Isnin, 17 Januari 2011

MU KEMBALI DI TAKHTA LIGA TANPA KALAH


Man United kembali di takhta liga - BHARIAN


2011/01/17

LONDON: Manchester United kembali di takhta Liga Perdana Inggeris selepas seri 0-0 dengan Tottenham Hotspur di Stadium White Hart Lane, awal pagi tadi.

Tottenham gagal mencuri peluang mendapatkan gol meskipun pada minit ke-73, United terpaksa bermain 10 pemain apabila pemain pertahanannya, Rafael Da Silva dibuang padang selepas mengutip dua kad kuning.


Dengan keputusan itu, United merampas semula kedudukan teratas liga daripada jirannya, Manchester City yang kini kedua-duanya berkongsi 45 mata tetapi United mempunyai kelebihan jaringan gol.
Namun United masih mempunyai baki dua perlawanan dan masih mempertahankan rekod tanpa kalah edisi liganya musim ini.




United kekal status tanpa kalah - UTUSAN

17/01/2011 2:32am

LONDON, Jan 17, 2011 - Manchester United berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Perdana England walaupun Rafael da Silva dilayangkan kad merah pada perlawanan menentang Tottenham yang tamat awal pagi tadi dengan keputusan seri 0-0.

Skuad bimbingan Alex Ferguson terpaksa bermain dengan sepuluh pemain pada 16 minit sebelum masa tamat apabila Rafael dikeluarkan daripada padang.

Kedudukan semasa kini, United berada di puncak liga walaupun hanya mampu mengutip satu mata pada perlawanan tersebut. - AFP

4 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...