Sabtu, 7 Januari 2012

10 Syarat Perhimpunan 901

 

Bahawasanya Ketua Polis Daerah Sentul setelah menimbangkan faktor-faktor keselamatan dan ketenteraman awam mengenakan syarat-syarat berikut kepada pihak penganjur serta peserta Perhimpunan 901 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2012 di parkir awam Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, sebagaimana berikut :
  1. Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.
  2. Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.
  3. Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.
  4. Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah. 
  5. Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut. 
  6. Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir Mahkamah.
  7. Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu. 
  8. Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.  
  9. Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.  
  10.  Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.
sumber PDRM FB

Jawatan Kosong Di NEP, 1000 kekosongan untuk Ibu Tunggal..

Ibu tunggal dipelawa isi 1,000 jawatan kosong di NEP

2012/01/06

KUALA LUMPUR: Syarikat pembekal penapis air antarabangsa, Nature Environment Products Sdn Bhd (NEP), hari ini mempelawa ibu tunggal untuk menghadiri temuduga pekerjaan yang akan diadakan di lima wilayah di Semenanjung mulai Rabu ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kei, berkata NEP mahu mengisi 1,000 jawatan kosong sebagai Perunding Perkhidmatan Diamond kepada mereka dan ibu tunggal terpilih boleh bertugas mengikut masa anjal yang sesuai.

"Penawaran kerja ini bertujuan membantu ibu tunggal mengatasi masalah kewangan mereka. Program ini khusus bagi ibu tunggal berusia 21 tahun ke atas dan bertujuan membangunkan mereka sebagai individu berjaya kerana mereka turut memainkan peranan sebagai bapa," katanya pada sidang media mengenai "Kerja Impian Bagi Ibu Tunggal" di sini hari ini.

berita lanjut >>>> sini 


sedikit maklumat yang aku cari berkaitan Nature Environment Products Sdn Bhd 

Address : No. 23-5, Jalan SP2 / 1 Tmn Serdang Perdana Seksyen2 43300 Seri Kembangan Seri Kembangan, Malaysia
Category : Water
Products & Services : Water Filter, Water Dispenser, Water Filtering Equipment & Supplies, Water Purifier, Water Distiller 
 
Enquiry
For any enquiries, you may contact us.
Contact Person: Mr. Bremen Yong
Phone Number: 03-89424524
Mobile Number: 012.209.0275
 
## tertakluk kepada perubahan semasa jika gagal dihubungi.

Khamis, 5 Januari 2012

KERA DI HUTAN BAGI MAKAN NESTUM ANAK KAT RUMAH MINUM AIR MASAK

Salam semua, ok hari nie nak luahankan perasaan kepada pejuang-pejuang apa2 badan badan kaki dan tangan pelbagai persatuan dan sebagainya ( tak mau sebut ). Jangan kita buang masa dengan pelbagai perkara yang tidak mendatangkan faedah dan kesudahan yang tak pasti. Nak lagi kita ini dijadikan alat orang tertentu untuk kepentingan diri mereka sendiri. 




Jangan kera dihutan bagi makan nestum, anak kat rumah bagi minum air masak jer... jangan buang masa,  Tolong pikir yer, kerana nak kejar jawatan dalam persatuan dunia, jawatan sebagai ketua, pengerusi, presiden, penghulu RUMAH TANGGA kita abaikan..

p/s: Tabik spring untuk pejuang ISLAM

renung-renungkan...

GAMBAR DAN VIDEO NUR AMALINA

Salam tumpang nak share cerita ... erm..  surat khabar kecoh pasal cerita NUR AMALINA pelajar cemerlang 17 A termasuk Pendidikan Islam :p mari kita lihat gambar yang di ceritakan...




sumber gambar blog :

dan sumber video untuk pesanan

Video Ucapan Nur Amalina Untuk Rakyat Malaysia Dan Blogger!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...