0 Norwich

10 Nov 15:00 Southampton 1 - 1 Swansea

10 Nov 15:00 Stoke City 1 - 0 QPR

10 Nov 15:00 Wigan 1 - 2 West Brom

10 Nov 17:30 Aston Villa 2 - 3 Man Utd

11 Nov 13:30 Man City v Tottenham

11 Nov 15:00 Newcastle v West Ham

11 Nov 16:00 Chelsea v Liverpool

Yang bold nie game hari ahad...
 tambah points lagi la kot.. ada cadangan nak tukar saper2....
yang pasti buttner tu tak top 11 out.. hehehe


Khamis, 11 Oktober 2012

INTIPATI BAJET 2013


Tema Belanjawan 2013 ialah "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati".

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.

* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.

* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.


* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar

* RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.

* RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.

* RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.

* RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.

* Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.

* Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

* RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian.

* DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.

* Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

* Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

* Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

* Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.

* RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.

* Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

* Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.

* RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

* Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.

* Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

* Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.

* Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.

* Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.

* Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan.

* Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun.

* RM2.4 bilion diperuntukkan bagi pemberian subsidi dan intensif pertanian. Bantuan ini termasuk RM480 juta bagi subsidi dan insentif padi yang merangkumi pemberian subsidi harga padi, RM465 juta pemberian subsidi baja padi, RM80 juta insentif peningkatan hasil padi, RM563 juta insentif pengeluaran harga padi, RM528 juta subsidi harga beras dan RM85 juta subsidi benih padi sah.

* Memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar, yang dapat memanfaatkan 172,000 pesawah. Buat permulaan kerajaan memperuntukkan RM50 juta.

* RM41 juta diperuntukkan bagi projek Azam Tani bagi memberi manfaat kepada 6,730 peserta keluar daripada garis kemiskinan.

* RM38.7 diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan.

* Peruntukkan tambahan RM500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, sains dan matermatik melalui pendekatan "Higher Order Thinking Skills".

* Tambahan RM1 bilion lagi kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.

* RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional.

* Peruntukkan RM380 juta disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah.

* Kerajaan mencadangkan geran pelancaran RM10,000 kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat.

* Potongan cukai dua kali akan diberi kepada majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan.

Ahad, 16 September 2012

Fantasy Premier League 2012/13

ini pilihan aku untuk game yang akan datang, tapi mungkin akan ada pertukaran... ianya bergantung pada bersembahan  minggu ini... Harap game akan datang pemain yang aku pilih nie main power-power la... saper ada team leh share ngan aku...

ok ... Untuk minggu ke 5 ini game dia...
Gameweek 5
22 Sep 12:45SwanseaSwanseavsEvertonEverton
22 Sep 15:00ChelseaChelseavsStoke CityStoke City
22 Sep 15:00SouthamptonSouthamptonvAston VillaAston Villa
22 Sep 15:00West BromWest BromvReadingReading
22 Sep 15:00West HamWest HamvSunderlandSunderland
22 Sep 15:00WiganWiganvFulhamFulham
23 Sep 13:30LiverpoolLiverpoolvMan UtdMan Utd
23 Sep 15:00NewcastleNewcastlevNorwichNorwich
23 Sep 16:00Man CityMan CityvArsenalArsenal
23 Sep 16:00TottenhamTottenhamvQPRQPR  

masa kat atas tu masa sebenar EPL yer.... minggu nie janagan tanya hancur.... points pun dapan 26 jer... haha
This entry was posted in

Sabtu, 15 September 2012

Jumaat, 14 September 2012

GURU IBARAT LILIN... BUKAN MEMBAKAR DIRI, TAPI KENA BAKAR..

 image


Salam semua, pagi nie dah baca blog ben pasal muka depan metro. Kalau lah mereka boleh mengambil ikhtibar dari Kisah Imam Shafie yang terlalu menghormati gurunya Imam Malik, Imam Shafie tidak akan tidur dengan kakinya menghala ke rumah Imam Malik... Begitulah cara sebenar menghargai mereka yang bergelar pendidik.... Yang memberi ilmu... Lapangkan dada bersihkan hati dan sanubari... wassalam



Selasa, 11 September 2012

7 Cara Mudah Menunjukan Cinta Kepada Pasangan Kita

 

1.Membuatkan Makanan
Cari tahu apa makanan kesukaannya dan luangkan waktu untuk memasak nya, walaupun tidak terlalu mewah. Misalnya dengan memasak telur dadar untuk sarapan atau sup disertai roti. Hal tersebut akan membuat pasangan semakin jatuh cinta walaupun hasil masakan Anda tidak terlalu sempurna.

2. Memberikan Pujian
Pujian merupakan pernyataan yang tulus akan kebaikan atau keunggulan yang dimiliki seseorang. Tentunya setiap orang senang dipuji. Apalagi jika pujian tersebut datang dari pasangannya. Pastikan untuk memberikan pujian sesuai dengan kata hati Anda, jangan berbohong! Si dia akan lebih menghargai apa yang dikatakkan secara jujur.

3. Hargailah Pasangan Anda
Hargailah segala sesuatu yang telah dilakukan pasangan Anda. Contohnya dengan mengucapkan "terima kasih" atas apa yang telah dia lakukan atau bisa juga dengan mengucapkan "kamu telah membuatku nyaman ". Kalimat seperti itu telah memberitahukan bahwa usaha yang ia lakukan berhasil.

4. Berilah Kejutan
Berilah kejutan yang tidak mudah dilupakan, misalnya dengan membuat pesta ulang tahun kejutan yang dihadiri keluarga dan teman dekatnya. Anda juga bisa memberi si dia kejutan dengan tiba-tiba menyiapkan makan malam romantis. Usahakan kejutan itu berkesan sehingga akan selalu dikenangnya.

5. Jujurlah pada Pasangan
Jika Anda tidak ingin dibohongi pasangan, maka Anda juga harus bersikap jujur terhadapnya. Jika tidak mempunyai keberanian untuk membicarakannya, Anda dapat membuat daftar di kertas mengenai kekurangan Anda yang sebenarnya, dan kesalahan apa saja yang telah Anda lakukan. Apa yang Anda buat itu dapat menginspirasi si dia untuk melakukan hal yang sama sehingga tidak ada lagi yang disembunyikan antara satu sama lain.

6. Ungkapkan Perasaan Anda Secara Langsung
Ungkapkanlah perasaan Anda secara langsung di hadapannya, jangan melalui perantara seperti telepon, email, SMS, Facebook, Twitter atau BBM. Si dia akan lebih menghargai jika Anda berbicara langsung dan lebih menyadari betapa seriusnya Anda dengannya.

sumber
This entry was posted in

WIFE AKU SUPERWOMAN

 

Malam nie aku rasa macam nak buat satu catatan jiwang la pulak, erm.. catatan ini aku nak tujukan khas untuk pasangan istimewa aku iaitu wife aku, aku harap wife aku akan baca nanti..
Tak dapat aku nak luahkan dengan kata-kata yang indah untuk aku gambarkan perasaan aku pada wife aku. sesungguhnya aku sangat cinta dan sayang pada wife aku, Saat aku mula mengenalinya dulu aku jatuh cinta... dan hati aku kuat beritahu.. "Wanita itu ialah Pasangan yang di cipta untuk aku.."

Tapi apa yang nak aku gambarkan ialah Cinta aku, betapa aku Cinta Dan sayang pada wife aku..  sekarang kami di kurniakan 3 Anugerah yang sangat tidak ternilai, ini membuatkan aku bangga dengan keupayaan wife aku yang bersungguh-sungguh memelihara 3 permata ini dari dalam perut sehingga di lahirkan... Sesungguhnya sedikit pun cinta dan sayang aku takkan hilang. 
Pahit dan getir yang kami lalui bersama akan aku kenang sampai bila-bila.. Susah dan senang wife aku tetap bersama... tetap tinggal dan sayangi aku macam mana aku sayang dia.. erm... 

Ada yang beri nasihat pada aku supaya jangan takbur dengan kebahagian ini, kalau Allah nak uji...... aku terima nasihat ini... tapi aku tetap berbangga... Aku akan sentiasa mencintai dan sayang wife aku sampai bila-bila.. Aku sentiasa berdoa pada tuhan akan perasaan sayang aku ini akan kekal sampai bila-bila dan begitu sebaliknya...

Wife aku sekarang sibuk dengan rutin harian untuk menguruskan anak-anak dan rumah.. Kalaulah wife aku takda, erm.. tak tahu nak buat macam mana.. aku dah cuba mengambil alih tugasan harian wife semasa dia dalam hospital untuk melahirkan anak yang ketiga, fuhh... punya lah penatnya sampai aku tertidur bila tengok berita jam 8.. memang memenatkan..sampai aku berfikir, aku sanggup bekerja 48 hrs direct... tapi nak jadi macam wife aku.. huhu.. memang tak sanggup, memang wife aku ialah SUPERWOMAN... Aku sangat kagumi dan hargai... Love u sayang.. 

note : Kalau nak luahkan panjang lagi nie..



This entry was posted in

MENCARI PENAWAR DUKA, PENGUBAT SENGSARA | DR. MAZA

012995451
Kagum dengan DR. Maza


Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?

Sebahagian ujian itu, jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi baginya jalan keluar. Warna kegelapan kadang-kala merangkumi segala penjuru, hanya Allah sahaja yang mampu mengeluarkan insan dari keadaan yang sedemikian. Kadang-kala pula insan terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh dirinya yang kerdil. Namun, insan yang beriman yakin bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikannya dengan lebih baik yang tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.
Persoalannya, bagaimanakah caranya agar Allah Yang Agung melimpahkan rahmatNya lalu menurunkan pertolonganNya. Ya, memang insan disuruh berdoa dan merintih kepadaNya. Namun apakah caranya agar mustajab lalu Allah membawanya keluar dari daerah duka kepada daerah sejahtera atau bahagia? Apakah ungkapan yang meredhakan Tuhan al-Rahman yang menjadikanNya dengan pantas mendengar rintihan insan?

Insan perlu sedar, antara penghalang rahmat Tuhan kepadanya adalah dosa dan kesalahannya. Dan, setiap insan pula tidak terlepas dari salah dan dosa. Sehebat mana pun, sealim mana pun dia, insan tetap insan, terdedah kepada dosa. Jika tidak anggotanya, mungkin dosa jiwa atau hati nurani yang sombong dan bongkak, atau hasad atau sangka buruk dan pelbagai lagi. Percikan dosa sentiasa ada. Ia penghalang cahaya indah syahdu antara nurani insan mendampingi Allah untuk menjadi kekasihNya. Maka, doa sentiasa diganggu oleh dosa. Apakah penawar yang menerangi jalan agar doa itu sampai kepada insan dengan pantas dan mustajab?Jawapannya ialah taubat dan ‘istighfar’ iaitu kembalikan kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya. Dengan jujur, dengan luhur, dengan kusyuk. Itulah penawar yang akan membuka kebahagian hidup. Itulah janjiNya: (maksudnya)
“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubat kepadaNya supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia)…” (Surah Hud: 3)
Janji Yang Pasti

Setiap kita pernah melalui duka dan sengsara. Kita mencuba perbagai ungkapan dan doa agar Allah mendengar rintihan kita. Ya, doa itu senjata. Namun, di sana ada satu pemohonan yang jika dibuat oleh insan dengan keikhlasan jiwa, pengharapan dari lubuk jantung hatinya maka Allah akan mendatang pelbagai kebaikan lain kepadanya. Dikeluarkan dari kesempitan hidup, diberi kurnia rezeki dan anak, kebahagiaan jiwa dan ditambah kekuatan dan pertolongan.

Inilah janjiNya dalam al-Quran. Bukan janji yang diadakan oleh sesetengah buku doa, atau bicara tokoh-tokoh agama yang kadang-kala mengada-adakan pelbagai doa ‘sendirian berhad’ mereka yang entah dari mana dikutipnya. Tidak! Ini adalah jaminan langsung dari Allah dalam kitabNya. Apakah pemohonan itu? Pemohonan ialah doa agar Allah S.W.T mengampuni dosa. Apabila ia dilafazkan dengan ikhlas dan jujur. Sebanyak-banyaknya. Dengan kekerdilan diri, tunduk dan insaf, maka keajaiban pertolongan Allah pun akan datang dalam pelbagai rupa dan cara. Inilah janji dalam banyak ayat dalam al-Quran.
Firman Allah menceritakan nasihat Nabi Nuh a.s. kepada kaumnya: (maksudnya)
“Sehingga aku berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (sekiranya kamu berbuat demikian) Dia akan menghantarkan langit yang mencurah-curah (hujan) kepada kamu. Dan Dia akan memberi kepada kamu banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai” (Surah Nuh: 9-12).
Pelbagai Kurnia

Inilah janji Allah kepada yang berikan kepada sesiapa yang beristighfar dengan ikhlas. Atas lisan Nabi Nuh a.s. Allah berjanji untuk menurunkan hujan rahmatNya, dibanyak rezeki dan anak, diberikan harta yang berharga dan subur. Maka, yang beristighfar dengan penuh ikhlas sebanyaknya, akan menikmati peruntukan ini. Kekurangan hujan, harta, anak, kesuburan dan segalanya penawarnya ialah ‘istighfar’.

Dalam Miskat al-Masabih ketika membahaskan hadis istighfar, diriwayatkan seseorang datang kepada al-Imam Hasan al-Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu jawab Hasan al-Basri: Beristighfarlah. Datang yang lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang yang lain minta doa agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: Beristighfarlah. Datang pula yang lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: Beristighfarlah. Lalu ditanya Hasan al-Basri mengapa jawapannya semua sama bagi soalan yang berbeza. Katanya “Ini bukan pendapatku, inilah yang Nabi Nuh a.s sebut” –lalu beliau membaca ayat di atas.

Mengelakkan Bala

Allah juga menjamin bahawa Dia tidak akan mengazabkan insan di dunia ataupun di akhirat kita insan itu benar-benar beristighfar kepadaNya. Hambatan dan ketakutan terhadap dosa dapat dibentengi oleh istighfar yang ikhlas. Inilah janji Allah. Dia Maha Benar janiNya. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka sedang engkau (wahai Muhammad) ada antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar” (Surah al-Anfal: 33).
Inilah janji Allah. Dalam ayat ini; kewujudan Nabi s.a.w dan kewujudan istighfar menghalang azab Allah. Adapun Nabi s.a.w baginda sudah tiada dalam kalangan kita, namun istighfar terus ada jika kita mengamalkannya. Wahai jiwa yang dihambat dosa! Beristighfarlah sebanyak-banyaknya nescaya diselamat dari bala dosa. Wahai yang takut ditimpa bala! beristighfarlah.


Ditambah Kekuatan

Gelora hidup kadang-kala amat menakutkan. Ia memukul insan dari sudut yang diduga dan tidak diduga. Jika hanya bergantung kepada kekuatan diri semata, insan akan terkorban dan tidak akan berdaya. Ganasnya lautan hidup hanya dapat dihadapi dengan kekuatan kurniaan Allah. Firman Allah: (maksudnya)
“(Kata Nabi Hud) dan Wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian taubatlah kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu (yang sedia ada)”. (Surah Hud: 52).
Dengan tambahan kekuatan dari Allah dan bantuanNya insan merasai kekuatan dalam menelusuri permusafiran di dunia yang fana ini.

Maka membanyakkan istighfar adalah penawar hidup. Betapa banyak kisah insan-insan yang Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba-hamba Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar mereka. Setiap insan yang beristighfar dengan ikhlas sebanyak-banyaknya pada sesuatu hari akan merasai kesyahduan ruhnya. Allah akan membuka ufuk akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan Allah.

Tapi syaratnya, hendaklah istighfar yang ikhlas. Bukan yang hanya ‘berlagu’ dimulut tapi kontang jiwanya dalam mengharapkan keampunan Allah. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (w. 728H) menceritakan bahawa bagaimana beliau apabila menghadapi masalah, beliau akan beristighfar sehingga seribu kali atau lebih, di mana sahaja beliau berada; di masjid, di pasar, di pusat pengajian sehinggalah beliau dapati Allah lapangkan dadanya dan tunaikan hajatnya. (lihat: Ibn ‘Abd al-Hadi, al-‘Uqud al-Durriyah, 21. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi).

Marilah kita banyakkan istighfar, ia adalah penawar. Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia Allah yang disangka dan tidak disangka. Maka datanglah rezeki, kebahagiaan dan pertolongan. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar, nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang sementara ini.

sharing is caring...semoga memberi manfaat pada anda semua..
This entry was posted in

Jawapan Sains Melampau..... | EXAM..

 

salam semua, siapa minat sains??? ramai yang minat dan tidak. apa yang aku nak kongsikan ini ialah pengalaman sebenar kawan aku sebagai guru yang tanda kertas peperiksaan anak muridnya... nah tengok....



kalau tak boleh baca aku taip semula :
KEMUNGKINAN YANG MENYEBABKAN KEMANDULAN KEPADA ISTERI ADALAH KERANA JATUH ATAU HEMPAKAN BUNTUT YANG KUAT.

 

iskh3.... menggeleng kepalo cikgu nak tanda... hahaha...  APA KOMEN ANDA???

Isnin, 10 September 2012

DEMI MASA... Semua orang tahu...

 

TERJEMAHAN SURAH AL ’ASR
(MASA)
SURAH INI DITURUNKAN DI MEKAH DAN MENGANDUNGI 3 AYAT.


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1.Demi masa
2.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan (nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

KETERANGAN SURAH AL ’ASR

Semua manusia dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman teguh dan beramal soleh, serta suka nasihat menasihati tentang kebenaran serta kesabaran. Orang yang soleh sentiasa menjaga baik hubungan sesama manusia serta hubungan dengan Allah swt. Masa yang berlalu diisi dengan perkara yang berfaedah tanpa membazirkan perkara dengan perbuatan yang sia-sia. Pendek kata sentiasa mengikuti apa yang diperintahkan olehNya dan meninggalkan apa yang dilarang olehNya.
 
sumber : sini 

dari saya:
Sesungguhnya dalam kehidupan ini kita perlulah saling  ingat memperingati antara satu sama lain, lebih-lebih lagi adik beradik anak, isteri dan kawan-kawan terdekat. Selain dari pada itu kita juga boleh menggunkan medium seperti blog atau kita updated status kat mana-mana medan atau laman sosial pun tak salah... beringat-ingat dan berpesan-pesanlah untuk kebaikan, marah bukan kebencian, tapi tanda sayang....
Isi lah masa yang terluang dengan perkara yang bermanfaat yer...

Ahad, 9 September 2012

PENGAWAL PERIBADI ANWAR GUNA SENJATA ??????

 
Tajuk aku tu penuh dengan tanda tanya......
Confius aku nie... nanti aku nak cari lagi butiran lanjut...

Setahu aku, tak semua orang yang ada senjata nie boleh guna senjata sesuka hati...
Selain dari di padang tembak untuk latihan, pasukan keselamatan
atau melindungi diri dan harta dari bahaya, tu bahaya yang tersangat bahaya...

Ceritanya Anwar yang dalam siri jelajahnya seluruh MALAYSIA tiba di sebuah Kampung di Melaka... Erm... nak masuk kampung orang, mesti ada yang dah tunggu dengan sepanduk nak protes kehadiran Anwar nie....

Bila bas kena block, ada seorang lelaki suruh orang kampung beri laluan pada bas, agaknya marah sangat, tu yang tunjuk pistol 2, macam la dia sorang ada pistol.. hehehe... naik angin la orang kg... 

Marah la orang kg bro, masuk kg orang buat macam tu..... Lupa kod etika kerja dan tatacara penggunaan senjata api nie, nanti kena bagi kelas semula.. huhu  berita lanjut dan sumber berita klik lin bawah

Sabtu, 8 September 2012

Bila Suami Mandi Dengan Isteri | Bukan 18 sx

 

Salam semua, entri kali ini untuk mereka yang dah mendirikan rumah tangga yer, yang belum simpan ilmu ini untuk masa hadapan yer. Tahukah anda, Rasullullah s.a.w mandi bersama isterinya

Imam Al-Bukhari meriwayatkan yang bermaksud :
"Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)" (Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)

Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;
"Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub." (Sahih Muslim : 482)

Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti romantik yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan. Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah yang mandi bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah (Sahih Muslim : 498). Demikianlah romantiknya Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam.

Untuk kita, kemersraan yang mungkin semakin pudar dengan pasangan hidup mungkin boleh di perbaiki dengan aktiviti sebegini.. Mungkin ada yang anggap isu ini remeh dan agak keterlaluan, tapi bagi aku ianya isu yang patut kita kongsi bersama sebagai panduan dan tips bagi merapatakan silaturahim dengan lebih erat bersama pasangan....

rujukan : http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/1378-rasulullah-saw-mandi-bersama-isteri.html

Rabu, 29 Ogos 2012

Adakah kamu sedar akan nikmat di dunia????


Apabila kita asyik termenung memikirkan nasib diri disini.. merenung jauh mereka disana hidup penuh dengan keseronokan dan kegembiraan.. Namun kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagian yang sebenar - benarnya.. by DR MAZA

Ramai orang..
Tersalah sangka tentang maksud  ketenagan dalam hidupnya, selalunya orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta, dengan faktor kekayaan. Walaupun itu boleh jadi penyumbang, tetapi itu bukan segala-galanya..

Betapa ramai orang berada dirumah yang besar, tidur diatas katil yang empuk.. tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak, bahkan ada orang yang tidur dipondok buruk, kadang-kadang dia lebih lena daripada kita.

Ada orang yang berada dihadapan hidangan yang hebat, lauk pauk yang bagus, tetapi lidahnya tidak enak.. lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan satu mata dua lauk tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya..

Kata Hamka, lihatlah bagaimana ALLAH membahagi- bahagikan nikmat..Semua orang sangka kalau orang tu ada rumah besar, ada makanan yang sedap, tentulah hidup dia bahagia dan tenang.
BELUM TENTU!!!!

TIADA SIAPA YANG DAPAT MENGHALANG KETETENTUAN ALLAH.

Jika ALLAH hendak memberikan kebahagian kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan dengan apa-apa tangan sekalipun..

Jika ALLAH menghalang kebahagian seseorang, dia tidak boleh dihalang , dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun

Jika ALLAH uruskan urusan kita, dan ALLAH tidak serahkan diri kita kepada kita
Walaupun sekelip mata..Dunia boleh berbuat apa-apa..tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran ALLAH ...

Jika Allah mengatur untuk kita, apa yang orang kata tewas.. kita akan melihat kemenangan dari sisi ALLAH.

Apa yang orang kata rugi, ALLAH akan bagi keuntungan yang mana jalan-jalan manusia tak sangka,  tetapi ALLAH boleeh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan.

APABILA KITA SENTIASA MENGELUH SETIAP KALI DITIMPA MUSIBAH....

Tuan-tuan tengoklah dunia nie. Kadang-kadang tuan-tuan, manusia hilang suatu benda ini daripada dunia, kadang -kadang dia macam hilang segala-galanya..

Saya nak tanya tuan-tuan...

Dalam hidup ini dah berapa banyak kita lalui keperitan hidup???

Cuba Ingat ???

Ketika kita kena keperitan, kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya. Tapi hari ini, ALLAH keluarkan kita dan kita berada dalam keadaan yang baik.

Ketika kita ditimpa musibah tertentu, kita kata " habislah aku kali nie.."
tetapi usia kita telah berjalan,, Kita masih lagi hidup dan makan dan kita masih menikmati kurnian hidup ini.

Ketika kita kata " Ya ALLAH tolonglah aku, aku susah....Ya ALLAH "

Hari ini kita telahpun lupa perkataan itu. Dan kita kadang-kadang lupa untuk bersyukur diatas pelbagai ranjang hidup yang ALLAH keluarkan kita daripadanya..

SURAH ALI-IMRAN [3] ayat 173
maksudnya

'Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami).'


sumber :
http://www.youtube.com/watch?v=CG8wjptXGo8&feature=related

renung-renungkan...

Rabu, 1 Ogos 2012

MUAT TURUN LAGU RAYA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...