Isnin, 21 September 2015

Polis trafik maut ketika konvoi




Cameron Highlands: Seorang anggota polis maut akibat terbabit dalam kemalangan ketika mengikuti konvoi motosikal sempena Program Tangan Bersalaman Polis Diraja Malaysia PDRM Kontinjen Pahang di Kilometer 22.2 Jalan Besar Ringlet-Sungai Koyan, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, Koperal Syed Ismail Syed Abdul Rahman, 55, dari Taman Kempadang Makmur, Kuantan, cedera parah dan dihantar ke Hospital Kuala Lipis (HKL) sebelum disahkankan meninggal dunia pada jam 12.30 tengah hari.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Mohamad Noor Yusuf Ali berkata, mangsa ialah antara anggota polis yang menyertai konvoi berkenaan dan dalam perjalanan dari bandar ini ke Raub.

"Setiba di tempat kejadian, mangsa yang menunggang motosikal Honda VFR gagal mengawal kenderaannya ketika selekoh berhampiran tapak projek Empangan Ulu lalu terbabas.

"Mangsa yang bertugas di bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang cedera parah di beberapa bahagian badan dan dihantar ke HKL untuk rawatan. Dia disahkan meninggal dunia kira-kira tiga jam kemudian," katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/78915#sthash.3UjBvPtH.dpuf

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...