Salam semua, dah lama saya tak naik komuter, last naik aku dah lupa bila..
Saya nak kongsikan pengalaman saya naik komuter yang akhirnya berakhir dengan kekecewaan dan dukacita.. Saya naik Komuter dari Seremban bersama Adik ipar dan anak saya ( Ainul Mardhiah ) yang berumur 4 tahun...
Jam lebih kurang 1900 hrs :
Beli tiket sehala ke Hentian Komuter Serdang.. 2 tiket dewasa RM 10...
11 JULAI 2012 @ 1929 HRS :
Mula naik train yang menghala ke Rawang. Apabila dalam perjalanan, saya bercadang untuk meneruskan perjalanan ke KL Sentral untuk berhenti di Hentian Subang Jaya dan balik rumah di USJ. Saya tahu tiket yang telah saya beli di Kaunter tiket di Seremban hanya untuk berhenti di hentian Serdang.. Jadi saya beranggapan saya boleh topup nilai baki perjalanan di KL Sentral bila sampai nanti.
11 JULAI 2012 @ 1830 HRS:
Sampai di KL Sentral, saya terus berjumpa dengan seorang pegawai KTM [Lelaki India] ( nama tak ingat dah ) yang menjaga pintu masuk dimesin tiket.. dengan hati yang jujur dan ikhlas tanpa niat untuk menipu tiket perjalanan, saya menerangkan situasi saya yang terpaksa membatalkan niat untuk berhenti di hentian serdang dan ingin meneruskan perjalanan ke Hentian Subang Jaya... Situasinya :
Saya : Maafkan saya encik, saya sepatutnya berhenti di hentian serdang... tapi atas sebab yang tak dapat saya elakkan saya mahu tukar perjalanan ke Hentian Subang Jaya..
PEGAWAI KTM : Tak boleh macam nie, nie mesti kena denda..
Saya : ( <--- yang tak paham pasal undang-undang tiket KTM ) erk... tak boleh ker saya bayar nilai baki tiket ini???
PEGAWAI KTM : Tak Boleh, Nie dah lebih dari dua hentian, mesti kena denda..
Saya : ( apa pulak lebih dua hentian nie, tak paham ) erk.. yer ker berapa kena denda ??
PEGAWAI KTM : RM30, sepatutnya RM 60 untuk satu tiket..
Saya : erk... Saya RM 10 ada lah dalam poket... atau boleh tak saya ambil tiket saya semula dan patah balik ke Serdang..
PEGAWAI KTM : Tak Boleh!!! saya tak kan bagi..
Saya : erk... Kat mana mesin ATM??? ( kena keluar duit la aku )
PEGAWAI KTM : Kat sana ... seorang sahaja pergi...
setelah saya keluarkan duit [ RM30 + RM10 = RM40 ]...
saya bayar dan dapat surat saman lebih kurang macam nie...
yang peliknya kat saman tu tertulis " LANJUT PERJALANAN " untuk apa...????
erm... niat suci dan murni aku berjumpa PEGAWAI KTM tu supaya aku diberi peluang untu bayar baki perjalanan..
Tapi kejujuran aku tidak diterima PEGAWAI KTM ini. Saman yang saya terima dah dibuang pun...
Panas Hati punya pasal...
Kesian anak saya Ainul yang terpinga-pinga ditahan PEGAWAI KTM tersebut...
Bagi saya, sepatutnya dia berilah budi bicara... Rasa macam sangat kecewa dengan apa yang berlaku, Saya harap ada wakil dari KTM yang boleh selesaikan kemuskilan dan kekecewaan saya ini...
[ entri ini akan saya foward atau emailkan ke pihak KTM, kita Tunggu jawapan selanjutnya.. ]
uish boleh plak mcm tu. xsabar nk tau jwpn pihak ktm tu!
BalasPadamperasan nama pegawai tu?
BalasPadamNama PEGAWAI KTM tu tak pasti...
BalasPadamlau lrt boleh je bayar time dah sampai stesen.... ktm dah la servis lembap... lau turun kat serdang nak beli tiket lagi nak tunggu ktm lagi mau 3 jam baru sampai....
BalasPadamas salam..
BalasPadameh..memang tak boleh. memang betul kata pegawai tu. sebab kamu dah beli tiket ke serdang. bila kamu tak turun pada tempat yg sepatutnya seperti yg terdapat pada nama stesen ktm tu, memang kena saman.
memang tak dibenarkan ebrbuat demikian walau ditangkap ketika dalam perjalanan oleh pegawai bertugas dalam train ketika tertidur.
kalau kamu saman pun tak guna juga.. insya'Allah depa menang..
depa boleh keluarkan SYARAT-SYARAT PEMBELIAN TIKET UNTUK MENGGUNAKAN SERVIS MEREKA. lagipun kat seremban pun ada notice kan kat board.. hmm..
alasannya, kamu beli tiket mahu turun tempat lain, tapi turunnya tempat lain.
bukan dia tak mahu tolong kamu. tapi kalau dia subahat, dengan dia2 sekali kena. pasal membenarkan kamu dilepas keluar dari gate.
kalau ingin mencuba, apa salahnya..
Teruknya servis, bad for business.
BalasPadamSMTI - Saya membaca tampalan ini. Camana naka buat tu ye?kesiannya.
BalasPadamSusah le macam ni ... kita bagi tau yg betul, sikit budu bicara pun tak leh ke
BalasPadamWallahua'lam,
BalasPadamSaya juga anggota kerajaan yang pakai uniform.. setiap tindakan yang kita nak buat macam saman, kita boleh guna budi bicara dalam membuat keputusan, nak lagi saya nie bukan selalu naik komuter... mungkin, harga tiket saya tak seberapa,tapi saya juga pengguna ... cuma saya tak paham kenapa kita tak boleh bayar sahaja duit tiket..