Khamis, 20 Disember 2018

KAKITANGAN HONDA HINA ARWAH ADIB DI PECAT.




Nor Afzan Mohamad Yusof
KAKITANGAN syarikat pengedar kereta Honda, Sri Utama Auto Sdn Bhd (Honda Sri Utama Auto), yang mengeluarkan kenyataan menghina kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, diberhentikan serta merta.
Pengarah Honda Sri Utama Auto Wong Chee Keong berkata, siasatan dalaman syarikat mendapati wanita terbabit melanggar polisi syarikat dengan melakukan kesalahan tatatertib.
Wong berkata, perbuatan itu, mengakibatkan perkhidmatan beliau dengan syarikat berkenaan ditamatkan serta-merta.
"Kami memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan komen dimuat naik Caryn Yean.
"Kami akan lebih prihatin dalam memberikan latihan dan mendidik pekerja kami dengan nilai moral yang tinggi serta menghormati setiap individu setiap masa," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Isnin lalu, wanita itu memuat naik komen menghina ketika siaran langsung Facebook sidang media Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, selepas mengumumkan kematian Muhammad Adib.
Susulan itu, Honda Sri Utama Auto mengeluarkan arahan penggantungan tugasnya, bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, ketika dihubungi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap netizen yang cuba membakar api perkauman menerusi media sosial susulan kematian anggota bomba dan penyelamat, Muhammad Adib.
"Kami (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap sebarang penularan laporan atau berita berbentuk hasutan atau provokasi.
"Serahkan tindakan memburu individu yang menyebabkan kematian Muhammad Adib kepada polis," katanya.
Kematian Muhammad Adib, 24 mengundang tangis seluruh negara.
Allahyarham bertugas sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.41 malam, Isnin lalu.
Allahyarham cedera parah akibat dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 November lalu sebelum ini bertarung nyawa hampir tiga minggu di (IJN).
Berita berkaitan:
  • Buat laporan polis terhadap kakitangan Honda
  • Akibat celupar
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Disember 2018 @ 5:54 PM

    0 Komen:

    Catat Ulasan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...