Isnin, 28 November 2011

Cerita Biasa : Harimau Muda Tetap di Hati


Salam semua... selamat pagi. Masih tergambar jelas di ruang fikiran perlawanan bolasepak kelayakan Sukan Olimpik semalam antara Malaysia dan Bahrain. Kini tibalah masanya untuk membuat rumusan dari pandangan sendiri pulak. Walaupun kekalahan semalam mungkin menutup peluang kita untuk mara ke Sukan Olimpik, tapi Harimau Muda tetap unggul dihati saya. :)

Keputusan perlawanan Pasukan Harimau Muda yang mewakili Malaysia untuk kelayakan ke Sukan Olimpik malam semalam sedikit mengecewakan ( tapi tetap Dihatiku). Setelah mendahului 2-0 pada awal perlawanan, pemain Bahrain yang bermain dengan 10 orang permain seperti menemui  semangat baru menyamakan kedudukan dan  menundukan pasukan negara kita 3-2.

Ketiadan dua pemain yang di keluarkan akibat kecederaan iaitu Nazmi Faiz dan Wan Zack Haikal mengubah corak permainan. Ketajaman perlawanan semalam turut tumpul akibat masalah kecederaan yang mengikat pemain-pemain seperti Muslim dan pemain lain untuk turut sama bermain dalam perlawanan semalam. Dari apa yang saya lihat Pasukan Harimau Muda masih belum memiliki penyerang yang berbisa dan kelemahan ini perlu dibaiki untuk perlawanan akan datang.

Apapun kita harus berbangga dengan kesungguhan yang di pamirkan oleh kesemua pemain dan pengurusan Harimau Muda yang di lihat begitu padat dengan jadual perlawanan penting sejak memenangi Emas Sukan Sea tempoh hari. Syabas dan tahniah kerana memberi kami ( penonton dan penyokong ) menonton perlawanan yang hebat.

p/s: apapun, janganlah kita memberi kritikan terlampau untu mereka, dan kepada MEREKA.. jika adakritikan ambil ia sebagai sesuatau yang positif ok...salam

2 ulasan:

  1. Tudia cerita bola malam tadi bermula..

    Semalam bila mendapat sms mengatakan Malaysia leading dulu 1-0 , Mr J rasa ok lepas tu SMS rakan mengatakan Malaysia Leading lagi 2-0. Yeayyy!!.. lepas tu Mr J tidoq .. dah kompom menang. pagi ni baca SMS rakan cakap kalah 3-2 aduh.... apa2 pun Skuad Bolasepak perlu banyak perubahan.

    www.pengerindu.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...