Isnin, 21 September 2015

Keluarga tuntut mayat Kevin Morais Rabu ini


LAGI CERITA MORAIS


KUALA LUMPUR: Mayat Anthony Kevin Morais akan dituntut oleh keluarganya daripada Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur, Rabu ini.

Adik bongsu Timbalan Pendakwa Raya itu, Datuk Richard Morais berkata, mayat abangnya akan dibawa ke Nirvana Memorial Park di Sungai Besi, di sini, pada 10.30 pagi hari yang sama bagi menjalankan upacara keagamaan.


"Proses ujian deoksiribonukleik (DNA) sudah selesai dan kami hanya menunggu kepulangan abang saya Charles Morais dari Amerika Syarikat, yang dijangka tiba pagi esok sebelum menuntut mayat mendiang Rabu ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, mendiang akan ditempatkan di Nirvana selama empat hari bagi upacara penghormatan terakhir.

Morais adalah Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara.

Mayat beliau ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya, Selangor setelah seorang daripada tujuh suspek membawa polis ke lokasi berkenaan di Taman Perumahan USJ 1, Persiaran Subang Mewah.

Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 September lalu dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapuri beliau di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu kereta Proton Perdana.

Tujuh lelaki ditahan setakat ini sementara dua lagi suspek lelaki M.Vishwanath, 24 dan R. Dinishwaran, 22 diburu polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan berkenaan. - Bernama

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/79091#sthash.ECByxdUw.dpuf

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...