Anak FELDA terima RM563 juta
2012/11/11 - 05:15:14 AM Oleh Meor Hisham Zulkifli dan Norrasyidah Arshad
Durian runtuh fasa ketiga untuk manfaat generasi kedua
Shah Alam: Kerajaan terus menunaikan janji apabila menyerahkan durian runtuh kepada generasi kedua FELDA sebanyak RM5,000 kepada setiap 112,636 keluarga berjumlah RM563.2 juta semalam.
Datuk Seri Najib Razak, berkata penyerahan durian runtuh fasa ketiga itu bertujuan memastikan generasi kedua FELDA mendapat manfaat daripada penyenaraian FELDA di Bursa Malaysia pertengahan tahun ini.
Durian runtuh
“Kita janji bagi durian runtuh. Fasa pertama peneroka dapat habuan. Fasa kedua penerokawati dapat limpahan dan kini giliran generasi kedua iaitu anak peneroka dapat rahmat daripada durian runtuh ini.
“Ia membuktikan kita tidak pernah mungkir janji. Janji Ditepati bukan sekadar slogan tetapi suatu yang dapat kita buktikan,” kata Perdana Menteri disambut sorakan 12,000 orang yang memenuhi padang kawad Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini.
Najib menyampaikan replika cek kepada wakil 11 Wilayah FELDA, iaitu Raja Alias, Segamat, Gua Musang, Kuantan, Trolak, Johor Baharu, Mempaga, Terengganu, Alor Setar, Jengka dan Sahabat di Lahad Datu.
Durian runtuh akan dibayar dalam bentuk cek menerusi rancangan FELDA dan keluarga menentukan cek berkenaan atas nama individu.
Najib juga berkata, beliau sudah mengarahkan FELDA berbincang dengan Menteri Besar supaya meluluskan proses pertukaran status tanah untuk pembinaan 4,000 lagi banglo pasang siap bernilai RM70,000 untuk generasi kedua FELDA di seluruh negara.
“Selain itu, dalam program Sentuhan Kasih, RM120 juta diperuntukkan bagi membolehkan warga FELDA meningkatkan pendapatan menerusi projek pertanian yang membawa pulangan besar.
“Tiga projek perintis Sentuhan Kasih di Besut, Chini dan Tenggaroh sudah dilaksanakan bagi membolehkan generasi kedua mendapat pulangan lebih besar serta memiliki rumah lebih selesa.
“Projek 300 unit rumah pasang siap yang boleh disempurnakan dalam tempoh tujuh hari akan dilaksanakan,” katanya merujuk kepada pelan Transformasi Felda yang diumumkan sebelum ini.

rezeki jgn ditolak
BalasPadam