Rabu, 11 Disember 2013

Maklumat bantuan yuran taska di laman web


KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang mahu mendapatkan Bantuan Yuran Pengasuhan Taska yang diumum dalam Bajet 2014, boleh merujuk laman web Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) di www.jkm.gov.my.
Ibu bapa boleh mendapatkan maklumat terperinci seperti kelayakan serta taska-taska berdaftar di bawah program itu, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Jaspal Singh di Dewan Negara hari ini. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 mengumumkan bantuan RM250 sebulan untuk ibu bapa berpendapatan bulanan tidak melebihi RM900 yang ingin menghantar anak-anak ke taska swasta yang berdaftar dengan JKM. 

Kelayakan pendapatan bulanan isi rumah penjawat awam turut dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 untuk mendapat subsidi yuran taska sektor awam berjumlah RM180 sebulan bagi meringankan kos yuran taska.

Azizah berkata program itu menyasarkan untuk membantu 3,344 kanak-kanak bagi 2014.

Beliau juga berkata pada 2013, sejumlah 1,042 taska telah berdaftar dengan JKM, iaitu melebihi sasaran awal 1,000 taska. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/1

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...