Sabtu, 1 Januari 2011

Faizal Yusof MeNinggal | SHAHAZRIN.COM

" DARIALLAH KITA DATANG, KEPADA ALLAH KITA KEMBALI "

Ini berita yang baru aku terima, Faizal Yusof @ DANI [adam maya] bekas suami penyanyi Siti Nordiana Meninggal dunia akibat serangan jantung, berita in aku perolehi dari blog nie..


yang terbaru aku tengok kat TV3 : tirametsu ( betul ker ejaan nie)



kata ZAIRA dia terima berita nie dari twitter Pak Nil @ Aznil


AL FATIHAH UNTUK ARWAH..

Rahsia Menjadi Penjaga Gol Yang Cemerlang | SHAHAZRIN.COM


Salam semua, selamat tahun baru... aku dah sambut masa tahun Baru Hijrah hari tu... Alhamdulillah, tirai 2010 dah pun berlabuh. tirai 2011 sudah pun dibuka. Kalau nak dieritakan apa yang berlaku dalam setahun yang lepas, macam-macam .. berjurnal-jurnal nak tulis semua tu.

Apa yang pasti kita telah menjalani satu kitaran hidup yang semua orang lalui iaitu "kehidupan". Yer " kehidupan" yang ada pasang surutnya yang ada turun naiknya. Hidup kita sebenarnya saling memerlukan. Kita perlukan teman setia, kawan di sekeliling kita dan jurnal macam blog nie.

Begitu juga bolasepak, penjaga gol yang beraksi dengan baik kena bergantung pada pertahanan yang sangat baik. Pertahanan yang menutup segala ruang yang terhidang untuk pihak lawan menghasilkan gol. Tetapi jika pertahanan sebuah pasukan mula longgar, peluang akan terhidang dan akan memberi kelebihan kepada pihak lawan untuk menghasilkan gol. Percaya tak? kalau tak percaya tanya oarang yang pandai main bola.. mesti dia sokong kenyataan nie. Cemerlang atau tidak pasukan lah kekuatanya.  Aku? aku nie dah pencen main bola ..huhuhu...

Kemalangan Bekas Isteri Akhil Hayy | SHAHAZRIN.COM



Entri tahun 2011 nie dimulakan dengan keratan dua akhbar nie iaitu utusan dan berita harian, yang menjadi sumber untuk aku mecedok dan mengeluarkan entri jika ketandusan idea untuk menghasilkan entri untuk blog aku...  Sila ikuti bersama yer..




BEKAS isteri penyanyi dan penceramah bebas Akhil Hayy, Maizawati Zainal,35, ditemani suaminya, Mohd. Yassin Ben@Abdul Rahim, 23 di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya, di Ipoh, Perak, 31 Dis. - Utusan/MOHD NAJIB MOHD NOR

Bekas isteri Akhil Hayy terbabit kemalangan, kandungan selamat


2010/12/31

IPOH: "Saya bersyukur kandungan selamat walaupun doktor mengesahkan uri mengalami pendarahan kecil," kata Maizawati Zainal, 35, bekas isteri penceramah bebas, Akhil Hayy, yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas kereta dinaiki keluarganya terbabit dalam kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, Selasa lalu.

Beliau yang mengandung hampir lima bulan berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 5.15 pagi selepas kereta dipandunya merempuh sebuah kereta lain yang tiba-tiba membuat pusingan U dan memasuki laluannya.

Katanya, rempuhan itu menyebabkan dirinya pengsan selain beberapa anggota badan cedera termasuk di dahi dan patah tangan kiri hingga terpaksa dirawat di hospital itu.
Katanya, tiga anaknya iaitu Muhamad Syafrin Hidayahtullah, 3; Muhamad Shariff Hidayahtullah, 12; dan Siti Nur Maisarah, 13, bernasib baik kerana hanya cedera ringan manakala suaminya, Mohd Yasin Ben@Abdul Rahim, 23, tidak mengalami sebarang kecederaan. 

"Sejurus sebelum kejadian, saya bersama keluarga dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Utama, Bercham selepas menghantar rakan kami ke Stesen Bas Medan Gopeng untuk ke Singapura," katanya. 

sumber berita harian & utusan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...