Selasa, 17 Januari 2012

NAMA ANAK JIN..... AKU SETUJU DEGAN INI


"Tiada sbrg dalil yg sohih berkenaan nama2 tertentu adlh nama anak JIN, lalu dikatakan jika diguna & dipanggil kpd anak kita, lalu anak kita akan ditimpa penyakit misteri. Hal ini sama sekali TIDAK BOLEH DIPERCAYAI, malah bercanggah dgn firman Allah surah al-Naml ayat 65. Malah boleh termasuk dlm men'sial'kan nama tertentu, jika itu berlaku boleh jatuh syirik, Nabi bersabda :اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ ، اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ Ertinya : Sial menyial itu syirik, sial menyial itu syirik ( Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi). Berhati2lah..lanjut baca di link. "Kesilapan Umat Islam Dalam Kepercayaan & Aqidah".


"Saya baru sahaja menghubungi Dato' Dr Haron Din berkenaan nama-nama yang dikatakan anak JIN, beliau MENOLAKNYA dan juga menggunakan ayat 65 surah an-Naml menolak pengalaman tertentu sesiapa jua yg mengatakan nama2 tertntu boleh membawa penyakit misteri. Cuma hanya ada nama JIN yg disebut di dalam hadis shj yag elok tidak digunakan spt Azazil, Wiswas, Khannas, Murrah, Harb, Soba & brbp yg lain disebut dlm hadis, Itupun tidak sohih jika guna maka akan kena sakit misteri. Ia bercanggah dgn Al-quran." Dari  Fb Ustaz Zaharuddin.net


Salam semua, semua ini aku copy dari blog http://www.anamarzablog.com
banyak sangat orang terkeliru...harap dapat membantu.

TAK TAK KALORI TU APA???

APA ITU KALORI

kaori
Kalori adalah sejenis unit tenaga
Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori


Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia?
Kategori: Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

kategori : minuman

1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal
Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?
Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) =   900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).

Bagaimana untuk bakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!

Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.
1) Menonton TV = 40 kalori
2) Berjalan pantas = 300 kalori
3) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4) Mengemas rumah = 240 kalori
5) Berkebun = 320 kalori
6) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7) Berbasikal statik = 380 kalori
8)Erobik = 405 kalori
9) Ping Pong = 280 kalori

This entry was posted in

Jom makan limau


Salam semua... kat opis.. lama cuti.. ermm musim makan limau sekarang nie yer... banyak tul limau kat opis..
musim durian makan durian.. ...musim makan rambutam makan rambutan... sekarang nie tiap entri kat opissambil makan limau... lalalala...
This entry was posted in

Rabun ke Buta !!!!!


Salam semua, aku first time ikut susur menghala USJ dari Shah Alam / Proton (KESAS)
So, jelas kelihatan papan tanda " TIDAKKAH ANDA RASA BERSALAH MEMOTONG 'Q' "
Aku rasamungkin pemandu nie nak cepat ada hal kot..... atau pun first time macam aku lalu at situ.. 
Tapi.......


Teksi niepun sama jugak ker... hahah.. nak jer turun tanya , tak pandai baca papan tanda ker... orang lain boleh beratur panjang... nape tak mereka kan????

AJL - Vokal Terbaik !!!!


Aku suka lagu nie...Vokal terbaik boleh tak apat nie??

BERIBU SESALAN




Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri


Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...