Ahad, 5 Mac 2017

"Permata Cinta" AIMAN TINO

Image result for aiman tino lirik permata cinta



"Permata Cinta"


Lihat diri ini
Tatap mata ini
Adakah aku pendusta cinta mu
Renungku di sini di dalam hati ini
Adakah aku insan yang engkau cintai

Mana kau campakkan hati ku
Hati yang ku berikan pada mu kasih
Semua jawapannya ada pada mu
Ku disini kan setia menunggu mu oh kasih ku
Meski pun maut mendatang menjemputku

Mengapa kau pergi
Dari diri ini
Mengapa harus kau merelakan aku
Mudahnya kau melepaskan ku oh kasih ku
Mudahnya kau mencari teman pengganti ku

Mana kau campakkan hati ku
Hati yang ku berikan pada mu kasih
Semua jawapannya ada pada mu
Ku disini kan setia menunggu mu oh kasih ku
Meski pun maut mendatang menjemputku

Mana ku campakkan hati mu
Hati yang kau berikan pada ku kasih
Semua jawapannya ada pada mu
Ku disini kan setia menunggu mu oh kasih ku
Meski pun maut mendatang
Menjemputku

Sabtu, 4 Mac 2017

Hari Ini Dalam Sejarah | Sejarah Takkan Kulupa.

Jenazah dua anggota polis terkorban diberi penghormatan terakhir

sumber : astro awani
SUBANG: Jenazah dua anggota polis yang terkorban dalam kejadian tembakan di Semporna kelmarin, tiba di ibu negara kira-kira jam 7 petang tadi

Allahyarham Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27 diterbangkan ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dari Lapangan Terbang Tawau menggunakan pesawat Charlie.


4 tahun lalu negara kita telah di kejutkan dengan krisis pencerobohan di Lahat Datu. Keamanan dan keharmonian negara telah dicemari oleh mereka-meraka yang tercemar. Taknak cerita panjang pasal Lahat Datu ni, situasi akan bertukar jadi panas dik kerana ada yang mempolitikkan isu ini. Pejuang negara berjuang hingga titisan darah terakhir. Jadi ianya memang sangat meninggalkan kesan pada aku.

Ok, berbalik pada cerita yang nak aku sampaikan nie, tidak disangka dalam situasi yang berlaku di Sabah operasi ini turut disertai pegawai polis  dari Cawangan Khas Bukit Aman dan mereka tekorban. Wira negara ini pula tinggal di kawasan kejiranan USJ. Jadi nak dijadikan cerita, persiapan pertama yang dijalankan oleh Bahagian Logitik IPD Subang Jaya ialah berkaitan persiapan seperti khemah serta kerusi meja. Semuanya berjalan lancar Alhamdulillah...

Kemudian persiapan terarah kepada  tanah perkuburan. Kebetulan pada minggu itu hujan turun tak menentu dan pastinya tanah kubur lecak. Apapun, semuanya perlu direalisasikan agar upacara pengkebumian wira negara ini akan berjalan seperti dirancang. 

Nak digambarkan lecak pada masa tu dah macam sawah bendang dah lumpur dia. Dengan bantuan dari balai dan bahagian lain di IPD Subang Jaya serta komitmen yang diberikan semuanya berjalan lancar. Pada masa itu fitk (gotok royong ) di ketuai oleh Insp Nasser ( sekarang ASP  dah ) kami sama-sama menjalankan tangungjawab dengan baik. Sehingga semuanya selesai.

Kami di Bahagian Logistik (sekarang panggil  Bahagian StaRT ) dua hari di tanah perkuburan memberi komitmen 200% sehingga dari tanah lecak sehingga ianya dijadikan pentas untuk upacara tersebut. Nampak macam simplekan?, nampak macam biasakan?Nampak macam kerja mudahkan? tapi pada kami, sarapan disitu, lunch kat situ, makan malam pun disutu. Ada la sikit gambaran yang aku nak share kat bawah.






Apapun sedekahkan la Alfatihah untuk mereka yang tekorban di Lahat Datu, juga pada wira negara yang lain.  Alfatihah....

Image result for al fatihah lahad datu

Image result for al fatihah






INFO Pendaftaran Prasekolah 2018 | ANGGAP MUSTAHAK !!!!




INFO Pendaftaran Prasekolah 2018

1. Bermula 1/3 /2017 - 30/4/2017. Pendaftaran Prasekolah untuk sesi persekolahan 2018 dibuka secara on9.

2. Semua ibu bapa yang terlibat dikehendaki mengisi permohonan secara on9 sebelum 30/4/2017.

3. Selepas isi on9, print dan hantar salinan ke sekolah selewatnya 31/5/2017.

Harap maklum




Info untuk ibu bapa yang anaknya lahir pada 2014 dan 2013 untuk pendaftaran anak kita bagi sesi  Prasekolah 2018. Permohonan perlu diisi secara online seperti link diatas.



1. Klik "borang pendaftaran" untuk mendaftar secara online dan masukkan maklumat yang dikehendaki.




Setelah semua maklumat berjaya diisi, paparan seperti gambar diatas akan dikeluarkan. Cetak permohonan dan salinan serta beberapa salinan dokumen seperti gambar dibawah perlu dihantar ke pejabat sekolah yang di pilih.


Nota :

1. Borang permohonan yang lengkap diisi berserta salinan dokumen-dokumen yang berkaitan perlu dihantar ke sekolah yang dipohon sebelum atau pada 31 Mei 2017.

2. Semakan keputusan permohonan boleh dibuat melalui laman   sesawang  http://eprasekolah.moe.gov.my  atau dengan hubungi sekolah yang dipohon mulai 5 Ogos 2017 (tertakluk kepada pindaan).






Jumaat, 3 Mac 2017

PERLAWANAN PERSAHABATAN PING PONG DUA DAERAH


Seminggu dua ni memang sibuk sikit, pagi petang kena training pingpong untuk Piala Ketua Polis Selangor. Ceritanya, hari ini kami adakan perlawanan persahabatan antara IPD Subang Jaya dan IPD Shah Alam. Sukan ping pong nie bukan sukan yang glamour pun kat tampat aku nie, so xda la diberi perhatian sangat. Kami di Subang Jaya pun di anggap bukan pasukan pilihan pun untuk piala KP nanti. Apa pun doakan kejayaan kami nanti ye.


Nampak tak gaya-gaya player yang hebat sedang beraksi cemerlang, Alhamdulillah berkat usaha dan kerajinan pemain berlatih dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua serta berkat kesabaran jurulatih Tuan Khairul melatih kami. Insyaallah kami semua akan bagi sesuatu yang baik nanti. Banyak dugaan kami tahun ni.

Inilah pemain harapan wanita Subang Jaya.





Antara penyokong dan pemain yang hadir... keputusan perlawan terpaksa dirahsiakan hehehe...
tapi Subang Jaya hari ini cemerlang...

Selasa, 28 Februari 2017

Ary sudah tiada


Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara, Ary Malik, 46, meninggal dunia akibat kanser ovari di Hospital Ampang, di sini, jam 7.17 malam ini.
Suaminya, Shahrul Nizam Shahruddin, 46, mengesahkan Ary yang juga ibu kepada tiga anak menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga selepas tiga hari dirawat di hospital berkenaan.
Shahrul Nizam berkata, Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik Abdul Malik mula mengadu sakit di bahagian perut sejak setahun lalu.
“Dia menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Mizan, Wangsa Maju pada Mei tahun lalu sebelum dikesan menghidap kanser ovari tahap empat.
“Selepas pembedahan baru kami mendapat tahu dia menghidap kanser. Pada mulanya kami ingatkan ketumbuhan biasa,” katanya.
Menurut Shahrul Nizam, Ary mula menjalani rawatan kimoterapi sejak Jun tahun lalu.
Terdahulu, Ary dibawa ke Hospital Ampang, Sabtu lalu berikutan keadaannya yang semakin lemah. Bagaimanapun, selepas dua hari dimasukkan ke hospital berkenaan, dia tidak sedarkan diri.
Jenazah Ary dibawa ke Masjid Kem Wardieburn, di sini, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota malam ini.
Selain berlakon drama, Ary turut aktif sebagai pengacara seperti program MTV Syok dan pernah terbabit sebagai peserta dalam Masterchef Malaysia pada 2011.
Ary juga kakak kepada penyanyi yang popular dengan lagu Flora Cinta iaitu Min Malik.
Ary meninggalkan tiga anak iaitu Nur Zoe Iman Malik, 19; Dinda Pelangi Timor Malik, 13; dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.
Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam kenyataannya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Setiausaha Agungnya, Hafiz Nafiah berkata, pemergian Ary adalah satu kehilangan buat industri hiburan tanah air.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Februari 2017 @ 8:39 PM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...