Pengikut

iman.....

Soalan :

1. Apakah maksud Iman mengikut Al-quran dan Hadith?

2. Ada berapa jenis Iman dan apakah jenis-jenis tersebut?
3. Dalil-dalilnya
4. Kenapa Iman penting ?
5. Bagaimana Iman dapat membentuk insan terbilang?
6.Apakah yang akan berlaku jika tiada atau kurangnya kekuatan Iman seseorang hamba Allah ?
7. Bagaimana hendak menguatkan Iman dalam diri seseorang?
8.Bolehkah pihak tuan/puan memberi saya beberapa cth masalah yg timbul dr masalah iman ini di kalangan umat Islam terutamanya di Malaysia

Jawapan :

1. Maksud iman ialah mempercayai di dalam hati, mengaku dengan lisan dan mengamalkan dengan perbuatan atau anggota. Iman ialah mempercayai Rukun Iman dengan tidak mengesyak dan ragu-ragu, kepercayaan yang tetap yakin tidak bergoncang dan berdolak dalik,tidak ada kesamaran dan keraguan dalam hati dan perasaan. Iman juga dikaitkan dengan akidah iaitu satu ikatan tali yang kuat dan kukuh. Ketika Jibril A.S. bertanya kepada Baginda Rasulullah S.A.W tentang iman maka Rasulullah S.A.W menerangkannya yang bermaksud:
" Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-malaikatnya,Kitab-kitabnya,Rasul-rasulnya,serta Hari Akhirat;dan engkau beriman kepada takdir ( yang ditentukan oleh Allah )- Baiknya dan buruknya..."
( Riwayat Muslim )

2. Iman hanyalah tertakluk kepada enam perkara sahaja yang terkandung dalam rukun iman.

3. Dalil-dalil al-Quran dan al-Hadith mengenai iman seperti berikut:
i. Surah al-Baqarah : 285
ii. Hadith seperti di atas.

4. Iman itu penting untuk membentuk modal insan cemerlang di dunia dan akhirat

5. Iman dapat membentuk insan cemerlang dengan menghayati segala suruhan Allah dan menjauhi laranganNya yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah Nabi S.A.W.

6. Jika Iman berkurangan dalam diri atau tiada iman langsung maka akan wujud kecenderungan untuk melakukan kemungkaran dan kemaksiatan tanpa rasa takut dan menyesal.

7. Langkah-langkah untuk menguat dan mengukuhkan iman terhadap Allah S.W.T:
i. Taat segala perintah Allah.
ii. Menunaikan segala tanggungjawab Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.
iii. Meninggalkan segala larangannya.

8. Antara contoh-contoh masalah iman di kalangan masyarakat Islam di Malaysia adalah seperti berikut:
i. Timbul pelbagai bentuk ajaran sesat.
ii. Keruntuhan moral di kalangan muda mudi.
iii. Derhaka kepada ibu bapa.
iv. Keruntuhan institusi kekeluargaan.
v. Pendedahan aurat yang berleluasa. 
vi. Perzinaan, meminum arak dan perjudian di kalangan umat Islam.

Previous
Next Post »