Sabtu, 4 Mac 2017

Hari Ini Dalam Sejarah | Sejarah Takkan Kulupa.

Jenazah dua anggota polis terkorban diberi penghormatan terakhir

sumber : astro awani
SUBANG: Jenazah dua anggota polis yang terkorban dalam kejadian tembakan di Semporna kelmarin, tiba di ibu negara kira-kira jam 7 petang tadi

Allahyarham Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27 diterbangkan ke pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dari Lapangan Terbang Tawau menggunakan pesawat Charlie.


4 tahun lalu negara kita telah di kejutkan dengan krisis pencerobohan di Lahat Datu. Keamanan dan keharmonian negara telah dicemari oleh mereka-meraka yang tercemar. Taknak cerita panjang pasal Lahat Datu ni, situasi akan bertukar jadi panas dik kerana ada yang mempolitikkan isu ini. Pejuang negara berjuang hingga titisan darah terakhir. Jadi ianya memang sangat meninggalkan kesan pada aku.

Ok, berbalik pada cerita yang nak aku sampaikan nie, tidak disangka dalam situasi yang berlaku di Sabah operasi ini turut disertai pegawai polis  dari Cawangan Khas Bukit Aman dan mereka tekorban. Wira negara ini pula tinggal di kawasan kejiranan USJ. Jadi nak dijadikan cerita, persiapan pertama yang dijalankan oleh Bahagian Logitik IPD Subang Jaya ialah berkaitan persiapan seperti khemah serta kerusi meja. Semuanya berjalan lancar Alhamdulillah...

Kemudian persiapan terarah kepada  tanah perkuburan. Kebetulan pada minggu itu hujan turun tak menentu dan pastinya tanah kubur lecak. Apapun, semuanya perlu direalisasikan agar upacara pengkebumian wira negara ini akan berjalan seperti dirancang. 

Nak digambarkan lecak pada masa tu dah macam sawah bendang dah lumpur dia. Dengan bantuan dari balai dan bahagian lain di IPD Subang Jaya serta komitmen yang diberikan semuanya berjalan lancar. Pada masa itu fitk (gotok royong ) di ketuai oleh Insp Nasser ( sekarang ASP  dah ) kami sama-sama menjalankan tangungjawab dengan baik. Sehingga semuanya selesai.

Kami di Bahagian Logistik (sekarang panggil  Bahagian StaRT ) dua hari di tanah perkuburan memberi komitmen 200% sehingga dari tanah lecak sehingga ianya dijadikan pentas untuk upacara tersebut. Nampak macam simplekan?, nampak macam biasakan?Nampak macam kerja mudahkan? tapi pada kami, sarapan disitu, lunch kat situ, makan malam pun disutu. Ada la sikit gambaran yang aku nak share kat bawah.






Apapun sedekahkan la Alfatihah untuk mereka yang tekorban di Lahat Datu, juga pada wira negara yang lain.  Alfatihah....

Image result for al fatihah lahad datu

Image result for al fatihah






0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...