salam....
rugi rasanya bila lama tak update blog nie... kesibukan yang melanda bila isteri makin sarat, keluar masuk hospital... tapi , Alhamdulillah... 12 julai 2010 jam 0528, seorang lagi puteri aku lahir.... sihat walafiat...
jadi, aku pun ambil cuti tanpa rekod 7 hari n tambah lagi cuti 7 hari..
hari pertama, baby aku dah boleh keluar hospital... masuk hari ketiga, Jururawat desa yang bertandang kerumah suruh pergi klinik kesihatan untuk ujian darah TSB kuning anak aku.... bila dah dapat keputusan kene Admit wad hospital plak....
erm.... dua hari duk hospital baru boleh keluar ... pastu kene follow up kat klinik mcm biasa... kesian betul bila tengok baby kene cucuk sana sini...
kali kedua klinik suruh pergi hospital bila ujian kuning makin tinggi bacaan dia.... pagi tu amik darah anak dari tapak kaki... sampai petang di hospital, doktor ambil darah baby aku lagi, kali nie kat urat di tangan plak... (kesian tul).... bila keputusan darah dah keluar, doktor kata boleh balik sebab bacaan dia tak tinggi.... tak perlu duduk bawah lampu... kerana akur dengan arahan mereka yang lebih arif dan pakar, aku pun balik dan kene follow up lagi kat klinik...
hari berikutnya pergi klinik kesihatan "kene follow up" katanya... ok lah... esoknya aku datang dengan harapan yang baby aku tak akan kene datang lagi untuk ambil darah.... tetapi, lain plak jadinya... kene pergi hospital jugak atas arahan doktor, bacaan TSB 300.... pergi hospital terus masuk wad, bila lam wad ambil lagi ujian darah, keputusan dia 250++ n doktor cakap, bila anak dah masuk hari kesepuluh , bacaan dia lain untuk duk bawah lampu... pening aku... tension pun ada gak... bacaan yang klinik dah hospital bagi tak sama... mula lah nak naik angin.... tapi sabar jer lah... n baby aku duduk lah lam wad satu malam...
erm.... nak salahkan orang lain pun tak guna.... mcm2 ikhtiar dah cuba buat... petua itu n ini semua nak cuba..
apa yang aku kesalkan keputusan ujian darah antara hospital n klinik kesihatan tak sama.... klinik suruh pergi hospital... sampai hospital lain pulak, suruh balik... bila balik suruh pergi hospital semula....
sampai ada la kakitangan yang bekerja bersuara, "agaknya mesin dkat klinik kesihatan lama tak servis kot" result lain..... kalau la aku tak ikutkan arahan pakar2 nie, mcm2 dia bg tau... nanti kuning sampai otak la... sawan la... bla bla bla....tapi berkat kesabaran aku ngan wife Alhamdulillah anak aku dah sihat....
Blog Archive
GENG BLOGGER
-
Azam 2025 ?22 jam yang lalu
-
TIADA LAGI LEKATLEKIT.COM....3 bulan yang lalu
-
RESIPI KEK PAUN OREN10 bulan yang lalu
-
Lirik Lagu : Hutang ~ Floor 885 tahun yang lalu
-
BACA DULU
Blog nie blog personal..
Blog ini adalah jurnal untuk saya tinggalkan kenangan buat anak isteri, adik beradik saya, kawan-kawan saya untuk kenangan saya bila saya sudah tiada nanti.
" bila aku sudah tiada" sedekahkan Al-Fatihah untuk saya.
Entri yang di keluarkan hanyalah pendapat peribadi penulis.
Segala penulisan lahir dari hati penulis.
Jika terdapat artikel yang dikongsi rujukan akan diberikan kepada penulis asal.
Harap Maklum
~ mr.mss ~
0 Komen:
Catat Ulasan