Selasa, 10 Januari 2012

Keputusan MUET 12 Januari 2012



KUALA LUMPUR: Keputusan Malaysian University English Test (MUET) Akhir Tahun 2011 akan dikeluarkan Khamis ini (12 Januari), demikian menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini.
Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan
mereka dari sekolah atau institusi masing-masing mulai 10 pagi pada tarikh
berkenaan manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

"Calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET dan menghantarkannya ke 15888, mulai jam 12.01 tengah malam 12 Januari ini dan melalui 'online' dengan melayari portal MPM, www.mpm.edu.my mulai 9 pagi tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

Seramai 93,869 calon telah menduduki ujian itu di 943 buah pusat ujian di seluruh negara.

Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET mereka, boleh membuat rayuan semakan semula dengan bayaran sebanyak RM70 dan tarikh tutup rayuan ialah 27 Januari ini. - Bernama

Bila Datuk Dr.Hassan Ali Dipecat....MB SEL Suruh Letak Jawatan

 
Salam semua, pada aku cerita yang menarik dan lebih penting sehari dua ini ialah kisah pemecatan tokoh agama Datuk Dr Hassan Ali... Terbaru Menteri Besar Selangor meminta supaya Datuk Hassan Ali meletakkan jawatan sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri pulak.

Setelah di pecat oleh pas kerana kelantangan pendapat peribadi beliau berkaitan perhimpunan 901, MB Sel pulak memohon Datuk Untuk meletakkan jawatan sebagai Exco sebagai anggota exco DUN Selangor.. Datuk Dr.Hassan Ali akan meneruskan perjuangan beliau dengan NGO yang di kenali sebagai HIMPUN.

Isnin, 9 Januari 2012

Barang - barang murah kat sini....

DSC_0542

Salam semua, gambar yang diambi dari blog blogger tersohor BENASHAARI.COM.. sempat juga meluangkan masa beberapa minit bersama beliau..

Sabtu, 07 Januari 2012 di kesempatan masa yang ada aku membawa isteri dan anak-anak ke MAEPS dan melihat majlis pelancaran dan pembukaan My Agro Hypermart.... 
Nak tau lebih lanjut klik sini

sempat amibil gambar nie.


2012 Misi Menurunkan Berat Badan..






Salam semua, tadi pagi masa jumpa En.Ben sempat juga dia pelawa aku g GIM sama-sama bila free. Insya Allah la Ben.. kalau free nanti aku join.. memang misi tahun 2012 nie nak turun balik berat badan nie... sekarang dah 100 ++ misi untuk menurunkan sehingga 80 kg... boleh tak nie BEN???? So ini adalah cabaran untuk aku pada tahun ini... Kawan2 Doakan aku berjaya...






This entry was posted in
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...