PECAH RUMAH CARA MENCEGAHNYA: PERLINDUNGAN SECARA FIZIKAL · Pasangkan 'door viewer', penyelak pintu utama. · Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti. · Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda. · Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakan ia untuk memasuki rumah anda. · Potong ranting-ranting pokok dan semak-samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda. · Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh. LANGKAH BERJAGA-JAGA · Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat. · Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter elektrik di luar rumah anda. · Jangan meninggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah. · Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri. · Hentikan hantaran (contoh: surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari. · Biarkan radio terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni. · Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda dalam peti simpanan keselamatan. · Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah. |
Pilihan Terbaik!!!
Sabtu, 21 Ogos 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 Komen:
Catat Ulasan