Selasa, 24 Julai 2012

FADHILAT RAMADHAN DAN HADIS PALSU


Oleh : Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni (Jabatan Hadith KUIS)
Suatu masa dahulu hadith tentang kelebihan solat tarawih yang diriwayatkan dari Sayyidina ’Ali RA cukup popular. Barangkali kerana tersebarnya kitab Durrah al-Nasihin dan terjemahan Melayunya yang memuatkan hadith tersebut di dalamnya.
Antara teksnya; daripada Sayyidina Ali RA beliau telah menanyakan kepada Rasulullah SAW tentang fadhilat Solat Tarawih pada bulan Ramadhan. Jawab Rasulullah SAW tentang fadhilat tarawih sebagai berikut, mulai dari malam pertama sampai malam 30 Ramadhan:
1. Malam Pertama: Diberi balasan seperti bayi baru dilahirkan.
2. Malam Kedua: Diampuni Allah dosanya dan bagi ibu-bapanya jika keduanya mukmin.
3. Malam Ketiga: Diseru oleh malaikat di bawah Arasy dan dengan solat tersebut diampuni Allah dosanya yang telah lalu.
4. Malam Keempat: Dibalas Allah seperti membaca kitab Taurat, Injil, Zabur, dan Quran.
5. Malam Kelima: Kemudian dikurniai Allah seolah-olah sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah, dan Masjidil Aqsa.
6. Malam Keenam: Dikurnia Allah seolah-olah dia tawaf di Baitul Makmur dan dipintakan ampun oleh segala batu dan pasir.
7. Malam Ketujuh: Dikurniai Allah seolah-olah ia berjumpa dengan Nabi Musa AS dan membantu Musa melawan Fir’aun dan Haman…
8. … demikian seterusnya hingga akhir malam ke-30.
Pengarang Durrah al-Nasihin hanya menyebut sumber petikannya daripada kitab Majalis. Bagaimanapun, hadith ini adalah hadith palsu, malah tiada sumber asal yang muktamad bagi hadith ini sebagaimana yang disebutkan oleh pakar-pakar hadith. Antaranya seperti yang disebut oleh Dr. Ahmad Lutfi Fathullah dalam tesisnya (Ph.D.), Takhrij Hadith-hadith Durrah al-Nasihin. Dalam Fatwa Mufti Kerajaan Brunei (1999) juga menyatakan ianya tiada di dalam kitab-kitab Ahlus Sunnah, namun ada diriwayatkan seumpamanya di dalam kitab-kitab Syiah seperti kitab Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi dan Wasa’il al-Syi’ah oleh al-Hurr al-’Amili. Dan rujukan mereka tidak dapat dipegang oleh kita.
Maka bagi menggantikan hadith palsu tersebut saya telah menemukan empat buah hadith yang sabit mengenai kelebihan solat tarawih ini. Iaitu sepertimana berikut;
1. Diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمرهم بعزيمة ثم يقول : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي.
Terjemahan;
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: “Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”.
(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)
2. Kembali sepertimana hari ibunya melahirkannya.
حديث عبد الرحمن بن عوف: من صامه وقامه إيمانا واحتسابا خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه. رواه النسائي في الكبرى (11،295) والصغرى (2199)، وأحمد (1618، 1645) وابن خزيمة (2015) وابن ماجه (1331) والبيهقي في الشعب (3462).
Terjemahan;
Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”.
(HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)
3. Ditulis dari kalangan para siddiqin dan syuhada’.

عن عمرو بن مرة الجهني رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، أرأيت إن شهدت أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله وصليت الصلوات الخمس وأديت الزكاة وصمت رمضان وقمته، فممن أنا ؟ قال : من الصديقين والشهداء. رواه البزار وابن خزيمة وابن حبان في صحيحيهما واللفظ لابن حبان.
Terjemahan;
Daripada ‘Amru bin Murrah al-Juhani RA katanya: Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu katanya: Wahai Rasulullah, apakah pendapat tuan sekiranya saya bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya tuan adalah utusan Allah, dan saya bersolat lima waktu, menunaikan zakat serta berpuasa bulan Ramadhan dan berqiam Ramadhan, maka dari golongan siapakah saya ini? Jawab baginda: ”Dari kalangan para siddiqin dan syuhada’”.
(HR al-Bazzar, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)
4. Ditulis baginya pahala seumpama berqiamullail.


حديث أبي ذر : من قام مع الإمام حتى ينصرف كتب له قيام ليلة. رواه الترمذي وقال : هذا حديث حسن صحيح -791.
Terjemahan;
Hadith Abu Zar RA, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa berqiam (Ramadhan) bersama-sama imam sehingga ia selesai, akan ditulis baginya (ganjaran) seumpama berqiamullail”.
(HR al-Tirmizi)
Demikianlah fadhilat-fadhilat yang besar bagi orang yang mengerjakan solat tarawih ini. Kelebihan-kelebihan tersebut tidak tertentu pada malam tertentu sahaja, bahkan ianya adalah umum bagi solat tarawih sepanjang bulan Ramadhan. Semuanya dapat diperolehi dengan kemurahan rahmat Allah Taala bagi mereka yang bersungguh-sungguh mengerjakannya. Mudah-mudahan fadhilat-fadhilat solat tarawih ini dapat tersebar secara lebih luas menggantikan hadith palsu mengenainya.
Sumber : 
http://jomfaham.blogspot.com/

Selasa, 17 Julai 2012

BILA ANAK SELSEMA


Bila anak selsema kesian tengok dia, nak lagi baby yang tak reti nak hembus atau buang hingus tu, walaupun kita dah bawak pergi klinik hingus tetap tak keluar.. tapi ada satu ubat yang saya gunakan untuk melancarkan hidung anak yang tersumbat cuba tanya doktor atau di farmasi. Tapi, biasanya ada farmasi yang tiada stok atau kebenaran untuk jual ubat macam nie... ubat dia lebih kurang macam nie


tujuan dia, dengan bahasa mudah, untuk melancarkan atau mencairkan hingus.. nak lagi bila anak kita meragam bila hidung tersumbat bila nak tidur...


Tapi ada kaedah yang lebih mesra tanpa bantuan ubat... kita sebagai ibu bapa boleh sedut hingus anak terutama baby guna mulut ( tapi jangan kuat sangat ). Tutup sebelah hidung dia n sedut hingus lepas tu buang.. kalau nak telan terpulang la yer hehe... atau beli pam sedut hingus di Farmasi...
ada beberapa bentuk dan bergantung pada harga...


Jika melarat, dapatkan nasihat dan rawatan doktor

note : tiga-tiga anak saya, semuanya saya sedut secara normal.. hehehe


BILA ANAK MULA DEMAM


Bila anak mula nak demam, "thermometer" alat yang menyukat suhu badan anak adalah benda yang paling penting untuk sentiasa digunakan... Pemantuan setiap lima minit [jika perlu] tengok suhu badan anak macam mana.. Thermometer boleh didapati di mana-mana farmasi ada yang murah ada yang mahal..



Suhu normal badan anak kita 37 darjah celcius, 37.5 Celcius dan keatas demam. Tapi perlu diingatkan bahawa demam adalah mekanisme pertahanan tubuh si kecil terhadap serangan bakteria dan virus. Tapi jangan risau, kalau anak kita masih aktif dan masih mahu makan dan minum, biar tubuhnya bekerja secara normal untuk lawan bekteria tu dan turunkan suhu yer..

Apabila demam, suhu permukaan kulit akan bertambah, manakala suhu di dalam badan akan turun justeru perkara pertama yang harus anda lakukan terhadap bayi kecil jika dia demam adalah dengan memakaikan baju yang tipis, nyaman dan menyerap peluh. Hindari baju tebal atau selimut tebal sama sekali. 

Berikan susu lebih kerap dan jika usianya sudah meningkat, boleh ditambah air putih, sup ayam, sup sayur atau jus buah bagi mencegah terjadinya dehidrasi akibat suhu badan yang meningkat. 

Tempatkan si kecil di ruang yang memiliki peredaran udara yang baik. Jika bayi mulai tidak selesa dan merengek kerana badannya panas, lucutkan pakaiannya dan kemudian lapkan tubuh dengan menggunakan kain yang dibasahi air hangat. 
Jika perlu, mandikan bayi dengan air dan elakkan menggunakan air dingin kerana ia akan membuatkan bayi tambah lesu. 

Maklumat menarik yang saya baca di Internet adalah kaedah dukungan kanggaru atau baby wearing dikatakan mampu menurunkan suhu tinggi anak hasil sentuhan kulit dengan ibu yang bersuhu normal. 

Penulis simpulkan sentuhan penuh kasih sayang daripada ibu sebenarnya mempunyai kesan dari sudut psikologi dan ibu sekalian, apa kata jika anda cari kain batik yang sudah lama terbiar dan cuba kaedah kendongan bagi melihat kesan kendongan terhadap bayi anda yang sedang demam. 

INFO: Petua mudah merawat bayi yang demam 

Selain ubat diberikan doktor, ibu bapa juga boleh mencuba kaedah diamalkan orang lama bagi meredakan demam si kecil. 


  • Mengurangkan panas badan dengan air asam jawa 

Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Setelah pekat, sapukan air ramasan asam jawa pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan sehingga lumuran tadi kering di kepala. Anda akan dapati, panas badan bayi akan berkurangan. Buat beberapa kali dalam sehari. 


  • Mengurangkan panas badan dengan beras pulut 

Ambil segenggam beras pulut dan digoreng tanpa minyak seperti anda membuat kerisik. Goreng sehingga beras pulut tadi berwarna kekuningan. 

Kemudian ambil sedikit beras pulut yang telah digoreng tadi dan campurkan dengan secawan air panas. Tunggu air tadi suam dan ditapis. Beri bayi anda minum air itu. Lebihan beras tadi boleh dicampur ke dalam air panas dan dibuat mandian.

Nasihat yang paling penting jika ia melarat, segera bawa jumpa doktor untuk rawatan lanjut.

tambahan info rujukan : BHONLINE

Isnin, 16 Julai 2012

Anak Saya Yang Comel


Salam semua, comel tak.. Dari kiri annak saya Ainul Mardhiah, Aina Humaira Paling Kanan n tengah-tengah tu anak saudara saya Irdina... Baru lepas test kain sembahyang saiz s yang dibeli opah tercinta.. Mak saya baru balik shoping kat Nilai 3.. sakan mak shoping, kerusi kat belakang tu pun baru hehehe.
Tak mahal kain telekung nie... RM 20 satu, campur sejadah kecik yang comel RM 7 selesai..
Kalau nak order bagi tau eik.. tambah duit minyak kete n kos nak post jer...


Yang ini gambar Aina Yang comel...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...