Memaparkan catatan dengan label BISIKAN RASA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BISIKAN RASA. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Februari 2012

Lari Dari Rumah


Hilang!!!! Manusia hilang atau bahasa mudahnya lari dari rumah.. setiap hari berpuluh report tentang manusia hilang, itu ada yang report polis kalau ada keluarga yang tak buat report mungkin lebih. Alasan untuk tidak buat report polis ialah  takut keluarga malu... itu hak masing-masing untuk buat report polis atau tidak...

Percayalah, walaupun ianya bukan diwartakan secara rasmi, tetapi remaja majoritinya Perempuan dan tidak mengira bangsa adalah golongan Manusai hilang paling ramai... aku melihat report Manusia Hilang setiap hari... sangat mengecewakan dengan beberapa alasan yang kadang-kadang tak boleh diterima akal. Antara alasan yang biasa di berikan..

1. SELISIH FAHAM DENGAN KELUARGA.
2. IKUT KAWAN / KEKASIH.
 3. TIDAK PASTI.

Ada yang dijumpa kembali berada dalam keadaan sihat, insaf sebab tak tahan hidup susah diluar... ada yang jumpa dalam keadaan trauma... dirogol.. di kendurikan... dan sedih kalau jumpa mayat jer.. dan paling malang.. tak jumpa terus sampai bila-bila.... Pilih la nak yang mana....


Ini Serius.. Tutup Mata Jer ker??

gadis melayu boleh

Ini seirus, maafkan aku sekiranya entri ini membuatkan korang x puas hati, kalau rasa ia sangat teruk dan tak suka just klik 'x' ... Aku akan luahkan apa yang terbuku dihati... aku lihat fenomena sebegini adalah sesuatu yang serius,  apa yang seriusnya???

1. Gadis Ini, macam seronok jer di perlakukan macam tu .... yang lelaki tu suka jer ambil kesempatan

2. Website macam nie... Dimana pemantauan, Tutup mata jer ker?? badan yang berkenaan tak buat kerja ke ??? ( aku x nak sebut ) sibuk dengan isu tapis Filem... Laman sesawang dari dalam negara tak tertapis pun .. buktinya sila google melayu ... dan klik images  dan anda akan lihat wajah MELAYU... ( safesearch : off )

Banyak lagi nak cakap, tapi tak dapat diterjemahkan dengan bahasa halus... nanti terlampau kasar pulak.. Dulu-dulu mak ayah boleh pantau dan tahu apa yang anak mereka buat,  sekarang boleh tau ker?? masuk bilik, duduk diam, tenggelam  bersama kecangihan dunia tanpa sempadan yang ada sekarang ..  

Aku bukan segaja nak cari isu, tapi ini serius... orang zaman sekarang akan TAK KAN PELIK bila ramai orang di Pusat Membeli Belah dengan belah sana sini... tetapi AKAN PELIK bila ramai orang kumpul kat surau... " Eh... ramainya orang kat surau tu...... "
erm.....





Jumaat, 27 Januari 2012

KOPIAH USANG

HIASAN GOOGLE

SETIAP PAGI KETIKA AKU MENGHIRUP UDARA SEGAR SELEPAS MENUNAIKAN TANGGUNG JAWAB SEBELUM TERBIT FAJAR, AKU MELIHAT SUSUK TUBUH LELAKI SEPARUH UMUR YANG SENTIASA DENGAN KOPIAH USANGNYA..  KEMANA PUN DIA PERGI AKU LIHAT DIA DENGAN KOPIAH USANGNYA. JIKA DILIHAT DARI PANDANGAN MATA KASAR, EKONOMINYA TIDAKLAH SEUSANG KOPIAHNYA. TIBA-TIBA TERLINTAS DI BENAK FIKARAN AKU, APALAH YANG ADA PADA KOPIAH USANG.. JIKA NAK DIBANDINGKAN APA YANG LELAKI  ITU LAKUKAN KETIKA IA TINGGALKAN SURAU SETIAP PAGI DAN SETIAP WAKTU...

Ahad, 15 Januari 2012

JURUTOL YANG BUAT AKU TERKEJUT


Salam semua, hari ini aku sempat juga kesana kemari hantar adik balik kolej ke Damansara n patah balik ke Seri Kembangan... ada lah lalu 3 - 4 tol... Biasanya memang aku guna smart tag, disebabkan belum topup.. kena guna manual..

Tiba - tiba aku terkejut bila aku sampai pada tol terakhir..... bila aku bagi duit... Jurutol tu cakap "terima kasih " sambilsenyum... aku terkejut dan sempat juga aku cakap " terima kasih, kembali ". Baru aku perasan dua tiga tol yang lepas tak da jurutol ucap terima kasih...

Apapun aku x berapa kisah sangat pasal kenapa jurutol yang lain tak bagi terima kasih. Mungkin sebab mereka ada alasan tersendiri,siapa tahukan?... Yang aku rasa terpanggil untuk menulis ialah budi bahasa... budi bahasa boleh menarik perhatian seseorang,.. so budi bahasa sangatlah penting...


Pampers Letak Rata-Rata.


Salam semua, erm.. aku memang pantang tengok pekara yang tak sedap mata memandang. Selapas discaj daripada hospital perjalanan ke parking telah menarik perhatian aku untuk merakamkan sesuatu objek yang tak patut di letakkan disitu.... aku tak faham motif atau tujuan empunya drypers baby nie diletakkan disitu.. masa tu xda oarang kat situ. Jadi aku buat kesimpulan tuan dia dah beredar.. Tong sampah hanya terletak dalam jarak dua tiga kereta sahaja... 

WIFE DAH BOLEH KELUAR WAD


Salam semua, Alhamdulillah Umi dah Boleh Discharge. Tapi buat masa nie belum pulang tanpa baby, sebab belum cukup bulan... Nampak x teserlah kegembiraan kami.. Sok aku dah boleh start kerja.. Rawatan susulan kena datang ikut temujanji. Terima Kasih Untuk staff Ward 5F Hospital Serdang. Nanti kami datang lagi bila tiba masanya yer....

Ucapan terima kasih juga buat kawan-kawan yang baca entri sepanjang aku menulis pasal wife di hospital. Yang datang melawat pun terimakasih banyak eik.. Untuk  BEN n Isteri tq juga... Insya Allah, mana lah tahu due date nanti sama...hahaha

3rd Days Wife Kat Hospital


Sekarang baru lepas masak nasi goreng, lepas nie nak siapkan anak-anak nak bawakg hospital serdang.. Waktu melawat pada hari ahad 1230-0730pm... panjang tu boleh berkelah lam wad dengan umi nanti..

 My two pwincess, tengah bersiap2 n tak sabar-sabar nak pergi. Hari nie last EL.. Dan kalau hari nie wife aku belum keluar dari hospital, kena la bawa anak-anak ke pejabat esok.. Tak tahu la macam mana nanti.. Kalau tinggal dengan orang lain mesti taknak, diaorang nak tengok jugak batang hidung abah atau umi diaorang.

Hurm.. nak sambung cuti??? kena fikirkan dulu... buat masa ini belum ada apa-apa keputusan dari doktor pakar.. Kandungan ok kot.. Kalau nak bersalin pun awal lagi sebab baru 27 weeks.. Hurmmm... Semoga wife cepat sembuh...

" Ada orang takkan puas melihat kita berjalan, sedangkan mereka dah pun berlari "







" Aiman ( bukan nama sebenar ) telah membeli sebuah KERETA LAMA untuk kegunaannya berulang alik ketempat kerja. Suatu hari Aiman membawa keretanya balik ke kampung, dan inilah reaksi adik beradiknya : 

Situasi..
 
Abang1: Aiman ini kereta baru beli ke? Apalah beli kereta BURUK... Beli lah yang elok sikit. 

Abang2: Berapa kau beli kereta ni? Tahun berapa? Hutang ker nanti x mampu nak bayar. 
Aiman : 5000 cash tahun 1990. 
Abang2 : mahalnya.. Ko kena tipu nie. Apalah ko nie. Membazir je. Lain kali tanya la orang lain dulu 
Aiman : baru nie pulak nak ambil tahu, dulu tanya cakap x tahu ( dalam hati) 

Aiman merasa sedikit down dengan motivasi abg2 nya itu. Suatu hari di pasar malam, seorang pakcik yang tidak di kenali datang kepada Aimanm 

Situasi :
 
Pakcik : Ini kereta anak ker? Bagus kereta ni, Teringat zaman pakcik muda2 dulu. 
Aiman : yer pakcik, bagus? Ramai org cakap kerata ni buruk. 
Pakcik: takpa la kereta apa pun, yg penting dapat berteduh dari panas dan hujan. Dan itu sahaja kemampuan kita. Pedulikan apa orang nak kata. 

Sambil tersenyum aiman mengucapkan terima kasih dan pakcik itu berlalu pergi... 

Situasi ini sentiasa berlaku di sekeliling kita." Manusia tak kan berpuas hati melihat kita dapat berjalan, padahal mereka sudah berlari" 
Anda berada di situasi mana? 

ABANG1 atau ABANG2 atau PAKCIK ?????? 

Renung-renungkan...

Sabtu, 14 Januari 2012

NAK KENA TAMPOR????


Salam semua, nak kena tampor??? haha...tengok dalam tv kalau drama bila ada anak atau isteri yang terlampau ( kurang ajar biasanya ) mesti kena tampar.. Selepas ditampar, si Anak atau isteri akan berada dalam satu babak termenung menyesal dan bertaubat...

Tengok gambar hiasan yang aku perolehi dari GOOGLE, kalau mamcam tu tampar isteri kejam.. AKU??? setakat nie belum lagi.. n InsyaAllah tidak..

Kalau la dunia realiti, selepas ditampar belum tentu dapat redakan keadaan.. dan mungkin lebih teruk dengan turun naik mahkamah... Mendidik anak dan isteri perlu adab dan cara yang betul.. [ <<<--- untuk aku jugak ]... Marah ialah sifat Mazmumah.. sifat yang buruk untuk di ikuti.. kurangkan marah dengan Istighfar.... Insya Allah sejuk...

Jumaat, 13 Januari 2012

Malam Nie Tidur Peluk Bantal Jer La....

Azreen Saharudin

Umi...owh.... umi... dua-dua pwincess comel aku nie mengamuk n merajuk sebab umi kena tinggal kat hospital. First time kena tinggal nie... Kakak, masa adik nak lahir dulu kecik lagi.. masa tu balik kampung, pakcik n makcik ada.. ermm kesian pwincess abah.. adik menangis sampai tertido... terpaksa la duk atas riba dari Hospital Serdang.. sampai rumah... erk salah yer??? terpaksa la, nak buat macam mana..

Erm sekarang update blog sambil layan kakak yang masih tersedu sedan...
Susu?? abah dah uruskan... sekarang tengok tv yer.. huhuhu..

note : malam ni tidur peluk bantal ... :P


Khamis, 12 Januari 2012

Merungut ... Korang suka???

 
Salam semua dan selamat pagi, entri ringan-ringan pagi nie, lepas entri Rumah Wardina Saffiyah di masuki pencuri gambar apa  yang kat atas tu yer? gambar carian google untuk  aku bagitahu yang aku nak kurangan tabiat merungut .. heheh tu lah tabiat buruk yang aku ada, merungut merungut dan merungut... kerja lebih merungut.. penat merungut... hurmm.. nak kurangkan merungut.. nak lagi bila dapat kerja lebih.. 

Walaupun kerja macam aku nie xda OT.. Insha Allah, mungkin rezeki akan lebih berkat kalau aku berhenti merungut... yang penting ikhlas.... buang sifat Mazmumah dan terapkan sifat Mahmudah dalm diri.

Tetapi kalau tak puas hati dan rasa perlu untuk di merungutkan untuk kebaikan itu akan aku laksanakan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...