BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA(BR1M)
KEMENTERIAN KEWANGAN
1. SYARAT PERMOHONAN
SYARAT ASAS:
• WARGANEGARA MALAYSIA
• ISI RUMAH BERPENDAPATAN KASAR RM3,000 DAN KE BAWAH SEBULAN
DOKUMEN WAJIB:
• BORANG PENDAFTARAN BR1M
• SALINAN MyKAD / KAD POLIS / KAD TENTERA
• SALINAN GAJI (jika berkenaan)
Nota - Penerima bantuan e-Kasih layak menerima bantuan
2. KELAYAKAN DAN DEFINISI KETUA ISI RUMAH
• Kelayakan:
Bantuan ini diberikan kepada ketua isi rumah atau ketua keluarga
• Definisi ketua isi rumah:
Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga.
Ini merangkumi individu yang:
Berkahwin;
Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan;
Bujang yang mempunyai tanggungan; dan
Warga Emas sebatang kara
3. Ilustrasi isi rumah
3. Ilustrasi isi rumah
TALIAN HOTLINE : 1-800-222-500 UNTUK BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M), RM500
Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:
Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)
Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)
Emel : belanjawan2012@treasury.gov.my
sumber : http://www.treasury.gov.my/
ruj lain: http://www.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Pelaksanaan_RM500.pdf
0 Komen:
Catat Ulasan