Rabu, 18 Januari 2012

SAMA JER... X ADA APA YANG BERUBAH PUN

image

Hurm... semua orang kenal nie.. Azwan ali..
Kenyataannya di twitter mengakibatkan dia di panggil pihak polis untuk membantu siasatan diatas ugutannya kepada Ummi Hafilda secara terbuka di twitter... kalau tertutuppun kena juga yer..

azwan ali ditangkap

Persoalannya.... kita tahu ke orang tu masuk syurga atau neraka.... KITA nie perlu nilai diri sendiri dulu sebelum kita nilai orang lain... rasanya ada cakap nak berubah.... sama jer...

KONGSI KERETA BOLEH???


Salam n good morning semua, harap anda sihat untuk meneruskan tugsa seharian..

Aku jarang-jarang keluar pagi... tapi memang aku sedari kepadatan aliran trafik bermula dari aku keluar rumah, ramai yang dah ada kereta sendiri yer.. Alhamdulillah.. tapi semua kereta menghala ke PUTRAJAYA... tak mau kongsi kereta ker..????. boleh elakkan jem..  jimat kos... aku?? aku naik motor kapcai jer.... Aku rasa kawan-kawan semua kena sepakat la.
"bulat air kerana pembentung, bulat kita kerana makan "
eh bukan yer...
" BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT " 


Selasa, 17 Januari 2012

Anda Yang Dihargai


Salam semua, sebagai menghargai  jasa pengunjung yang sentiasa mengunjungi blog picisan ini.. 
Saya akan membuat sesuatu bagi menghargai pelawat yang paling kerap atau banyak meninggalkan komen pada entri yang telah saya terbitkan.. 

Sebagai tanda penghargaan, anda yang di pilih sebagai pemenang akan saya letakkan link blog dan post anda dibawah follower selama sebulan..

Pemenang akan di umumkan akhir bulan ini.. 

**** tertakluk kepada terma dan syarat ****
yang akan saya putuskan sendiri


SIAPA NAK TARIK DIRI SILA BERITAHU

Dato' Owh Datuk


     Salam semua, telefon konsol inilah antara salah satu bidang tugas aku di pejabat ini. mengawal panggilan dari dalam opis keluar senang jer.. sebab kita dah kenal dengan siapa kita bercakap... tapi bila terima panggilan dari luar pulak...macam-macam ragam... aku pernah terima panggilan dari artis terkenal suruh beri bantuan anak dia x nak bangun g periksa SPM... hahaha..

Tapi nak di kisahkan lagi... mereka yang bergelar datuk... " hello.. ini datuk dot..dot..dot.. " nak kenalkan diri??? aku x kenal.. sebab banyak sangat datuk sekarang nie... aku fikir dia nak kenalkan pangkat jer... well datuk la katakan....  Suatu masa dulu masa aku pernah jadi waiter... seorang Dato'  Melayu dah penat main golf datng untuk rehat and minum2...mintak "One jug [carlsberg] pls" erk...
This entry was posted in

Belajar... Jangan Main-main..


Mat : Mak tengok, Mat dapat U.... Alhamdulilah mak, syukur sangat. Mat janji, mat akan belajar rajin-rajin dan balas jasa baik mak...

Mak : Ahamdulillah Mat, Abah mesti gembira nanti. Nanti dia mesti nak tumbangkan ayam lima enam ekor nie...

Erm... janji..aku janji  harapan mak dan abah..semuanya hancur... dah dapt universiti tak nak  belajar rajin-rajin... sibuk dengan persatuan sampai lupa tanggungjawab untuk menuntut ilmu... sekitar tahun 1998 - 1999 ramai pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib dibuang dari belajar dan akhirnya kini buruh yang berjaya...

Aku dah jumpa bekas pelajar ini dan dia sangat menyesal dengan perbuatan dia.. Datang dari Sabah dan sampai sekarang tidak balik ke Sabah kerana malu dibuang Universiti... Dah fail, tiada siapa pun yang datang membantu... 

Janganlah sia-siakan peluang yang terhidang.. Belajar la rajin-rajin... Jangan hampakan harapan ayah dan ibu...  Belajar, Jangan main-main...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...