Isnin, 19 Oktober 2015

R.I.P SAHABATKU....


MENDIANG ADALAH SEORANG SAHABAT, ANAK BUAH YANG BAIK, HUBUNGAN MENDIANG DENGAN RAKAN SEKERJA AMAT BAIK. MENDIANG PERNAH BERTUGAS  DIBAWAH SELIAAN SAYA, PEMERGIAN MENDIANG AMAT MENGEJUTKAN WARGA IPD SUBANG JAYA,  REST IN PEACE BRO..





Subang Jaya : Anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggang berlanggar dengan kenderaan dipercayai lori ketika pulang daripada bertugas dalam kejadian di Jalan Subang Kelana dari arah USJ8 ke Kelana Jaya pada 4.46 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, Lans Koperal Basil Gregory Anak Albert Likau,27, bertugas di Kem Komandan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.
Katanya, dalam kejadian itu motosikal yang ditunggang mangsa berlanggar dengan sebuah kenderaan dipercayai lori hasil siasatan ke atas kerosakan pada motosikal mangsa.
"Selepas kejadian itu, pemandu lori melarikan diri dan mangsa pula meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menyalurkan maklumat untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Oktober 2015 @ 1:01 PM

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...