Rabu, 23 April 2014

Perkhidmatan bas dua tingkat dihentikan sementara - Aziz Kaprawi

Perkhidmatan bas dua tingkat dihentikan sementara - Aziz Kaprawi

Datuk Abdul Aziz Kaprawi


PUTRAJAYA: Operasi bas dua tingkat ditangguhkan sementara waktu di enam laluan yang dikenalpasti sebagai berbahaya.

Enam laluan itu melibatkan Genting Highlands, Cameron Highlands, Bukit Tinggi, Bukit Fraser, Gunung Jerai dan Bukit Larut.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, langkah itu dijangka dilaksanakan bulan depan selepas notis selama dua minggu diserahkan kepada pengusaha bas ekspres dan persiaran.

"Keenam-enam jalan ini ditangguh sehingga kajian atau kelemahan dapat diatasi dan saya sudah arah kementerian, SPAD, JKJR untuk mencari penyelesaian untuk bas dua tingkat," katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkaitan Kemalangan Bas Ekspres di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya.

Pada masa sama, Kementerian Pengangkutan akan menguatkuasakan Sistem Penarafan Bintang kepada semua syarikat bas bermula 1 Julai in

"Sebelum hari raya kita akan kuatkuasa penarafan Star kepada semua syarikat bas untuk memberi kesedaran kepada mana-mana syarikat bas dalam pengurusan dan amalan yang baik," kata beliau.  "

Jelasnya, penarafan bintang bergantung kepada kecemerlangan perkhidmatan dan pengurusan iaitu minimum 0 bintang dan maksimum 5 bintang.

Bintang yang diperoleh kemudian akan dipamerkan di setiap kaunter  tiket dan dalam bas ekspres atau persiaran.  

Melalui Syor Panel Advisori berkenaan, Kementerian Pengangkutan juga bersetuju untuk menggunapakai peraturanUnited Nation Regulationuntuk pembinaan bas.

"Maknanya, pembinaan struktur bas ini mesti mengikut standard ditetapkan United Nation ini termasuk penggunaan tali pinggang di setiap tempat duduk. Ia dikuatkuasa 1 Januari 2015," ujarnya.

Mengenai pematuhan DOSH, ia perlu menggunakan OSHA 1994 oleh Kementerian Sumber Manusia dan SPAD telah bersetuju ia dilaksanakan untuk semua operator bas.

Dalam pada itu, semua bas ekspres dan persiaran diwajibkan menggunakan sistem pemantauan GPS bagi memastikan keselamatan penumpang.

"Setakat ini, tiada perbincangan tentangblack boxtetapi dengan GPS ini boleh membaca pergerakan dengan GPS diwajib di bas nanti akan dapat kita monitor dengan lebih terperinci," kata beliau.

Pada masa sama, berkuatkuasa 1 Julai ini, SPAD akan meletakkan nombor kenderaan dan nombor telefon pengusaha bas bagi membolehkan penumpang membuat aduan mengenai kesalahan dilakukan pemandu.
  
"Saya sebagai penumpang, kalau saya dapati pemandu ni laju, saya akan SMS terus, memudahkan, sebelum ni aduan dekat belakang bas tapi kini di setiap tempat duduk," tambah beliau.

Mengulas penambahbaikan ke atas Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ jelas beliau, Jabatan itu akan bekerjasama dengan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan, AADK bagi melakukan ujian air kencing ke atas pemandu bas di setiap terminal setiap hari berkuatkuasa serta-merta.

"Operasi oleh JPJ dan AADK akan dibuat setiap hari bermula hari ini. Jadi JPJ telah mengarah semua Ketua Pengarah Negeri untuk melaksanakan operasi itu di semua terminal utama," jelasnya.

Pada masa sama, JPJ juga akan meneruskan operasi penyamaran sebagai penumpang bagi mengenalpasti pemandu yang melakukan kesalahan.

Berita mula diterbitkan pada: April 22, 2014 20:02 (MYT)

Kronologi beberapa membabitkan kemalangan bas

Faktor kos mendorong pengguna memilih bas ekspress sebagai pengangkutan utama untuk perjalanan jarak jauh. Namun, ia seringkali dibayangi isu keselamatan yang serius. Kita ikuti kronologi beberapa kemalangan membabitkan bas ekspres kebelakangan ini.



Khamis, 10 April 2014

Jeremy meninggal dunia di Mekah, ucapan takziah hujani Twitter

Jeremy Little bersama trofi yang dimenangi filem KIL - Foto Instagram


KUALA LUMPUR: Penggerak industri muzik tempatan, Jeremy Little yang aktif menyokong pemuzik indie tempatan dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci Mekah, pada awal pagi Rabu.

Perkara ini disahkan oleh Mufti Ismail Menk di laman Facebook dan Twitternya.

Ismail berkata Jeremy meninggal dunia sewaktu berada di Mekah bagi melakukan Umrah dan tambah beliau Allahyarham meninggal di satu tempat yang suci dan diberkati.

Sementara itu, Jeremy yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Tune Studios, diingati oleh ramai sahabat handai dan selebriti terkenal yang lain.



Laman media sosial dihujani dengan ucapan takziah untuk pemergian beliau





Berita mula diterbitkan pada: April 09, 2014 17:34 (MYT)


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/jeremy-meninggal-dunia-di-mekah-ucapan-takziah-hujani-twitter-33537?cp

Selasa, 8 April 2014

Polis cuba lengkap siasatan terhadap pemilik akaun Facebook esok



KUALA LUMPUR: Polis akan cuba melengkapkan kertas siasatan esok bagi membolehkan proses pendakwaan dijalankan terhadap pemilik sebuah akaun Facebook yang didakwa menyebarkan gambar mayat yang dipalsukan dengan wajah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata suspek berumur 25 tahun itu kini ditahan reman selama tiga hari sejak semalam.

"Esok hari akhir, kita tengok dulu sama ada kita nak reman atau terus dakwa. Kita sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia untuk melihat tentang beberapa barang kes yang kita rampas.

"Siasatan sedang berjalan sekarang. Kita tengok apa yang berlaku esok.

Kita akan cuba siapkan kertas siasatan esok, seterusnya kita akan terus tuduh dia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran eksesais pengambilan khas jawatan konstabel (lelaki/wanita) bagi remaja kaum Cina di sini hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.


Berita mula diterbitkan pada: April 07, 2014 22:32 (MYT)


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/polis-cuba-lengkap-siasatan-terhadap-pemilik-akaun-facebook-esok-33413?cp

Isnin, 7 April 2014

MH370: Kapal Ocean Shield kesan dua isyarat konsisten dengan isyarat kotak hitam


KUALA LUMPUR: Kapal Tentera Laut Australia, Ocean Shield telah mengesan dua isyarat yang dikatakan sangat konsisten dengan isyarat yang dikeluarkan oleh kotak hitam pesawat.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata isyarat ‘Ping’ pertama bertahan selama dua jam 20 minit sementara yang kedua hanya bertahan selama 30 minit sahaja.

Houston berkata lagi dua isyarat berasingan dikesan sekitar kawasan utara di lokasi pencarian dimana penerbangan pesawat tersebut dipercayai telah berakhir.

“Isyarat yang dikesan juga sangat konsisten dengan transmisi daripada kedua-dua data perakam penerbangan dan perakam suara kokpit. Malah informasi yang memberangsangkan selama 24 jam yang lalu ini sangat penting,” katanya dalam satu sidang media di Perth hari ini.

Beliau menambah bahawa bukti-bukti yang mereka perolehi sehingga kini adalah sangat positif dan diharapkan mampu menghasilkan penemuan yang dapat merungkaikan kehilangan pesawat MH370 ini.

Isyarat yang dikesan itu dianggarkan berada di kedalaman 4,500 meter dan ianya terpaksa mengambil beberapa hari sebelum pegawai-pegawai dan pakar yang bertugas dapat mengesahkan bahawa isyarat tersebut sememangnya benar-benar datang dari sebuah pesawat.

Houston menggesa pihak media supaya mengendalikan informasi terkini ini dengan “bertanggungjawab dan berhati-hati”.

“Kami masih belum menemui sebarang pesawat dan oleh hal demikian, kami memerlukan lebih banyak informasi mengenai penemuan ini,” tegas beliau.

Pada Jumaat lalu, kapal peronda China mengesan satu isyarat getaran berfrekuensi 37.5 khz yang dikatakan sangat konsisten dengan frekuensi kotak hitam pesawat dan dipercayai berkemungkinan datangnya dari Pesawat MH370 Penerbangan Malaysia yang hilang pada 8 Mac lalu.

Sementara itu, JACC menyatakan bahawa sehingga hari ini, misi pencarian telah melibatkan penggunaan tiga pesawat awam dan 14 kapal dan melibatkan kawasan pencarian seluas 234,000 kilometer per segi.

Cuaca baik dijangka pada hari ini meskipun terdapat hujan renyai pada tengah hari dan ianya tidak akan menjejaskan misi pencarian pesawat.

Kapal Ocean Shield akan meneruskan pencarian di lokasi yang telah ditetapkan kepada mereka sementara kapal HMS Echo pula dalam perjalanan untuk membantu kapal China, Haixun 01, yang telah mengesan getaran isyarat dipercayai dari kotak hitam pesawat di Lautan Hindi.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia akan meneruskan penerokaan terhadap lokasi dimana penerbangan pesawat itu berakhir berdasarkan analisis teknikal dari komunikasi satelit dan pesawat peninjau selaras dengan kerjasama daripada pasukan penyiasat nahas pesawat yang terdari daripada penganalisis dari Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom, China dan Australia.


Berita mula diterbitkan pada: April 07, 2014 14:10 (MYT)


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-kapal-ocean-shield-kesan-dua-isyarat-konsisten-dengan-isyarat-kotak-hitam-33377?cp
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...