Isnin, 11 Julai 2011

Suri rumah mangsa ragut parah di hospital

KOTA BAHARU: Seorang suri rumah cedera parah selepas ditendang oleh seorang lelaki yang meragut beg tangannya ketika menunggang motosikal dalam kejadian di Kampung Lundang di sini, semalam.
Ketua Daerah Polis Kota Baharu, ACP Mohd Azham Othman berkata mangsa Rohimah Che Dollah, 44, patah tangan kiri, luka parah di kepala dan koyak bibir akibat terjatuh dalam kejadian pada 7.15 pagi.

"Mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan dan kini berada di dalam keadaan stabil," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Sempena Pertukaran Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi dengan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Daerah Polis Kota Baharu di sini, hari ini.
Menurutnya Rohimah yang menunggang motosikal sendirian untuk menziarahi anaknya yang hendak bersalin tiba-tiba didatangi oleh dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal daripada arah belakang.

Beliau berkata lelaki yang membonceng motosikal itu telah menarik beg tangan mangsa yang diletakkan di dalam bakul hadapan sebelum berlaku tarik-menarik dengan mangsa.

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...