Khamis, 8 Mac 2012

SBPA HANYA GIMIK POLITIK


STRATEGI BIASA POLITIK AKU




# SBPA BATAL... SSM YANG DITAMBAH BAIK DIGUNA PAKAI SEMULA

# PELARASAN GAJI 
-13% BAGI KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESSIOAL DAN PELAKSANA DARI GRED 1 - 54 ( JADUAL GAJI MATRIKS, KENAIKAN DARI RM80 HINGGA RM320 BAGI GRED 1 -54, GRED JUSA KEKAL IKUT KENAIKAN TAHUNAN SSM).

- 9% KUMPULAN GRED UTAMA C, B , A

- 8% GRED TURUS 3 DAN 2

- 7% GRED TURUS 1 DAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA

# ELAUN COLA
- (a) 200 NAIK 250
- (b) 100 NAIK 150

SUMBER : http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=650744

INI HANYALAH PENDAPAT PERIBADI AKU SAHAJA. PADA AKU, TUJUAN ASAL SBPA YAN DIBENTANGKAN DALAM BAJET YANG LALU TAK GUNA LA.. SBPA YANG DIUMUMKAN MASA BAJET BANYAK KELEMAHAN DAN AKHIRNYA DIMANSUHKAN SEBAB BANYAK SANGAT PERKARA YANG TAK KENA DAN MENDAPAT BANTAHAN DARI PELBAGAI PIHAK.

KEPUTUSAN UNTUK MELAKSANKAN SBPA ADALAH KEPUTUSAN YANG TERBURU-BURU.. BAGI AKU LA... SKIM GAJI BARU YANG PADA ASALNYA MENYEDAPKAN HALWA TELINGA PENJAWAT AWAM TETAPI MENYAKITKAN MATA BILA MELIHAT HAKIKAT KENAIKAN DIATAS KERTAS.

TAPI, SIAPA YANG TAK PERNAH BUAT SILAP..



WAD 5E KATIL 6

Salam, wife aku kena tahan wad lagi... masa makan malam semalam wife aku bagitahu sakit n aku terus bawa g Hospital Serdang.

Kandungan wife baru berusia 33 minggu kalau ikut kiraan perubatan. Tapi usia kandungan sebenar hanya YANG MAHA MENCIPTA sahaja yang tahu.. Ok. Untuk kedua kalinya wife aku ditahan atas faktor kandungan kuman dalam darah dan ianya perlu pemerhatian lanjut. Aku berdoa semoga wife dan kandunan selamat dan sihat hendaknya..

Tapi nak dijadikan cerita, disebabkan letupan dan kebakaran yang berlaku pada pencawang elektrik di Bangi baru2 ini, bekalan elektrikdi hospitaljuga terjejas... wad yang sepatutnya sejuk dengan penghawa dingin jadi panas..pesakit di nasihatkan untuk bawa kipas angin sendiri. Lor.. macam2 hal la.. apapun semoga wife aku selamat....
This entry was posted in

Jumaat, 24 Februari 2012

Yang Tak Pasti...Apa tu??

Salam semua, malam nie marathon update blog... haha.. yer la tu..
baru dapat msg dari kawan tanya pasal bisnes yang ada dalam FB, yang off line dapat 100 tu, hurm.. aku pun tak tahu sangat pasal bisnes tu..

Pada aku, buat apa kita ceburi bidang perniagaan yang tak pasti, susah la.. cari perniagaan yang pasti dan tidak meragukan.. Lagi satu,mungkin bagi sesetengah orang seratus tu sikit.. ayat biasa yang kita dengar.. ala tutup mata jerlah letak jerlah 100 tu.. huhu... banyak tu.. susu anak pempers buku, duit minyak... macam-macam ada... ada tengok iklan Johan ngan Ucop Wilca tak... kalau belum nanti tengok kat tv3, kalau dah..itu Nasihat yang paling baik untuk kita guna pakai...
RUJUK SSM
Surahanjaya Syarikat Malaysia.

AKU DAN ADNAN SEMPIT 2



Jangan lupa saksikan...
Salam semua, mana ada kene mengena la...
kawan2 opis jer berlakon...
polis2 semua tu haha



nak tengok kawan-kawan seopis berlakon...
tapi dengor citer sikit jer..
ok la sikit dari aku xda org nak offer??

layan...

note: lepas nie nak tunggu "taikun" pulak, dengar citer ada jugak diaorang nie berlakon.. haha
This entry was posted in

Ahad, 19 Februari 2012

Tuduhan Palsu Meninggal Dunia, Latif Ibrahim Stabil Di IJN

Tuduhan Palsu Meninggal Dunia, Latif Ibrahim Stabil Di IJN
Latif Ibrahim
PETALING JAYA: Spekulasi yang mengatakan penyanyi dan pelakon veteran tahun 80-an iaitu Latif Ibrahim meninggal dunia pada Sabtu adalah tidak benar.
Sebaliknya penyanyi itu berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini pada Sabtu.
Pelakon Liza Abdullah yang juga rakan beliau berkata, Latif kelihatan bersemangat dan boleh berborak dengannya ketika melawat beliau pada Sabtu malam.
"Keadaannya stabil. Dia boleh berborak dengan saya sambil bertanya saya tak 'shooting' ke?" katanya kepada mStar Online melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) di sini Ahad.
Menurut Liza, dia bergeges ke IJN pada Sabtu selepas mendapat berita kononnya Latif meninggal dunia.
Jelasnya, selepas melihat dan berjumpa Latif secara berdepan barulah dia berpuas hati dan menganggap tuduhan itu adalah palsu.
"Saya geram betul. Kenapalah ada org yang suka sangat buat cerita tak betul. Saya memang tak sedap hati bila dapat tahu cerita tu. Sebab tu saya terus ke IJN untuk melihat kesahihannya," kata Liza.
Tambahnya, Latif merupakan individu yang kuat semangat dalam menempuh penyakit jantung yang di hadapinya itu.
Sehubungan itu Liza meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan Latif dan tidak menyebarkan berita palsu pada masa akan datang.
Sementara itu adik penyanyi tersebut iaitu Datuk Khatijah Ibrahim memberitahu kesihatan Latif berada dalam keadaan terkawal.
Pada Sabtu pihak media di khabarkan Latif meninggal dunia selepas ada pihak menyebarkan berita tersebut sehingga menimbulkan suasana panik.
SUMBER : mStar Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...